Anda di halaman 1dari 9

MAKNA MASA YANG BERLALU Oleh : Ahmad Azri bin Ahmad Pauzi

Ah, bosannya belajar sejarah ni! , rungut Zahid kepada rakan-rakannya. Kau fikir kau seorang sahaja yang bosan? Aku pun bosan juga! , kata Haizad pada Zahid. Tahu tak apa! , sahut rakan-rakan Zahid yang lain. Kerana bosan mempelajari sejarah, mereka sering membuat onar ketika guru sejarah mereka, Cikgu Rahmat mengajar subjek kegemaran mereka itu. Mereka juga sering membuat bising dan membuat hal sendiri malahan ada yang mengacau pelajar yang lain belajar ketika pelajaran sejarah sedang berlangsung. Namun, Cikgu Rahmat yang sudah lali dengan keadaan sebegini berdiam diri sahaja. Sungguh bertuah mereka ini! Disebabkan perangai dan sikap mereka yang tidak fokus kepada sejarah ini, mereka adalah antara muka-muka pelajar yang sering mendapat keputusan tercorot dalam subjek sejarah. Walau bagaimanapun, mereka masih tidak sedar yang mereka akan menghadapi Penilaian Menengah Rendah dan mereka masih lagi berada di takuk yang lama dan perangai yang sama. Kenapalah kita ni kena susah-susah nak belajar sejarah? Bukannya penting sangat pun. Bukan ke sejarah tu benda yang dah lepas ke? Kenapa nak kena kaji dan belajar sangat sejarah ni? Pelik betul aku! , kata Haizad kepada ketika sesi perbincangan bermula antara dia, Zahid dan geng-geng sekepalanya yang lain. Mereka berbual-bual kosong dan melakukan perbincangan mereka di suatu sudut tersorok di kantin sekolah. Aku pun pelik juga. Kenapa kita perlukan benda yang dah lapuk sedangkan sekarang ni kita berada pada zaman teknologi dan ICT? , tambah Zahid dan rakan-rakannya pula mengangguk bagaikan burung belatuk sebagai tanda setuju. xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx Kau mesti diberi pengajaran agar kau lebih menghargai sejarah dan pengorbanan orang-orang terdahulu! , kata seorang lelaki tua yang memakai jubah putih yang berjanggut putih panjang kepada Zahid.

Apa yang kau boleh buat ha?! Kau fikir kau siapa?! Siapa kau?! , tanya Zahid dalam suara yang sangat marah dan suara yang tinggi kepada orang tua tersebut. Siapa aku? Kau tanya siapa aku? Akulah salah seorang tokoh kemerdekaan dan aku cukup terkenal. Akulah Tok Janggut! Dan ingatlah nama ni baik-baik kerana nama inilah yang akan mengubah hidupmu sepenuhnya daripada sekarang dan untuk selama-selamanya! Aku bersumpah atas nama semangat kemerdekaan! Jika aku tidak berjaya, maka aku sendiri telah menconteng arang ke arah mukaku sendiri! , jawab orang tua tersebut dengan nada sinis tetapi dalam masa yang sama bercakap dengan air muka yang serius dan bergelora dengan semangat yang berapi-api. Kau Tok..., Belum sempat Zahid ingin menyambung bertikam lidah dengan orang tua tersebut, orang tua tersebut memegang kepala Zahid dengan tangan kanannya. Genggaman tangan kanannya begitu besar hingga mencapai ke mulut Zahid yang menyebabkan Zahid tidak mampu berkata-berkata. Tiba-tiba, tangan kanan orang tua tersebut mengeluarkan satu cahaya putih yang menyilaukan mata hingga menyebabkan Zahid terpaksa menutup matanya. Zahid terpaku dan pengs Zahid terbangun kerana badannya tidak selesa seperti sedang berbaring di atas sesuatu yang keras dan tidak rata sedangkan dia berbaring diatas katil yang empuk lagi selesa di rumahnya semasa dia tidur tadi. Ketika membuka matanya, alangkah terkejutnya Zahid apabila dia mendapati bahawa dia sedang berbaring diatas sebuah batu yang besar di dalam sebuah hutan yang sangat asing bagi dia. Fikiran Zahid berkecamuk dan bercelaru dan pelbagai fikiran menerpa mindanya. Zahid buntu. Dalam keadaan yang mamai, Zahid cuba untuk berdiri. Kemudian, Zahid meredah hutan yang ada di sekelilingnya itu untuk mencari sebarang sinar harapan untuk hidup. Kaki dan tangannya yang luka meredah onak dan duri tidak dipedulikannya dan dia mengikut ke mana sahaja kakinya melangkah. Setelah berjam-jam meredah hutan belantara tersebut, Zahid mengambil keputusan untuk berehat. Sedang Zahid lena diulik mimpi, dia tersedar apabila terdengar bunyi orang. Setelah mengenal pasti arah suara tersebut, dia berlari ke arah suara tersebut dan Zahid menjumpai sebuah perkampungan. Apabila dia berada di perkampungan tersebut, dia meredah orang di sana dan menjumpai orang tua yang sama yang berada di dalam

mimpinya. Ketika itu, orang tua tersebut sedang berbincang sesuatu dan dia dikerumuni olah orang ramai. Menyedari kehadiran Zahid, orang tua yang dikenali sebagai Tok Janggut itu mengalu-alukan kedatangan Zahid. Tok Janggut menyuruh orang ramai yang berkerumun di situ supaya beredar agar dia bolah melayan tetamu istimewanya itu. Selamat datang wahai cucuku! , kata orang tua tersebut. Datuk ialah Tok Janggut dan Datuk adalah Penghulu kampung ini. Nama kampung ini adalah Kampung Jeram dimana tumpahnya darah Datuk. Datuk membawa kamu mengembara melalui masa agar kamu sendiri dapat merasai pengalaman, perit, getir dan kesengsaraan yang dialami oleh pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu. Melalui pengalaman dan pelbagai yang bakal kamu hadapi dalam pengembaraan ini nanti, Datuk harap kamu sedar, insaf dan lebih menghargai sejarah selepas ini. , ujar Zahid dengan panjang lebar. Zahid yang seperti dipukau, mendengar arahan Tok Janggut tanpa sebarang bantahan. Selepas memperkenalkan dirinya, Tok Janggut mengajak Zahid ke rumahnya untuk merehat dan merawat tubuh badan Zahid yang penuh dengan luka dan kepenatan itu. Semoga kau akan mengerti , desis hati kecil Tok Janggut. xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx Hari ini kita akan berperang dengan Britsh. Kita mestilah mempertahankan hak kita sebagai umat Islam dan hak kita terhadap tanah tumpahnya darah kita iaitu Kampung Jeram ini. Rasullullah dan para sahabat sendiri pergi berperang untuk menegakkan agama baru yang dibawanya iatu Islam dan untuk mempertahankan agama tersebut daripada tercemar. Maka, hari ini kita mesti mencontohi mereka dan mempertahankan hak kita pula! , ucap Tok Janggut untuk memberikan semangat kepada penduduk kampungnya yang turut terlibat dalam peperangan tersebut. Seperti biasa, Tok Janggut yang pandai bermain dengan kata-kata berjaya meniupkan semangat jihad yang membara dalam diri anak-anak buahnya. Selesai memberikan kata-kata semangat, mereka menadah tangan kepada Allah Yang Maha Esa untuk memohon kekuatan dan keberkatan dalam perjuangan mereka.

Ya Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, berikanlah kami kekuatan dan kemenangan dalam perjuangan kami hari ini. Sesungguhnya, hak kami telah dicabuli dan sesungguhnya kami ini orang yang teraniaya Ya Allah. Engkau pernah berjanji bahawa orang yang teraniaya dimakbulkan doanya dan inilah doa kami, doa orang yang teraniaya. Sesungguhnya Engkau adalah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana , ucap Tok Janggut dan doanya diaminkan beramai-beramai oleh anak buahnya. Jangan takut dan jangan risau. Datuk akan sentiasa berada di sisi kau , ujar Tok Janggut kepada Zahid selepas dia melihat Zahid sedang menggigil. Baiklah Tok , balas Zahid. Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! , sahut penduduk kampung tanda bergemanya semangat jihad dan keIslaman dalam diri mereka. xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx Semenjak sebulan yang lalu, Tok Janggut merawat luka-luka di badan Zahid dengan menggunakan herbaherba yang berada di dalam hutan. Tidak sampai seminggu, badan Zahid pulih sepenuhnya. Tok, bagaimana dengan keluarga saya? Adakah mereka sihat? , tanya Zahid kepada Tok Janggut. Zahid, bermulanya engkau mengembara masa ke sini, maka, masa di duniamu akan terhenti. Malah, mereka tidak akan menyedari kehilanganmu , jawab Tok Janggut. Bila saya boleh pulang ke dunia saya? , tanya Zahid kembali. Apabila masanya sudah tiba, Tok akan benarkan kau pulang ke dunia kau. Tetapi, bukan sekarang masanya. Sabarlah. , jawab Tok Janggut. Walaupun Zahid tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut, dia pasrah dan sabar. Kini, dia sangat rindu akan keluarganya dan rakan-rakannya. Apalah agaknya mereka sedang buat sekarang ini , soal Zahid dalam hatinya. Setelah Zahid betul-betul sudah sembuh, Tok Janggut memberitahu Zahid sesuatu.

Zahid, dua hari yang lalu, salah seorang daripada penduduk kampung ini telah dibunuh oleh pihak British. Malah, mereka meminta cukai yang sangat tinggi kepada kampung ini. Setelah berbincang, penduduk kampung ini bersetuju untuk menyerang British dan menundukkan keangkuhan mereka dan engkau akan turut serta dalam pertempuran ini agar kau merasa sendiri keperitan hidup kami , kata Tok Janggut kepada Zahid. Tapi Tok, saya masih kecil dan baru berusia 15 tahun. Apa yang saya boleh buat untuk bantu Tok? Saya tidaklah sekuat mana pun. , kata Zahid. Tok tahu kau masih kecil, tapi Tok tahu semangat kau melebihi badanmu yang kecil ini. Mulai hari ini, Tok akan mengajar kau menggunkan senjata , balas Tok Janggut sambil jarinya menunjuk ke arah dadanya. Baiklah Tok! , kata Zahid dengan semangat yang membara. Selama tiga minggu berturut-turut, Tok Janggut mengajar Zahid menggunakan senjata seperti tombak dan parang dan sebagainya. Dalam masa yang singkat itu, Zahid berjaya memahirkan diri menggunakan senjata tersebut berkat kesungguhan dia. Dalam masa yang sama , seluruh penduduk Kampung Jeram juga berlatih mempertahankan diri dan menggunakan senjata sebagai benteng terakhir pertempuran ini. Mereka yakin bahawa Allah akan sentiasa berada bersama mereka dan memberikan pertolongan-Nya dalam perjuanagan ini kerana mereka yakin mereka berjuang di jalan Allah untuk menegakkan keadilan dan tuntutan hak mereka dan hak agama Allah iaitu Islam di muka bumi ini. Setiap hari pada waktu malam, mereka membuat solat tahajud dan solat hajat dan juga tidak lupa untuk menunaikan solat fardu yang lain. Setiap kali selepas solat, mereka pasti berdoa kepada Allah agar diberikan kemenangan dalam peperangan yang bakal mereka tempuhi beberapa hari sahaja lagi. xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx Zass! . Kedengaran bunyi pedang si kuku besi melibas tubuh badan musuhnya. Libasan tersebut terkena pada badan si musuh dan hampir terkena jantungnya. Belum sempat hendak menghapuskan musunya, si kuku besi telah ditikam oleh seseorang. Melihat ramai orangnya yang sudah tumbang dan sedar nyawa mereka bagai telur berada di hujung tanduk, British berundur dan mengangkat bendera putih. Kemenangan berada di tangan Tok Janggut.

Argh, sakitnya! , jerit si mangsa libasan pedang. Rupa-rupanya, Zahid yang terkena libasan pedang tersebut! Zahid yang sedang meraung kesakitan sambil menekan lukanya terbaring di atas tanah dengan baju yang berlumuran dengan darah. Tidak lama kemudian, Zahid didatangi Tok Janggut dan penduduk yang lain. Mereka membawa Zahid ke rumah Tok Janggut untuk dirawat. Tok Janggut berusaha menggunakan pelbagai herba dan ramuan serta ilmu perubatannya untu menyembuhkan Zahid. Berkat kesungguhan Tok Janggut serta semangat Zahid sendiri, luka parah yang dialami Zahid berjaya disembuhkan dalam hanya masa dua minggu sahaja. Air.Air , pohon Zahid ketika dia membuka matanya setelah koma selama dua minggu. Cepat. Ambilkan dia air , arah Tok Janggut kepada salah seorang anak buahnya. Zahid menelan semua air yang dibawa kepadanya bagaikan sudah seminngu tidk meminum air. Alhamdulillah kau selamat Zahid. Kau hampir kehilangan nyawamu dan kau berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan ketika aku menjumpai kau. Namun, disebabkan semangatmu yang kuat dan pertoolongan daripada Allah, kau masih bernafas dan bernyawa. Hampir libasan pedang tu terkena dan merobek jantungmu, tetapi kau bernasib baik kerana sempat mengelak dan mengurangkan kesan libasan itu. Sesungguhnya kau memang seorang pendekar yang berani dan kau sanggup mengorbankan nyawamu sendiri untuk berperang dengan British walaupun kau bukan anak jati kampung ini , kata Tok Janggut. Apakah kita memperoleh kemenangan Tok? , tanya Zahid dalam keadaan suara yang lemah. Ya. Kemenangan berpihak kepada kita. Sebaiknya, kau berehatlah dulu kerana kau belum pulih sepenuhnya , jawab Tok Janggut. Baiklah Tok. Terima kasih kerana memulihkan saya , ujar Zahid lagi walaupun dia masih lagi berada di dalam kesakitan. xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx Adakah kau merasa lebih segar dan baik? , tanya Tok Janggut kepada Zahid setelah seminggu Zahid hanya berbaring di atas katil.

Ya. Saya merasa lebih baik berbanding hari itu. Terima kasih ya Tok , jawab Zahid. Walaupun Tok berjaya menyembuhkan luka kau, tetapi Tok tak mampu nak menghilangkan parut daripada libasan tersebut. Parut itu adalah sebagai bukti bahawa kau pernah datang ke sini , kata Tok Janggut. Saya pasti tidak akan melupakan peristiwa bersejarah ini dengan adanya parut ini , kata Zahid. Tok Janggut membawa Zahid berjalan-jalan di sekitar kampung tersebut. Pemandangan kampung tersebut lain benar dengan kampung yang berada di zaman Zahid. Kampung tersebut dikelilingi oleh pelbagai pemandangan yang memukaukan mata. Ketika bersiar-siar di sekitar kampung tersebut bersama-sama Tok Janggut, Zahid juga berpeluang melihat bagaimana penduduk kampung tersebut memburu rusa. Adakah kau sedar sekarang betapa pentingnya sejarah? Tanpa sejarah, manusia tidak akan maju walaupun setapak ke depan dan menjadi moden seperti pada zaman kau. Tanpa sejarah, manusia pasti akan melakukan kesalahan dan kesilapan yang sama yang menyebabkan sesuatu negara atau komuniti menjadi mundur , ujar Tok Janggut dengan panjang lebar. Setelah merenung dan berfikir sejenak, Zahid pun berkata, Ya, Tok Janggut. Kini, saya sedar betapa pentingnya sejarah. Tanpa sejarah, saya tidak mungkin dapat menikmati kesenangan hidup saya. Saya akan cuba menghayati sejarah selepas ini. Saya sudah insaf dan saya berjanji akan menghargai sejarah dan tokoh yang membina sejarah ini! . Baguslah kalau kau sudah sedar. Baiklah, nampaknya masa untuk kau pergi sudah tiba dan di sini adalah penghujung perjalananmu. Semoga kau mendapat pengalaman yang berharga di sini. Ingatlah bahawa parut itu tidak akan hilang walaupun kita kita telah berpisah. Parut itu adalah tanda dan peringatan bagi kamu! , kata Tok Janggut. Setelah selesai berkata-kata dan memberikan nasihat kepada Zahid, Tok Janggut meletakkan tangan kanannya ke muka Zahid. Sejurus selepas Tok Janggut meletakkan tangannya, satu cahaya yang menyilaukan mata muncul yang menyebabkan Zahid terpaksa menutup matanya. xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx Ah, silaunya, silaunya! , jerit Zahid.

Bangun Zahid! Bangun! Apalah kamu ni. Pagi-pagi pun mengigau. Mimpi apalah tu. Ish! , rungut Puan Zahidah sambil mengejutkan anaknya yang mengigau itu. Mana Tok Janggut mak? , tanya Zahid kepada maknya. Apa benda yang kamu merepek ni. Manalah ada Tok Janggut datang. Dia kan dah lama mati , jawab Puan Zahidah. Dahlah. Malas mak nak layan kamu. Tulah, bangun tidur pukul 10.00 pagi sampai mengigau. Ish. Macam-macamlah anak mak seorang ni , kata mak Zahid sambil sedikit tertawa. Adakah itu semua mimpi atau benar? , soal Zahid dalam hatinya. Apabila Zahid memikirkan perkara itu, dia teringat akan parut yang berada di badannya. Jika parut itu masih ada, itu bermakna peristiwa yang dialaminya benar-benar terjadi. Setelah memeriksa badannya, ternyata parut itu masih ada. Kini, dia percaya bahawa semua itu adalah kenyataan. Ketika Zahid memegang parut tersebut, Zahid masih berasa sedikit sakit dan ini menguatkan lagi bukti bahawa parut itu adalah benar. Dengan adanya parut itu, Zahid merasa bersemangat ketika belajar. Ketika merasa dirinya hambar dan merosot prestasinya, dia akan memegang parut itu sebagai semangat. Prestasi akademik Zahid meningkat secara mendadak terutamanya dalam subjek sejarah. Sejarah merupakan subjek kegemarannya sekarang. Walaupun dia pernah ditanya oleh guru tentang peningkatannya, Zahid tidak pernah memberitahu tentang parut dan rahsianya itu. Zahid juga berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan PMR yang dihadapinya tahun itu. xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx Macam tulah aku dapat meningkat dalam akademik aku , kata Zahid kepada rakan-rakanya sekepalanya dahulu. Zahid yang kini menjawat jawatan sebagai seorang jurutera dan arkitek yang terkenal sedang berborak dengan rakan lamanya, Haizad dan rakan-rakannya yang lain. Rakan-rakan Zahid yang lain juga meningkatkan dalam akademik dan berjaya mencapai cita-cita masing-masing. Hari ini, mereka berkumpul setelah lama tidak bersua muka dan bertanya khabar.

Kau tahu tak aku pun ada jumpa juga seorang tua tetapi dia kata dia Mat Salleh bukan Tok Janggut. Aku pun ada juga parut tetapi di belakang badan aku , kata Haizad pula. Aku pula berjumpa dengan Dol Said! , sampuk seorang lagi rakan Zahid. Patutlah kita boleh meningkat secara mendadak. Kalau orang tua yang kita jumpa tu tak ajar kita erti sejarah, tentu kita tak berjaya macam sekarang ni , ujar Zahid. Mungkin kita jadi cleaner sahaja sekarang ni , sampuk seorang lagi. Hahahahahaha , ketawa sakan Zahid dan rakan-rakannya apabila terkenang akan peristiwa lalu. Sejarah amat penting , kata Tok Janggut ketika Zahid berada di Kampung Jeram dan kata-kata itulah yang menjadi pendorong dan motivasi kepada Zahid sehingga dia berjaya seperti sekarang. Ya, sejarah memang penting , bisik Zahid dalam hati kecilnya.

Anda mungkin juga menyukai