Anda di halaman 1dari 2

Ibu bapa pembentuk insan berakhlak Melentur buluh, biar daripada rebungnya.

Ini kerana ketika itu, rebungnya masih lembut. Begitu juga manusia. Membentuk akhlaknya, biarlah ketika mereka masih kanak-kanak. Mereka diibaratkan sehelai kain putih. Ibu bapalah yang harus mencoraknya. Warna hitam? Biarkan ia kekal putih? Ataupun warnawarni? Kuasa ini terletak di tangan mereka. Oleh sebab itu, didikan awal merupakan elemen yang paling penting dalam membina manusia yang bertamadun. Ibu bapa membantu anaknya merangkak, berjalan. Mereka juga mengajar anaknya apa yang baik dan apa yang buruk, cara untuk bercakap dengan orang tua, cara makan dan sebagainya. Kebanyakan ibu bapa sedar bahawa mereka memainkan peranan yang amat penting di sini dan telah melaksanakan tanggungjawab mereka. Jelas sekali, tiada ibu bapa yang inginkan anak mereka terpesong dan menjadi sampah masyarakat. Jadi, mengapa wujudnya manusia yang sebegitu? Pasti soalan ini menari-nari di fikiran anda semua terutama sekali para pembangkang. Izinkan saya hapuskan keraguan di minda anda. Kelalaian, kesilapan atau kesalahan ibu bapa dalam membentuk akhlak anak-anak merupakan punca utama dalam kepincangan akhlak remaja. Sesetengah ibu bapa memanjakan anak-anak mereka dengan memberikan apa yang mereka mahu, menggunakan cara psikologi untuk menegur mereka, tidak bertegas dengan mereka ataupun membiarkan anak mereka kerana ingin mengajar anak mereka berdikari. Ibu bapa biasanya tidak sedar akan kelemahan mereka ini. Mereka beranggapan mereka melakukan perkara yang terbaik untuk anak mereka. Akhirnya, apabila mereka meningkat remaja, keputusan yang sebaliknya terbit di hadapan mata mereka. Anak mereka yang menjadi lebih berkuasa daripada mereka dan akhirnya, mereka menunduk dan mematuhi anak mereka sendiri dan bukan sebaliknya. Jadi, apabila anak-anak ini mempunyai masalah sosial, siapa yang mampu menghalang mereka? Selain daripada itu, perangai ibu bapa yang tidak ingin mengambil tahu tentang anak-anak mereka antara kesilapan yang tidak boleh dimaafkan. Apabila anak-anak ini tahu tindak-tanduk mereka tidak diperhatikan, mereka berasa bebas melakukan apa sahaja yang mereka inginkan. Pepecahan keluarga juga tidak hanya memutuskan hubungan kekeluargaan tetapi juga menyebabkan anggotanya berasa kehilangan. Jadi, mereka berasa tertekan. Adakalanya, mereka lihat pemberontakan sebagai salah satu cara untuk menarik perhatian para ibu bapa ini ataupun cara mereka untuk menyampaikan mesej yang bergema dalam jiwa mereka. Di sinilah bermulanya kebejatan sosial generasi muda. Kita tidak boleh menyalahkan remaja 100% atas kesalahan mereka. Mereka muda dan naf dan ini menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif yang merugikan mereka. Adakalanya, mereka perlukan bimbingan daripada orang lain terutama sekali ibu bapa. Namun, apabila institusi kekeluargaan goyah, di manakah datangnya bimbingan dan nasihat? Contoh-contoh yang saya kemukakan tadi merupakan antara punca kepincangan akhlak remaja. Ia juga merupakan bukti bahawa betapa PENTINGNYA institusi kekeluargaan dalam pembangunan modal insan yang cemerlang. Jadi jika ibu bapa menumpukan sepenuh perhatian mereka dalam mendidik anak mereka dan menjalinkan hubungan yang kukuh dengan cahaya mata mereka, ibu bapa tidak mempunyai masalah dalam mengawal dan menegah anak mereka daripada pelbagai aktiviti yang menyesatkan mereka.

Institusi kekeluargaan zaman ini tidak lagi mampu menangani masalah kebejatan sosial Remaja yang bahagia dating daripada keluarga yang bahagia. Apabila institusi kekeluargaan goyah, apakah yang akan terjadi pada generasi muda seterusnya? Memang benar institusi keluarga mampu menangani masalah kebejatan sosial. Ia merupakan fakta yang tidak boleh disangkal lagi. Namun, sebelum pihak kerajaan menjemput saya duduk semeja dengan mereka, saya ingin membuka anda semua terhadap keadaan sebenar. Institusi keluarga abad ini kebanyakkannya tidak lagi sekukuh dahulu. Perkataan jika, jika dan jika tidak boleh digunakan lagi. Ibu bapa bercerai, anak-anak terlalu dimanjakan, ibu bapa sibuk dan kelemahan komunikasi antara ibu bapa dan anak merupakan kebenaran yang memang pahit untuk ditelan. Keadaan ini berlaku dan kerana itu, institusi keluarga TIDAK LAGI mampu untuk menangani masalah keruntuhan sosial.

Anda mungkin juga menyukai