Anda di halaman 1dari 3

BAHAGIAN A SEJARAH SOALAN 7: Huraikan punca-punca yang membawa kepada berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 dan nyatakan pengajaran-pengajaran

yang boleh dijadikan iktibar terhadap peristiwa tersebut.

JAWAPAN:

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu titik hitam dalam sejarah Negara. Ia merupakan pergaduhan kaum yang berlaku antara orang Melayu dan orang Cina. Dalam peristiwa tersebut, banyak nyawa dan harta benda terkorban. Ia berlaku sebaik sahaja keputusan pilhanraya 1969 diumumkan.

1.

Punca-punca berlakunya peristiwa 13 Mei 1969

Dalam pihanraya tersebut, undi yang diperolehi oleh Parti Perikatan di negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Terengganu merosot. Parti DAP dan Gerakan telah mencapai kemenangan yang memberansangkan. Di Selangor sahaja tidak terdapat sebuah parti pun yang mempunyai majoriti besar untuk menubuhkan kerajaan. DAP dan Gerakan telah mengadakan beberapa siri perarakan di Kuala Lumpur pada 11 dan 12 haribulan Mei 1969. Dalam perarakan tersebut, mereka merayakan kemenangan, walaubagaimanapun ada diantara mereka yang mengambil kesempatan untuk merendahkan dan menghina

orang Melayu. Ekoran dari tindakan provokatif dan penghinaan tersebut, UMNO juga berusaha untuk menganjurkan perarakan. Perarakan-perarakan kemenangan yang dianjurkan oleh parti-parti pembangkang dan kemudian oleh UMNO benar-benar telah menaikkan semangat antara kedua-dua belah pihak iaitu di pihak Melayu (yang merasai kedudukan mereka tercabar) dan pihak bukan Melayu (yang merasa semakin angkuh untuk memrintah dan mengetepikan orang Melayu). Perarakan provokatif yang membakar semangat inilah yang menjadi punca tercetusnya tragedi berdarah 13 Mei 1969. Antara sebab lain pula adalah perjalanan dan kelonggaran kempen pilihanraya 1969. Kempen pilihanraya yang berjalan selama enam minggu merupakan satu jangkamasa yang agak panjang dan tidak ada sekatan bercakap bagi calon-calon yang bertanding. Mereka tidak memikirkan perasaan dan sensitiviti pelbagai kaum di Malaysia. Matlamat utama merekan adalah untuk menang dalam pilihanraya. Kata-mengata, ungkitmengungkit dan kecil-memperkecilkan perkara-perkara yang telah dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin kaum mereka dan termaktub didalam Perlembagaan telah dibangkitkan dan menjadi isu-isu lumrah dan panas dalam kempen-kempen pilihanraya tersebut.

2.

Pengajaran-pengajaran daripada peristiwa 13 Mei 1969

Antara pengajaran-pengajaran yang diperolehi adalah seperti berikut: 1. Kerosakan Harta Benda dan Nyawa Rusuhan dalam tragedi tersebut tidak mendatangkan sebarang faedah sebaliknya telah mengakibatkan banyak nyawa terkorban, harta benda yang rosak,

meninggalkan kesan dan pengajaran yang pahit dan getir kepada saudara-mara, dan kaum keluarga yang terlibat.

2. Perintah Berkurung Selepas berlakunya kekacauan, pihak berkuasa telah mengenakan perintah berkurung. Perkara ini telah menyekat kebebasan dan pergerakan setiap individu untuk mencari nafkah, berinteraksi antara satu sama lain, berurusan, berniaga dan sebagainya. Ia telah mnyusahkan masyarakat untuk bergerak dan melakukan aktiviti harian mereka.

3. Keuntungan Kepada Musuh-musuh Negara Perselisihan antara kaum 4. Perpaduan Nasional 5. Keadilan Ekonomi Antara Kaum 6. Bahasa Kebangsaan Sebagai Alat Perpaduan

Anda mungkin juga menyukai