Anda di halaman 1dari 1

BERKAT PUASA (Pengalaman Asy-Syibli)

Puasa dapat membuat hati yang keras menjadi lembut, dan bertaubat. Begitulah peristiwa yang pernah dialami oleh Asy -Syibli. Diceritakan bahawa pada suatu hari beliau sedang berjalan bersama sati kafilah dari Syam. Tiba-tiba datang gerombolon perompak menyerang mereka. Tidak ada yang boleh dilakukan oleh rombongan Asy -Syibli kecuali menyerah diri, kerana kalau melawan akan membawa kepada kebinasaan. Maka beraksilah para perompak itu merampas barang dari tangan setia p orang. Setelah semua barang -barang rampasan itu dikumpulkan, mereka membawa kepada ketuanya. Mereka membuka bungkusan demi bungkusan, dan sampailah pada sebuah bungkusan berisi makanan seperti gula kenari dan lain -lainnya. Lalu mereka makan dengan bangganya sambil bersuka -suka. Tetapi ketua perompak itu tidak mahu makan sedikitpun, dia hanya melihat saja pada anak buahnya yang berpesta. Mengapa anda tidak mahu makan? Tanya Asy -Syibil kepada ketua perompak. Saya berpuasa, jawabnya. Berpuasa? Betul ke? Sungguh aku berpuasa. Bagaimana itu? Mengapa pula? Engkau merompak, merampas harta setiap orang yang lalu di jalan ini dan juga membunuh manusia, sedangkan engkau berpuasa. Kata Asy -Syibli. Wahai Syekh, aku mesti membuat baik. Kami tidak ingin terus merompak. Jawabnya. Setelah beberapa tahun kemudian, Asy -Syibli pergi ke Makkatul Mukarramah untuk mengerjakan ibadah di kota suci itu. Ketika beliau bertawaf di sekeliling Kabah, tiba -tiba dia melihat lelaki berbadan kurus berpakaian ihram. Asy -Syibli memperhatikan lelaki itu kerana dia agak kenal dan pernah berjumpa dengannya. Tiba -tiba dia ingat bahawa dia adalah ketua perompak yang pernah menyerangnya dahulu. kalau saya tidak silap, anda adalah ketua gerombolon perompak yang pernah merompak kafilah saya disuatu ketika dahulu, bukan? Betul tuan.jawabnya. Mengapa sekarang anda tiba -tiba jadi baik begini. Kan sudah saya katakana dahulu, kita mesti ada peluang untuk berbaik -baik. Maka puasa itulah yang telah menarikku ke jalan damai dan bai k ini. Ketua perompak itu telah bertaubat bersungguh -sungguh dan menjadi seorang muslim yang dikasihi Allah Radiallahu Anhum.

Anda mungkin juga menyukai