Anda di halaman 1dari 2

Laporan Pelaksanaan Pergerakan Pengakap

1. Pengenalan Agenda utama di sekolah agenda kurikulum. Namun kepentingan kokurikulum tidak wajar diabaikan dalam pegangan kepada kepercayaan bahawa kokurikulum adalah medium untuk pembentukan sahsiah murid. Kita sewajarnya menggarapkan kedua-dua bidang ini bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual mahupun sosial selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Pergerakan pengakap merupakan salah satu kokurikulum yang telah lama dijalankan di SJK(C) Foon Yew 2. Pergerakan ini adalah sebagai persediaan dan memberi pengalaman kepada murid-murid tentang cara-cara kepimpinan, tanggungjawab pada diri sendiri dan masyarakat, merancang sebelum bertindak dan belajar untuk hidup berdikari.

2. Tempat dan masa Program pergerakan pengakap ini dijalankan sepanjang tahun pada setiap hari Rabu, 2 minggu sekali bermula pada jam 1.20 petang hingga 3.20 petang. Aktiviti-aktiviti dijalankan di dua tempat iaitu di kelas 5P dan di dewan sekolah.

3. Agenda dan pengisian kursus Pada setiap perjumpaan, guru-guru pemimpin pengakap akan menjalankan aktivitiaktiviti seperti yang telah dirancang di awal tahun. Antaranya kawad kaki, permainan pengakap, pertolongan cemas, memasak, mendirikan khemah dan lain-lain. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil di bawah pengawasan guru pemimpin pengakap. Aktiviti-aktiviti yang dirancang bertujuan mewujudkan semangat kerjasama antara ahli kumpulan, berdikari dan berfikir sebelum bertindak.

4. Kehadiran Semua guru-guru pemimpin pengakap seramai 9 orang telah melibatkan diri di dalam semua perjumpaan dan kehadiran murid-murid dari Tahap 2 amat memuaskan.

Disediakan oleh: _______________________ En. Mohd Hasnur Bn Hashim Setiausaha Pengakap SJK(C) Foon Yew 2 Johor Bahru, Johor.

Disahkan oleh: ___________________ Pn. Chan Fon Yong Pengerusi Pengakap SJK(C) Foon Yew 2 Johor Bahru, Johor.

Anda mungkin juga menyukai