Anda di halaman 1dari 9

PENGHARGAAN Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Tn Hj Jamil

b Ibrahim kerana telah member kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya iaitu En Ahmad Zamri b Saadin yang telah banyak member tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan. Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibubapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah mereka

habiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tidak lupa juga buat rakan- rakan saya iaitu yang telah banyak membantu saya ketika proses soal selidik dan temubual dilakukan. Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk . Yang telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan.

PENDAHULUAN Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan PMR. Kami semua telah diberikan tajuk Pencemaran Alam Sekitar. Oleh itu, saya yelah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kawasan yang mengalami pencemaran alam sekitar. Oleh sebab itu, saya memilih tajuk ini kerana di kawasan kami mempunyai Majlis Bandaraya Alor Setar dan ini memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini.

Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan Februari sehingga bulan Jun iaitu kirakira 5 bulan. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan. Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat tinggal saya.

OBJEKTIF KAJIAN Berikut adalah objektif kajian yang telah saya jalankan iaitu: 1. Menyatakan maksud konsep pencemaran alam sekitar dengan tepat dan jelas 2. Menyenaraikan jenis- jenis pencemaran alam sekitar 3. Menghuraikan punca pencemaran alam sekitar 4. Menghuraikan kesan pencemaran alam sekitar 5. Mencadangkan langkah mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar.

6. Dapat menerapkan unsur nilai dan patriotism terhadap penduduk di . Tentang pencemaran alam sekitar.

KAWASAN KAJIAN Lokasi kawasan kajian saya ialah sekitar Mergong, Alor Star, Kedah. Mergong terletak dalam daerah Kota Setar iaitu kira- kira 3 km daripada Bandaraya Alor Star. Mergong merupakan kawasan perindustrian utama di negeri Kedah. Ia juga merupakan puasat perkhidmatan utama dimana penduduk setempat mendapat perkhidmatan seperti perbankan, stesen bas dan teksi, pusat membeli- belah dan lain- lain lagi. Aktiviti utama penduduk Mergong adalah seperti pekerja kilang, kakitangan awam , berniaga dan pertanian.

Saya memilik kawasan Mergong sebagai lokasi kajian saya kerana tempat tinggal saya terletak dikawasan ini. Sekolah saya juga terletak di kawasan merging dan ia juga merupakan kawasan perindustrian.

KAEDAH KAJIAN 1. Pemerhatian = saya telah membuat pemerhatian untuk mengenalpasti pencemaran alam sekitar yang terdapat di kawasan tempat tinggal saya. 2. Temu Bual = menemu bual penduduk setempat 3. Soal selidik = saya telah menyediakan 20 borang soal selidik untuk diisi oleh penduduk setempat 4. Rujukan = membuat rujukan internet dan di perpustakaan sekolah.

Anda mungkin juga menyukai