Anda di halaman 1dari 1

Cinta yang terabaikan Gusar Memikir dunia dan isi kandungannya Keliru Mengalih kasih pada siapa Bisu

Kerana takdir telah memula langkah Pahit Sedari diri perlu berdepan dengan hisab-Nya. Nyawa dan jiwanya Kerdil dalam genggaman Kerana kasih Sang Pencipta Telah pergi sebuah cinta Cinta yang terlalaikan Cinta yang terpinggirkan Cinta yang tertangguhkan. Disangka matahari menyinar Rupanya gerhana bertamu Longlai Telah sampai peringatan Tuhannya. Menangis ia, Merintih ia, Merayu ia, Agar cintanya bernaung rahmat, Agar cintanya berpayung syafaat, Agar cintanya bernoktah darjat. Sedari Diri menghitung detik Saat janji menemui tuannya Ia terduduk Kerana pasti dirinya tidak akan membela Ia tertunduk menanti harapan butir doa. @Frankey