Anda di halaman 1dari 7

Model dick dan carey (1974)

Model ini lebih berorientasikan sistem. Melibatkan pembinaan bahan untuk jangka masa panjang dalam menghasilkan sistem pengajaran yang berkesan. Melibatkan komponen pelajar, pengajar, bahan pengajaran dan persekitaran pembelajaran.

i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix.

Kenal pasti matlamat pengajaran Buat analisis pengajaran Kenal pasti ciri dan perlakuan peringkat masuk murid Tulis objektif prestasi Bina item ujian rujukan kriteria Bina strategi pengajaran Bina dan pilih bahan pengajaran Reka bentuk dan jalankan penilaian formatif Semak semula pengajaran

Rajah 1 menunjukkan model reka bentuk pengajaran Dick dan Carey. Setiap langkah dalam model ini menerima input daripada langkah sebelumnya dan memberi output kepada langkah berikutnya.

Rajah 1: Model Dick dan Carey

Setiap komponen dalam model ini saling berkaitan, berinteraksi dan berkerjasama untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Komponen pengajaran dalam model ini membantu guru membaiki model yang sedia ada sekiranya terdapat sebarang kelemahan. Model Dick dan Carey memerlukan penglibatan pembangunan bahan pengajaran, analisis, percubaan, ujian dengan kadar yang banyak. Oleh itu model ini sesuai digunakan untuk pengajaran bagi keseluruhan kursus atau kurikulum.