Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI: PKL 3107 AMALI MENGGUNAKAN TONGKAT BETUL Pada 2 Jun 2011, iaitu pada hari Khamis yang

lalu, ketika kelas bagi matapelajaran Orientasi dan Mobiliti, saya dan rakan sekelas telah menjalankan aktiviti kemahiran menggunakan tongkat putih. Aktiviti yang pertama ialah teknik memegang tongkat putih dengan cara yang betul. Kemudian, kami telah mempraktikkan teknik bergerak sendiri dengan menggunakan tongkat. Aktiviti tersebut dijalan di sekitar kawasan perpustakaan. Saya telah menjadi sighted guide kepada kawan saya iaitu Latipah saleh. Perkara pertama yang dilakukan oleh klien saya adalah dengan berada pada kedudukan squaring off iaitu proses menempat dan menentukan kedudukan badan dengan menentukan arah yang diambil. Saya telah memanggil klien supaya bergerak ke arah suara saya. Ada sedikit masalah ketika membuat aktiviti tersebut. Keadaan ini berlaku kerana klien saya kurang memahami cara memegang tongkat putih dengan cara yang betul. Setelah beberapa kali diberi tunjuk ajar, baru klien saya memahaminya. Setelah itu, saya bersama klien membuat kemahiran rentak berjalan menggunakan tongkat putih mengikut ritma yang betul iaitu apabila hujung tongkat menyentuh hadapan sebelah kiri, kaki kanan hendaklah turut melangkah kehadapan sebelah kanan dan begitulah sebaliknya. Pada mulanya klien tidak dapat mengaplikasikan teknik mengikut rentak dengan baik, klien memberitahu bahawa dia berasa kekok tetapi setelah beberapa kali mencuba akhirnya klien dapat melakukan teknik mengikut rentak dengan betul. Sebagai kesimpulan, tugasan ini menyedarkan saya betapa pentingnya orientasi dan mobiliti untuk mereka yang bermasalah penglihatan. Tanpa bantuan dan tunjuk ajar yang betul mungkin mereka tidak boleh melakukan aktiviti seperti orang lain yang tidak menghadapi masalah penglihatan. PUTIH DENGAN TEKNIK YANG

INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA KAMPUS ILMU KHAS


TAJUK : REFLEKSI AMALI ORIENTASI DAN MOBILITI

NAMA : FATIMAH BINTI ABD HADI ANGKA GILIRAN: 2008172360106 NO KAD PENGENALAN : 700831-10-5418 KELAS : PGSR AMBILAN NOVEMBER 2008 ( 5.2 ) PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENGLIHATAN TAJUK KURSUS : ORIENTASI DAN MOBILITI NAMA PENSYARAH : EN.ROSLI BIN AHMAD

Anda mungkin juga menyukai