Anda di halaman 1dari 1

Penghargaan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji dan syukur dipanjatkan hanya kehadrat Allah S.W.T kerana dengan Hidayah dan anugerah-Nya dapatlah kami menyiapkan kerja kursus berasaskan ilmu (KKBI) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dalam mata pelajaran Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan ucapan terima kasih ikhlas diucapkan khusus kepada pensyarah pembimbing kami, Encik Amir Bin Juhari di atas segala bimbingan, tunjuk ajar buah fikiran serta nasihat yang telah banyak diberikan selama ini dan telah bersusah payah dalam membantu dan mendidik kami menyiapkan penulisan ini. Semoga mendapat rahmat daripada Allah S.W.T. Jutaan terima kasih dan penghargaan juga ditujukan istimewa untuk ibu bapa serta keluarga kerana telah banyak mencurahkan sokongan dan dorongan yang berterusan sepanjang melaksanakan tugasan ini. Akhir sekali ribuan terima kasih diucapkan kepada sahabat, rakan -rakan dan pihak yang terlibat diata s sumbangan yang diberikan. Dipohon semoga Allah SWT memberi ganjaran yang setimpal dengan jasa yang telah diberikan. Wallahualam.

iii

Anda mungkin juga menyukai