Anda di halaman 1dari 26

1.

Pengenalan Teori, pendekatan, kaedah, teknik dan strategi merupakan faktor yang sangat

penting dalam ilmu pendidikan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, istilah-istilah seperti teori, pendekatan, kaedah, teknik dan strategi selalu sahaja menimbulkan salah faham daripada segi pengertiannya. Hal ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan guru-guru bahasa di Malaysia tetapi turut berlaku di seluruh dunia termasuk di Amerika sendiri (Kamarudin Hj. Husin, 1988). Akibatnya, konsep-konsep tersebut digunakan bertukar ganti yang kadangkala membawa kepada konotasi yang berbeza. Mengapa terjadinya keadaan sedemikian? Hal ini kerana, konsep-konsep tersebut sebenarnya sangat erat hubungannya antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, dalam konteks pendidikan, kesemuanya mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan pengertian yang berbeza. Setiap pendekatan itu mencerminkan satu pandangan (falsafah) tentang hakikat bahasa iaitu apakah sebenarnya bahasa itu, bagaimana ia dikuasai dan diperolehi, bagaimana pula ia dilahirkan dan difahami serta di manakah ia disimpan. Selain itu, pendekatan harus juga mencerminkan satu teori bahasa (teori linguistik) atau satu teori pengajaran dan pembelajaran bahasa. Misalnya, teori pembelajaran Gestalt

menerangkan bahawa kita mempelajari situasi secara keseluruhan dan kemudian memepelajari elemen-elemen situasi itu. Jika kita menerimanya sebagai satu teori pembelajaran, maka kita boleh menggunakannya sebagai satu pendekatan dalam pengajaran. Hal ini bermakna sesuatu pengajaran itu harus dimulakan dengan cara mengamati keseluruhan dan seterusnya kepada bahagian-bahagiannya. Dalam perkembangan ilmu linguistik,terdapat banyak teori yang dikemuka kan seperti teori tradisional,struktural, fungsional dan transformasi generatif. Teori ini berbeza antara satu sama lain kerana dipengaruhi oleh aliran pemikiran yang terdapat pada masa itu. Teori tatabahasa tradisional menganggap ilmu tatabahasa bersifat sejagat dan kajian berkaitannya berasaskan hukum. Teori struktural pula melihat bahasa sebagai alat pertuturan, bersistem serta bersifat arbitrari dalam konteks perhubungan. Fungsi dan penggunaan bahasa menentukan struktur sesuatu bahasa

pula merupakan pegangan Teori Fungsional. Manakala teori Transformasi Generatif yang diasaskan oleh Noam Chomsky, menekankan bahawa bahasa ialah satu sistem tentang rumus. Teori Huraian Bahasa menghuraikan perpepsi ahli bahasa tentang konsep bahasa, sifat, bentuk dan tatacara bagaimana bahasa itu berkembang dalam kalangan masyarakat. Pemahaman tentang Teori Huraian Bahasa membolehkan seseorang guru bahasa memilih dan menentukan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah. Kaedah adalah satu rencana (prosedur) yang menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa, yakni keseluruhannya mestilah didasarkan kepada pendekatan yang dianuti. Sesuatu kaedah itu tidak boleh bercanggah dengan pendekatan. Kaedah bersifat prosedur yang terdiri daripada langkah-langkah dan peringkat-peringkat yang teratur yang harus dituruti dengan saksama untuk mencapai tujuan tertentu. (Mangantar Simanjuntak, 1982:72). Brown (1980:240), menyatakan agak sukar untuk memberikan definisi kaedah. Menurut beliau;
Methods, however are difficult to define. They manifest themselves in such varieties at times that the terms approach may be more accurately descriptive of these general moods. An approach is a general and theoretical view of how language ought to be taught, while a method includes a developed procedure for teaching.

Currie (1973) pula mendefinisikan kaedah sebagai;


Usually, method is classified by the way we try to achieve the aim; thus we hear expository methods, heuristic methods, activity method and the like. Method is thus thr philosophy of our teaching task in a given subject in that it orientates us to the teaching. What we have described as teaching techniques are ways in which, this philosophy is realised in actual class lessons.

Dalam keadah pengajaran dan pembelajaran bahasa, kaedah meliputi penganalisaan bahasa. Sesuatu kaedah yang diaplikasikan oleh guru dapat meninggalkan kesan yang mendalam terhadap terhadap proses pembelajaran yakni

memberikan kesan terhadap kegagalan dan kejayaan murid-murid dalam pelajaran mereka. Teknik merupakan satu muslihat, strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. (Mangantar Simanjuntak, 1981:57). Edward M. Anthony mentafsirkan teknik sebagai;
A technique is implementational that which actually takes place in a classroom. It is particular trick, stratagem or contrivance used to accomplish an immediate objective.

Berdasarkan kenyataan di atas, teknik adalah cara yang paling berkesan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik wujud dalam pemikiran dan dirangka dalam jangka masa panjang ataupun dicipta pada masa sebelum sesuatu perlakuan itu dijalankan oleh individu. Setiap teknik yang diguna atau dicipta perlu selaras dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti. Menurut Edward M. Anthony (1963);
An approach is axiomatic, a method is procedural... Technique must be consistent with a method and therefore in harmony with an approach as well.

Konklusinya, pendekatan adalah bersifat aksiomatik dan menggambarkan hakikat bahasa dan proses belajar bahasa yang dijadikan landasan untuk menyusun kaedah mengajar. Kaedah pula merupakan prosedur manakala teknik adalan pelaksanaan kaedah di dalam kelas. Keempat-empat konsep tersebut sebenarnya berlaku serentak sewaktu

menentukan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Misalnya sewaktu mengajar, guru perlu menggunakan pendekatan daripada mudah kepada yang lebih sukar atau daripada konkrit kepada abstrak. Hal ini kerana, otak manusia berkembang secara berperingkat-peringkat. Oleh itu, adalah penting bagi para guru untuk memperkenalkan perkara-perkara yang mudah terlebih dahulu sebelum mengajarkan konsep-konsep yang abstrak kepada murid-murid.

Ketika melaksanakan pengajaran berdasarkan pendekatan yang dipilih, guru perlu memilih kaedah yang sesuai. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh dipilih untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Misalnya kaedah natural, tatabahasa terjemahan, terus, ajuk hafaz dan sebagainya. Setelah kaedah yang hendak digunakan telah dipilih, guru perlu merancang teknik yang boleh digabungkan dengan kaedah tersebut. Misalnya seperti teknik drama, permainan bahasa, latih tubi dan juga teknik bercerita. Teori, pendekatan, kaedah dan teknik adalah berhubung rapat. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, unsur-unsur ini bukanlah bersendirian atau terpisah sifatnya malahan ia kelihatan berinteraksi, selaras dan seirama. Perancangan penggunaan unsur-unsur ini secara bersepadu akan menghasilkan satu pengajaran yang bermutu.

2.0

Teori, Pendekatan, Kaedah dan Teknik yang digunakan Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, ada empat teori huraian bahasa

yang dapat dilaksanakan di dalam kelas. Pertama ialah teori analisa tradisional, kedua analisa struktural, ketiga teori Transformasi Generatif dan akhir sekali teori Fungsional.
Pertama sekali, kami bersepakat memilih teori bahasa berasaskan struktural. Semenjak linguistik moden berkembang dari awal ke-20an, semasa pengkajian bahasa mengutamakan bentuk-bentuk bahasa, maka tugas para pengkaji bahasa tertumpu secara khusus kepada kerja-kerja menghuraikan bahasa yakni tidak kepada menentukan norma-norma pemakaian yang betul. Pengkajian yang dilakukan dengan cara ini tentunya berasaskan fahaman bahawa bahasa yang kita gunakan sebagai alat perhubungan itu sebenarnya berupa binaan bentuk-bentuk dengan susunan yang betul sebagaimana yang dituturkan oleh penutur-penutur . Susunan bentuk-bentuk seperti perkataan yang merupakan unsur binaan untuk bentuk-bentuk yang lebih besar seperti ayatmelahirkan konsep apa yang dinamakan struktur pengucapan. Oleh kerana asas sesuatu penghuraian itu berupa struktur dan pola-pola,maka linguistik yang berperanan menghuraikan bahasa itu dinamakan linguistik struktural. Teori tatabahasa struktural sering dikaitkan dengan tumbuhnya linguistic empiris yang dianggap sebagai linguistic ilmiah di Amerika pada tahun 1930-an yang kemudiannya berkembang luas kira-kira antara tahun 1940-an hingga 1950-an. Pelopor utama teori ini ialah Leonard Bloomfield yang terkenal dengan bukunya yang bertajuk Language (1933). Pada zaman itu,buku ini didapati paling baik dalam menghuraikan ilmu linguistik dan dianggap sebagai Bible of American Linguistics. Teori ini kemudiannya merebak ke Eropah dan Amerika sehingga Bloomfield telah menjadi pakar rujuk dalam kajian bahasa yang paling Berjaya. Ahli struktur juga dikenali juga dengan nama taxonomic. Ia muncul sebagai tentangan kepada cara-cara penyelidikan yang dijalankan oleh aliran tradisional. Perkara yang ditentang kuat oleh mereka ialah dasar nasional yang diguna pakai oleh ahli bahasa aliran tradisional untuk membentuk

kategori-kategori bahasa . Antara ahli-ahli bahasa yang menganuti aliran ini ialah De Saussure, Otto Jespherson, Harris dan lain-lain lagi. Aliran struktural mengkaji bahasa sebagai lambang -lambang pertuturan. Fokus pengkajian mereka ialah aspek penghuraian struktur bahasa. Mereka menganggap bahawa struktur bahasa merupakan kaitan antara fonem(sebagai satu unit bunyi) dengan fonem( sebagai unit tatabahasa). Asas pengkajian struktural ialah tiap-tiap bahasa terdiri daripada satu pertalian struktur yang tersendiri. Data -datanya terdiri daripada bunyi-bunyi bahasa yang dikeluarkan oleh penutur daripada bahasa yang diselidiki. Tujuan ialah untuk membuat kenyataan am berkaitan struktur pada data . Tugas utama mereka ialah mengkaji unsur-unsur bahasa sebagai sebahagian daripada satu keseluruhan sistem bukan sebagai unsur yang berasingan. Bagi ahli-ahli bahasa struktural, mereka berpendapat bahawa bahasa ialah satu sistem bunyi pertuturan yang arbitrary, iaitu untuk menyatakan sesuatu objek, keadaan atau konsep yang digunakan untuk berkomunikasi. Rumusannya bahasa mempunyai ciri-ciri : 3.0 4.0 5.0 6.0 - sebagai sistem bunyi ; - alat perhubungan ; - bersifat arbitrary; - alat pertuturan . Kamarudin Hj. Husin (1993) menyatakan bahawa pendekatan ini memberi penekanan kepada keupayaan penutur dalam berkomunikasi dengan melibatkan pengetahuan dan kebolehan bahasanya. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1991), mengikut ahli-ahli bahasa yang menunjangi pendekatan ini, pengetahuan tentang struktur bahasa dan kebolehan membina ayat-ayat yang betul sahaja belum boleh menjamin murid-murid dapat berkomunikasi dengan berkesan. Oleh itu, pengajaran dimulakan dengan latihan menggunakan struktur bahasa yang tepat dan sesuai dengan sesuatu aktiviti komunikasi yang dipilih oleh guru. Pendekatan induktif dan deduktif digunakan dalam latihan ini. Kemudian murid-murid akan melibatkan diri dalam aktiviti

berkomunikasi atau berinteraksi bagi membolehkan mereka menggunakan struktur ayat yang dilatih. Pendekatan pengajaran ini lebih berpusatkan murid daripada guru. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1991), pendekatan komunikatif ini juga meminta guru-guru mengajarkan struktur-struktur bahasa yang betul kepada murid-murid mereka. Murid-murid perlu tahu peraturan-peraturan bahasa untuk membolehkan mereka berbuat demikian. Pengetahuan ini memungkinkan lagi keupayaan berbahasa mereka. Kamarudin Hj. Husin (1991) menyatakan bahawa dalam pendekatan komunikatif, penguasaan bahasa yang paling tinggi ialah penguasaan berkomunikasi. Ini bermakna pelajar mesti mempunyai kebolehan membuat pilihan struktur ayat yang sesuai untuk konteks bahasa yang tertentu dan mengenal fungsi komunikasi di dalam ayat tersebut. Menurut Munby (1980) dalam buku KBSM dan Model-model Pengajaran Bahasa oleh Kamarudin Hj. Husin (1991), ia melibatkan kecekapan tatabahasa, kecekapan sosiobudaya dan kecekapan wacana. Pendekatan komunikatif menyarankan supaya murid-murid diberi peluang menggunakan bahasa itu dalam konteks dan situasi sosial tertentu di dalam kelas. Mereka didedahkan kepada kecekapan sosiolinguistik iaitu pengetahuan peraturan penggunaan bahasa. Ini penting kerana penggunaan bahasa itu akan lebih betul dan bermakna sifatnya jika ujaran itu sesuai dengan situasi bahasa itu digunakan. Oleh itu, guru mestilah mewujudkan situasi sebenar di dalam kelas yang memerlukan murid berkomunikasi sesama mereka (Kamarudin Hj. Husin, 1991). Penggunaan bahasa diberi perhatian dan keutamaan di samping kegunaan bahasa. Pembelajaran bahasa itu disusun berdasarkan fungsi komunikasi. Fungsi komunikasi itu pula disusun dan diajar mengikut apa yang diperlukan oleh murid bagi menolongnya berkomunikasi di dalam kelas dan juga dalam kehidupannya sehari-hari. Antara fungsi-fungsi bahasa yang

dimaksudkan itu ialah bahasa untuk mendapatkan barang-barang, bahasa untuk mengawal tingkah laku orang lain, bahasa untuk mencipta interaksi dengan orang lain, bahasa untuk menyatakan perasaan peribadi dan maksud, bahasa

untuk mengkaji atau mempelajari sesuatu, bahasa untuk mencipta dunia imaginasi dan bahasa untuk komunikasi maklumat.

Salah satu peranan guru ialah sebagai pemudah cara cara proses komunikasi di kalangan pelajar. Selain itu, guru juga bertindak sebagai

penganalisis keperluan yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan dan memberi tindak balas terhadap keperluan bahasa pelajar. Di samping itu, guru bertindak sebagai peserta yang tidak bergantung dengan sebarang kumpulan pelajar. Peranan ini berkaitan dengan peranan guru sumber maklumat, pemandu prosedur dan aktiviti kelas serta penyelidik. Seterusnya, kami memilih beberapa kaedah untuk dimasukkan dalam rancangan pengajian harian kami. Kaedah yang pertama ialah kaedah tatabahasa terjemahan. Menurut Abdullah Hassan (1996), kaedah ini selalu juga disebut kaedah klasik. Ini adalah kaedah yang mula digunakan sebelum kaedah lain timbul. Oleh sebab dahulunya para sarjana hanya mempunyai bahan sastera tertulis dan oleh sebab kemahiran menulis itu dijadikan tujuan yang penting, maka perkara tersebut menjadi tujuan dalam kaedah tatabahasa terjemahan ini. Kaedah ini dirancangkan dengan tujuan memberi kemahiran menulis dan bukan kemahiran bertutur. Oleh itu, kaedah ini tidaklah mementingkan sebutan. Kaedah ini hanya mementingkan ejaan dan penulisan dalam bahasa yang diajarkan tersebut. Penggunaan bahasa secara aktif juga tidak berlaku. Ini turut dinyatakan oleh Kamarudin Hj. Husin (1991) dalam Pedagogi Bahasa iaitu kaedah ini dirancangkan untuk memberi kemahiran menulis dan bukan kemahiran bertutur. Oleh itu, ia tidak mementingkan fonetik. Kamarudin Hj. Husin (1991) menyatakan bahawa tujuan kaedah ini membolehkan murid-murid memahami tatabahasa sesuatu bahasa dan juga melatih mereka menulis menggunakan bahasa yang betul. Selain itu, kaedah ini juga dapat melengkapkan murid-murid dengan perbendaharaan kata yang luas yang dapat digunakan dalam penulisan.

Kaedah ini mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Salah satu daripadanya ialah saiz kelas tidak terhad iaitu berapa ramai sekalipun bilangan pelajarnya boleh diajar melaui kaedah ini. Latihan yang intensif berjam-jam juga tidak diperlukan (Abdullah Hassan 1996). Kaedah yang kedua pula ialah kaedah terus. Kamarudin Hj. Husin (1991) menyatakan bahawa kaedah ini mula direka dan diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer antara tahun 1920-1935. Kaedah ini mengutamakan prinsip-prinsip mengajar yang berdasarkan psikologi kanak-kanak ini, didapati serupa dengan kaedah tentera kerana ia pernah digunakan untuk melatih pegawai tentera dan diplomat dalam Perang Dunia Kedua dahulu. Kaedah ini bertujuan membolehkan kanak-kanak menguasai keempat-empat kemahiran bahasa itu secara berkesan dan membolehkan mereka menggunakan bahasa yang dipelajari itu di dalam masyarakat yang berkenaan.

Menurut Abdullah Hassan 1996, rumusan-rumusan tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dengan contoh-contoh yang sesuai yang telah diserapkan ke dalam bahan pengajaran. Kaedah ini akan dapat memberikan penguasaan pertuturan yang baik. Dengan itu juga pengajaran tulisan menjadi mudah dipraktiskan. Kaedah ini disampaikan berdasarkan beberapa asas tertentu di mana salah satu daripadanya ialah perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya. Selain itu, pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman yang telah sedia ada juga merupakan salah satu asas dalam kaedah ini. Kaedah ini harus menimbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah

dirancangkan. Pelajaran bahasa dimulakan dengan cara menghubungkan muridmurid itu terus kepada bahasa yang hendak mereka pelajari. Semasa pengajaran dijalankan, terjemahan tidak sekali-kali digunakan (Kamarudin Hj. Husin, 1991).

Ketiga, kami memilih beberapa teknik yang sesuai dengan pendekatan komunikatif. Pertama sekali, teknik membahagikan kumpulan. Kami memilih teknik pembahagian kumpulan mengikut warna. Setiap murid diberi secebis kertas berwarna seperti warna biru, kuning, merah dan hijau. Selepas itu, muridmurid akan bergerak ke sekitar kelas untuk mencari rakan-rakan yang mendapat cebisan kertas berwarna yang sama dengan mereka lalu membentuk sebuah kumpulan. Pembentukan kumpulan ini membolehkan murid-murid bercampur tanpa mengambil kira tahap kebolehan, jantina, kaum dan kawan rapat. Hal ini memberi peluang kepada murid membina hubungan yang baik antara satu sama lain. Seterusnya, teknik bersoal jawab. Teknik ini membolehkan wujudnya interaksi antara guru dan murid secara berkesan. Ia dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan dan murid-murid memberi tindak balas yang sewajarnya. Biasanya soalan-soalan yang digunakan adalah terdiri daripada jenis-jenis yang diperlukan untuk memerah dan mencungkil fikiran. Ia bukan hanya bertujuan menguji atau menilai apa yang diajar, tetapi untuk membuka fikiran dan celik akal murid supaya mereka sedar atau nampak satu konsep atau prinsip baru yang akan dipelajari. Teknik bersoal jawab mementingkan beberapa perkara. Sebagai contoh, soalan-soalan yang dikemukakan mestilah jelas dan bersifat mencungkil. Guru menggalakkan murid berfikir dan cuba menjawab soalan-soalan tersebut dengan berkesan. Dalam rancangan pengajaran harian ini, teknik bersoal jawab dalam dilihat dalam set induksi. Guru bersoal jawab dengan murid-murid mengenai mesej yang cuba disampaikan melalui pertunjukan boneka. Selain itu, kami memilih teknik membaca mentalis. Teknik ini melibatkan bacaan senyap atau bacaan akaliah iaitu bacaan yang disuarakan dalam hati atau menukarkan isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara. Antara tujuan bacaan mentalis ialah untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dengan sendiri. Murid-murid juga dilatih supaya boleh membaca dan memahami apa yang dibaca. Teknik ini juga membolehkan murid menggunakan

kemahiran

membaca

senyap

untuk

mendapatkan

pengetahuan.

Dalam

rancangan pengajaran harian ini, teknik membaca mentalis dapat dilihat dalam langkah 1. Guru meminta murid-murid membaca lirik lagu Keranamu Malaysia secara mentalis. Antara lainnya, teknik bercerita turut digunakan dalam rancangan pengajaran harian ini. Namun begitu, teknik bercerita ini diserapkan dalam aktiviti bercerita yang melibatkan murid-murid bercerita kepada sesisi kelas. Terdapat pelbagai kelebihan aktiviti bercerita kepada murid-murid. Teknik ini dapat menyuburkan daya imaginasi kanak-kanak. Ia juga dapat menyuburkan akal dan kecerdasan murid-murid. Semasa cerita disampaikan, minat dan rasa hairan murid-murid dibangkitkan. Akhir sekali, ia juga dapat menggalakkan

perkembangan bahasa murid-murid. Dalam rancangan pengajaran harian ini, teknik atau aktiviti bercerita ini dapat dilihat dalam langkah 1. Guru memilih tiga orang murid secara rawak untuk menceritakan semula isi-isi yang terdapat dalam lagu Keranamu Malaysia. Di samping itu juga, teknik permainan bahasa turut digunakan dalam rancangan pengajaran harian ini. Permainan bahasa merupakan satu aktiviti yang menggunakan sepenuhnya kemahiran berbahasa seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Melalui interaksi sesama murid semasa bermain, pelbagai bentuk kemahiran bahasa digunakan seperti bercakap, mendengar arahan, maklumat, membaca, mengeja dan menulis. Bahan-bahan pengajaran yang menarik dan mudah seperti permainan bahasa dapat mengurangkan perasaan bosan dalam kalangan murid kerana mereka belajar sambil bermain. Sesuai dengan sifat dan naluri kanak-kanak yang sukakan hiburan, cabaran dan kepuasan, permainan bahasa dapat memenuhi kehendak dan minat seseorang kanak-kanak tanpa terasa dipaksa untuk belajar. Selain itu, permainan bahasa juga boleh digunakan untuk pengajaran pemulihan, peneguhan dan pengayaan. Dalam rancangan pengajaran harian ini, salah satu jenis permainan bahasa yang digunakan adalah permainan membina perkataan. Permainan membina perkataan ini tergolong dalam permainan bacaan dan

tulisan. Permainan ini dapat dilihat dalam langkah 2. Kedua, permainan bahasa membina cerita pendek berdasarkan perkataan dapat dilihat dalam langkah 3.

3.0

Langkah-langkah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu (Pendekatan Komunikatif)


Persediaan Mengajar Bahasa Melayu Tahun 5

Tahun Tarikh Masa Bilangan murid Mata Pelajaran Tema Tajuk

: 5 Gemilang : 20 September : 9.30 pagi-10.30 pagi (60 minit) : 30 orang : Bahasa Melayu : Patriotisme : Kebanggaan Negara

Hasil Pembelajaran Fokus Utama 2.1

Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. Aras 1 (ii) Menyampaikan cerita dengan menggunakan diksi yang telah dipilih

Fokus Sampingan 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal, dan ayat majmuk Aras 1 (i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat.

Objektif

Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat: 1. Bercerita berdasarkan lirik lagu Keranamu Malaysia yang dibaca. 2. Membina sekurang-kurangnya lima perkataan daripada ceraian perkataan Kebanggaan yang diberi. 3. Membina sebuah cerita pendek berdasarkan perkataan-perkataan yang telah dibentuk. 4. Sistem Bahasa : Tatabahasa : kata nama am, kata nama khas, ayat tunggal dan ayat majmuk Kosa kata : kebanggaan, generasi, ekonomi, teknologi, kemakmuran,  merdeka, kedaulatan, jutawan. 

y y

Pengisian kurikulum: y y y
y

Ilmu : Kajian Tempatan Nilai : bekerjasama, bersyukur, menghargai, patriotisme Kemahiran berfikir : menganalisis, menjana idea, merumus, meringkas Belajar cara belajar: mendengar aktif, bacaan mentalis, perbincangan :

Bahan bantu mengajar y y y y y y y y y y

Patung boneka Video Iklan Keranamu Malaysia Rakaman Lagu Keranamu Malaysia Lirik Lagu Keranamu Malaysia Cebisan kertas warna Sampul surat berisi ceraian huruf bagi perkataan KEBANGGAAN Komputer riba Pembesar suara LCD Skrin

y y y y y y y

Kad manila Pen marker Kertas sebak Kertas putih bersaiz A4 Borang Penilaian Bercerita Lagu Keranamu Malaysia Borang Senarai Semak Lagu Keranamu Malaysia Peta minda lagu Keranamu Malaysia

Pengetahuan Sedia Ada

Murid-murid pernah mendengar lagu Keranamu Malaysia di televisyen dan pernah mempelajari jenis-jenis ayat.
Langkah/ masa Set induksi (5 minit) Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 1. Guru membuat pertunjukan patung boneka berkonsepkan Kebanggaan Negara. 2. Guru bersoal jawab dengan murid-murid mengenai mesej yang cuba disampaikan melalui pertunjukan boneka. 3. Guru mengaitkan soal jawab tersebut dengan tajuk pelajaran pada hari ini. Catatan

Pertunjukan patung boneka berkonsepkan Kebanggaan Negara. Tajuk Pelajaran : Kebanggaan Negara

BBM : patung boneka Teknik : soal jawab Kaedah: terus Pendekatan : komunikatif

Langkah 1 (15 minit)

Lirik lagu Keranamu Malaysia. Lagu Keranamu Malaysia Maklum balas guru: Pencapaian dari segi y isi cerita y sebutan dan intonasi y kelancaran y gaya

1. Murid-murid diedarkan lirik lagu Keranamu Malaysia. 2. Murid mendengar lagu Keranamu Malaysia yang dimainkan oleh guru. 3. Guru meminta murid menyanyi bersama-sama berpandukan lirik dengan iringan muzik. 4. Guru mengedarkan peta minda lirik lagu kepada murid-murid. 5. Guru meminta murid-murid membaca lirik lagu Keranamu Malaysia secara mentalis. 6. Guru meminta murid-murid

BBM : Lagu dan lirik lagu Keranamu Malaysia, komputer riba, pembesar suara, peta minda lirik lagu, Borang Penilaian Bercerita Lagu Keranamu Malaysia, Borang Senarai Semak Lagu Keranamu Malaysia. KB : Menganalisis BCB : Mendengar aktif, bacaan

penyampaian

mengesan dan menanda isiisi yang terdapat dalam lirik lagu. 7. Murid mengisi peta minda lirik lagu yang diedarkan. 8. Guru mengedarkan Borang Penilaian Bercerita dan Borang Senarai Semak Lagu Keranamu Malaysia kepada murid-murid. 9. Guru memilih tiga orang murid secara rawak untuk menceritakan semula isi-isi yang terdapat dalam lagu Keranamu Malaysia. 10. Murid-murid lain diminta membuat penilaian dengan mengisi Borang Penilaian Bercerita dan Borang Senarai Semak Lagu Keranamu Malaysia. 11. Guru membuat perbincangan dan memberi maklum balas terhadap aktiviti yang dilakukan oleh murid-murid.

mentalis KP : Muzik Nilai : Patriotisme Teknik : Bercerita Kaedah : Terus Pendekatan : Komunikatif

Langkah 2 (15 minit)

Sampul surat berisi ceraian huruf bagi perkataan Kebanggaan Perkataanperkataan yang dibentuk daripada Kebanggaan. Contoh: naga, benang, bangga, benak, abang.

1. Guru mengedarkan cebisan kertas berwarna biru, merah, kuning dan hijau kepada murid-murid secara rawak. 2. Murid-murid diminta membentuk kumpulan berdasarkan kertas warna yang diperolehi. 3. Setiap kumpulan diberi satu sampul surat berisi ceraian huruf bagi perkataan KEBANGGAAN, kad manila, pen marker dan sehelai kertas putih bersaiz A4. 4. Setiap kumpulan diminta membina sekurangkurangnya lima perkataan daripada ceraian perkataan KEBANGGAAN yang diberi. 5. Guru membimbing setiap

BBM : Cebisan kertas berwarna biru, merah, kuning dan hijau, sampul surat berisi ceraian huruf bagi perkataan KEBANGGAAN, kad manila, pen marker dan kertas putih bersaiz A4. KB : Menjana idea KP : Interpersonal Nilai : Kerjasama Teknik : Permainan bahasa Permainan Membina Perkataan

kumpulan semasa perbincangan dijalankan. 6. Wakil setiap kumpulan membentangkan perkataan yang telah dibina. 7. Kumpulan yang dapat membina perkataan terbanyak dikira sebagai pemenang.

Kaedah : Terus Pendekatan : Komunikatif

Langkah 3 (20 minit)

Membina sebuah cerita pendek berdasarkan perkataanperkataan yang telah dibentuk. Melakonkan cerita yang dibina.

1. Guru mengedarkan sehelai kertas sebak dan sebatang pen marker kepada setiap kumpulan. 2. Guru meminta setiap kumpulan membina sebuah cerita pendek berdasarkan perkataan-perkataan yang dibentuk pada kertas sebak yang diedarkan. 3. Wakil kumpulan diminta untuk melekatkan hasil tugasan mereka pada papan tulis. 4. Setiap kumpulan dikehendaki membaca dan melakonkan semula cerita yang telah dibina di hadapan kelas. 5. Wakil kumpulan lain diminta untuk memberikan pendapat mengenai cerita dan lakonan kumpulan lain. 6. Guru membimbing struktur binaan ayat dan membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh muridmurid.

BBM : kertas sebak, pen marker dan perkataanperkataan yang telah dibina daripada perkataan KEBANGGAAN daripada setiap kumpulan. KB : Menjana idea KP : Verbal linguistik Nilai : Patriotisme Teknik : Permainan bahasa Membina cerita pendek berdasarkan perkataan Kaedah : Tatabahasa terjemahan Kesepaduan: Penggabungjalinan kemahiran bertutur Pendekatan : Komunikatif

Penutup (5 minit)

Penutup kognitif : Membuat rumusan isi pelajaran Penutup sosial : Ucapan terima kasih Video klip dan lirik lagu Keranamu Malaysia.

1. Murid diminta menyatakan kembali perkara yang telah dipelajari pada hari ini. 2. Seterusnya guru membuat kesimpulan tentang pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. 3. Guru mengucap terima kasih kepada murid kerana telah memberi kerjasama terhadap pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. 4. Guru mempertontonkan video klip Keranamu Malaysia dan murid-murid menyanyi beramai-ramai.

BBM : Video klip Keranamu Malaysia dan lirik lagu Keranamu Malaysia. KB : Merumus, meringkas KP : Muzik Nilai : Kesederhanaan Teknik : Permainan bahasa Kaedah : Terus Pendekatan : Komunikatif

Pengayaan : Murid diminta membina sebuah cerita kanak-kanak mengikut daya : imaginasi dan kreativiti seterusnya membuat persediaan untuk : mempersembahkan cerita berkenaan di dalam kelas. Pemulihan : Murid diberi beberapa perkataan dan diminta membina sebuah cerita : pendek seterusnya mempersembahkan cerita tersebut di dalam kelas. Refleksi :

4.0

Kelebihan dan Kelemahan Pendekatan yang Dipilih

KEBAIKAN PENDEKATAN KOMUNIKATIF

Pelajar bukan sahaja mampu bertutur dan mendengar pertuturan dengan mengambilkira elemen-elemen bahasa malahan mereka juga mampu menguasai ciri-ciri linguistik seperti mengangguk, mengeyit mata, menggeleng kepala dan lain-lain.

Pelajar dapat memahami kepentingan bahasa sebagai alat untuk berkomunikasi. Oleh yang demikian pelajar mengetahui bahasa penyampaian bahasa lebih penting daripada struktur tatabahasa. Walaubagaimanapun struktur bahasa tidak diketepikan. Contohnya tidak semua penggunaan bahasa pasar tidak dianggap salah dalam aktiviti komunikasi.

Pelajar dapat menyedari bahawa keadaan sosial menyebabkan wujudnya variasi dalam bahasa Melayu contohnya loghat negeri yang berbeza-beza.

Pendekatan ini lebih menumpukan kepada keperluan murid dalam pembelajaran.

Murid-murid dapat kuasai dan gunakan sistem bahasa dengan spontan dan fleksibel.

Murid dapat memilih unsur-unsur bahasa yang sesuai daripada system yang dipelajari untuk tujuan komunikasi.

Murid-murid dapat memperbaiki dan membetulkan kesilapan sendiri dengan menggunakan struktur-struktur bahasa yang dipilih sebagai alternatif untuk tujuan tertentu dalam komunikasi

Murid-murid akan lebih berkeyakinan dalam bertutur.

Sukar untuk menyediakan pelbagai aktiviti lisan kerana murid mempunyai kebolehan dan kecerdasan yang berbeza

Tidak semua murid akan terlibat dengan aktif kerana terdapat murid yang pasif seperti murid yang malu dan merendah diri.

KELEMAHAN PENDEKATAN KOMUNIKATIF

Pendekatan ini sukar dilaksanakan untuk murid-murid yang lemah.

Terdapat golongan murid yang boleh bertutur tetapi tidak berpandukan bahasa

5.0

PENUTUP
Pengajaran merupakan proses komunikasi kerana pengajaran meliputi aktiviti perhubungan dan interaksi di antara guru dengan murid. Di dalam pendidikan formal, pengajaran hanya boleh berlaku apabila guru dapat berkomunikasi dengan murid secara terus dalam bilik darjah. Pada masa dahulu, komunikasi ini merupakan interaksi sehala, iaitu guru mengajar, murid mendengar atau menerima. Pada hari ini, bentuk komunikasi telah ditukar kepada interaksi dua hala. Pendekatan komunikatif adalah pendekatan yang menekankan interaksi dua hala dan berpusatkan murid. Pendekatan ini merangsang kecekapan gramatikal, sosiolinguistik dan strategi berkomunikasi dan matlamatnya ialah untuk mengintegrasikan kesemua pengetahuan. Pendekatan komunikatif menyarankan supaya murid-murid diberi peluang menggunakan bahasa itu dalam konteks dan situasi sosial tertentu di dalam kelas. Guru-guru harus menggunakan pendekatan komunikatif kerana

pendekatan ini dapat mendekatkan diri guru dengan murid. Pendekatan ini adalah penting terutama sekali untuk murid-murid sekolah rendah. Ini kerana apabila berinteraksi, guru-guru akan lebih memahami dan seterusnya

menyempurnakan proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun pendekatan ini mempunyai beberapa kelemahan, namun kelebihan pendekatan ini

menyebabkan pendekatan ini digunakan secara meluas. Secara kesimpulannya, pendekatan komunikatif amat sesuai untuk digunakan di sekolah rendah.

6.0

REFLEKSI

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN
a) Lirik lagu Keranamu Malaysia Keranamu Malaysia Buruh, nelayan dan juga petani Gaya hidup kini dah berubah Anak-anak terasuh mindanya Lahir generasi bijak pandai Pakar IT, pakar ekonomi Jaguh sukan dan juga jutawan Berkereta jenama negara Megah menyusur di jalan raya Alam siber teknologi terkini Kejayaan semakin hampiri Biar di kota ataupun desa Kita semua pasti merasa bangga Keranamu kami mendakap tuah Keranamu kami bangsa berjaya Keranamu kami hidup selesa Limpah budi kemakmuran negara

Keranamu kami bebas merdeka Keranamu nyawa dipertaruhkan Keranamu rela kami berjuang Demi bangsa kedaulatan negara (ulang rangkap 1) Keranamu Negara Malaysia Malaysia... Terima kasih Malaysia! Komposer dan lirik: Pak Ngah/Siso Kopratasa

b) Kad Perkataan

Perkataan asal

Perkataan-perkataan baru yang dibina berdasarkan perkataan asal