Anda di halaman 1dari 2

BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF LARAS BAHASA

WAJ

Pada abad ke-16 Bahasa Melayu telah muncul sebagai bahasa ilmu, bahasa agama, bahasa undang -undang, bahasa ketatanegaraan, bahasa diplomasi dan bahasa perdagangan (bahasa ekonomi) Definisi laras bahasa : Umumnya dapat diterangkan sebagai cara penggunaan sesuatu bahasa. Asmah Hj.Omar (1984), berpendapat bahawa laras bahasa ialah khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya. Laras bahasa ekonomi biasanya digunakan dalam dunia korporat teruta manya khususnya bidang perusahaan, perindustrian, perakaunan, perbankan, perniagaan dan perdagangan. Penggunaan laras bahasa ekonomi dalam Bahasa Melayu amat penting kerana negara kita di abad ke-21 sedang menjurus ke arah negara per usahaan dan perindustrian. Contoh-contoh Laras Bahasa dari segi ekonomi: 1. Penurunan harga minyak mentah seluruh dunia baru -baru ini dijangka akan memberi kesan yang baik ke atas ekonomi Malaysia dalam bentuk memperbaiki permintaan bagi eksport barang-barang utamanya. -Utusan Malaysia, 19 April 1983

2.

Perbendaharaan kata Istilah khusus (penanda laras), antaranya:

agihan jualan anggaran kos harga mutlak urus niaga

agensi pemasaran francais eksport kredit

baki debit cek palang saham komposit

Istilah umum: tetapi diberi pengertian khusus (merujuk bidang ekonomi)

untung susut

tempoh hutang runcit

tunai

Laras bahasa Mempengaruhi penguna untuk membentuk tanggapan tertentu , atau mengubah sikap dan melakukan tindakan. Digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya , disokong pula oleh gambar, lukisan, grafik, ilustrasi dan sebagainya. Iklan dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut: (a) slogan: Kami Ada Cara (b) Kaedah Pernyataan: Rumah Untuk Dijual/Disewa (c) Perkaitan Konsep: Artis X dengan Tilam Jenama Y (D) Perisytihran: Waja dengan Aksesori Lengkap (e) Kaedah Umpan: Beli Satu, Percuma Satu (f) Mesra: Keutamaan Kami Adalah Pelanggan. (g) Bandingan: Bateri X Lebih Berkuasa dan Tahan Lama (h) Gesaan: Cepat! Cepat! Datanglah Beramai -ramai (i) Pertanyaan: Sakit Pinggang? Sapulah Dengan Minyak Angin Z.