Anda di halaman 1dari 3

Sejarah Penguasa Tempatan Klang telah ditubuhkan pada bulan Mei 1890 yang ketika itu dikenali sebagai

Lembaga Kesihatan Klang untuk mentadbirkan Bandar Klang. Sempadan rasmi telah ditetapkan pada tahun 1895 manakala pada tahun 1926 kawasannya telah digabungkan dengan Port Swettenham dan pada bulan Disember 1945 telah diubah menjadi Lembaga Bandaran Klang. Perubahan dalam pentadbiran seterusnya berlaku apabila terbentuknya Majlis Bandaran Klang pada tahun 1954. Dengan sistem pentadbiran ini Klang membangun dengan pesatnya sehingga pada tahun 1971 apabila Pelabuhan Klang, Kapar dan Meru telah dirangkumkan menjadi Majlis Daerah Klang. Dengan berkuatkuasanya Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan penyusunan semua penguasa tempatan, Majlis Daerah Klang telah dinaikkan ke taraf yang ada sekarang iaitu Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada 1 Januari, 1977. Isu-Isu In Oktober 2006, akhbar-akhbar tempatan melaporkan bahawa Ahli Majlis MPK, Dato' Zakaria Deros, anaknya Zainuri dan menantunya Roselinda Abdul Jamil telah dijangka untuk mengangkat sumpah sebagai ahli majlis, tetapi menurut beliau, beliau tidak akan berbuat demikian. Dilaporkan juga Faizal Abdullah dan Mazlynoor Abdul Latiff, ahli Majlis yang lain telah membina rumah tanpa persetujuan MPK menyalahi Akta Pelan Bandar dan Negara 1974.[1] Perlantikan baru Ahli Majlis Sessi 2006/2008 Seramai 18 ahli MPK mengangkat sumpah termasuk enam muka baru iaitu:= 1. 2. 3. 4. 5. 6. Zainuri Datuk Zakaria Lim Hock Tee Choo Yuat Meng Chong Hak Beng Gan Yeew Tian P.S. Maniam

Menurut Abdul Bakir, masih terdapat enam lagi kekosongan tempat dalam jawatan ahli MPK untuk komponen Barisan Nasional iaitu UMNO (4 tempat), MIC (1) dan MCA (1).[2] Akta Kerajaan Tempatan

MPK mempunyai bidang kuasa tertentu yang diperuntukan di bawah Akta, enakmen, undangundang kecil, perintah, peraturan dan kaedah yang digunapakai oleh Majlis seperti berikut: ] Akta 1. 2. 3. 4. 5. 6. Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 [Akta 133] Akta Pemusnahan Serangga dan Pembawa Penyakit, 1975 Akta Kerajaan Tempatan, 1976 [Akta 171] Akta Perancang Bandar dan Desa, 1974 [Act 172] Akta Makanan, 1983 Akta Pengangkutan Jalan, 1987

Enakmen 1. Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau 1971 2. Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Awam 1995 3. Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Awam [Pindaan] 1998 Undang-Undang Kecil 1. Undang-Undang Kecil Rumah Urut (MPK) 1965 2. Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) (MPK) Akta Kerajaan Tempatan 1979 3. Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) (MPK) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1982 4. Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing (MPK) 1983 5. Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah (MPK) 1984 6. Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (MPK) 1984 7. Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MPK) 1987 8. Undang-Undang Kecil Penjaja (MPK) 1987 9. Undang-Undang Kecil Pelesenan Tempat Letak Kereta Persendirian (MPK) 1988 10. Undang-Undang Kecil Taman (MPK) 1989 11. Undang-Undang Kecil Pasar (MPK) 1989 12. Undang-Undang Kecil Iklan Pilihanraya (MPK) 1990 13. Undang-Undang Kecil Iklan (MPK) 1991 14. Undang-Undang Kecil Kerja Tanah (MPK) 1991 15. Undang-Undang Kecil Lesen Bersesama (MPK) 1992 16. Undang-Undang Kecil Tandas Awam (MPK) 1993 17. Undang-Undang Kecil Establisymen Makanan (MPK) 1993 18. Undang-Undang Kecil Krematorium (MPK) 1993 19. Undang-Undang Kecil Vandalisme (MPK) 1993 20. Undang-Undang Kecil Kedai Gunting Rambut dan Pendandan Rambut (MPK) 1993 21. Undang-Undang Kecil Perkuburan Islam (MPK) 1993 22. Undang-Undang Kecil Pengendalian Makanan (MPK) 1993 23. Undang-Undang Kecil Pasar (MPK) 1993

24. Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan)(Pindaan) (MPK) 1993, Akta Kerajaan Tempatan 1976 25. Undang-Undang Kecil Kerja-Kerja Di Jalan (MPK) 1996 Perintah 1. Perintah Tetap Mesyuarat 1992 2. Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Mengenai Tempat Letak Kereta) (MPK) 1996 Peraturan 1. Peraturan Makanan 1983 2. Peraturan-Peraturan Kawalan Tembakau 1993 3. Peraturan-Peraturan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Permainan Snuker dan Video) (Kawalan dan Penyeliaan) (Selangor) 1996 Kaedah 1. Kaedah-Kaedah Pekerja (perlakuan dan Tatatertib) MPK 1995 2. Akta Perancang Bandar dan Desa 1974 (Kaedah-Kaedah Lembaga Rayuan) 1999

Anda mungkin juga menyukai