Anda di halaman 1dari 5

KONSEP MEMBACA Melibatkan kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemahkan lambang-lambang bunyi yang disampaikan oleh tulisan.

(Atan Long)

kepada bunyi-

Menyuarakan tulisan, kemudian mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan memahamkan kandungan bahan . (Kamruddin Husin) Membaca adalah satu aktiviti pentafsiran menterjemahkan lambang-lambang bahan bercetak kepada bunyibunyi yang dimaksudkan (Charles Fric,1963) Membaca melibatkan pemahaman dan interpretasi idea-idea yang disimbolkan melalui penulisan atau simbol tertulis.(Dallman) Reading is a purposeful reconstruction of an authors printed message for recreational, aesthetic, or functional purposes (Duffy and Roehler, 1993) Reading is a complex dynamic process that involves the bringing of meaning to and the getting of meaning from the printed page. (Rubin, 1993) Satu proses psikologi yang berlaku apabila pembaca membentuk semula dalam fikirannya erti yang diterapkan oleh penulis dalam bentuk tulisan yang kemudiannya dibaca oleh pembaca. (Goodman,1975,Smith 1978) Memerlukan komunikasi mesej atau makna dan sedutan makna, iaitu makna yang wujud pada beberapa peringkat, daripada pemahaman yang paling rendah kepada interpretasi yang tinggi, daripada yang nyata atau konkrit kepada yang abstrak, daripada penilaian yang senang kepada penilaian yang lebih kompleks (Juriah Long). Kesimpulan: Membaca bukan sahaja memindahkan tulisan kepada bentuk suara. Membaca melibatkan komunikasi mesej atau makna dan sedutan makna. TUJUAN MEMBACA TUJUAN MEMBACA TUJUAN MEMBACA JENIS-JENIS BACAAN Terdapat empat jenis bacaan iaitu: Bacaan Mekanis (bersuara) Bacaan Mentalis (senyap) Bacaan Intensif Bacaan Ekstensif Tujuan bacaan Mekanis (bersuara): Membaca dengan cekap, dan pantas Membaca dengan irama dan tekanan yang betul Menggunakan tanda bacaan yang betul Membaca dengan fasih Sebutan dan intonasi yang betul Antara contoh aktiviti bacaan Mekanis (bersuara): Baca bersuara (reading aloud) Baca bersama

Baca dengan kawan Bacaan Mentalis (Senyap) TUJUAN: Melatih murid boleh membaca dengan sendiri Memahami maklumat yang dibaca iaitu: Maklumat tersurat Maklumat tersirat Kritis Kritis Bacaan Mentalis (Senyap) Membaca senyap dengan pantas Dapat pengetahuan dan hiburan Hiburan Budaya hidup. Bacaan Intensif Konsep Murid membaca di bawah bimbingan guru Lebih kepada mengkaji unsur tatabahasa, makna perkataan Usaha ke arah kawal penggunaan bahasa murid dalam tulisan dan lisan Untuk mengembangkan perbendaharaan kata Tujuan Bacaan Intensif Membolehkan murid membaca dengan baik dari segi sebutan, intonasi, dan Menggunakan tanda bacaan dengan betul semasa membaca. Mengembangkan atau mempelajari unsur bahasa seperti tatabahasa, kosa kata, dengan menggunakan kamus Mengenal pasti laras bahasa yang pelbagai Menikmati unsur estetik dalam bahan bacaan Mengulas isi yang terdapat dalam bahan bacaan Membaca senyap dengan kepantasan yang wajar Bacaan Ekstensif Konsep Membaca luas iaitu di luar bilik darjah tanpa bimbingan guru. Bahan berbeza Bahan bacaan sesuai dengan minat, umur pengalaman dan cita-cita murid Lebih kepada mendapatkan pengetahuan Tujuan Bacaan Ekstensif Membolehkan murid membaca dengan sendiri tanpa bimbingan langsung daripada orang lain Membaca dengan fasih dengan bahasa yang mereka pelajari. Mendapat pengetahuan dan hiburan Memperkayakan perbendaharaan kata dan struktur ayat Memberi peluang kepada murid yang cerdas untuk membina kreativiti Tujuan Bacaan Ekstensif Menambah minat membaca Membina daya berfikir dan membentuk sikap baik hati Habitat suka membaca dan membuat rujukan di pusat sumber/perpustakaan Mengembangkan kreativiti dalam prosa dan puisi dengan menggunakan bahasa yang baik ARAS KEFAHAMAN MEMBACA ARAS LITERAL

Membaca untuk memahami isi yang tersurat: Mengingat/menyatakan semula peristiwa yang dinyatakan secara eksplisit di dalam teks Soalan memerlukan satu jawapan betul Jawapan dan soalan: di situ, pada ayat yang sama Kemahiran memahami: Tarikh peristiwa Nama watak, nama tempat Menyusun ikut urutan Mengubah maklumat dalam teks ke dalam bentuk grafik Menyatakan idea utama Hubungan dan sebab akibat Urutan peristiwa atau idea yang tersurat Proses Mental: tidak kompleks iaitu mengingat dan menyatakan semula maklumat yang tersurat (maklumat tersirat). ARAS INFERENS Kemahiran menyimpul/ membina hipotesis/ makna berdasarkan maklumat literal, intuisi, dan imaginasi Menyimpul tentang sesuatu yang tidak dinyatakan secara jelas tetapi dicadangkan dalam beberapa ayat. Hipotesis boleh bersifat bertumpu atau bercapah Jawapan dan soalan fakir dan cari (Raphel1984) Kemahiran memahami: Mengesan sebab akibat Membanding beza Mengesan tujuan penulis Mengesan idea yang tersirat Membuat analogi Meramal Pemprosesan mental: Lebih kompleks iaitu menggunakan maklumat literal dan pengetahuan sedia ada/skema atau struktur kognitif untuk menganalisis dan mengaplikasikan maklumat, seterusnya membuat kesimpulan yang logik. Kemahiran membuat penghakiman atau pertimbangan kritis dengan merujuk kepada kriteria dalaman/nilai kendiri atau kriteria luar. Penulis dan saya melampaui ayat (Raphel1984) ARAS PENILAIAN Kemahiran memahami: Menilai sama ada sesuatu peristiwa, watak, isu itu merupakan realiti atau fantasi, sama ada sesuatu pernyataan ialah fakta atau pendapat, sama ada sesuatu pernyataan ialah propaganda atau kebenaran, menilai kewajaran, ketepatan, dan kesesuaian tindakan watak dengan memberi alasan-alasan. Proses mental: Kompleks iaitu menganalisis dan mensintesiskan maklumat untuk membuat penilaian berdasarkan nilai kendiri atau kriteria luar. Kemahiran mengintegrasikan pengetahuan daripada teks, pengalaman dan nilai untuk merangsang respons emosi dan intelek. ARAS PENGHAYATAN

Meletakkan diri sebagai watak dalam teks cerita. Transforms the text (expository) in a personal way that creates a strong internal responds to the text. Kemahiran memahami: Menyatakan teknik penulisan dan bahasa yang dapat menimbulkan rasa simpati dan empati, menyedari kehidupan pembaca sebagai sebahagian daripada cerita. Pemprosesan mental dan emosi yang kompleks: Menganalisis, mengaplikasikan, mensintesiskan dan menghayati berdasarkan maklumat dalam teks, pengalaman, pengetahuan dan nilai pendengar. Renungan Terjemahan: Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, la mengajarkan manusia apa yang ia tidak ketahuinya. (Surah al-Alaq 96:3 5) KAEDAH MEMBACA Kaedah Tinjauan Kaedah Pertanyaan Kaedah Membaca Kaedah Panggil Kembali Kaedah Lihat Semula Kaedah Tinjauan Prinsip pertama tinjauan adalah langkah untuk pelajar mendapati gambaran keseluruhan apa yang hendak di aji k dengan terperinci. Tinjauan buku boleh dibuat dengan membaca mukadimah ataupun preface sesebuah buku. Justeru, pelajar dapat mengetahui susunan buku dan tujuan buku ditulis dan pelajar akan mengetahui persediaan yang diperlukan untuk mengkaji buku tersebut. Kaedah Tinjauan Pelajar perlu mengkaji jadual kandungan buku tersebut supaya pelajar tahu tentang kandungan buku tersebut secara kasar. Tinjauan sesuatu bab boleh dibuat dengan cara memberikan perhatian terhadap tajuk kecil dalam sesebuah bab. Rumusan sesebuah buku perlu dibaca untuk mengukuhkan bahan bacaan. Kaedah Pertanyaan Manusia lebih mudah mengingati apa yang dipelajari dengan mendapat jawapan kepada pertanyaan berbanding dengan kaedah pembacaan atau penghafalan begitu sahaja. Soalan membantu pembelajaran kerana soalan membuatkan pelajar berfikir mengenai apa yang hendak diketahui daripada apa yang sedang dikaji atau dipelajari. Kaedah Pertanyaan Pelajar boleh menggunakan soalan yang berikut untuk memperoleh kemahiran bertanya: Siapa? Apa? Bila? Mana? Kenapa? Bagaimana? Jawapan kepada siapa, apa, bila dan mana memberikan fakta bahan yang dibaca Soalan kenapa dan bagaimana pula membantu mentafsir dan menggunakan fakta serta membuat rumusan. Kaedah Membaca Pembelajaran memerlukan pembacaan yang aktif. Pelajar harus membaca menjawab soalan yang ditanya oleh pengarang buku untuk mendapatkan kefahaman mengenai bahan bacaan.

Baca semua bahan termasuklah gambar, graf, dan jadual. Membaca satu gambar graf, atau jadual akan memberikan kefahaman yang mendalam. Kaedah Panggil Kembali Bacaan lisan berkesan kerana ia memberitahu kepada pembaca apa yang ia tidak ingat. Pelajar secara langsung akan menghafal apabila menyebut sesuatu bahan berulang kali. Kaedah ini boleh dilakukan secara lisan, dalam hati ataupun dengan menulis fakta-fakta tersebut di atas kertas. Kebaikan Kaedah Panggil Kembali Dapat menumpukan perhatian kepada pembelajaran (Pelajar tidak berkhayalan jika sentiasa memanggil kembali bahan bacaannya). Pelajar dapat memberikan perhatian yang lebih kepada bahan yang sukar untuk diingati. Kaedah Lihat semula Kaedah lihat semula juga sama seperti kaedah tinjauan Kaedah lihat semula adalah proses untuk mengetahui apa yang telah dibaca. Semasa lihat semula, pelajar harus membaca dengan pantas dan pastikan tidak ada bahan yang tertinggal daripada pembacaan.

Anda mungkin juga menyukai