Dalam mana mana sistem ia mempunyai hierarki yang tersendiri. Lebih -lebih lagi dalam sistem komputer. Ia amatlah perlu terutama kepada juruteknik atau pembantu jurutera dalam mengesan dan membaikpulih sesebuah sistem komputer. Begitu juga dengan mengesan kerosakan pada alat -alat elektronik. Beberapa soalan yang harus dijawab, sebelum kita memulakan kerja-kerja membaikpulih:-
i. Apakah jenis alat yang akan dibaikpulih? ii. Apakah kerosakan (simpton) pada alat tersebut? iii. Adakah alat tersebut mempunyai litar skematik? iv. Apakah teknik yang sesuai untuk digunakan?
TEKNIK MENGESAN DAN MENGANALISA KEROSAKAN y Cara mengesan alat elektronik biasanya berpandukan pada kegunaan alat tersebut. Sebelum mencari kerosakan kita harus mengetahui fungsi asas sesuatu alat yang akan dirawat. Dari sini, kita akan dapat menganalisa apakah kerosakan atau simpton. Setiap teknik yang dilakukan ada hubungan antara satu sama lain atau sebagai pilihan lain agar tidak membuang masa. Teknik -teknik mengesan bolehlah kita susunkan seperti berikut: -
i. Mengesan simpton ii. Teknik surihan dan suntikan isyarat iii. Mengukur voltan iv. Mengukur kerintangan kerintangan atau sambungan dalam litar v. Mengesan dengan cara fizikal
Simpton Setiap alat yang rosak tentunya ada simpton yang boleh memberikan panduan kepada kita menentukan kerosakan bahagian, penyambungan atau komponen. Di sini seorang perawat harus mempunyai pengetahuan tentang operasi dan fungsi sesuatu alat. Contohnya bagi teknik :
y seorang pengguna, kerosakan alat terima radio hanya dapat dikesan jika bunyi tidak normal, atau tiada bunyi langsung. Bagi seorang mekanik apabila alat itu tiada bunyi, dia boleh mengagak di bahagian mana yang rosak. Di bawah adalah satu contoh rajah menunjukkan simpton yang diperolehi dan fungsi sesebuah alat.
1 2 3 4
SIMPTON DARI FUNGSI Gambar warna dan suara Suara stereo paparan Keluaran isyarat audio
Teknik Surihan dan Suntikan Isyarat Setiap simpton kerosakan yang diketahui oleh sesuatu alat, kita boleh membuat perangkaian di bahagian mana yang rosak. Sebagai contohnya alat terima radio yang tiada suara atau bunyi tidak kedengaran di speaker tetapi penunjuk bekalan ada. Kita boleh mengagak bahagian mana yang rosak atau tempat di mana kita perlu periksa dahulu. Disini kita boleh katakan bahawa speaker atau penguat kuasa atau kawalan tone atau kawalan bahan (volume control). Jika litar skematik tidak ada, pilihan lain adalah dengan menyurih litar di bahagian tersebut. Litar skematik adalah sangat penting untuk menunjukkan nombor komponen dan sambungannya. Ini akan mempercepatkan pro ses surihan litar atau mengesan kerosakan pada komponen. Setelah kita tahu bahagian mana dan jenis kerosakan litar, kita harus memikirkan apakah teknik yang harus kita lakukan.
o Kita boleh mencari wayar yang disambung ke gelung pesongan di yoke TV sebagai rujukan keluaran, o sureh ke dalam sehingga bertemu dengan litar penguat. o Jika litar mudah seperti penguat audio, pra -penguat, litar tone dan sebagainya, surihan keseluruhan perlu. o Oleh itu surihan dari punca bekalan kuasa juga boleh dilakukan. Contohnya litar penguat suapbalik pada rajah 2.4 di bawah :
o Nombor komponen pada papan litar tercetak, juga boleh menunjukkan bahagian mana tempat permulaan litar, - contohnya C1 danR1 adalah komponen yang mula -mula dalam litar. o Jika nombor besar, angka yang mula menunjukkan bahagian yang sama.
-Contohnya C447 dan C440. (Nombor yang mempunyai nombor siri 4 adalah dari bahagian yang sama misalnya nombor siri 400 adalah bahagian pugak dalam litar TV)
pastikan bahagian penguat kuasa keluaran rosak , kita tidak perlu lagi membuat semakan di kawasan penerima RF dan IF. Teruskan dengan menyemak kawasan penguat audio. Untuk lebih dekat kepada tempat (bahagian) yang rosak, teknik surihan / suntikan isyarat adalah cara yang tepat melakukan teknik surihan dan suntikan kita harus menyediakan alat-alat penguji seperti osiloskop, penjana audio dan bekalan kuasa arus terus (a.t) boleh ubah. Berikut adalah langkah-langkah untuk melakukan teknik surihan 1. Tentukan bahagian-bahagian dalam kawasan penguat seperti dalam rajah di bawah 2. Tentukan bekalan voltan pada nilai yang betul dan bekalkan kepada litar. Perhatikan arus bekalan tidak menunjukkan arus lampau. 3. Tentukan keluaran penjana pada aras yang sesuai dan frekuensi 1kHz atau 400 Hz
Kemudian kita boleh mulakan dengan menyemak di bahagian keluaran iaitu bermula dari speaker (jika ada) atau gunakan skop sebagai alat pengesan keluaran
Semak kefungsian speaker boleh dibuta dengan menggunakan meter ohm atau penjana isyarat
Jika speaker berfungsi baik, suntikan boleh dimulakan dengan memasukkan penguat kuasa (keluaran pemacu)
Jika litar ini normal. -Suntikan isyarat ke masukan pra penguat boleh terus dilakukan. -Untuk mendapat keluaran tanpa erutan, level keluaran penjana harus diturunkan kerana jika litar ini normal, isyarat keluaran jadi maksimum. -Titik uji boleh dikenakan selepas itu sebelum pemuat C5. -Perhatian perlu diambil bila menyelaras kawalan bahan kerana ia akan memberi kesan kepada isyarat suntikan.