Anda di halaman 1dari 21

TAHAP KESEDIAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN KOSWER MATEMATIK AKSES KENDIRI DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

TANJUNG PUTERI, DAERAH JOHOR BAHRU, JOHOR

HAFIZA AKMAL BINTI YUSOFF

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TAHAP KESEDIAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN KOSWER MATEMATIK AKSES KENDIRI DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TANJUNG PUTERI, DAERAH JOHOR BAHRU, JOHOR

HAFIZA AKMAL BINTI YUSOFF

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

iii

DEDIKASI

Buat ayahanda dan bonda tersayang, Yusoff Salleh dan Joharah Mohd Amin terima kasih atas restu dan doa yang senantiasa mengiringi hidupku. Kalian inspirasi dan sumber kejayaanku. Buat keluargaku, Sokongan moral kalian menguatkan azam dan tekadku untuk terus berusaha hingga berjaya. Buat pensyarah-pensyarah, terima kasih atas didikan, bimbingan dan teguran yang diberikan sepanjang saya menuntut ilmu di UTM. Jasa kalian amat bererti bagi saya. Buat teman-teman, kenangan suka dan duka akan senantiasa dalam ingatan.

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga serta para sahabat.

Penulis ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada En. Abdul Razak Idris selaku penyelia di atas bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar yang sangat bermanfaat sepanjang masa saya menyiapkan tesis ini. Hanya Allah mampu membalas jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pihak pentadbiran Sek. Men. Teknik Tanjung Puteri, Johor Bahru dan para pelajarnya atas kerjasama dan bantuan mereka bagi menjayakan kajian ini. Kerjasama dan bantuan daripada mereka amatlah dihargai.

Penulis turut merakamkan penghargaan kepada ibu bapa dan rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan moral dan nasihat sepanjang penulis menyiapkan tesis ini. Semoga Allah akan memberi sebaik-baik ganjaran dan balasan di atas sumbangan yang tidak ternilai.

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat kesediaan pelajar terhadap penggunaan koswer Matematik akses kendiri. Tiga aspek untuk menilai kesediaan pelajar dikaji dari segi kemampuan/kemahiran pelajar menggunakan koswer, sikap pelajar terhadap penggunaannya dan faktor yang mempengaruhi penggunaannya. Sampel kajian terdiri daripada 190 pelajar tingkatan 5 dari Sek. Men. Teknik Tanjung Puteri, Johor Bahru. Kajian berbentuk deskriptif ini menggunakan instrumen soal selidik yang berasaskan Skala Likert. Nilai kebolehpercayaan soal selidik mengikut Alpha Cronbach adalah 0.979. Data yang diperoleh diproses dan dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 15.0 untuk mencari kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian ini menunjukkan kesediaan pelajar terhadap penggunaan koswer Matematik akses kendiri berada pada tahap sederhana dengan kemahiran pelajar menggunakan koswer (min 3.61), sikap pelajar terhadap penggunaannya (min 3.66) dan faktor-faktor utama yang mempengaruhinya adalah kandungan koswer (min 3.49), proses pembelajaran (min 3.53) dan persekitaran pembelajaran (min 3.65). Penyelidik mengemukakan beberapa cadangan bagi menggalakkan pelajar meningkatkan pembelajaran melalui penggunaan koswer.

vi

ABSTRACT

The aim of this research is to find out the students readiness towards the use of self-accessed Mathematics courseware. Three aspects of students readiness were studied that are ability/skill to use the courseware, attitude towards using the courseware and the factors that influence the students to use the courseware. 190 form 5 students from Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri, Johor Bahru were selected for this study. The instrument of this study was 5 points Likert scale questionnaire with reliability 0.979 by using Cronbachs Alpha. The data obtained had been processed and analyzed by using SPSS version 15.0 to calculate frequency, percentage and mean. The finding indicated that the students readiness towards the use of self-accessed Mathematics courseware is at average level with students skill to use the courseware (mean 3.61), students attitude towards using the courseware (mean 3.66) and the factors that influence the students to use the courseware were coursewares content (mean 3.49), learning process (mean 3.53) and learning environment (mean 3.65). The researcher suggested some alternative ideas to encourage students to improve their learning by using courseware.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA

HALAMAN

PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

ii iii iv v vi vii xi xii xiii

PENGENALAN DAN PERMASALAHAN KAJIAN 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 Pengenalan Latar Belakang Masalah Pernyataan Masalah Objektif Kajian Persoalan Kajian Kepentingan Kajian Batasan kajian Definisi istilah/operasio nal 1.8.1 1.8.2 Tahap Kesediaan

1 1 3 4 5 5 6 7 7 7 8 8 8 8 9

1.8.3 Pelajar 1.8.4 1.8.5 1.8.6 Penggunaan Koswer Akses Kendiri

viii 1.9 Penutup 9

SOROTAN KAJIAN 2.1 2.2 2.3 2.4 Pengenalan Tujuan Menggunakan Teknologi Pendidikan Pemilihan Koswer untuk Pembelajaran Kesediaan Pelajar 2.4.1 Motivasi 2.4.2 Minat 2.4.3 Sikap Pelajar 2.4.4 Kemampuan/Kemahiran Menggunakan komputer 2.5 2.6 Akses Kendiri Faktor-faktor yang Mempengaruhi Penggunaan Teknologi Pendidikan 2.6.1 Kandungan Koswer 2.6.2 Proses Pembelajaran 2.6.3 Persekitaran pembelajaran 2.6.3.1 Pengajar 2.6.3.2 Sekolah 2.7 2.8 Faktor-fator Penghalang Menggunakan Teknologi Pendidikan Kajian-kajian lepas

10 10 10 12 13 13 14 14 15 15

18 18 18 19 19 20 21 22

METODOLOGI KAJIAN 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8 3.9 Pengenalan Reka Bentuk Kajian Tatacara Kajian Tempat Kajian Populasi Pensampelan Instrumen Kajian Kajian Rintis Analisis Data

23 23 23 24 24 24 25 26 27 28

ix 4 ANALISIS DATA 4.1 4.2 Pengenalan Analisis Data 4.2.1 Analisis Bahagian A 4.2.1.1 Jantina 4.2.1.2 Bangsa 4.2.1.3 Mempunyai Komputer di Rumah 4.2.1.4 Keptusan Matematik PMR 4.2.2 Analisis Bahagian B 4.2.2.1 Persoalan Kajian 1 4.2.2.1.1 Kesimpulan Persoalan Kajian 1 4.2.2.2 Persoalan Kajian 2 4.2.2.2.1 Kesimpulan Persoalan Kajian 2 4.2.2.3 Persoalan Kajian 3 4.2.2.3.1 Kesimpulan Persoalan Kajian 3 4.3 Penutup 31 31 32 32 33 33 34 34 35 35 37 38 40 40 46 47

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 5.2 5.3 Pengenalan Rumusan Perbincangan 5.3.1 Tahap Kesediaan Pelajar Terhadap Penggunaan Koswer Matematik Sebagai Akses Kendiri Dari Segi Kemampuan atau Kemahiran Mengendalikan Koswer 5.3.2 Tahap Kesediaan Pelajar Terhadap Penggunaan Koswer Matematik Sebagai Akses Kendiri Dari Segi Sikap 5.3.3 Tahap Kesediaan Pelajar Terhadap Penggunaan Koswer Matematik Sebagai Akses Kendiri Dari Segi Faktor Mempengaruhi Penggunaan Koswer 5.4 5.5 Cadangan Cadangan Kajian Lanjutan

48 48 48 49

50

51

52 55 56

x 5.6 Penutup 57

RUJUKAN LAMPIRAN

58 62 71

xi

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL

TAJUK

HALAMAN

3.1 3.2 3.3 3.4 4.1 4.2 4.3

Pecahan item mengikut bahagian Pembahagian item mengikut objektif yang hendak dicapai Julat peratusan bagi demografi pelajar Julat min bagi tahap kesediaan pelajar Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut bangsa Taburan kekerapan dan peratusan responden mempunyai komputer di rumah

26 27 29 30 & 35 33 33

34

4.4

Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut keputusan Matematik PMR 34

4.5

Data analisis peratusan, kekerapan dan min bagi persoalan kajian 1 (Kemampuan/Kemahiran Pelajar) 36

4.6

Data analisis peratusan, kekerapan dan min bagi persoalan kajian 2 (Sikap Pelajar) 39

4.7

Data analisis peratusan, kekerapan dan min bagi persoalan kajian 3 (Faktor mempengaruhi penggunaan koswer) 41

xii

SENARAI SINGKATAN

KPM JPN P&P

Kementerian Pelajaran Malaysia Jabatan Pendidikan Negeri pengajaran dan pembelajaran Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri Teknologi Maklumat Teknologi Maklumat dan Komunikasi Unit Pemprosesan Pusat pembelajaran berbantukan komputer Statistical Packages for Social Science Penilaian Menengah Rendah Sangat Setuju Setuju Kurang Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju Universiti Teknologi Malaysia

SMTTP IT ICT CPU PBK SPSS PMR SS S KS TS STS UTM -

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

HALAMAN

A B C D

Borang soal selidik Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Johor Surat Pengesahan Pelajar Fakulti Pendidikan, UTM

62 68 69 70 71

BAB 1

PENGENALAN DAN PERMASALAHAN KAJIAN

1.1

Pengenalan

Kini bidang pendidikan dalam proses mengadaptasikan era teknologi maklumat. Ia mempunyai peranan penting terhadap pembangunan dan kemajuan negara. Justeru itu, pelbagai kaedah diperkenalkan dan digunakan supaya pembelajaran pelajar menjadi lebih bermakna, berkesan dan mantap.

Salah satu kaedah pembelajaran yang sedang diketengahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi tujuan pendidikan adalah epembelajaran ataupun pembelajaran elektronik. Tujuannya untuk membantu pelajar agar dapat memperolehi maklumat, menyesuaikan maklumat dan

mengaplikasikannya. Malah pelajar akan berpengetahuan luas hasil pembelajaran terancang daripada sistem pendidikan bestari. Sesungguhnya, sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia akan dapat memperkembangkan potensi individu sepenuhnya.

E-pembelajaran merupakan proses di mana seseorang pelajar dapat meningkatkan lagi pengetahuan, kemahiran dan kebolehan mereka melalui interaksi elektronik seperti internet dan juga alat elektronik lain. Pembelajaran e-pembelajaran berlaku dengan adanya internet, intranet, satelit, tape audio atau video, televisyen interakif atau CD-ROM.

2 Penggunaan teknologi pendidikan seperti e-pembelajaran ini dianggap sebagai satu inovasi dalam pendidikan. Malah ia merupakan satu perkara baru kepada pelajar. Dalam e-pembelajaran, koswer boleh diaplikasikan. Ia memberi peluang kepada pelajar untuk memegang kuasa kawalan bagi sesuatu sesi pembelajaran. Ini disokong oleh penyataan dari Simamora, L (2002) iaitu epembelajaran adalah penting kerana dapat memberikan kemudahan kepada seseorang pelajar dalam memilih waktu dan tempat untuk mengikuti pelajaran.

Lee Ann (2003) turut menyatakan bahawa proses pembelajaran melalui e-pembelajaran adalah cepat dan konsisten, boleh diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat, dan maklumat pembelajaran secara e-pembelajaran mudah diurus dan dikemaskini.

Maka tepat dengan masanya pelajar harus bersedia menghadapi anjakan paradigma dalam bidang pendidikan. Pelajar sendiri perlu bersiap sedia menyatupadukan penggunaan teknologi pendidikan seperti penggunaan koswer dalam strategi pembelajaran supaya berkesan dan bermakna.

Dengan menggunakan koswer, pelajar berpeluang menentukan teknik belajar yang bersesuaian dengan mereka bagi membentuk pengetahuan berdasarkan keperluan masing-masing serta mengalami suasana pembelajaran yang lebih berkesan dan menarik. Bukannya terikat dengan buku teks dan buku rujukan sematamata. Malah, koswer mampu membimbing pelajar menuju ke objektif pembelajaran yang ditetapkan.

Penggunaan koswer sebagai e-pembelajaran juga akan mewujudkan kesedaran dan memupuk sikap pelajar terhadap pentingnya peranan teknologi pendidikan dalam memperkembangkan pengetahuan dan kemajuan pendidikan. Selain itu, ia turut mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

3 1.2 Latar Belakang Masalah

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menyuarakan hasrat beliau untuk memperluaskan sekolah bestari kesemua 10 000 buah sekolah. Beliau juga bersetuju melaksanakannya secara berperingkat iaitu dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pada tahun 2006 sehingga 2010 dan semua kemudahan teknologi pendidikan yang terdapat di sekolah-sekolah pada masa ini akan digunakan untuk melaksanakan proses membestarikan semua sekolah tersebut (Utusan Malaysia, 4 Februari 2005).

Sehingga akhir Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8), KPM telah..... membangunkan lebih dari 4,000 judul perisian meliputi perisian kursus untuk pembelajaran (Learning Courseware) dan perisian kursus untuk pengajaran (Teaching Courseware)..... (Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia, 2006).

Kenyataan dari Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Malaysia di atas menggambarkan usaha yang telah dan sedang dijalankan untuk pembangunan pendidikan negara. Maka kemudahan teknologi ada dan bakal disediakan di sekolah seperti makmal komputer, tetapi terdapat sesetengah guru masih mengamalkan amalan pengajaran secara tradisional. Ini kerana guru berpendapat pelajar-pelajar tidak bersedia dari aspek sikap, kemahiran dan penggunaan teknologi dalam proses P&P. Ini dinyatakan oleh Ng Wai Kong (2002), guru-guru masih mengamalkan amalan tradisional walaupun sekolah tersebut telah dilabelkan sebagai sekolah bestari di mana pelajar tidak diberi kebebasan dan pengajaran masih berpusatkan guru dan satu hala.

Justeru itu, pelajar itu sendiri perlu memainkan peranan dalam menerima anjakan paradigma untuk membuktikan mereka berfikiran lebih terbuka dalam menerima perubahan yang bakal dan akan dihadapi. Ini akan membuktikan kesediaan mereka dalam arus kemodenan pendidikan.

4 Salah satu proses memodenkan pendidikan ialah penggunaan koswer. Penggunaan koswer dapat membantu pelajar meningkatkan penguasaan berbanding hanya mempelajarinya sahaja dalam bilik darjah. Pelajar yang mempunyai minat terhadap apa yang dipelajari dari koswer dan memiliki cita-cita untuk menguasai sepenuhnya kemahiran dan pengetahuan asas topik tersebut akan menyebabkan bertambahnya ilmu yang diperolehi luar dari bilik darjah.

1.3

Penyataan Masalah

Perisian kursus untuk pembelajaran yang dibina mengizinkan pelajar bebas menentukan tahap yang bersesuaian dengan keupayaan masing-masing. Malahan ia senantiasa setia mengikuti perkembangan pelajar tidak kira sama ada tahapnya lambat ataupun cepat.

Pelajar disediakan dengan pelbagai kemudahan dan kelengkapan teknologi pendidikan, namun adakah pelajar akan mengaplikasikannya sebagai pembelajaran kendiri? Mampukah pelajar menjelajahi koswer tersebut tanpa bantuan guru?

Justeru itu, berdasarkan latar belakang masalah dan persoalan yang timbul, pengkaji ingin menjalankan satu kajian mengenai penggunaan koswer akses kendiri. Pengkaji berhasrat untuk melihat sejauh mana kesediaan pelajar terhadap penggunaan koswer dalam pembelajaran Matematik dari segi kemampuan mengendalikannya dan sikap pelajar.

Sesungguhnya kesediaan dan motivasi diri pelajar penting dalam memastikan penerimaan penggunaan koswer diterima sepenuhnya. Selain itu, pelajar perlu bersedia dari aspek psikomotor, kognitif dan afektif yang cukup untuk menerima proses pembelajaran melalui penggunaan koswer dengan berkesan.

5 Di samping itu pengkaji juga akan mendapatkan maklumat mengenai faktor yang mempengaruhi pelajar semasa menggunakan koswer. Faktor-faktor yang dikaji adalah kandungan koswer, proses e-pembelajaran dan persekitaran pembelajaran (ibu bapa, pengajar, sekolah dan rakan). Dapatan kajian ini dapat dijadikan panduan untuk memperbaiki kelemahan dalam pembangunan dan penggunaan koswer pembelajaran.

1.4

Objektif Kajian

Kajian ini dibuat adalah untuk :

i.

mengenal pasti kemampuan/kemahiran pelajar dalam mengendalikan koswer Matematik akses kendiri

ii.

mengenal pasti sikap pelajar terhadap penggunaan koswer Matematik akses kendiri

iii.

mengenal pasti faktor yang mempengaruhi penggunaan koswer Matematik akses kendiri

1.5

Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif, diharapkan kajian ini dapat menjawab beberapa persoalan berikut: i. ii. iii.

Apakah tahap kemampuan/kemahiran pelajar dalam mengendalikan koswer Matematik akses kendiri? Apakah sikap pelajar terhadap penggunaan koswer Matematik akses kendiri? Apakah faktor yang mempengaruhi penggunaan koswer Matematik akses kendiri?

Anda mungkin juga menyukai