Anda di halaman 1dari 6

Koridor Raya Multimedia (MSC) ialah satu rancangan pembangunan teknologi maklumat yang diilhamkan oleh mantan Perdana

Menteri Malaysia, Dato Seri Mahathir Mohammad. Koridor Raya Multimedia bermula dari Menara Kembar Petronas terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kala Lumpur (KLIA) di sebelah selatan. Koridor Raya Multimedia berperanan sebagai pusat pemangkin multimedia di kawasan ini. Konsep Koridor Raya Multimedia adalah membawa Malaysia ke arah pembangunan teknologi maklumat yang lebih pesat di rantau Asia Tenggara. Negara kita akan menjadi pusat teknologi maklumat di rantau ini, dan seterusnya memainkan peranan penting dalam bidang teknologi maklumat antarabangsa. MSC merangkumi komponen pelaksanaan, penyepaduan dan peningkatan beberapa aplikasi multimedia termasuk pembangunan aplikasi Kerajaan Elektronik, Sekolah Bestari, Kad Pelbagai Guna Kerajaan dan Telekesihatan serta Kelompok Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), e-Niaga dan program Keteknousahawanan bagi membentuk persekitaran multimedia. Aplikasi MSC yang berasaskan system komputer yang komprehensif menjana persekitaran multimedia disamping menyediakan peluang perniagaan yang inovatif bagi penglibatan sektor swasta. Malaysia kekurangan sumber manusia yang cekap dalam melengkapkan strategi dan inisiatif ICT dalam Negara ini. Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk pekerja ICT berkemahiran tinggi seperti pereka dan juruanalisis sistem komputer, pengaturcara komputer dan jututeknik sokongan komputer, sebanyak 48 institusi pengajian tinggi (IPT) berstatus MSC mengeluarkan sejumlah 31 000 siswazah ICT dalam tempoh rancangan. Pelbagai program dilaksanakan bagi menggalakkan IPT serta institusi latihan lain bekerjasama dengan industri bagi memastikan kesesuaian kemahiran yang diperoleh releven dan boleh dipasarkan. Bagaimanapun, setelah kajian dijalankan menunjukkan Impak MSC 2005 menunjukkan masih terdapat kekurangan pesonel berkaitan ICT dalam bidang khusus dan keadaan ini menunjukkan ketidaksepadanan antara penawaran dengan permintaan bagi set kemahiran praktikal yang diperlukan oleh industri. Antara lain, dua skim perintis, iaitu Program Kemahiran Siswazah dan Program Internship MSC menyediakan latihan kemahiran di peringkat tinggi dan latihan semula kepada lebih daripada 2000 siszawah ICT baru.

E-pembelajaran berperanan sebagai satu sumber yang berpotensi untuk latihan dan pendidikan dalam talian setelah berkembangnya penggunaan internet. Selain inisiatif Sekolah Bestari, banyak peluang untuk pendidikan maya disediakan oleh sebilangan IPT. Dengan peningkatan budaya perkongsian maklumat dalam talian, MIMOS telah membangunkan Grid Malaysia untuk Pendidikan (MyGfL) sebagai repositari dan direktori bagi perkongsian kandungan digital. Di samping itu, beberapa projek komuniti e-pembelajaran dan Sekolah Bestari juga dilaksanakan oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia(MDC). E-pembelajaran di sekolah dijalankan menerusi penggunaan perisiaan mata pelajaran Sekolah Bestari dan pengaksesan internet melalui system SchoolNet. Sekolah Bestari akan diperkukuhkan bagi menyediakan liputan yang lebih komprhensif. Sehubungan itu, pengagihan aplikasi Sekolah Bestari yang boleh dicapai melalui web akan dipercepatkan. Usaha ini adalah untuk memastikan capaian kandungan dan aplikasi terkini e-pembelajaran dalam talian oleh guru dan pelajar secara berterusan. SchoolNet akan menyediakan kaedah pengagihan yang meluas bagi perisian Sekolah Bestari yang mempunyai keberkesanan kos. Galakan inisiatif e-pembelajaran dalam proses pendidikan formal termasuk di sekolah, universiti dan institusi latihan lain akan terus diberi keutamaan bagi memenuhi pertambahan permintaan terhadap kandungan dan aplikasi e-pembelajaran. Seterusnya penubuhan sekolah-sekolah daripada menjelang Tujuh tahun Flagship 2000, Application dimeterai dalam dengan bestari sebagai salah satu projek Koridor 90 Raya Multimedia(MSC), telah mula buah sekolah

melaksanakan konsep bestari dalam aktiviti pengajaran pembelajaran, penilaian dan pentadbiran. 90 buah Sekolah Bestari tersebut akan menjadi sekolah model untuk sekolah-sekolah di seluruh Malaysia, akan diubahsuai supaya menjadi sekolah-sekolah bestari juga dalam abad ke-21. Dengan ini, diharap perkembangan Sekolah Bestari, tenaga kerja di Malaysia akan menerima kemasukan pekerja baru yang lebih kreatif dan inovatif dalam pemikiran mereka, mahir dengan teknologi baru, dan dapat mencapai serta menguruskan kepesatan maklumat.

Selain dari sekolah rendah dan menengah, kerajaan juga sedang meneliti pembangunan Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Perubahan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti, 1971 dan pengenalan Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta, 1996 membolehkan sektor swasta memainkan peranan yang lebih meluas dalam pendidikan tinggi. Semua inisiatif ini telah mengakibatkan beberapa universiti yang berasaskan teknologi menawarkan kursus dalam displin seni dan sains multimedia, kejuteraan, teknologi maklumat, sains komputer, dan pengurusan. Ini termasuklah Univesiti Multimedia(MMU), Universiti Telekom Malaysia(UniTel), Universiti Sains dan Teknologi Malaysia(MUST), Universiti Tun Abdul Razak(UNITAR) dan Universiti Putra Malaysia(UPM). Langkah-langkah liberal ini bermatlamat untuk mendorong pertumbuhan institusi latihan IT dan universiti swasta. Untuk merealisasikan objektif negara dalam Wawasan 2020, negara

memerlukan ramuan MSC yang memiliki sistem perisian dan perkakasan untuk menjana kejayaan dalam arus perubahan global. Untuk itu, MSC memerlukan sokongan daripada perkhidmatan pekerja ilmu yang secukupnya untuk merialisasikan objektif Negara mencapai Wawasan 2020. Dari sudut pembangunan insan, kejayaan MSC dan Agenda IT Nasional (NITA) bergantung kepada dua eleman kritis. Eleman pertama ialah mempunyai bekalan individu yang mahir, kreatif dan berbakat dengan secukupnya, yang berkebolehan menghidupkan industi multimedia yang dirancang. Eleman kedua ialah masyarakat celik IT yang mampu menjana permintaan dan menambahkan nilai kepada pembangunan dan penerapan IT. Oleh itu, cabaran yang dihadapi institusi latihan dan pengajian tinggi di Malaysia adalah mengeluarkan elemen pertama dan mendidik elemen kedua. Cabaran yang dihadapi oleh IPT pada masa kini ialah cara membantu Negara, orang awam dan organisasi (swasta dan awam) dari segi menyediakan ilmu tentang persaingan, trend, strategi, penggunaan teknologi, pengurusan pengetahuan dan penyelesaian inovatif bagi mewujudkan nilai. Pekerja ilmu yang lulus daripada IPT sepatutnya bukan hanya sekadar celik maklumat dan memiliki kelayakan kertas, tetapi juga memiliki pengetahuan bagi memahami isu global, perniagaan, organisasi dan teknologi. Inisiatif kerajaan memperbaiki penerapan teknologi maklumat dan pembangunan produk dan perkhidmatan adalah tepat pada

masanya dengan pengenalan MSC pada tahun 1996. Walaubagaimanapun, bekalan pekerja ilmu yang dikehendaki mestilah diakui.

Dalam menentukan hala tuju strategik dan kekuatan persaingan dalam proses pengeluaran graduan yang berkualiti, proses penaksiran wajar dilaksanakan kerana institusi harus melalui proses pengurusan perubahan, mencorakkan hala tuju strategik yang baru, mempertingkatkan kaedah penyampaian ilmu dan menambahkan pembabitan R&D serta hubungan industri. Kemajuan dalam multimedia dan IT telah merevolusikan saluran penyampaian pendidikan disamping kebanjiran penggunaan komputer riba yang semakin mendapat tarikan yang memudahkan pengajian jarak jauh diaplikasikan bagi sesetengah pihak yang terikat dengan komitmen lain. Pengajian boleh dilakukan dengan persidangan video atau on-line tutorial. Pendidikan berasaskan multimedia dan IT dikatakan penting dalam membentuk pekerja ilmu yang diperlukan dalam tenaga kerja di Malaysia.

Selain itu, ketidaksesuaian atau kurangnya kemahiran yang diperlukan di kalangan graduan IT mungkin disebabkan kekurangan arahan dalam perancangan dalam lingkungan universiti. Ini mungkin disebabkan pelarasan kurikulum dan kandungan kursus tidak dilakukan dengan sewajarnya. Masalah ini mungkin dapat diselesaikan menerusi kerjasama yang lebih giat antara universiti dan industri supaya R&D dapat diusahakan bersama dan program amali dapat digunakan sepenuhnya.

Pengurusan Kualiti Menyeluruh, Anugerah Kualiti Nasional Melcolm Baldrige, Hadiah Deming, ISO 9000 dan Anugerah Kualiti Eropah adalah contoh-contoh penaksiran dalam menentukan tahap kecemerlangan dan kualiti sesuatu IPT . Dalam perjalanan ke arah kecemerlangan, langkah-langkah permulaan yang perlu diambil oleh IPT adalah mengendalikan penaksiran diri di institusi dan membuat tanda aras berbanding dengan institusi terbaik yang lain di dunia. Setiap anugerah dan standard pendaftaran ini boleh digunakan untuk menanda aras perbaikan yang

berterusan dalam sistem pendidikan. Hanya selepas proses itu barulah IPT boleh membuat keputusan tentang arahan strategik mengenai jenis perubahan yang diperlukan, termasuk mengenal pasti pelbagai pendekatan yang digunakan untuk menjalankan tindakan mengatur semula dan perbaikan yang berterusan. Jika sesuatu IPT itu bercenderung untuk mencapai tahap sesuatu aras kecemerlangan, anugerah status MSC merupakan opsyen terbaik yang harus diambil. Sebaik sahaja IPT memenuhi kriteria status MSC, IPT tersebut boleh menjalankan program perbaikan dan penaksiran kualiti ke arah kecemerlangan yang ingin dicapai. Penggunaan sistem kualiti utama ialah langkah positif dalam strategi ke arah kelebihan persaingan global dalam pendidikan. Tanpa mengira laluan mana yang diambil oleh organisasi dalam meningkatkan kualitinya, semua dorongan kualiti ini dapat memberikan pengaruh yang penting untuk menjadi organisasi terbaik. Sehubungan itu, untuk memenuhi permintaan pekerja ICT, usaha akan dijalankan untuk memperbaiki dan memperluaskan pendidikan ICT sepatutnya dimulakan terutamanya dalam sektor pendidikan. Pembekalkan kemudahan komputer, membangunkan bahan pengajaran dan pembelajaran bantuan komputer, peluasan capaian internet, menyediakan komunikasi satelit untuk sekolah yang sukar menerima capaian internet dan pendedahan teradap kod etika penggunaan internet yang baik akan dilakukan. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kadar celik komputer di kalangan pelajar di samping mendedahkan mereka kepada faedah Internet. Dengan itu, pembangunan ICT di negara ini dapat dikembangkan dari peringkat akar umbi yang dijamin mampu menyediakan dan memenuhi permintaan pekerja ICT di masa depan. Tambahan lagi, untuk sektor pendidikan dan institusi-institusi pendidikan di Malaysia ini khasnya mempunyai tugas yang berat dan amat besar untuk membentuk hala tuju generasi pelapis pemimpin ini agar lebih bersedia bukan sahaja dari segi intelek dan jasmani. Pelajar-pelajar ini yang akan mempastikan kecemerlangan pembangunan dan kemajuan yang bersepadu, seimbang dan adil dapat dicapai. Sehubungan itu, KPM perlu menyediakan kemudahan yang mencukupi untuk membolehkan penggunaan ICT sebagai alat pengupaya (enabling tool) pada semua peringkat organisasi pendidikan. Penggunaan ICT yang meluas membolehkan setiap

peringkat umur dalam organisasi pendidikan dapat meningkatkan tahap intelektual mereka dalam bidang ICT disamping melahirkan masyarakat yang celik IT dan berupaya memajukan negara. Ini juga adalah implikasi dari dasar ICT negara yang mahu memperkukuhkan lagi keupayaan sumber manusia dan infrastruktur berkaitan ICT dengan tujuan untuk menjadi negara maju yang mempunyai masyarakat berpengetahuan. Akhirnya, dalam pembangunan ICT di negara ini yang rata-ratanya bertujuan untuk membina bangsa yang berdaya tahan, mengekalkan pertumbuhan ekonomi, menghadapi persaingan antarabangsa, membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan dan memperkukuhkan pembangunan sumber manusia. Cabarancabaran ini memerlukan kita dalam memperkukuhkan dan memartabatkan negara di mata dunia dengan berupaya mencapainya hanya dengan penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi.

Anda mungkin juga menyukai