Anda di halaman 1dari 10

Pendekatan, Teknik ,Kaedah dan Strategi Pengajaran Bahasa Melayu

Mohd Haikal Aminuddin Muhammad Norhisyam Shamsudin Mohd Taufiq Mohd Desa Roslina Amir Shabana Munawwarah Ishak

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu


Terdapat dua pendekatan yang terdapat dalam RPH iaitu: i.Induktif -mendahulukan contoh-contoh struktur penggunaan unsur-unsur tatabahasa yang dipelajari dan kemudian membuat kesimpulan mengenainya. -berdasarkan RPH yang dikaji, contoh pendekatan induktif yang telah digunapakai ialah : Guru memberi teks berita tentang pencemaran udara berdasarkan power-point.

Sambungan

ii. Komunikatif - untuk melengkapkan pelajar dengan kecekapan komunikatif iaitu kecekapan berkomunikasi untuk bertukar-tukar penerangan atau pendapat. - berdasarkan RPH yang dikaji, contoh pendekatan komunikatif yang telah digunapakai ialah : Guru mengadakan perbincangan kumpulan antara muridmurid.

Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu


Terdapat dua teknik yang digunakan di dalam RPH yang dikaji iaitu: i. Soal Jawab - dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. - contoh teknik soal jawab yang terdapat di dalam RPH ialah : Guru terlebih dahulu menanyakan kepada murid sekiranya mereka masih tidak memahami tajuk pada hari tersebut.

Sambungan

ii. Perbincangan - satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas. - contoh teknik perbincangan yang terdapat di dalam RPH ialah : Murid dikehendaki membentangkan isi penting tentang pencemaran udara dan membandingkan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan mereka.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu


Dua kaedah yang telah digunakan di dalam RPH yang telah dikaji iaitu: i. Kaedah Oral-Aural - merupakan juga kaedah dengar-tutur diajarkan kepada murid bertujuan untuk membolehkan pelajar memperkembang keempat-empat kemahiran bahasa tersebut. - contoh kaedah Oral-Aural yang terdapat di dalam RPH ialah : Murid diminta membaca petikan itu secara individu dengan kuat dan mengikut intonasi serta gaya yang betul.

Sambungan

ii. Kaedah Natural - kurang menekankan rujukan kepada analisis gramatikal, latih tubi gramatikal atau teori tatabahasa tertentu. Penggunaan bahasa lebih kepada penguasaan struktur secara berperingkat-peringkat. - contoh kaedah Natural yang terdapat di dalam RPH ialah: Murid ditayangkan dengan power-point yang berkaitan dengan jenisjenis pencemaran.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu


Terdapat tiga strategi P&P Bahasa Melayu iaitu: i. Berpusatkan murid - menekankan tanggungjawab murid sepenuhnya untuk menentukan hala tuju dalam proses P&P. - contoh berdasarkan RPH ialah: Murid dikehendaki membentangkan isi penting mengenai pencemaran udara dan bandingkan dengan pengetahuan dan pengalaman mereka.

Sambungan

ii. Berpusatkan guru - guru berperanan secara aktif dalam proses P&P untuk memberi penerangan,bertindak sebagai model dan penunjuk cara penyelesaian masalah. - contoh berdasarkan RPH ialah: Guru menjelaskan tujuan dan tajuk pengajaran tang akan diajar.

Sambungan

iii. Berpusatkan bahan - menekankan lebih kepada peranan dan penggunaan bahan sumber P&P seperti pengajaran terancang, modul, pengajaran audio-tutorial, makmal bahasa, pembelajaran berbantukan komputer dan bahan-bahan interaktif seperti CD ROM. - contoh berdasarkan RPH ialah : Murid dikehendaki untuk mengelik salah satu pautan yang disediakan.

Anda mungkin juga menyukai