Anda di halaman 1dari 2

TEKS JURUACARA SAMBUTAN HARI GURU 2011 Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan

nasihat Pemimpin yang di tauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, salam sejahtera, salam bahagia, salam 1 Malaysia. Yang Berusaha, Puan Mary Stella, penyelia petang Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang Yang di hormati, guru-guru dan pelajar sekalian Pada majlis yang permai ini, marilah kita memanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin serta limpah rahmat-Nya kita di berikan kekuatan untuk berhimpun serta memeriahkan sambutan Hari Guru 2011 peringkat Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang Sebelum majlis di mulakan, bagi memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan segala hormat menjemput ustaz Abd Aziz Bin Selamat untuk memimpin bacaan doa. Silakan ustaz Majlis mengucapkan terima kasih kepada ustaz atas bacaan doa itu tadi Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu negaraku, lagu negeri Selangor dan juga lagu sekolah. Di jemput Puan Fadilah untuk memimpin nyanyian. Hadirin diminta untuk berdiri. Terima kasih kepada Puan Fadilah atas pimpinan itu tadi. Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara . Tema hari guru pada tahun ini. Kalau kita perhalusi tema tersebut, kita akan dapat melihat bahawa tugas sebagai seorang guru ni semakin lama semakin mencabar. Transformasi dekat sini membawa maksud perubahan-perubahan yang dirancang oleh kerajaan. Seperti kita tahu, untuk membuat satu perubahan dalam hidup bukan satu perkara mudah. Untuk itu, saya menjemput_____________________________untuk membacakan perutusan dari_________________________________sebagai amanat nasihat dan pesanan buat guru, guru yang menjadi agen perubahan negara. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Terima kasih atas bacaan perutusan itu tadi Batu bernama si batu bat a Tempat hinggap si burung balam Guru itu ibarat pelita Memberi cahaya setiap malam Majlis pada petang ini di teruskan lagi dengan mempersilakan Puan Mary Stella, selaku penyelia petang untuk memberikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Terima kasih kepada Puan Mary Stella atas ucapan itu tadi. Majlis diteruskan lagi dengan menjemput wakil murid___________________________ dari kelas _________untuk memberikan ucapan. Dipersilakan. Terima kasih atas ucapan itu tadi. Dimana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di ibu kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada Negara

Beralih kita ke acara seterusnya iaitu bacaan ikrar Hari Guru. Untuk itu, majlis mempersilakan___________________________untuk mengetuai bacaan ikrar. Warga pendidik sekalian diminta untuk berdiri dan bersama -sama melafazkan ikrar tersebut. Terima kasih di atas bacaan ikrar yang cukup bersemangat itu tadi. Kalau tadi ikrar telah dilafazkan, kini marilah kita saksikan persembahan koir oleh guru guru Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang. Semoga bait-bait kata lagu tersebut dapat menyemarakkan lagi semangat guru-guru dalam meneruskan perjuangan Terima kasih di atas persembahan koir tadi Acara petang ini diteruskan dengan penyampaian anugerah guru. Sedikit makluman tentang anugerah ini, pemilihan pemenang dilakukan oleh pelajar -pelajar sendiri dimana mereka perlu membeli borang yang dijual dan mencalonkan guru -guru pilihan hati. Terdapat lima anugerah yang telah dipertandingkan iaitu________________________. Anugerah tersebut di bahagikan kepada dua kategori iaitu kategor guru lelaki dan kategori guru perempuan. Untuk menyempurnakan majlis, sukacita dijemput Puan Mary Stella untuk naik ke pentas, di iringi Puan Aishah Hussein untuk menyampaikan anugerah Anugerah guru lelaki________________________________________________________ __________________________________________________________ _____________________________________________________________ ___________________________________________________________ __________________________________________________________ Anugerah guru perempuan____________________________________________________ _____________________________________________________ ____________________________________________________ _______________________________________________________ Anugerah terakhir ialah anugerah______________________________________________ Terima kasih kepada Puan Mary Stella atas penyampaian anugerah itu tadi Majlis kita pada petang ini akan diserikan lagi dengan persembahan murid dari kumpulan Angels on dBlocks. Antara lagu-lagu yang akan disampaikan ialah Habibi Ya Rasulullah, Top of The World dan Kalau Berpacaran. Dipersilakan Angels on dBlocks. Wow, tu dia satu persembahan yang cukup mantap, hebat dan mengagumkan. Terima kasih kumpulan Angelas on dblocks. Untuk pengetahuan, kumpulan ini dipimpin oleh_____________________________________ Anda nak persembahan lagi??? Persembahan kali ni cukup eksklusif sebab dalam setahun hanya sekali je kita akan dapat lihat. Persembahan kali ini ialah persembahan guru-guru wanita dari kumpulan Wonder Mamas. Antara lagu-lagu yang dipilih ialah N obody dari kumpulan Wonder Girls dan Biarku Menjadi Lilin nyanyian Pelangi Itu dia satu persembahan yang cukup mantap yang diberikan oleh guru -guru wanita kita. Dari kumpulan wonder mamas. Saya kalau boleh nak mencadangkan supaya nama kumpulan ni ditukar, macam tak sesuai la wonder mamas ni. Sebab kitorang belum dan lambat lagi untuk menjadi mama. Betul tak Syarifah?? Disebabkan kumpulan ni ada mak2 dan anak dara, apa kata kita tukar kepada Mak Dara. Macam nama jamu yang popular tu. Baiklah, sekarangkita akan terus ke sesi seterusnya iaitu sesi bergambar. Diminta guru guru naik ke pentas untuk bergambar.

Anda mungkin juga menyukai