~Ahli-ahli Kumpulan~
-Finolla Lausok -Cornelius Patrick -Ane annie Hendrew -Asimov Dismond -Herianah Ambuna -Christoper Lim -Dennis Latok -Masni -Noor Adibah -Mercy Ujar
Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yang lain. Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang yang melanda dunia. Takrifan pendidikan juga amat penting supaya kita dapat memahami dengan lebih lanjut serta mendalam dengan tajuk yang ingin diselami. Pendidikan, mengikut pandangan umum, ialah aktivitiaktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Pengertian bagi pendidikan pula mempunyai perbezaan bagi setiap individu. Dapat diberikan contoh pengertian daripada tokoh-tokoh falsafah iaitu Plato yang telah memberikan takrifan pendidikan sebagai suatu proses untu membentuk individu yang berakhlak mulia. Beliau telah menyokong pendapat Socrates bahawa tujuan pendidikan ialah memberikan latihan moral kewarganegaraan yang baik. Komputer merupakan salah satu alat komunikasi pada zaman globalisasi ini. Komputer boleh direkabentuk supaya ia dapat membantu pelajar secara individu dan secara berkumpulan. Ini dapat dijalankan dengan menggunakan Arahan Program, pelajar akan diajar mengikut kadar dan tahap yang boleh diterima oleh mereka. Ini adalah penting supaya pelajar tidak tercicir dan putus asa. Merujuk kepada sistem pendidikan konvensional, kesemua pelajar terpaksa mengikuti sistem yang berlangsung tanpa mengambil kira samada mereka dapat mengikuti pelajaran tersebut. Justeru itu, arahan program dapat memberi peluang terutamanya kepada golongan pelajar "lemah" untuk membaiki kelemahan dia. Dalam arahan program ini, pelajar akan mengikuti langkah-langkah tertentu dalam pembelajarannya, langkah tersebut akan diteruskan asalkan pelajar dapat memberi jawapan yang sesuai dan boleh diterima. Namun sekiranya jawapan tersebut tidak memuaskan, dia akan dipandu kepada langkah terdahulu dan ditunjukkan bahan rujukan yang berkaitan bagi memperbaiki kelemahan tersebut. Pengajaran sedemikian biasanya tidak dijalankan di dalam kelas yang terdiri daripada ramai pelajar, tambahan pula pelajar Asia yang kurang bertanya akan memburukkan lagi proses pembelajaran pelajar. Selain itu, pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang lengkap. Trenda semasa semakin menampakkan masa depan pengajaran dengan cara jarak jauh tetapi ini tidak bermakna pendidikan konvensional perlu dihapuskan sama sekali. Sesetengah daripadanya perlu dikekalkan bagi membolehkan pelajar membelajari kemahiran tertentu yang tidak boleh diperolehi melalui teknologi maklumat. Contohnya cara persembahan menggunakan komputer amat berbeza dengan cara konvensional. Namun kita tidak harus bergantung sepenuhnya kepada komputer dan melahirkan golongan yang tidak mampu berinteraksi tanpa komputer. Justeru itu, sistem pendidikan perlu membekalkan kemahiran interaksi asas pada awal persekolahan dan menggunakan teknologi maklumat pada masa yang sama. Dengan itu, pelajar mempunyai kemahiran lebihan dan pilihan untuk menggunakan teknologi maklumat atau cara konvensional sesuai dengan keadaan tertentu. Seterusnya, peningkatan prestasi pencapaian sekolah kebangsaan perlu dilakukan supaya menjadi sekolah pilihanrakyat. Sekolah merupakan tapak semaian penting bagi memupuk perpaduan negara dan menyemai semangat integrasi nasional. Pelbagai langkah perlu diambil ke arah memperkasakansekolah kebangsaan supaya ianya menjadi sekolah pilihan semua kaum. Kualiti
pengajaran dan pembelajaran di sekolah kebangsaan juga perlu ditingkatkan. Kurikulum dan aktiviti kokurikulum di sekolah juga perlu dikaji semula untuk memastikan ia menyediakan asas kukuh dan bersesuaian dengan kehendak semasa. Peluang pendidikan bagi kanak-kanak istimewa dan yang mengalami masalah pembelajaran juga perlu ditingkatkan. Langkah seterusnya ialah dengan mewujudkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan institusi tertiari memenuhi kehendak majikan. Langkah untuk mempertingkat kualiti pendidikan tertiari akan terus dilaksanakan. Institusi pengajian tinggi tempatan perlu diberi tanda aras mengikut piawaian antarabangsa. Bagi memperkukuh keupayaan penyelidikan di universiti tempatan, jalinan kerjasama dengan institusi terkemuka di peringkat antarabangsa dan juga swasta perlu dilaksanakan agar misi ini berjaya menjelang 2020. Institusi pengajian tertiari juga hendaklah meneliti kursus-kursus yang ditawarkan sejajar dengan keperluan semasa Selain itu, dengan mengadakan lebih banyak tempat untuk pembangunan kemahiran, latihan dan pembelajaran kepada tenaga buruh pada setiap peringkat dan umur termasuk kemahiran penggunaan ICT, misi ini boleh dicapai. Keupayaan dan keberkesanan sesuatu latihan untuk melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran perlu ditingkatkan dengan membanyakkan institusi latihan awam, menambah kursus lanjutan dalam bidang-bidang teknikal, serta menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam bidang latihan teknikal. Pengambilan pelatih teknikal juga perlu ditambah lagi agar misi ini dapat direalisasikan. Selain daripada itu, kemudahan-kemudahan bagi tujuan pendidikan juga akan terus bertambah bagi tujuan pembelajaran. Bersesuaian dengan dunia tanpa sempadan, kita seharusnya didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan supaya kita semua tidak ketinggalan. Maka, kemudahan-kemudahan inilah yang akan membantu kita sebagai alat bantu mengajar yang boleh dipercayai. Kepesatan arus globalisasi ini juga akan membuatkan pemikiran anak-anak generasi kita pada masa hadapan akan lebih jauh ke hadapan dengan bantuan pelbagai kemudahan yang di sediakan. Perdana Menteri kita, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah berkata ketika membentang Rancangan Malaysia Kesembilan, Dalam konteks dunia global, modal insan bermutu tinggi satu keperluan, bukan lagi kemewahan. Pembangunan modal insan dalam RMK-9 dirangka supaya bersifat holistik, menyeluruh dan bersepadu. Melalui ungkapan beliau itu, beliau amat berharap agar negara kita akan mencapai hasrat dan aspirasi dan seterusnya menyertai barisan negara maju menjelang 2020. Posted by Finolla and The Gang at 7:11 PM 0 comments
perumahan/kesesakan lalu lintas/ pengangkutan - Kajian punca dan cara mengatasi gejala gengsterisme di sekolah - Kajian tentang cabaran sistem kekeluargaan masa depan - Kajian kes isu sosial di kawasan setempat - Merancang khemah pelarian atau perkhidmatan kecemasan bencana alam - Merancang projek kerjasama Posted by Finolla and The Gang at 7:08 PM 0 comments
Kesan seterusnya yang akan timbul ialah penghayatan ilmu itu semakin terhakis. Hal ini demikian kerana para pelajar hanya belajar ilmu sahaja tanpa menghayati ilmu itu sendiri. Mereka belajar hanya untuk tujuan peperiksaan atau demi memenuhi tugasan yang diberikan sahaja. Ini akan melahirkan generasi yang cerdik pandai tanpa diimbangi dengan penghayatan ilmu itu sendiri. Akibatnya, kemahiran yang mereka miliki mungkin akan digunakan untuk tujuan negatif seperti melakukan pecah amanah, menipu dan sebagainya. Kesimpulannya, semua pihak harus menyedari kesan globalisasi ini dan bersedia dengan langkah yang komprehensif. Kita tidak boleh mengelak daripada menghadapi globalisasi kerana tanpanya kita akan terus ketinggalan. Oleh itu, kita perlu bersedia untuk mengatasi sebarang cabaran yang wujud daripada fenomena globalisasi ini.
Dalam keghairahan untuk diglobalkan, kita semakin terputus dari budaya dan akar sejarah kita sendiri. Suatu tanggapan yang tidak disedari sedang menjadi asas pemikiran kita masa kini ialah semua sejarah bangsa mahupun negara tidak lagi bermakna melainkan proses globalisasi adalah satu-satunya fenomena yang harus membentuk seluruh tamadun hidup semasa. Murni Itulah hakikat globalisasi sebenarnya di mana ia adalah suatu proses penyeragaman dan penyamarataan "semua untuk satu dan satu untuk semua". Globalisasi dilihat sebagai suatu faham bahawa di dalam kehidupan ini tidak wajar lagi diiktiraf tanggapan nilai murni dan mulia secara objektif. Akibat dari "nilai-nilai global" yang dibentuk serta didalangi dan didukungi oleh faham dan pandangan hidup barat, maka kehidupan yang dilandaskan oleh nilai-nilai mutlak berdasarkan pegangan agama tidak lagi dapat diterima. Apa yang disogokkan melalui globalisasi ialah segalagalanya perlu disamaratakan. Dengan lain perkataan ia bermakna seluruh pandangan hidup dan nilai hidup hendaklah diseragamkan tidak kira dari mana asas nilainya yang dibentuk. Ini diterjemahkan dalam pelbagai dimensi hidup dari sekecil-kecil perilaku seperti berpakaian sehinggalah ke sebesar-besar agenda di peringkat perhubungan antarabangsa. Lantaran globalisasi mempunyai Jentera penjananya sendiri iaitu badan-badan konglomerat dunia yang sekali lagi berpaksi dan berpusat di barat maka kepentingan globalisasi pada hakikatnya tidak lain daripada kepentingan barat jua. Globalisasi pada hakikatnya tidak lebih daripada maksud dominasi. Laungan keadilan dan kesaksamaan universal yang cuba dikaitkan dengan proses globalisasi hanya merupakan suatu pemalsuan dan penyembunyian hakikat sebenar. Kita sering tenggelam dan lemas dalam kejahilan yang amat ketara. Hampir jelas globalisasi sebagai suatu istilah baru kepada gerakan yang lama tidak lagi dapat difahami apatah lagi dianalisa dengan kritikal. Semakin ramai penganalisis dunia kini telah memperakui globalisasi sebagai satu kenyataan yang diterima dan perlu dijadikan premis yang benar dan tidak boleh dipersoalkan lagi. Keghairahan pemikir-pemikir dan ahli-ahli akademik untuk menerima globalisasi kini diperkukuhkan oleh badan-badan antarabangsa di atas pelbagai nama yang amat mengkagumkan. Tanpa segan silu lagi mereka mengatakan bahawa fenomena wujudnya "rakyat global" adalah suatu bentuk idealisme yang perlu diterima oleh semua negara. Demikianlah mendalamnya pemikiran globalisasi yang dijiwai oleh perancang-perancang pembangunan di seluruh dunia sehingga tidak wujud lagi rasa curiga terhadap kesan prosesnya yang dijana dan dicanangkan oleh kuasa-kuasa barat. Tidaklah menghairankan kalau penganut-penganut globalisme ini akhirnya akan mengatakan, kedaulatan sesebuah negara bangsa tidak perlu diwujudkan lagi kerana mereka terus beranggapan bahawa apa yang dipanggil "dunia tanpa sempadan" adalah kemuncak kemajuan. Dengan demikian mereka berasa puas untuk menjadi alat dan hamba kepada pelbagai institusi global yang mengeksploitasi seluruh kepakaran dan keahlian mereka bagi membuka dan merungkai segala halangan yang menyebabkan sesebuah negara tidak memperakui globalisasi sebagai satu kemestian. Kita menjadi semakin terhimpit apabila negara dankebanyakan pemimpin sudah membuat komitmen untuk menyertai proses globalisasi ini. Apakah makna, ke arah manakah tujuan dan apakah implikasinya, tidak menjadi persoalan penting. Apa yang diutamakan adalah semua pihak perlu menyertai dan menyesuaikan diri untuk menjadi lebih global. Jika benarlah global itu bermakna lebih menyeluruh dan mengambilkira semua aspek dan kepentingan setiap warga dunia, kenapakah realiti globalisasi yang sedang berjalan kini tidak menunjukkan tanda tersebut melainkan semakin ketara fenomena dunia yang bersifat unipolar sedang dikuasai oleh hanya satu blok kuasa iaitu blok barat sahaja. Yang semakin
jelas ialah bukan konsep menyeluruh itu yang sebenarnya ditekankan tetapi sebaliknya konsep "semua untuk satu" jualah yang kini menjadi agenda barat. Apabila kita ingin menyinggung persoalan cabaran dan kesan globalisasi ke atas golongan remaja, sebenarnya kita sudah agak lewat untuk membuat suatu penilaian kritikal bagi mempersiapkan golongan tersebut menghadapi fenomena ini. Malah kesan globalisasi sudah terlalu awal lagi berada dalam kawalan kuasa besar dalam pelbagai bentuk seperti badan ekonomi, badan korporat dan konglomerat teknologi. Cabaran Satu-satunya cabaran globalisasi yang perlu diperbahaskan di agenda paling atas adalah cabaran ke atas aspek sosial budaya. Cabaran ini adalah suatu persoalan yang sangat kritikal kerana sesudah terlerainya benteng sosio budaya sesuatu kelompok masyarakat belia dapat disempurnakan maka segala usaha untuk menerobos bidang bidang yang lain akan menjadi lebih mudah. Golongan muda sebahagian besarnya sudah terheret di dalam proses globalisasi sosio budaya. Melalui pelbagai saluran, golongan belia akan menjadi dan terus menjadi sasaran utama globalisasi yang didalangi oleh syarikat-syarikat multinasional dan transnasional. Sesungguhnya tidaklah mengejutkan apabila sistem sosio budaya masyarakat muda kini sudah dirungkai sehingga segala nilai tradisi kita kini sedang melalui proses penghakisan yang amat ketara. Adalah terlalu ketara untuk menafikan mengenai wujudnya keadaan di mana anak-anak muda semakin menunjukkan tanda tercabut dari akar budaya, bangsa dan agamanya sendiri. Dalam keghairahan untuk mengejari gaya hidup global yang ditandai oleh pelbagai ciri kehidupan barat, anak-anak muda kita secara umumnya kini sudah tidak merasa bersalah untuk meniru secara bulat budaya hidup barat. Kita dapat saksikan globalisasi budaya ini dalam pelbagai bentuk kehidupan golongan belia. Pengamatan yang jelas dapat membuktikan fenomena di atas boleh disaksikan dengan insiden-insiden dan trend berikut: Pakaian jenama barat. Makanan segera keluaran barat. Minuman global yang ditaja oleh barat. Hiburan yang menonjolkan budaya barat. Media barat yang semakin membanjiri masyarakat muda. Rekreasi yang meniru ala barat. Dunia lakonan dan pembikinan filem cara barat Majlis-majlis sosial yang menonjolkan acara-acara ala barat. Produk rokok yang menajakan budaya hidup barat.
y y y y y y y y y
Demikianlah antara fenomena globalisasi yang kini sedang mencabar seluruh jati diri golongan muda. Dari globalisasi kepada dominasi, golongan muda semakin terdedah kepada kehidupan dan nilai keperibadian yang terputus dan terpisah jauh dari budaya hidup timur. Kita tidak mempunyai pilihan melainkan untuk meneliti secara kritikal dari implikasi globalisasi yang semakin rancak dan tidak terkawal. Golongan muda seharusnya berani untuk menyanggah arus globalisasi bagi memastikan jati diri kita yang sebenar tidak akan digadai. Hanya golongan muda yang mempunyai keberanian dan keyakinan diri bahawa sementara kita ingin berinteraksi dengan dunia luar kita tetap akan terus yakin dan tegas dalam mempertahankan kejatian diri kita. Tanpa
kesedaran ini globalisasi akan menenggelam dan melemaskan golongan muda dengan nilai dan pegangan hidup yang sangat mengelirukan dan palsu.