Anda di halaman 1dari 7

TOLERANSI ASAS KECEMERLANGAN TAMADUN MALAYSIA

Setiap tarnadun yang pemah wujud mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri tersendiri dalarn memastikan kelangsungan dan perkembangannya. Kesinarnbungan dari kelangsungan sesebuah tamadun itu sebenamya hasil sikap terbuka dalarn menerima sebarang perubahan dan pengaruh tamadun lain. Sesungguhnya wujud saling hubungan atau interaksi antara tamadun sarna ada di peringkat perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan yang berlaku sepanjang sejarah. Saling hubungan seperti ini dilihat telah melahirkan kesan-kesan positif dan negatif. Interaksi antara tamadun India dan China telah memberi kesan positif iaitu penyebaran agarna Buddha, teknologi pengeluaran gula daripada tebu, astronomi dan kesusasteraan India dikembangkan di negara India. Sebaliknya, pengetahuan membuat kertas, bahan letupan dan penggunaan kompas dari tamadun China dapat dipelajari oleh tamadun India. Kesan negatif hasil interaksi tamadun ialah penduduk Kristian Eropah telah membunuh orang Yahudi secara beramai-ramai pada abad ke-9, ke-18 dan Perang Dunia Kedua disebabkan faktor agarna, falsafah, ketidakseimbangan ekonomi dan sosial. Kewujudan interaksi antara tarnadun lahir disebabkan oleh semangat toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati antara sesebuah tamadun dengan sesebuah tamadun yang lain. Keterbukaan seperti ini memungkinkan berlakunya percarnbahan pemikiran dan budaya lalu mengelakkan kebekuan atau kejumudan yang boleh menyebabkan kemerosotan sesebuah tamadun. Jika dilihat dalam pembinaan sesebuah tamadun dan negara, kewujudan interaksi antara tarnadun penting demi kelangsungan dan kemajuannya. Walau perhubungan yang ingin dibina melalui asas perdamaian, keharmonian yang dimanfaatkan antara satu sarna lain, narnun adakalanya hubungan tersebut tidak dapat lari dari sebarang konflik berdarah, peperangan, pencerobohan, peperangan mahupun penjajahan. Proses penyedutan unsur-unsur luar yang telah diasimilasi dan

diadaptasikan dengan kebijaksanaan tempatan (local genius) telah menjadi pemangkin bagi sesebuah tamadun melangkah maju ke tahap yang lebih tinggi. Dalarn konteks pembinaan negara Malaysia, penduduk asal bangsa Melayu telah melalui tempoh yang panjang berinteraksi dengan dua tarnadun yang dominan iaitu tarnadun Cina dan India. Setiap tamadun manusia yang wujud di dunia ini dari dahulu hingga sekarang saling berinteraksi antara satu sama lain. Interaksi berlaku sama ada menerusi jalan peperangan atau keamanan. Menerusi interaksi, tamadun-tamadun ini belajar serta memindahkan ilmu pengetahuan, bahasa dan kebudayaan antara satu sama lain. Sesuatu tamadun perlu mengenali antara satu sama lain merupakan asas kepada persefahaman dan akhirnya membawa kepada kerjasama. Usaha untuk mengenali antara satu sama lain perlu dipertingkatkan khususnya mengenali kepercayaan, bahasa dan kebudayaan tamadun. Tamadun Islam, Tamadun India dan Tamadun China merupakan antara tamadun yang saling berinteraksi antara satu sama lain. Interaksi-interaksi yang wujud di antara tamadun-tamadun ini meninggalkan pelbagai bentuk kesan samaada positif mahupun negatif. Interaksi tamadun Islam dengan tamadun China memperlihatkan kesan positif melalui perdagangan. Pedagangpedagang Arab dan Parsi memainkan peranan penting dalam interaksi ini. Sebagai contoh, berlaku perkahwinan campur antara pedagang-pedagang ini dengan wanitawanita tempatan. Hasil daripada interaksi ini, wujud penyebaran agama Islam di Negara China yang akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan China. Interaksi antara tamadun India dan tamadun Cina juga meninggalkan kesan yang positif kepada masyarakat. Dari segi kepercayaan, agama Buddha berjaya disebarkan ke Negara China melalui interaksi ini. Selain itu, berlaku juga pemindahan dan perkongsian ilmu dalam bidang sains dan teknologi. Apa yang dimaksudkan disini ialah, kemahiran membuat gula daripada tebu dengan menggunakan teknik dari India telah diperkembangkan kepada orang-orang China. Selain itu, dalam aspek matematik pula, India turut memperkembangkan bidang astronominya di negara China melalui ahli-ahli astronominya.

Interaksi antara tamadun Islam dan tamadun Melayu turut memberi impak yang positif. Kesan yang ditinggalkan melalui aktiviti perdagangan dapat dilihat dengan begitu ketara. Kesan positif yang paling penting ialah tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu serta munculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan di Pasai, Melaka, Acheh, Johor-Riau, Brunei, Pattani, Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram dan lain-lain lagi. Tamadun Islam telah mengubah pandangan hidup orang-orang Melayu. Ia juga turut membawa tulisan Jawi yang berperanan penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu. Tamadun Islam juga meninggalkan pengaruh yang besar dari segi perundangan, kesusateraan, kesenian, kebendaan seperti pakaian, makanan dan istilah-istilah Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu. Interaksi tamadun China dan tamadun Melayu pula banyak memberi kesan dalam bidang kemahiran, teknologi serta kebendaan. Tamadun China membawa teknologi membuat tebu (yang dipelajari dari India) ke Kepulauan Melayu. Selain itu, tamadun China juga bertanggungjawab memperkenalkan perusahaan sutera di Kepulauan Melayu. Dalam aspek kemahiran, tamadun China membawa kemahiran membuat tembikar serta pertukangan logam. Interaksi antara tamadun China dengan tamadun Melayu berlaku melalui dua cara iaitu secara aman dan secara konflik peperangan. Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti perdagangan, emigrasi dan hubungan diplomatik. Contohnya, kemuncak hubungan diplomatik negara China dengan Kepulauan Melayu ialah zaman Kesultanan Melayu Melaka. Persamaan dan perbezaan di antara tamadun Islam, tamadun Cina dan tamadun India dapat dilihat melalui beberapa aspek seperti ciri-ciri agama, budaya dan juga budaya. Dalam aspek agama, Islam percaya wujudnya satu kuasa pencipta. Berbeza dengan agama Buddha (tamadun China), mereka menolak konsep tuhan tetapi mahu pengikutnya menghindar kemewahan dunia. Bagi agama Hindu (tamadun India) pula, mereka percaya kepada pelbagai dewa seperti Brahman, Vishnu dan Siva.

Dalam aspek kebudayaan pula, terdapat beberapa persamaan dalam budaya makan. Misalnya, masyarakat tamadun Islam, China dan juga India menjadikan gandum sebagai makanan ruji mereka. Hal ini berlaku apabila setiap tamadun terpaksa menerima pengubahsuaian apabila berlaku emigrasi dan perluasan empayar. Walaubagaimanapun, terdapat juga perbezaan yang ketara dalam aspek budaya makan ini. Contohnya, dalam tamadun Islam ada konsep halal dan haram. Tamadun Islam membenarkan memakan apa saja selagi bukan makanan dan minuman yang haram seperti daging khinzir dan arak. Begitu juga dengan tamadun India, penganut agama Hindu tidak dibenarkan untuk memakan daging lembu. Dalam aspek etika, hampir semua perkara mempunyai persamaan antara tamadun. Sebagai salah satu contoh, semua tamadun mempunyai persamaan dalam hal yang berkaitan dengan alam sekitar. Mereka percaya bahawa alam sekitar perlu dijaga dan dipelihara dengan baik kerana itu adalah tanggungjawab mereka sebagai manusia. Bagi masyarakat primitif pula, mereka memelihara alam sekitar kerana percaya setiap benda yang terdapat di dunia ini mempunyai semangat dan harus dijaga dengan baik. Dalam aspek pemerintahan pula, rakyat disuruh untuk mentaati pemerintah. Kung Fu Tze ( tokoh tamadun China) memberi panduan kepada pemerintah untuk menjalankan pemerintahan dengan baik dan mengutamakan kebajikan rakyat. Ini juga disarankan oleh ahli falsafah dari tamadun lain seperti Al-Ghazali, Kautilya dan ajaran Buddha. Di Asia Tenggara juga menekankan raja itu harus berkelakuan baik dan bertanggungjawab. Muncul konsep Devaraja dan daulat di mana raja diberi taraf suci dan tertinggi dan dijelmakan sebagai wakil tuhan. Ini memberi penegasan kepada rakyat supaya dapat menumpahkan taat dan setia kepada raja. Aspek yang berikutnya ialah kemasyrakatan. Setiap tamadun menyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk menghormati setiap anggota masyarakatnya. Setiap ahli masyarakat perlu menjaga kebajikan dan memberi sokongan samaada berbentuk moral atau fizikal. Dalam tamadun Islam, perkara penting ialah perpaduan ummah. Walaubagaimanapun, ada juga yang tidak bersetuju.

Contohnya, ahli falsafah China, Loa Tzu menentang ajaran Kung Fu Tze yang menganjurkan hubungan antara masyarakat. Aspek yang terakhir iaitu bidang ekonomi pula, setiap tamadun menekankan pentingnya etika dalam menjalankan perniagaan. Tamadun Islam menggalakkan perniagaan tetapi ada peraturan halal dan haramnya. Contohnya haram mengambil riba. Tetapi Kung Fu Tzu, perniagaan ditegah sama sekali kerana taraf peniaga diletakkan paling bawah keran amenindas golongan lain. Terdapat beberapa cara untuk mengekalkan sikap toleransi dan persefahaman antara kaum di Malaysia. Antaranya ialah dengan memupuk semangat perpaduan dikalangan pelajar. Dalam situasi sekolah, memupuk semangat muhibah dan semangat toleransi antara kaum sangat penting. Hal ini dapat membantu menimbulkan perpaduan kaum serta membolehkan mereka berinteraksi sesama mereka. Setiap subjek yang diajarkan di sekolah juga harus menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmonis. Nilai-nilai rohani dan budaya bersama perlu diberikan keutamaan dalam setiap subjek. Maka, semangat perpaduan perlu merentasi kurikulum untuk membentuk dan menguatkan peribadi dan moral para pelajar. Penubuhan sekolah wawasan yang menggabungkan ketiga-tiga buah sekolah rendah, iaitu SRK, SRJK (C), dan SRJK(T) dalam satu kawasan mampu membentuk pelajar yang bertoleransi. Pelajar akan menggunakan segala kemudahan yang ada seperti padang, kantin, dan perpustakaan secara bersama-sama. Pelajar sekolah rendah akan bergaul secara langsung apabila mereka bersukan, makan di kantin, dan semasa mengadakan hari terbuka sekolah. Oleh itu, pemupukan semangat perpaduan dapat ditanam dan disemai pada peringkat awal usia pelajar lagi. Perpaduan boleh diterapkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan seperti sukan, kelab, dan persatuan, dan ceramah haruslah dipergiat dan dipertingkatkan. Di luar sistem akademik, para pelajar harus dilibatkan dalam aktiviti pelbagai kaum seperti keluarga angkat, persatuan, dan badan beruniform. Jelaslah bahawa usaha yang diambil bagi mengukuhkan perpaduan dan integrasi perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat, termasuklah pelajar.

Pada zaman penjajahan British kesan daripada polisi "pecah dan perintah", menyebabkan tidak terdapat interaksi meluas antara kaum di Malaya. Kawasan penempatan yang berasingan diperkukuhkan oleh kegiatan ekonomi yang berbezabeza, memisahkan pelbagai kaum tanpa banyak interaksi antara satu sarna lain. Dengan itu telah melahirkan masyarakat majmuk dengan ciri-ciri budaya, agama dan bahasa yang berbeza-beza. Selepas kemerdekaan telah timbul kesedaran yang kuat di kalangan para pemimpin Persekutuan Tanah Melayu untuk menggubal polisi dan langkah-Iangkah bagi mewujudkan interaksi dan hubungan yang lebih rapat antara kaum, melalui penubuhan Parti Perikatan yang menggabungkan UMNO, MCA dan MIC yang bertanding dan menang dalam pilihan raya 1955 dan seterusnya membentuk Kerajaan Perikatan. Dasar pelajaran P.T.M iaitu Penyata Abdul Razak 1956 dan Penyata Abdul Rahman Talib 1960 telah memperakukan sistem pendidikan kebangsaan yang tunggal bagi menyatukan semua murid sekolah dari pelbagai kaum dalam satu sistem sahaja. Selepas Tragedi 13 Mei 1969, Rukun Negara dan Jabatan Perpaduan Negara telah dibentuk. Ini diikuti pelaksanaan dasar pendidikan kebangsaan dan pelaksanaan bahasa kebangsaan sebagai pengantar pendidikan dipesatkan, demi mengurangkan jurang pemisahan antara kaum membolehkan perpaduan dan muhibah dapat disemai. Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) telah dilancarkan untuk menstruktur semula masyarakat dan mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara Bumiputera dan kaum Cina yang menjadi punca utama konflik perkauman. Seterusnya Rancangan Jangka Panjang Pembangunan Kedua (RJPP2) (1990-2000) telah dilancarkan pula untuk menyusuri dan melengkapi DEB yang telah tamat itu. Semua itu adalah polisi dan langkah-Iangkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan dan pemimpin Malaysia bagi mewujudkan sebuah negara bangsa Malaysia yang bersatu padu untuk mengatasi suasana berbilang kaum dan masyarakat majmuk yang berkonflik dan berpisah warisan dan tinggalan daripada amalan penjajahan British.

Interaksi antara tamadun meninggalkan pelbagai kesan ke atas masyarakat. Terdapat banyak kesan positif dan ada juga kesan-kesan yang negatif. Walaubagaimanapun, apa yang dapat dirumuskan ialah, pertembungan interaksi antara tamadun ini mewujudkan banyak perkara-perkara baru seperti percambahan ilmu pengetahuan, hubungan perdagangan dan banyak lagi. Tamadun-tamadun ini juga mempunyai persamaan dan perbezaan yang tertentu meliputi aspek teologi dan juga etika. Kita harus menghormati setiap persamaan yang ada dan menerima perbezaan yang wujud supaya keadaan kekal harmoni dan aman.