Anda di halaman 1dari 36

Options Disable

Get Free Shots

Rumah ABOUT ME Blog Survey!! Sila komen FORUM PERTANIAN IKLAN RAMPAI KELAPA DARA PANDUAN UNTUK SEARCH ARTIKEL PERKHIDMATAN MENGECAT RUMAH PERKHIDMATAN PINDAH & PASANG ASTRO PERKHIDMATAN WIRING?? SENARAI HUBUNGAN USAHAWAN, PENIAGA & PEMBEKAL PERTANIAN SKY FRUIT

SUDUT AGAMA

Teratak Maya Tempatku Lepak


Gerbang Informasi Agriculture & Aquaculture Anda September 23, 2008

Pengenalan Kepada Industri Rumpai Laut


Posted by harizamrry under Agro - Journal Pertanian [5] Comments Sejarah Rumpai Laut * Rumpai laut (seaweed) spesis Euchema cottonii atau Euchema kappayachus alvarezii, nama tempatan Agar-Agar. * Tumbuhan akuatik yang hidup terapung di atas permukaan air laut. * Pengkulturan rumpai laut dimulakan di Sabah pada tahun 1978 oleh Aquatic Resource Limited, Hawaii dari Amerika Syarikat. * Tahun 1980 diserahkan kepada Jabatan Perikanan Sabah. * Jabatan menerusi Projek Pemeliharaan Agar-Agar memulakan kerja-kerja penyelidikan; * Mengenalpasti tapak pengkulturan dan spesis rumpai laut yang bernilai komersial * Kaedah pengkulturan yang mudah dan murah * Proses pengeringan, dan * Menarik minat nelayan untuk mengusahakan projek pengkulturan rumpai laut ini * Kerja-kerja yang dilaksanakan oleh jabatan ini mencapai kejayaan pada tahun 1989 * Syarikat Food Manufacturing Corporation (FMC) dari Denmark merupakan agen tunggal pembeli rumpai laut kering telah didaftarkan pada tahun 1988. Syarikat ini berhenti beroperasi pada tahun 1998. * Pada masa ini terdapat 8 buah syarikat tempatan bergiat aktif memasarkan rumpai laut keluar negeri dan sebuah syarikat OMN-GEL Sdn. Bhd. mengusahakan kilang mengekstrak rumpai laut menjadi tepung. 1.2 Status Industri Rumpai pengkulturan laut ombak 30-35 laut yang 1-2 terlindung kaki ppm baik Laut

1.2.1 Kawasan/ladang Kreteria tapak pengkulturan rumpai laut adalah: a. Perairan b. Ketinggian c. Saliniti d. Kualiti air e. Dasar laut berpasir dan berbatu karang.

1.2.3 Kaedah Pengkulturan Tiga kaedah pengkulturan rumpai laut, iaitu; 1. Pancang (kayu belian dan tali nylon) ukuran 35x35/unit pada kedalaman antara 0.3 1.5 m. Jumlah tanaman 14,500 pokok/ekar. 2. Rakit (pelampung stryfoam dan tangsi dengan strength : 150-200 ibs) 15x85/unit pada kedalaman 3 10 m. Jumlah tanaman 7,700 11,500 pokok/ekar. 3. Rawai (tangsi dan pelampung) 300/unit (paling popular digunakan) pada kedalaman 2 5 m. Jumlah tanaman 6,500 9,500 pokok/ekar. Pada masa ini tapak pengkulturan rumpai laut adalah; 1. Daerah Semporna: 800 ekar (Kerindingan, Pulau Bum-Bum (bahagian timur laut), Sebangkat, Pulau Selakan, Pulau Sibuan, Pulau Pababag dan Pulau Omadal (utara dan barat) 2. Daerah Kunak: 100 ekar (Pulau Pababag dan Kunak Jaya) 3. Daerah Lahad Datu: 50 ekar (Bakapit dan Kg. Silam) 4. Daerah Kudat: 50 ekar (Pulau Balambangan dan Banggi) 5. Daerah Kota Belud: 2 ekar (Kg. Baru-Baru) 1.2.2 Jenis Rumpai Laut

Spesis Euchema cottonii atau Euchema kappayachus alvarezii (berwarna hijau, coklat dan puteh) Jadual 4. Perbandingan Kos Operasi Kaedah Pengkulturan Rumpai Laut, daerah Semporna
KAEDAH PENGKULTURAN KEDALAMA KOS / EKAR KADAR N PERTUMBUHA N ( RM ) (m) 0.3 1.5 600.00 1,000.00 600.00 1,000.00 1,300.00 ( untuk 15 buah rakit ) 2.0% 4.0% 3.5% 8.0% 3.5% 8.0%

1. Pancang ( Stake )

2. Rawai ( Long Line ) 2.0 5.0 3. Rakit MK II ( Raft Methode ) 3.0 15.0

1.2.4 Kos pengeluaran Pengkultur memerlukan peralatan seperti kayu belian dengan ukuran 2x2x15, tali nyalon, tietie, pelampung botol plastik, dan benih rumpai laut (200-400kg). Dalam masa 1 bulan rumpai

laut mengalami pertumbuhan dan para-pengkultur memotong tunas dan mengkulturnya sehingga mencapai keluasan 1 ekar. Dalam masa 45-55 hari rumpai laut di tuai, dikeringkan pada cahaya Matahari selama 3 hari, di bungkus (packing) dan dijual kepada orang tengah yang datang ke ladang pengkultur. 1.2.5 Penglibatan Nelayan Pada mulanya nelayan menjalankan usaha pengkulturan rumpai laut sebagai pendapatan sampingan, tetapi setelah menyedari pengkulturan rumpai laut dapat dioperasikan dengan lebih mudah dan memerlukan kos yang rendah dan tingginya permintaan, banyak dari nelayan di daerah Semporna mengusahakan pengkulturan rumpai laut sepenuh masa atau pengkultur tetap. Nelayan mendirikan pondok di ladang rumpai laut milik mereka secara berkelompok. Jumlah nelayan yang mengkultur rumpai lautadalah seperti berikut :i. Semporna ii. Kunak iii. Lahad iv. Kota v. Kudat : 17 orang 1.2.6 Pendapatan Pengkultur Pendapatan nelayan (pengkultur rumpai laut) adalah diantara RM450RM1,500/bulan dengan keluasan ladang 1 ekar. 1.2.7 Penglibatan Sektor Swasta Syarikat-syarikat tempatan yang terlibat dalam industri seperti Jadual 1. Jadual 1. Eksporter Rumpai Laut, 2000
No Nama Syarikat Alamat . 01. Juta Fish Sdn. Bhd. 02. Seng-Seng Lee 04. Syarikat Merimaju 05. Mutira Bayu Kota Kinabalu Catatan Beroperasi di daerah Semporna, Kunak dan Lahad Datu Daerah Semporna Daerah Semporna

: : Datu Belud : :

2,048 60 100 13

orang orang orang orang

Semporna Daerah Semporna Tawau

03. Takara Sdn. Bhd. Tawau

Semporna Daerah Semporna

Sdn.Bhd 06. Pua Brothers Sdn.Bhd. 07. Prompt Acces Sdn.Bhd. 08. Sabah Fish Marketing (FAMA) Semporna Daerah Semporna Semporna Daerah Semporna Kota Kinabalu Daerah Semporna

1.2.8 Pengeluaran Rumpai Laut Jadual 2. Jumlah Pengkultur, Keluasan dan Produksi Rumpai Laut Negeri Sabah (19892000)
Tahun Jumlah Keluasa Produksi Basah (mt) Pengkult n (ekar) ur 1989 1990 1991 1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 176 376 480 540 560 800 920 1,200 1,600 1,800 2,200 2,720 o 4 32 88 89 105 1,817 408 608 682 595 877 1,344 100 950 2,650 2,670 3,130 9,080 12,230 18,230 20,450 17,850 26,290 40,320 Produksi Kering (mt) 10 95 265 267 313 908 1,223 1,823 2,045 1,785 2,629 4,032

Sumber: DOF Sabah, 1989-2000

1.2.9 Produktiviti

Purata produktiviti ladang rumpai laut di Semporna sebanyak 14,500 kg/ekar (rumpai laut basah) 1.2.10 Harga Berfluktuasi, pada mulanya RM0.80, RM1.00, RM1.20, sehingga kini mulai RM2.20, RM1.80, RM2.20 dan RM2.50/kg rumpai laut kering. 1.2.11 Sumbangan Rumpai Laut Terhadap Eksport Sub-sektor akuakultur menyumbang 10,705 tan metrik bernilai RM114 juta. Dianggarkan 60% dari nilai eksport tersebut dari akuakultur laut (ternakan udang: 48%, rumpai laut: 33%, ternakan ikan hidup: 14% dan moluska: 4%). Jadual 3: Eksport Rumpai Laut Sabah, 1989-2000
Tahun Pengeluaran Rumpai Laut Kering ( m.t. ) 10 95 265 267 313 908 1,223 1,823 2,045 1,785 2,629 4,032 Nilai Borong ( RM ) 1989 1990 1991 1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 9.32 85.09 238.06 264.84 513.544 656.75 110.58 2,006.32 1,861.89 3,570.00 5,358.96 6,853.04

Sumber: Annual Fisheries Statistic, DOF Sabah

1.2.12 Kegunaan Ekstrak Rumpai Laut

Rumpai laut diekstrak untuk menghasilkan Carrageenan. Antara lain kegunaannya sebagai bahan campuran dalam :1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. cat Pembuatan dakwat, spray serangga, Agen pembersih, Sebagai bahan pengikat dalam industri pembuatan bahan letupan, Sebagai bahan pengembang dalam industri permakanan Industri farmasi (pengikat ubat-ubatan) Bahan kosmetik dan lain-lain kegunaan. Industri shampoo, pembuatan tekstail,

2.0 PERANAN JABATAN PERIKANAN DALAM PEMBANGUNAN INDUSTRI RUMPAI LAUT 2.1 Program pemindahan teknologi 2.1.1 Mengujudkan projek demonstrasi di kawasan pengkulturan nelayan 2.1.2 Kursus/Latihan 2.1.3 Pengembangan (lawatan keladang nelayan setiap 2 minggu atau sebulan sekali denganmengadakan dailog bagimengatsi masalah yang dihadapi oleh pengkultur) 2.1.4 Lawatan Sambil Belajar (nelayan (8-10 orang) dari daerah lain seperti Kudat dan Kota Belud dibawa melawat ke Semporna untuk pendedahan dan secara langsung dapat berbincang sesama rakan mereka yang telah berjaya mengkultur rumpai laut) 2.2 Program pakej insentif (bantuan/subsidi) untuk memulakan usaha pengkulturan Peralatan yang diberikan terdiri dari tali rafia, tali nylon, tangsi, bakul rotan, kayu belian, pelampung, karung plastik, sampan dan pondok penjemuran (7-10 orang/pondok). Benih rumpai laut antara 150-400 kg/orang. ( Nota: Pemberian bantuan dilaksanakan mengikut prosedur yang ketat, pemohon dan kawasan pengkulturan diperiksa terlebih dahulu dan diputuskan oleh AJK Pakej Insentif peringkat cawangan. ) Kos pelaksanaan program diperolehi dari Projek Pembangunan Persekutuan (P19 248000). Jadual 5. Jumlah Perbelanjaan Program Pakej Insentif Rumpai Laut, 1990-2000 Tahun 1990 1991 1992 1993 Jumlah ( RM ) 40 360 10 903 56 899 44 047

1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2000

58 028 54 597 41 000 54 700 46 000 55 000 165 000 132 000

2.3 Melaksanakan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Jabatan melaksanakan kerja (bagi membantu Kementerian Pembangunan Luar Bandar) seperti pemberian kursus, penghantaran bantuan peralatan dan benih, dan kerja-kerja susulan (pengembangan) bagi menjayakan program ini. 2.4 Pengeluaran benih rumpai laut Jabatan menjalankan usaha mengkultur benih rumpai laut di Pulau Selakan, Semporna seluas 3 ekar bagi menampung permintaan jumlah benih yang semakin meningkat dari nelayan. Sebanyak 10,000 20,000 kg dikeluarkan setiap tahun. Bagi mengatasi masalah ini jabatan membimbing beberapa pengkultur yang rajin berusaha untuk mengeluarkanbenih dan menjualnya kepada pengkultur baru dengan harga RM0.50/pokok. 2.5 Pemeriksaan kesesuaian tapak pengkulturan Bagi membantu Jabatan Tanah & Ukur meluluskan permohonan tapak pengkulturan kepada nelayan dan syarikat, jabatan membuat pemeriksaan kesesuaian tapak pengkulturan rumpai laut. Sebanyak 30 50 permohonan diterima setiap tahun bagi tujuan tersebut. 3.0 MASALAH INDUSTRI RUMPAI LAUT 3.1 Keselamatan 3.1.1 Gangguan ilanun/permopak mengakibatkan pengkultur rumpailaut menghentikan usaha mereka kerana sering terjadi rompakan hartabenda. 3.1.2 Keselamatan yang tidak terjamin akan mempengaruhi bakal pengkultur yang ingin menceburi industri ini 2. Sikap

Ada beberapa nelayan yang mempunyai sikap negatif terhadap usaha yang dijalankan, di antaranya; 3.2.1 Tunggu dan 3.2.2 Tidak 3.2.3 Dengki/iri hati (tidak ingin melihat orang 3.2.4 Sikap terlalu bergantung kepada 3.2.5 Tidak rajin dan komited terhadap kerja 3.3 Tenaga Kerja Kekurangan tenaga kerja yang dihadapi oleh para pengkultur rumpailaut menyebabkan kemajuan perusahaan menjadi lambat. Masalah ini diatasi dengan menggunaka tenaga kerja dari kalangan anggota keluarga. 3.4 Penyakit Rumpai Laut 3.4.1 Ais-Ais (reput batang) Penyakit ini terjadi apabila tapak pengkulturan tidak mempunyai aliran arus air yang kuat dan pengawasan oleh pengkultur kurang memberikan perhatian kepada tanamannya. 3.4.2 Epiphytes (nama tempatan sereng) Menurut sumber warna putih pada batang rumpai laut disebabkan kandungan nuterien yang terlalu tinggi. Bagaimanapun kajian lanjut adalah perlu dijalankan penyebab penyakit ini 3.4.3 Penyu Gangguan penyu yang memakan tanaman rumpai laut akan menyebabkan ladang pengkultur rosak. Bagaimanapun jika ladang diusahakan secara berkelompok dalam jumlah yang luas gangguan ini tidak memberikan masalah besar kepada pengkultur. 3.5 Harga rumpai laut Harga benih berfluktuasi antara RM0.35 RM1.20 sepokok, demikian juga harga rumpai laut kering diantara RM0.80 RM2.20. 4.0 PELAN PEMBANGUNAN INDUSTRI RUMPAI LAUT 4.1 Sasaran pengeluaran 10,500 mt dengan anggaran bernilai RM52 juta tahun 2010 4.2 Teknologi Lihat Berkeyakinan lain maju) bantuan/subsidi

Kaedah rawai dimajukan dengan menggunakan pelampung yang tahan, peralatan mekanisasi dalam penuaian dan menambah jumlah pokok rumpai laut setiap ekar sehingga produktivitinya meningkat. 4.3 Meningkatkan jumlah peserta dan keluasan pengkulturan Jumlah pengkultur ditambah sehingga 5,000 orang dan syarikat kepada 20 buah Keluasan tapak pengkulturan ditingkatkan kepada 10,000 ekar di perairan yang berpotensi melalui pengwartaan kawasan pembangunan rumpailaut. Dengan pembahagian tapak kepada nelayan: 2-5 ekar dan syarikat:100-200 ekar. Skim mesra pengkultur dengan menumpukan perhatian beberapa kelaurga nelayan yang berminat di kawasan tertentu terlebih dahulu dengan menjalankan kursus setempat diikuti dengan pemberian pakej insentif (peralatan, benih dan kemudahan sokongan) Jadual 6. Unjuran Jumlah nelayan dan Sektor Swasta yang terlibat dalam Industri Rumpai Laut, 2010
Bil. 01. 02. 03. 04. 05. 06. 07. Daerah Semporna Kunak Lahad Datu Pitas Kudat Kota Belud Kota Kinabalu Nelayan Nelayan:500 orang Nelayan:500 orang Nelayan: 50 orang Nelayan: 200 orang Nelayan: 25 orang Syarikat: 10 buah Sektor Swasta Syarikat: 1 buah Syarikat: 1 buah Syarikat: 1 buah

Nelayan:6,000 orang Syarikat: 11 buah

Jadual 7. Kawasan Berpotensi Pengkulturan Rumpai Laut di Sabah Bil Daerah Lokasi Kerindingan Pulau Bum-Bum (timurlaut) Pulau Selakan Sebangkat Sibuan Pulau Pababag Pulau Omadal 2,500 10,000 7,000 5,000 Keluasan (ekar) 15,000 3,500 1,000

01. Semporna

02. Kunak

Pulau Timbun Mata Pulau Pababag Silam Membatu Lok Giong

3,000 2,500

03. Lahad Datu

1,000 500 500

04. Pitas

MalubangTanjung Piring

250 500

05. Kudat

Sibogo Laksian Teluk Long

1,000 1,000 1,000

06. Kota Belud

Kg. Baru-Baru Buah Pandai Pulau Mantani

200 100 500

07. Kota Kinabalu

Perairan Pulau KarangKarangan, Pulau Mengalum

50,000

4.4 Pembangunan Industri Menggalakkan pembangunan kilang ekstrak carraganen oleh sektor swasta. 4.5. Tenaga Kursus-kursus dilaksanakan di IPT, Institut Kemaharian MARA, dan lain-lain agensi.

Hiliran kerja

4.6 Pembangunan dan Penyelidikan Kajian pencegahan penyakit rumpailaut dan automasi dalam pengkulturan dan pengeringan yang akan dijalankan oleh Institusi Pengajian Tinggi (IPT) atau sektor swasta. 5.0 UNJURAN PENGELUARAN RUMPAI LAUT Dalam masa 10 tahun akan datang unjuran ran rumpailaut negeri Sabah adalah seperti jadual berikut; Jadual 8 Unjuran Pengeluaran Rumpai Laut Sabah, 2000-2010
Tahun Kuantiti Rumpai Laut Kuantiti Rumpai Laut Basah Kering ( m.t.) ( m.t.)

2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010

47,000 56,000 68,000 80,000 87,000 96,000 108,000 117,000 125,000 135,000

4,700 5,600 6,800 8,000 8,700 9,600 10,800 11,700 12,500 13,500

6.0 STRATEGI JABATAN PERIKANAN Dalam mencapai matlamat pembangunan industri rumpai laut, jabatan telah mengatur beberapa langkah dalam masa jangka panjang (10 tahun) seperti berikut; 6.1 Kawasan pembangunan rumpai laut 6.1.1 Membuat kajian terperinci kesesuaian tapak pengkulturan 6.1.2 Jabatan membuat kertas kerja pelan pembangunan setiap daerah dan dikemukakan kepada Penolong Pemungut Hasil Tanah di daerah berkenaan 6.1.3 Jabatan mewartakan ladang pengkulturan dengan menandakan tapak ladang untuk dibahagi-bahagikan kepada nelayan dan syarikat yang berminat disetiap kawasan yang telah dikenalpasti sesuai 6.1.4 Kawasan pembangunan rumpai laut diterbitkan dalam bentuk risalah 6.1.5 Program ini dijalankan sekurang-kurangnya dalam masa 6 bulan untuk satu daerah 6.2 Mula mengembangkan projek 6.2.1 Kenalpasti 2-5 orang nelayan berminat disetiap kawasan untuk memulakan projek pengkulturan rumpai laut 6.2.2 Jabatan memberikan pakej insentif penuh kepada nelayan berkenaan dan anggota jabatan bersama para nelayan tersebut membuat ladang pengkulturan

6.2.3 Untuk pengkultur yang telah maju, jabatan menggalakkan pengkultur mengusahakan pengeluaran benih dan jabatan membeli benih dari nelayan tersebut sebagai insentif 6.3 Pembangunan secara berkelompok Jabatan menggerakkan pengkultur rumpai laut menubuhkan persatuan berdasarkan kawasan/ladang yang dinamakan mengikut kawasan. Kaedah ini untuk memudahkan jabatan membuat program pengembangan atau lawatan kerja susulan 6.4 Usahasama sektor swasta pengkultur rumpai laut Jabatan sebagai penggerak mempelawa eksporter rumpai laut mengurus ladang pengkultur dengan berdasarkan ontract farming. 6.5 Kursus/Latihan Dijalankan pada kawasan bakal pengkultur dengan mempastikan nelayan betul-betul berminat atau kursus setempat dalam masa 1-3 hari. Panduan kursus dikemukan kepada institut-institut tempatan untuk dapat diajarkan kepada pelajarnya. 6.6 Pakej insentif (Bantuan peralatan dan benih rumpai Jabatan hanya memberikan pakej insnetif sebanyak 2 kali untuk setiap pengkultur. laut)

6.7 Sarana dan kemudahan Untuk setiap kawasan atau kelompok pengkultur sebanyak 2-5 orang didirikan pondok penjemuran dan kemudahan ini hanya diberikan sekali. Kerosakan dibaiki oleh kelompok pengkultur berkenaan. 6.8 Pengembangan Kegiatan lawatan kerja susulan oleh anggota jabatan dijadualkan sekurang-kurang setiap minggu untuk kawasan yang baru memulakan usaha dan selama 2 atau 4 minggu untuk pengkultur yang telah berjaya. 6.9 Penyelidikan Jabatan membuat penyelidikan melalui IRPA (dijalankan oleh Cawangan Penyelidikan) dan kertas kerja dikemukakan kepada IPT berkenaan untuk menjalankan aktiviti penyelidikan mengenai masalah tertentu atau berfaedah untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh industri rumpai laut. 7.0 PENUTUP 7.1 Pengenalan industri rumpai laut ini dapat dijadikan sebagai maklumat oleh pelabur-pelabur dalam dan luar negeri bagi menjalankan usaha ini secara skala besar kerana memberikan pulangan ekonomi yang lumayan. 7.2 Jabatan Perikanan akan memberikan bantuan selaras dengan kemampuannya.

5 Respons to Pengenalan Kepada Industri Rumpai Laut

1.

Koperasi Temasa Berhad Says:


Disember 7, 2008 at 12:58 am

Koperasi kami berminat melibatkan diri di dalam industri ini dan maklumat yang diberikan dapat membantu kami. Terima kasih. Balas

2.

D'Awan Corporation Says:


Disember 7, 2008 at 1:13 am

Terima kasih di atas info yang cukup bermakna Balas

3.

Ag Thomas j Atahi Says:


Disember 7, 2008 at 1:19 am

Industri rumpai laut berpontensi dan boleh membantu kerajaan mengurangkan kadar kemiskinan asalkan semua pihak ikhlas berganding bahu. Balas

4.

D'Awan Corporation Says:


Disember 7, 2008 at 1:23 am

Industri rumpai laut memang menguntungkan asalkan serius dilaksanakan.

Balas

5.

ANANG KUAT Says:


Januari 5, 2009 at 11:42 am

Saya amat berminat untuk memulakan projek rumpai laut di semenanjung malaysia(ie kedah penang atau perlis).adakah itu sesuatu yg mustahil? Balas

Tinggalkan jawapan

Nama (wajib) E-mail (will not be published) (wajib) Tapak Web

Kirim Komen

Notify me of follow-up comments via email.

Entri Terarkib

Tarikh Kiriman : September 23, 2008 at 2:35 pm Kategori : Agro - Journal Pertanian Do More :

You can leave a response, or trackback from your own site.

Blog di WordPress.com. Theme: Connections by www.vanillamist.com

R&D: Makanan berkhasiat Date : 16 April 2009 Publication : Berita Harian

JIKA selama ini kadar kematian anak ikan bagi seekor induk yang baru menetas adalah 80 peratus, kadar itu kini berjaya diturunkan kepada 40 peratus hasil penemuan makanan ikan generasi baru oleh penyelidik dan pelajar Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) Universiti Malaysia Sabah (UMS). Penyelidikan dan Pembangunan (P&P) berdaya komersial dikenali `New Generation Probiotic Fortified Feed' diketuai pensyarah IBTP, Prof Madya Dr Charles Santhanaraju Vairappan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan mulai 2006. Makanan ikan itu menggunakan sepenuhnya rumpai laut atau nama saintifiknya, Eurchema Cottonii, iaitu hasil sumber alam semula jadi yang hanya boleh dikultur di perairan Negeri di Bawah Bayu meliputi tiga laut yang mengelilinginya iaitu Laut Sulawesi, Laut Sulu dan Laut China Selatan. Ketinggian kualitinya diperakui di peringkat kebangsaan dan antarabangsa berbanding sumber `rotifer' yang digunakan sebelum ini terutama penghasilan dapatan baru yang berupaya mengurangkan kadar kematian anak ikan pada tahap sekali ganda. Dr Vairappan berkata, makanan ikan generasi baru dihasilkan menggunakan proses penapaian selama dua minggu yang memanfaatkan sepenuhnya teknologi kimia hasilan semulajadi sehingga menghasilkan vektor probiotik memiliki ciri penting sebagai makanan anak ikan yang berkhasiat untuk tumbesaran. Beliau yang juga pensyarah IBTP UMS berkata, rumpai laut mengandungi organisma probiotik yang amat tinggi, nutrisi tinggi asid lemak, asid amino dan protein yang diperlukan oleh anak ikan yang baru melalui proses penetasan. Katanya, tiga ciri penting makanan ikan generasi baru itu adalah tempoh luput lama, baik untuk kesihatan dan teknologinya mudah dipindahkan kepada penternak ikan. "Faktor itu dengan sendirinya membantu mengurangkan risiko kematian anak ikan yang sering membelenggu penyelidik dan individu atau syarikat yang mengusahakan pembuatan makanan dan penternakan ikan," " katanya kepada Berita Harian di IBTP di Kampus Induk UMS, Kota Kinabalu, semalam. `New Generation Probiotic Fortified Feed' mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa menerusi kejayaan memenangi anugerah pingat emas pada peringkat itu. Pada 2008, penyelidikan itu memenangi pingat emas juri pada pameran penyelidikan `Invention and New Product Exposition' (Inpex) di Amerika Syarikat manakala awal tahun ini menggongol pingat emas Expo Teknologi Malaysia di Kuala Lumpur. Dr Vairappan berkata, penghasilan `New Generation Probiotic Fortified Feed' adalah hasil pengalaman beliau selama 15 tahun dalam R&D kimia hasilan semula jadi.

Katanya, ketika ini beliau bersama pelajar IBTP melakukan penambahbaikan projek makanan ikan generasi baru itu termasuk mengurangkan kadar kematian anak ikan kepada 10 peratus bagi seekor ikan menggunakan teknologi itu, selain menghasilkan makanan bersumberkan rumpai laut untuk induk ikan atau ikan besar. Mengenai beza makanan generasi baru dengan `rotifer', Dr Vairappan berkata, kaedah lama itu mendedahkan anak ikan kepada kematian akibat keracunan bahan makanan. Ini kerana, katanya, bahan itu biasanya dihasilkan menerusi air hijau di dalam kolam atau kolah yang tinggi kandungan mikro alga dan mikro organisma. "Air hijau yang tercemar mungkin punca 80 peratus anak ikan mati akibat menggunakan sumber makanan dan air yang rendah kualitinya," katanya. Beliau optimis R&D berkenaan dapat membantu meningkatkan pendapatan pengusaha rumpai laut terutama di perairan Semporna, Kunak, Pulau Banggi (Kudat), Kota Belud dan Tuaran yang kini menjualnya kepada orang tengah pada harga RM2 sekilogram (kg). "Mereka boleh membekalkan rumpai laut kepada syarikat atau individu yang mengusakan makanan ikan untuk dikomersialkan pada harga lebih tinggi," katanya. Justeru, penemuan makanan ikan generasi baru hasil penyelidikan UMS diyakini dapat membantu meningkatkan pengeluaran ikan negara kerana risiko kematian anak ikan dapat dikurangkan.

Jumaat, 30 Okt 2009 14:35

Peta Laman

Pautan

Hubungi Kami

Laman Utama Tawau, Semporna Berpotensi Jadi Hub Bioteknologi Pantai Timur Sabah Tawau, Semporna Berpotensi Jadi Hub Bioteknologi Pantai Timur Sabah

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili berkata Tawau dan Semporna berpotensi besar menjadi hub bioteknologi pantai timur Sabah. Beliau berkata kawasan Semporna dan Tawau kaya dengan sumber marin, termasuk rumpai laut dan udang, selain kedudukannya yang strategik dalam kawasan pembangunan Kluster Industri Kelapa Sawit (POIC) di Lahad Datu. "Itulah kekuatan kawasan pantai timur Sabah berdasarkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang sedang dijalankan di kawasan berkenaan, yang memberi tumpuan terhadap produk berasaskan sumber laut," katanya kepada pemberita selepas melawat kilang pemprosesan makanan ayam, milik QL Resources Berhad di Jalan Apas, dekat sini hari ini. Ongkili turut melawat kilang memproses carrageenan separa-halus daripada rumpai laut di Merotai Besar dan pusat projek Alga Oral Vaccine di Taman Mega, di sini. Beliau berkata kawasan pantai timur Sabah, khususnya Semporna, yang merupakan pengeluar terbesar rumpai laut di negara ini, berpotensi mengeluarkan pelbagai produk berasaskan sumber laut berkenaan. "Kegunaan rumpai laut ini amat banyak. Pada masa ini mereka (kilang-kilang) cuma memproses dan mengekstrak carrageenan separa halus dan halus daripada rumpai laut. Mereka belum lagi terokai bidang pengeluran produk farmasi, perubatan dan kosmetik daripada bahan berkenaan," katanya. Ongkili berkata banyak syarikat swasta di kedua-dua daerah berkenaan kini menjalin kerjasama dengan institusi pengajian tinggi dan kementerian itu sendiri sedang menjalankan kajian terhadap pelbagai sumber marin di kawasan itu untuk dikomersilkan. Katanya hasil penyelidikan ke atas sumber marin berkenaan akan membawa kepada pelbagai limpahan ekonomi dan produk hiliran berkaitan sumber berkenaan, sekaligus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. "Asas R&D utama sedang berjalan dengan rancak di sini dan ini akan menjadi batu loncatan ke arah aplikasi R&D yang lain. Ini juga selari dengan program Koridor Pembangunan Sabah (SDC)," katanya. Selain itu Ongkili berkata kedudukan Tawau dan Semporna yang bersempadan dengan Indonesia dan Filipina, yang juga pengeluar rumpai laut, memberi kelebihan kepada keduadua kawasan itu jika menjadi hub bioteknologi berasaskan marin pada masa akan datang. Sebagai contoh, katanya jika terdapat kekurangan bekalan rumpai laut untuk diproses di kilang-kilang di Tawau dan Semporna, bekalan bahan berkenaan boleh diperoleh dengan

mudah dari negara jiran dalam tempoh kurang 12 jam hasil hubungan perniagaan tukar barang antara negara jiran berkenaan. -- BERNAMA

Kemaskini Terakhir: 05 Mar 2009 02:47 PM Paparan terbaik menggunakan Microsoft Internet Explorer 5 ke atas dengan resolusi skrin 800x600 pixel Hak milik 2005 MIDA. Semua hak terpelihara. Penafian. Terma Perkhidmatan.

Atas | Kembali MIDA Content Feeds.

ISI KANDUNGAN

Pengenalan Hasil Tumbuhan Sabun Pokok Hiasan Produk Makanan Dari Roselle Kacang soya Rumpai laut Kesimpulan Bibliografi PENGENALAN Negara Malaysia sememangnya sudah terkenal sebagai sebuah negara tropika yang kaya dengan flora yang beraneka jenis. Tumbuhan ini mempunyai nilai khasiat dan potensi yang tersendiri yangmana ianya boleh dimajukan sebagai bahan makanan dan perubatan.Hasil daripada tumbuhan ini boleh membantu menaikkan nama Malaysia serta membantu ekonomi negara. Tumbuhan tidak kira samaada daripada hutan atau ditanam sendiri ini boleh dikembangakan atau diperluaskan penggunaannya dalam pelbagai bidang. Lebih- lebih lagi dizaman yang serba canggih dan moden ini, sudah pasti penemuaan baru terhadap tumbuhan dapat dihasilkan Tumbuhan yang mungkin pada zahirnya kita lihat bagaikan tidak mempunyai apa-apa nilai tetapi ianya juga mempu mengeluarakan produk setanding dengan bahan yang bermutu. Produk daripada tumbuhan ini sudah mendapat tempat

dikalangan pengguna terutamanya produk makanan yang menjadi perkara asasi dalam kehidupan seharian.Di sini akan dibincangkan antara produk yang dihasilkan dari tumbuhan. HASIL TUMBUHAN 1- SABUN Pelbagai produk barangan yang dikeluarkan sekarang menjurus kepada bahan- bahan semulajadi atau istilah popularnya back to nature . Bahan asli yang digunakan oleh masyarakat dahulu sememangnya mempunyai pelbagi khasiat. Kecenderungan untuk kembali kepada sumber asli ini timbul daripada kesedaran pengguna terhadap kesan sampingan bahan kimia yang terdapat di dalam produk baru yang dihasilkan. Oleh itu terhasillah sabun mandi daripada ramuan pelbagai herba yang dikenali sebagai Terra Firma. Terra Firma ini diambil daripada bahasa latin ynag bermaksud pemuliharaan . Produk ini menggabungkan pati sabun bermutu tinggi dengan bahan- bahan asli tanpa mengandungi pewarna, pewangi tiruan, bahan kimia dan keluaran binatang (lemak).Dalam menghasilkan sabun ini antara herba yang digunakan seperti akar wangi, kunyit, halia liar, kayu manis dan limau purut. Bahan ini digunakan sebagai ramuan aktif. Seperti yang kita ketahui sememangnya herba ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri bagi membantu memelihara kesihatan kulit. Kunyit atau nama saintifiknya Curcuma domestica dan halia liar Zingiber officiale terbukti keberkesanan dari segi saintifik kerana tindakan anti kerengsaan, antibekteria dan antikulat. Gentian- gentian herba pada sabun amat berkesan untuk membuang sel- sel kulit yang telah mati dan membantu melancarkan peredaran darah ke kulit. Di sini dinyatakan khasiat antara herba yang digunakan. Pertama kunyit, ianya sering digunakan oleh masyarakat India untuk menghaluskan kulit muka dan membunuh kuman dilapisan kulit. Bagi masyarakat Melayu kunyit digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati batuk kering dan demam kuning. Sementara itu, orang cina menjadikannya sebagai minuman untuk menambahkan sel darah

merah dalam tubuh, ubat untuk mencairkan darah yang beku dan melancarkan aliran perjalanan darah. Dalam kajian saintifik menunjukan bahawa kunyit dapat merawat penyakit seperti ciritbirit, sakit perut akibat pencernaan makanan yang kurang baik. Kedua halia liar atau temu lawak pula mengandungi pewarna semulajadi yang menarik. Ianya digunakan untuk mengubati penyakit reumatik, demam, pening kepala, bengkak dan sakit dibahagian otot.Antara herba lain yang digunakan seperti limau purut untuk merawat penyakit kulit dan menguruskan badan. Sabun yang dihasilkan itu boleh didapati di farmasi dan dipasarkan ke seluruh negara. Produk ini mendapat sambutan yang baik daripada pengguna.Antara keistimewaan sabun ini ia amat sesuai digunakan pada tubuh yang berkeringat terutamanya sewaktu mandi petang. Ini kerana ia dapat memberi kesegaran pada tubuh badan dan mengembalikan keceriaan. Pembungkusan sabun Terra Firma ini dibuat dengan cukup kemas dan rapi bagi menjamin mutunya. Keunikannya ialah ianya mengekalkan warna tanah pada sabun dan bungkusannya sebagai satu identiti sesuai dengan imej semulajadi. Mesej dari kemasan tersebut membayangkan aspirasi ke arah kesedaran terhadap alam sekitar dan kehijauan bumi. 2-POKOK HIASAN Sememangnya keindahan dan kecantikan itu menjadi perkara yang penting.Oleh itu bagi memenuhi perkara ini satu cara yang digunakan ialah dengan menghias kawasan kediaman. Tumbuhan yang digunakan ialah Tillandsia. Mungkin nama ini agak asing bagi kita. Ia adalah sejenis tanaman parasit yang berharga dan cukup unik rupanya. Sekali pandang ia seperti tanaman plastik yang sering digunakan untuk menghiasi meja. Bentuknya ada menyerupai rumput tidak kurang juga yang kelihatan seperti anak pokok aloe vera atau nanas muda. Ia sungguh menarik pandangn bagi sesiapa yang melihatnya.

Tillandsia adalah sejanis tanaman udara yang paling luar biasa di seluruh dunia. Ia berasal dari Amerika Latin dan sesetengah daridapa spesies tumbuhan ini juga boleh ditemui di bahagian selatan Amerika Syarikat. Tillandsia dinamakan semperna nama seorang ahli perubatan Finland, Elias Tillands iaitu orang pertama yang menemui tumbuhan ini. Tumbuhan ini diperkenalkan di Malaysia sebagai tanaman eksotik pada tahun 1995 oleh syarikat Fruitman M Sdn. Bhd.Tillandsia berada dalam kumpulan yang sama seperti nanas nama saintifiknya Ananas comosos dan berasal dari keluarga flora dikenali sebagai Bromeliaceae atau biasa disebut sebagai Bromeliads.Di kawasan asalnya, tumbuhan ini merupakan tanaman parasit yang hidup menumpang pada pohon kaktus, tumbuhan renek yang berduri atau pokok tinggi yang lain. Ada juga spesies Tillandsia tumbuh dalam keadaan tergantung atau bertenggek pada tunggul atau batu di lereng bukit, tebing curam atau tumbuh terus di atas tanah yang berpasir. Lebih 400 spesies Tillandsia telah dikenal pasti walaupun tiada mana- mana dua spesies ditemui serupa. Ianya bergantung kepada kawasan habitatnya seperti banjaran, padang pasir dan lembah.Tumbuhan ini memerlukan cahaya matahari untuk hidup dan kesuburan terselah jika ditempatkan di kawasan terbuka yang teduh dan berangin. Ia juga memerlukan air tetapi ianya tidak perlu disiram setiap hari kerana air yang berlebihan boleh menyebabkan ianya reput dan mati. Spesies Tillandsia berbeza antara satu sama lain dari segi rupa bentuk dan saiz. Tillandsia Usreoides merupakan spesies yang paling kecil berukuran tiga atau empat sentimeter manakala Grandis adalah spesies terbesar berukuran lima meter.Rupa dan bentuk daunnya berbeza- beza. Ada yang berdaun lembut dan berdaun keras. Terdapat juga spesies tumbuhan ini berbentuk seperti bunga ros atau pokok nanas. Daun pokok Tillandsia diselaputi bulu- bulu halus dipanggil trichomes yang berfungsi memindahkan air yang terkumpul di permukaan daun ke sel- sel simpanan yang terdapat dibahagian dalam.Ia juga berfungsi melindungi daun daripada bahang panas matahari yang membiaskan cahaya yang berlebihan. Tumbuhan ini berupaya hidup sehingga tujuh atau lapan tahun dan berbunga dua kali

setahun. Semasa dan selepas berbunga pokok Tillandsia akan mengeluarkan satu hingga lebih anak pokok dikenali sebagai pup yang tumbuh dibahagian perdunya. Pada hari ini, tumbuhan ini mendapat sambutan yang hangat sebagai komoditi berharga. Hasilnya sebagai barang hiasan yang cukup menarik. Ia menjadi pilihan utama sebagai hadiah yang cukup istimewa kerana rupanya yang unik sesuai dijadikan bahan hiasan yang eksklusif di rumah ataupun di pejabat. Keistimewaan yang lain kerana sifat epifitiknya atau keupayaan untuk tumbuh tanpa tanah. Ia boleh hidup subur samaada digantung atau dilekat dengan gam pada mana- mana permukaan atau objek seperti kayu atau batu. 3-PRODUK MAKANAN DARI: Roselle Roselle atau nama saintifiknya Hibscus sabdariffa adalah sejenis tanaman tropika yang berpotensi tinggi dalam menghasilkan makanan dan minuman berkhasiat setanding dengan produk buah- buahan tempatan yang lain. Pada suatu ketika dahulu ia disebut sebagai pokok ribena kerana warna dan rasa jusnya yang seakan sama dengan minuman ribena. Penduduk tempatan pula menamakan pokok ini sebagai asam paya. Pokok roselle adalah pokok renek yang berasal daripada keluarga Malvaceae iaitu dalam kumpulan yang sama denagn tumbuhan seperti pokok bunga raya dan kacang bendi. Batang dan ranting pokok berwarna merah dan dengan keseluruhan pokok, daun serta bunganya mirip pokok kacang bendi. Ia dikatakan mula ditanam di Afrika Barat, India dan China. Tujuan utama penamanannya adalah untuk mendapatkan buahnya yang mengandungi kelopak berwarna merah dipangggil kaliks. Kaliks mengandungi pewarna merah asli dipanggil hibiscin dan gossypetin yang boleh digunakan dalam industri minuman. Bijinya mengandungi 17 peratus minyak yang bernilai tinggi dalam industri makanan. Kaliks- kaliks kaya dengan vitamin B5,

B2, B2 kompleks, C dan D serta asid sitrik (77 peratus) serta asid malik( 22 peratus). Kaliks dipisahkan daripada bijinya sebelum diproses untuk perusahan jus, jeli, halwa dan jeruk. Ia juga dikeringkan untuk diproses menjadi serbuk yang boleh dibancuh seperti serbuk teh. Pucuk dan daun muda roselle juga enak dimakan mentah sebagai ulam atau dimasak seperti sayur. Sementara itu batang pokok roselle iaitu bahagian gentian boleh digunakan untuk membuat tali yang berkualiti tinggi. Ia mampu mengantikan gentian jut dalam perusahan tali. Tanaman roselle sesuai ditanam malah lebih mudah diselenggarakan semasa cuaca panas. Sebaliknya keadaan yang lembab terutamanya musin hujan boleh menjejaskan hasil tanaman. Hasil kajian menunjukkan tanaman roselle boleh hidup subur di kawasan tanah pasir atau disebut tanah buis yang banyak terdapat di Pantai Timur. Ia sejenis tanaman yang semusim yang mampu hidup selama lima bulan. Buah roselle mula berputik dalam empoh 50 hingga 60 hari selepas disemai. Apabila pokoo berusia 80 hingga 90 hari buah sudah sesuai untuk dituai. Hasilnya boleh dipunggut sepanjang tempoh dua bulan. Tumbuhan ini akan mengeluarkan tunas baru selepas dipangkas setelah hasil pertama selesai dipunggut. Kaedah penamanan semula ini dikenali sebagai ratton, di mana ranting- ranting lama dipotong dan kerja- kerja pembajaan dilakukan. Pada hari ini, produk daripada pokok roselle yang dihasilkan sudah mampu dipasarkan ke luar negara seperti Hong Kong dan China. Produk yang dipasarkan ini mendapat sambutan yang baik dari pengguna terutamanya pengguna tempatan. Kacang Soya Kacang soya dipercayai berasal dari Negara China. Kacang soya ini sangat berguna, di Malaysia kacang soya telah menjadi bahan makanan harian seperti tauhu, tempe dan sos soya. Ia juga mengandungi peratus minyak yang tinggi dan diproses

minyaknya menjadi marjerin, sabun dan minyak masak. Ia juga mempunyai kandungan protein yang tinggi iaitu 40 hingga 45 peratus. Negara terbesar mengeluarkan kacang soya ialah Amerika Syarikat diikuti Brazil dan Negara China. Kacang soya nama saintifiknya Glycine max L dari keluarga Leguminosae. Ia sangat peka kepada cahaya matahari. Spesies Palmetto didapati sesuai ditanam di Malaysia. Kacang soya mempunyai nilai lemak yang tinggi. Tanaman ini adalah penting untuk menghasilkan minyak sayuran. Minyak mentah yang dikeluarakan ini kemudian dibersihakan untuk diproses menjadi makanan dan bahan hasilan lain.Sebahagian minyak mentah dijadikan minyak masak, minyak salad dan juga dibuat cat, varnis, sabun dan alat solek. Hampas kacang soya atau tepung kasar yang tinggal setelah diambil minyak dijadikan makanan binatang. Selain daripada minyak kacang soya juga boleh diproses dan dijadikan minuman. Minuman susu kacang soya ini sungguh enak dan mengandungi banyak khasiat. Tidak dilupakan juga perisa makanan yang penting dihasilkan dari kacang soya iaitu kicap. Pada hari ini kicap ini mendapat sambutan yang baik dan penggunaannya meluas sebagai perisa tambahan bagi masakan.Proses membuat kicap memerlukan pemeraman kacang soya bersama ragi untuk beberapa bulan. Satu lagi hasil makanan dari kacang soya ialah tauhu. Berbagai jenis tauhu boleh diambil dari kacang soya seperti tauhu lembut, tauhu puti, tauhu kering dan tauhu poh. Tauhu ini dibuat daripada susu kacang soya yang belum dicampur gula. Air susu direbus dan lemak yang timbul dipermukaan susu diangkat dan dijemu hingga kering. Apabila kering ia dikenali sebagai fucuk. Sememangnya bahan makanan yang dihasilkan dari kacang soya ini enak dimakan dan boleh dijadikan sebagai hidangan yang lazat. Rumpai Laut Rumpai laut adalah tumbuhan yang banyak mendiami dasar laut. Sumbangan besar dihasilkan oleh tumbuhan tak varkular ialah untuk kesejahteraan alam. Istilah yang lebih tetap bagi rumpai laut ini ialah sayuran laut. Ianya berpotensi kapada

manusia sebagai makanan.Sebanyak 500 spesies yang dikenal pasti digunakan di seluruh dunia.Namun 20 spesies daripada 11 genus telah berjaya ditanam. Rumpai laut boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan. Tumbuhan ini merupakan sumber yang baik bagi beberapa vitamin dan mineral selain mempunyai kandungan protein yang tinggi. Walaupun rumpai laut mempunyai karbohidrat yang tinggi tetapi kabohidrat ini sukar dihadamkan.Menurut sejarah, rumpai laut merupakan salah satu herba Cina yang digunakan oleh Raja Shen Nung pada tahun 2700 Sebelum Masihi. Ia telah menjadi komoditi eksport apabila China dan Jepun memulakan pasaran perdagangan pada 1670. Masyarakat Timur mengunakannya sebagai makanan dan amalan perubatan tradisional. Sebaliknya masyarakat barat menggunakannya sebagi makanan haiwan, baja dan memprosesnya menjadi bahan kimia dalam soda, iodin dan bahan lain dalam industri kimia. Kini ia dijadikan minuman dan sumber bagi menyedapkan sajian makanan. Masyarakat Jepun dan Hong Kong menjadikan rumpai laut sebagai sup sayur. Rumpai laut mempunyai potensi yang luas dalam indusrti pemprosesan bahan makanan. Di negara ini informasi mengenai perusahan rumpai laut ini masih kurang.Beberapa usaha telah dilakukan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia untuk memelihara rumpai laut ini. Langkah yang diambil ialah memajukan produk rumpai laut dari spesies Carrageenan. Rumpai laut dari spesies Carrageenan mempunyai potensi yang baik dalam pelbagai industri. Ini termasuk industri roti, snek, makanan kering serta perusahaan bukan makanan seperti kegunaan dalam perubatan. Dalam industri makanan Carrageena yang diproses banyak kegunaannya. Ia sangat reatif dengan protein susu yang digunakan untuk menstabilkan kuantiti makanan. Industri mi kering menggunakan Carrageena yang diproses bagi memjamin ketahanan makanan daripada terurai apabila dimasak. Ia diproses menjadi sel yang dapat digunakan untuk membuat agar- agar, jem,snek, bahan minuman susu bercoklat dan bahan makaman yang perlu disejukan. Dalam

industri makanan seperti burger, nugget dan sosej ia sangat penting untuk melekitkan daging- daging yang terurai menjadi bentuk makanan berkenaan. Rumpai laut juga banyak mempunyai kepentingan dalam bidang perubatan. Rumpai laut seperti Macroystis , Laminaria, Fucus, Sargassum dan Turbinariat telah digunakan sejak berkurun- kurun untuk mengubati penyakit seperti goiter, disenteri, diarea dan masalah ususkecil.Sesetengah spesies dikatakan boleh merendahkan tekanan darah dan aras kolesterol plasma. Ia juga dilaporkan mempunyai nilai antibiotik, antibekteria dan antikulat. Perusahan rumpai laut mempunyai prospek yang baik. Laut di sekeliling kita merupakan anugerah alam yang paling bernilai untuk dieksploitasi dengan sebaiknya.Cara menggunakan rumpai laut berbeza- beza bergantung pada kebudayaan masingmasing.Apabila industri ini berkembang ia boleh menjadi menu makanan yang lazat dan istimewa. KESIMPULAN Perusahan daripada tumbuhan dan tanaman ini mestilah diutamakan bagi memenuhi keperluan negara.Tetapi perlu diingat pembaziran dan pengeksploitasi yang berleluasa dan tidak terancang perlu dielakkan. Ia adalah untuk menjamin kesejahteraan dan keseimbangan hidup. Produk yang dihasilkan dari sumber tumbuhan mempunyai nilai dan khasiat yang semulajadi. Sememangnya tumbuhan memberi manfaat kepada manusia segajat. Produk tumbuhan ini mempunyai nilai untuk diperluaskan dan dikembangkan penggunaannya pada masa hadapan diseluruh negara. BIBLIOGRAFI Ahmad Ismail, 1995, Rumpai Laut, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Dr. Mohd. Idris b. Hj. Zainal Abidin,Dr. Mohammad b. Mohd. Lassim, Normah bte Hashim,1982,Tanaman Bijian,Dewan Bahasa Dan Pustaka,Kuala Lumpur. Norizan Mohamed, 1994, Pengenalan Sistem Pertanian, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur. Azizah Ismail, Roselle Jadi Produk Komersil,Mastika September 1996,Hal.6. Syed Jalaluddin Syed Annuar, Menu Istimewa Daripada Rumpai Laut, Mastika Mac 1997, Hal. 24. Azizah Ismail, Tillandsia Tanaman Parasit Yang Berharga, Mastika November 1996, Hal 23. Syed Jalaluddin Syed Annuar,Terra Firma Sabun Mandi Ramuan Pelbagai Herba, Mastika April 1997, Hal. 75.

SABAH & SARAWAK ARKIB : 28/06/2008

Minta bantu tingkat penyertaan ternakan rumpai laut


KUDAT 27 Jun - Universiti Malaysia Sabah (UMS) digesa mencari kaedah berkesan bagi meningkatkan penyertaan penduduk Pulau Banggi dalam Projek Pengkulturan Rumpai Laut (PPRL). Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin ketika membuat gesaan itu berkata, ia penting dalam membantu penduduk pulau itu menambah sumber pendapatan mereka. ''Projek pengkulturan rumpai laut mampu memberi pulangan lumayan kepada pengusaha yang terlibat," katanya. Beliau berkata demikian selepas melawat PPRL yang dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan Marin Borneo UMS dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Cawangan Sabah. PPRL UMS merupakan projek yang dilaksanakan di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dan dibiayai Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri itu berkata, selain membuat kajian mengenai kaedah terbaik menternak rumpai laut serta khasiatnya, UMS juga harus membantu para penternak memasarkan hasil produk mereka itu. Setakat ini, seramai 112 pengusaha rumpai laut dari Pulau Banggi, Pulau Balambangan serta pulau-pulau berhampiran terlibat dalam projek pengkulturan itu. Projek tersebut dimulakan pada Mac 1999 dengan lokasi ladang pengkulturan tertumpu di perairan utara Sabah. Kini, UMS telah meluaskan kawasan pengkulturan sehingga ke perairan Pitas dan Kota Marudu. Hasil rumpai laut basah dan kering yang diusahakan oleh peserta PPRL UMS Kudat/Banggi boleh didapati di Kampung Kaligau, Telutuh, Pulau Panukaran, Sibogo, Malawali dan Matangule. Rumpai laut atau nama saintifiknya Eurcheuma cottonii juga dikenali latoh di kalangan penduduk setempat.

PPRL UMS mengkultur dua spesies rumpai laut iaitu Eurcheuma cottonii dan Eucheuma spinosum. UMS juga berusaha membantu peserta memasarkan hasil rumpai kering mereka dan telah berjaya menghasilkan bahan yang berkualiti untuk kegunaan produk kosmetik berasaskan rumpai laut dari spesies Eucheuma spinosum.

Abdullah sarah tubuh badan R&D rumpai laut Utusan Online


2009-07-24

photo slideshow

24/07/2009 11:55am SEMPORNA 24 Julai Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mencadangkan supaya Sabah mewujudkan satu institut kajian dan pembangunan (R&D) khusus untuk penyelidikan rumpai laut. Katanya, institut seperti itu dapat membantu mengembangkan potensi industri rumpai laut sama ada dari aspek pengeluaran atau pemerosesan produk...

Read full article

Post a Comment Email this Page


Text size

Previous Article Next Article

(photo: AP / Lai Seng Sin) Badawi Business Development Industry Photos

When news happens: send photos, videos or sound files submit your article or email us Most Popular

Editorials: Indo-Pak relations

Vets' friend set to head powerful US Senate appropriations committee

Wenger tight-lipped over keeper crisis

US alerts its citizens travelling to India

India pulls out 15,000 troops from Kashmir

12 results next 12 results

Related News Stories Sabahans want concrete action be taken to stop illegals from entering the state The Star MALAYSIAN journalists who headed to the southern Philippines island of Jolo, where 20 people kidnapped from Pulau Sipadan in Sabah's east coast were spirited to nine years ago, were in for many surprises. Among... Cases of mismanagement The Star AS in previous years, the AG's Report for 2008 has identified various instances of mismanagement of public funds. This time around, among the cases that were highlighted was Kolej Kemahiran Tinggi Mara Balik... Ops to prevent illegal activities in Sabah waters The Star SEMPORNA: An integrated operation involving the armed forces, police and Maritime Enforcement Agency in Sabah waters was launched on Monday. The 10-day exercise is aimed at... Best students will get to further education at top varsities The Star THIRTY of the country's creme de la creme students will be awarded National Scholarships strictly based on merit, which will allow them to further their education in world-renowned universities. Those who get... Accolades for jungle resort The Star KOTA KINABALU: The Tabin Wildlife Resort, located in the east coast of Sabah, is rated among the most exotic and beautiful tropical retreats in Malaysia, particularly in terms of design, according to a local... Team from Singapore polytechnic edge MUCH in friendly netball match The Star MASTERSKILL University College of Health Sciences (MUCH) are prepared to enhance relationship with the Republic Polytechnic Singapore (RPS) through sports. MUCH, as part of their preparations for a... Rosmah gets Datuk Seri Panglima title The Star KOTA KINABALU: Datin Seri Rosmah Mansor heads the list of Sabah state award recipients in

conjunction with the Yang DiPertua Negri Tun Ahmadshah Abdullah's 63rd birthday celebrations today. The Prime Minister's... Split by oil palm The Star With their forested home gone, orang utans are driven into oil palm plantations but the cultivated landscape is unlikely to sustain them for long. THE sight of an orang utan feasting on oil palm fruits will... A step closer to 1Malaysia The Star The Government's decision to declare Malaysia Day a national public holiday from next year has delighted many, especially the people of Sabah and Sarawak. SONIA Chaal considers herself a patriotic Malaysian.... Palm Oil Boom Creates Danger For Orangutans redOrbit Wildlife conservationists say a boom in palm oil -- used extensively for biofuel and processed food like margarine -- has affected the jungles in Borneo, endangering the already declining orangutan populations,... Pak Lah saran tubuhkan badan R&D rumpai laut Berita Harian SEMPORNA: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, mencadangkan supaya Sabah mewujudkan... Kerajaan Timbang Penubuhan Lembaga Rumpai Laut Negara Bernama - Malay Oleh Nashir Mansor SEMPORNA, 14 Feb (Bernama) -- Kerajaan masih menimbangkan cadangan untuk menubuhkan satu Lembaga Rumpai Laut Negara bagi mengawal selia standard pemasaran, bimbingan serta latihan berhubung...

Anda mungkin juga menyukai