Anda di halaman 1dari 6

1.

Apabila seseorang itu tak tahu apakah ia,maka ia menjadi sesuatu perkara (something), tetapi bila seseorang itu tahu apakah ia,maka ianya tak menjadi apa-apa (nothing). 2. Buah apa yang kita makan dahulu baru baru ambil?. 3. Sebab apa penggali kubur gali kubur tak pakai kasut?. 4. Dalam banyak-banyak lembu,lembu apa yang orang cari?. 5. Bila malam ia kan datang bertaburan tanpa perlu diundang.Bila siang ia kan hilang tanpa dilarang, 6. Ada seorang budak berjalan di tepi pantai,tetapi bila dia pandang ke belakang tak ada kesan tapak kasut,kenapa?. 7. Kalau ramai manusia jadi monyet,monyet pulak jadi apa?. 8. Air apa yang paling berani?. 9. Bas apa yang setiap hari akan dipenuhi kanak-kanak dan selalunya bising? 10. Ada sebuah jambatan kuat sekali.Ada seekor gajah naik jambatan tu,tak runtuh.Datang seekor tikus naik jambatan tu,runtuh.Kenapa?. 11. Di dalam dunia ni akulah yang lembab dan pantas.Di dalam dunia ni akulah yang pendek dan panjang.Tanpa aku,apa yang manusia lakukan semuanya tak jadi. 12. Dalam banyak-banyak bunga,bunga apa warna hitam?. 13. Sebab apa ikan banyak di laut?. 14. Naik bukit,turun bukit jumpa pagar.Apakah ia?. 15. Ada sejenis benda mengeluarkan hiburan dan berita.Suaranya seiras manusia,tapi kalau manusia,manakah rupanya. 16. Dalam banyak-banyak kereta,kereta apa yang selalunya orang tak panggil kereta?. 17. 1 penumpang,4 pemandu.Benda apakah itu?. 18. David Beckham tendang bola laju macam peluru,tapi bola tak pecah.Dalam banyak-banyak bola,bola apa yang cepat pecah walaupun tak sempat nak tendang?.

19. Lahirnya di dalam laut biasa.Tapi kadang-kadang di tepi pantai pun boleh terjumpa.Badannya ada,kepalanya tiada.Terpijak ekor,hospital la jawabnya. 20. Kalau banyak sangat lembu naik kapal terbang,manusia naik apa?. 21. Ada seorang penoreh getah meredah masuk ke dalam hutan pada suatu malam.Tetapi dia hairan sebab dia masih boleh nampak bayang-bayangnya, kenapa?. 22. Ada dua ekor anjing yang nak berkahwin,tapi ibu bapa mereka tak benarkan atas sebab mereka tak sama taraf.Jadi kedua-dua ekor anjing tu pun bercadang untuk membunuh diri bersama-sama,dengan terjun ke dalam gaung yang mana di bawahnya terdapat lautan yang sangat dalam.Si anjing jantan terjun dahulu,lalu mati.Kemudian anjing betina terjun,tetapi takmati,kenapa?. 23. Sukan apa yang tak boleh dipertandingkan di Sukan SEA?. 24. Jatuh bawah tengok atas,kemudian lari ambil bekas,apakah ia?. 25. Bekerja kuat seperti sang semut.Taman bunga tempat bekerja.Produk berkualiti barang berharga.Tentunya yang lebih manis dari gula-gula. 26. Dalam banyak-banyak roda,roda apa yang bila diputar orang akan bersorak sambil tepuk tangan?. 27. Seorang cikgu matematik bertanya kepada murid-muridnya.Cikgu tu berkata, 1 ela sama dengan 4 kaki .Kemudian diberitahu murid-muridnya lagi , 1 ekor ayam sama dengan RM 2.50,maka; 2 ekor ayam sama dengan RM 5.00 la... .Cikgu tu bertanya, kalau begitu...4 kaki berapa ringgit?. . 28. Buah apa bila orang dapat orang akan lambung?. 29. Benda apa akan mati bila ia minum?. 30. Rumah orang Inggeris panggil apa?. House kan...Kalau plak?.Burntkan...Kalau rumah terbakar orang panggil apa?. 31. Kera apa makan nasi di atas kerusi?. 32. Buah di atas pokok,pokok di atas buah. 33. Antara langit dan bumi apa yang berada di tengah-tengah?. terbakar

34. Dalam banyak-banyak kucing,kucing apa paling besar?. 35. Binatang apa yang matanya di atas kepala,mulut di atas kepala,badan pun atas kepala?. 36. Dalam banyak-banyak singa yang anda tahu,singa apa yang berada di tengah laut,tapi takberenang?. 37. Burung apa yang kepalanya bawah kaki,sayapnya bawah kaki,kakinya pun bawah kaki?. 38. Kalau bas berhenti,benda apa yang mula-mula turun dahulu?. 39. Apakah ia, bila masak ia akan timbul dan terapung-apung?. 40. Benda apa yang bila kita tekan,ia keluar,lepas tu jadi merah?. 41. Tanah kalau dikorek warna hitam,benda apa kalau kita korek warna kuning berair?. 42. Dalam banyak-banyak buah,buah apa yang boleh lari dikebas orang?. 43. Nenek apa boleh terbang?. 44. Kucing apa ada sembilan kaki?. 45. Meghitung di atas,bermain buai di bawah.Benda apa?. 46. Ada seorang imam menaiki helikopter pada waktu pagi untuk pergi ke masjid,bila helikopter tudah naik 1000 kaki dari paras tanah,imam tu rasa panas kenapa?. 47. Binatang apa yang paling kaya?. 48. Burung apa yang boleh berdiri tegak,tak boleh duduk,tak boleh terbang?. 49. Jika engkau membuangku dari tempat tertinggi,aku pasti tak akan jatuh terhempas.Tapi jika engkau berani buangku ke laut,pasti aku akan hancur di bawah arus. 50. Banyak-banyak negara,negara apa yang paling banyak raksasa?. 51. Kereta dengan motor yang mana lebih tua?. 52. Perkataan apakah yang sama digunakan diseluruh dunia?. 53. Ayam berkokok,harimau apa?.

54. Masuk lurus keluar bengkok,buat apa?. 55. Bas apa yang tak ada bumbung?. 56. Ayah berdiri,mak mengandung,anak tidur,nombor berapa?. 57. Anak bulat,bapa pun bulat,nombor berapa?. 58. Ia wujud dua kali dalam sesaat,sekali dalam sejam,sekali dalam sehari,sekali dalam sebulan,sekali dalam setahun,tapi tiada dalam seminit mahupun seminggu. 59. Benda apa kita berdiri ia berdiri,kita duduk ia pun duduk?. 60. Nak kata kembar tak kembar,tapi bila lambai ia lambai,bila duduk ia duduk,bila kita terkentut ia pun terkentut,tapi bezanya dia kentut tak berbunyi,apakah ia?. 61. Tengok kanan ia lari,tengok kiri ia lari,apakah ia?. 62. Rumah apa dua tiang?. 63. Rumah apa pak cik PBA tak pergi check meter air?. 64. Saya boleh melihatnya,tapi ia tak dapat melihat saya.Apakah ia?. 65. Satu kereta ada berapa tayar?. 66. Benda apa mata tiga kaki satu?. 67. Sebab apa kalau kita nak beli komputer,tauke tu tak minta duit dulu?. 68. Pakai topi kuning bukan kontraktor,pakai baju putih bukan pembantu makmal,berekor bukan haiwan,pokok apa?. 69. Aku bukan burung yang terbang tinggi di udara.Aku bukan laut,tapi aku penuh air.Bila aku ceria aku putih.Bila aku sedih aku hitam.Apakah ia?. 70. Matahari bintang,siapa bapa?. 71. Bila masuk waktu solat,imam dangan bilal,siapa yang paling *sebutan : kejam ke jam * dahulu?.

72. Sebab apa siput K***zir jalan lambat?.

73. Selalunya, bas panjang (bas awam) ada berapa pintu?. 74. Buah apa biji di luar?. 75. Benda apa kita ikat ia berjalan?. 76. Ada seorang anak raja bermahkota dan ada banyak mata.Buah apa?. 77. Ada sebuah lori ayam telah melanggar sebatang tiang lampu hingga bengkok,Bengkok di mana?. 78. Sebelum seseorang tu turun sampan,apa yang mula-mula dia mesti buat?. 79. Dalam banyak-banyak ikan ,ikan apa yang ada ketiak?. 80. Dalam banyak-banyak tikus,tikus apa yang pakai seluar?. 81. Binatang apa bila terkejut,kepala hilang?. 82. Sebelum sesorang itu bangun tidur,benda apa yang mula-mula sekali dia akan buat?. 83. Ada bila disentuh,tapi tiada bila dilihat dari tepi.Apakah ia?. 84. Semasa bawa kereta,benda apa yang berpusing selain dari tayar,gear dan komponenkomponen dalam bonnet kereta?. 85. Banyak-banyak tayar,tayar apa yang tak dibuat daripada getah?. 86. Berge * apa happy ?.

*sebutan: burger 87. Negara apa banjir dahulu,baru hujan?. 88. Negara apa bawah tanah?. 89. Negara apa pengeluar pakaian dalam wanita?. 90. Negara apa tanahnya penuh kegusaran?. 91. Negara apa yang ramai rakyatnya lapar?.

92. Negara apa yang tak ada jalan?. 93. Negara apa ada banyak ayam belanda?. 94. Negara apa yang paling banyak ayam belanda?. Negara apa yang paling ramai rakyatnya cirit sebab banyak makan cabai?. 95. Negara apa yang ada 42 orang perempuan je...?. 96. Negara apa yang ramai rakyatnya kata, ku tunggu... ?. 97. Negara apa yang ramai rakyatnya yang suka try benda-benda baru?. 98. Apa beza terjun bangunan dengan terjun telaga?. 99. Seekor tenuk panjat pokok kelapa,apa yang dipecahkan?. 100. Di dalam terowong yang gelap tinggallah beberapa butir besi bahaya.Ia kan menyerang biladipetik.Apakah dia?.

Anda mungkin juga menyukai