Anda di halaman 1dari 11

TEORI PEMBELAJARAN HUMANISME

Humanisme melihat manusia sebagai makhluk yang istimewa dan mempunyai keupayaan yang tidak serupa dengan haiwan. Humanisme percaya bahawa manusia bertindak atas dasar keperluan, motivasi, minat, nilai serta percaya bahawa individu (manusia) harus dilihat sebagai satu entiti.

Gagne dan Berliner (1991) menyenaraikan 5 objektif asas pendidikan daripada pandangan Humanisme: 1) Memupuk pembelajaran arah kendiri dan tidak bergantung pada orang lain. 2) Mengembangkan keupayaan bertanggungjawab ke atas pembelajaran dan perkara yang dipelajari. 3) Mengembangkan kreativiti dan pemikiran bercapah. 4) Mencungkil dan mengembangkan daya ingin tahu serta penerokaan. 5) Mengembangkan kecenderungan aspek seni dan emosi.

Gagne dan Berliner (1991) menyenaraikan prinsip-prinsip pendekatan humanisme merangkumi : 1) Pelajar akan mudah belajar perkara yang ingin dipelajari oleh mereka dan perkara yang ingin diketahui oleh mereka. 2) Mengetahui cara belajar adalah lebih penting daripada memiliki banyak pengetahuan. 3) Penilaian kendiri hasil kerja pelajar merupakan penilaian yang lebih bermakna, namum pelajar perlu dapat mencapai tahap pencapaian yang ditetapkan. 4) Perasaan adalah sama penting dengan fakta. 5) Pelajar belajar lebih baik dalam persekitaran yang tidak mengancam seperti selamat secara fizikal, emosional, psikologikal serta nyaman.

Carl Rogers (1902-1987)


-Dilahirkan di Oak Park, Illinois, AS - Pengasas teori kaunseling terapi berpusatkan klien Beliau beranggapan bahawa manusia pada dasarnya adalah baik dan mempunyai motovasi yang tinggi untuk mencapai potensi diri Beliau juga mengatakan sebagai insan yang baik, jika dijuruskan ke arah yang betul akan berkembang secara positif, baik rohani serta jasmani

Menurut Rogers seorang insan yang sempurna memiliki kualiti berikut : Berfikiran terbuka terhadap pengalaman dunia . Menerima hidup seadanya, mengutamakan perkara yang ada pada hari ini bukan kelmarin atau esok Mempercayai pemikiran dan perasaan sendiri sebagai sesuatu yang tepat Menghargai kebebasan diri dan bertanggungjawab ke atas tindakan sendiri. Kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti sosial serta menyumbang khidmat kepada masyarakat mengikut kemahiran masing-masing