Anda di halaman 1dari 15

Model Konstruktivisme 5-Fasa

Model pengajaran dan pembelajaran ini adalah dicadangkan dalam `Children's Learning in Science Project' (Needham, 1987). Dalam model ini, murid digalakkan bertukar-tukar fikiran melalui fasa pencetusan idea. Fasa ini juga dapat merangsang murid meninjau semula idea asal mereka. Dalam fasa penstrukturan semula idea, guru digalakkan merancang aktiviti yang sesuai untuk membantu murid mengubah idea asal mereka. Murid diberi peluang untuk mencabar idea asal sendiri dan juga idea rakan-rakan mereka. Adalah idpercayai idea baru yang dibina oleh murid sendiri biasanya lebih mudah diterima oleh mereka jika sekiranya idea ini mudah difahami dan berguna. Dalam fasa penggunaan idea, murid boleh menggunakan idea baru mereka untuk menyelesaikan masalah dan menerangkan fenomena yang berkaitan dengan idea-idea itu. Fasa renungan kembali merupakan fasa terakhir. Dalam fasa ini murid membandingkan idea asal renungan kembali merupakan fasa terakhir. Dalam fasa ini murid membandingkan idea asal mereka dengan idea baru dan merenung kembali proses pembelajaran yang telah mengakibatkan perubahan ke atas idea mereka. Fasa ini juga dapat memperkembangkan kemahiran meta kognitif. Fasa-fasa pengajaran berasaskan model konstruktivisme 5-fasa seperti berikut:Bil Fasa Orientasi I Tujuan/Kegunaan Kaedah

Menimbulkan minat dan menyediakan Amali penyelesaikan masalah suasana sebenar, tunjukcara oleh guru, tayangan filem, video dan keratan akhbar Supaya murid dan guru sedar tentang Amali, perbincangan dalam idea terdahulu kumpulan kecil, pemetaan konset dan laporan Mewujudkan kesedaran tentang idea alternatif yang berbentuk saintifik. Menyedari bahawa idea-idea sedia ada perlu diubahsuai, diperkembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik.

Pencetusan Idea II Penstrukturan semula idea

III

Mengenalpasti idea-idea alternatif i. Pernjelasan dan dan memeriksa secara kritis ideaPerbincangan dalam kumpulan kecil idea sedia ada sendiri pertukaran dan buat laporan Menguji kesahan idea-idea sedia ada ii. Pendedahan Pengubahsuaian, pemgembangan atau kepada situasi penukaran idea konflik Perbincangan, pembacaan, input iii. Pembinaan idea Menguji kesahan untuk idea-idea

baru iv. Penilaian Penggunaan idea

baru yang dibina

guru. Amali, kerja projek, eksperimen, tunjukcara guru

IV

Pengukuhan kepada idea yang telah dibina dalam situasi baru dan biasa

Penulisan sendiri kerja projek

Renungan kembali Menyedari tentang perubahan idea Penulisan kendiri, perbincangan murid. Murid dapat membuat refleksi kumpulan, catatan peribadi dan sejauh manakah idea asal mereka lain-lain. telah berubah.

Teori Konstruktivisme

1. Pengenalan
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mempunyai matlamat memperkembangkan fungsi murid secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya mereka dapat menjalani kehidupan seharian mereka dengan berkesan dan penuh tanggungjawab. Untuk mencapai matlamat ini, di antara lain, guru perlu mempunyai kemahiran memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan bijaksana supaya kaedah yang dipilih itu sesuai dengan murid-murid yang pelbagai kebolehan dan minat. Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang wujud secara bebas dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran murid melalui pengalaman pancaindera, atau kewujudan pengetahuan sejadi dalam mental, tetapi ilmu pengetahuan itu diperolehi dengan cara membina sendiri oleh setiap murid melalui pengalaman, renungan dan pengabstrakan.

2. Pengertian Konstruktivisime
Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan. Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan

guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka. Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme. Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid. Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru. John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid meniur dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia juga akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata murid.

3. Perbandaingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme


Paradigma pendidikan masa kini adalah kebanyakannya merupakan paradigma objektivisme. Paradigma ini gagal menyelesaikan banyak masalah dalam pendidikan. Perbezaan antara objektivisme dengan konstruktivisme adalah sangat nyata. Objektivisme berdasarkan tanggapan bahawa wujud pengetahuan di luar persepsi manusia. Menurut pandangan ini, fungsi sains ialah untuk memastikan pengetahuan disampaikan secara objektif. Proses pembelajaran dalam paradigma ini hanyalah untuk menyalarkan pengetahuan dari pendidik kepada murid. Pengetahuan sains dari perspektif konsruktivisme adalah penjelasan paling sesuai untuk menghuraikan fenomena yang diperhatikan.

Ahli objektivisme berpendapat bahawa kata pemutus tentang apa yang perlu diajar dan siapa yang patut mengajar adalah dibuat oleh `pakar' yang semestinya mengetahui segala-galanya. Ini menyebabkan ramai murid tidak dapat melihat keperluan belajar sebagaimana yang dilihat oleh pihak `pakar'. Model autoritarian ini menjadikan guru sebagai sumber pengetahuan dan menjadikan guru sangat penting dalam bilik darjah. Murid dan juga orang awam beranggapan guru mempunyai segala jawapan bagi semua masalah. Sistem ini gagal melahirkan murid yang produktif dan berpengetahuan luas. Dari pandangan ahli konstruktivisme, setiap orang murid mempunyai peranan dalam menentukan apa yang akan mereka pelajari. penekanan diberi kepada menyediakan murdi dengan peluang untuk membentuk kemahiran dan pengetahan di mana mereka menghubungkaitkan pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa depen. murid bukan hanya dibekalkan dengan fakta-fakta sahaja, sebaliknya penekanan diberi kepada proses berfikir dan kemahiran berkomunikasi. Selepas satu sesi perbincangan murid bersama-sama menetnukan perkara penting yang harus dipelajari dan tujuan mempelajarinya. Dalam proses ini murid akan mengalami prosedur yang digunakan oleh seorang saiantis seperti menyelesaikan masalah dan memeriksa hasil yang diperolehi Melalui penggunaan paradigma konstruktivisme, guru perlu mengubah peranannya dalam bilik sains. Guru mungkin akan berperanan sebagai pelajar atau penyelidik. Dengan cara ini, guru akan lebih memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan. Justeru itu guru akan memperolehi kemahiran untuk membina dan mengubahsuai kefahaman serta berkomunikasi dengan orang lain. Guru akan memahami bahawa proses pembinaan dan pengubahsuaian konsep merupakan satu proses berterusan dalam kehidupan. Dalam paradigma konstruktivisme, murid menganggap peranan guru sebagai salah satu sumber pengetahuan dan bukan sebagai seorang yang tahu segla-galanya. Mereka menganggap pengetahuan sebagai sesuatu yang boleh disesuaikan dan boleh berubah. Mereka juga sedar bahawa mereka bertanggungjawab terhadap diri sendiri untuk menggunakan pelbagai cara bagi memproses makluamt dan menyelesaikan masalah. Dalam erti kata lain, guru adalah berperanan sebagai seorang fasilitator dan pembimbing. Hubungan guru dengan murid boleh diumpamakan sebagai hubungan di antara bidan dengan ibu yang melahirkan anak. Guru bertanggung jawab membimbing dan membantu murid mempelajari sesuatu pelajaran dengan bermakna. Guru tidak boleh belajar untuk murid. Murid yang membina fahaman sendiri. Kebanyakan teknik penilaian sekarang adalah berdasarkan paradigma objektivisme. Dalam pengujian yang dijalankan, murid akan diuji sama ada dia dapat memberikan jawapan yang dikehendaki oleh penggubal soalan. Mereka juga dianggap mempunyai tafsiran yang sama dengan penggubal soalan tentang apa yang dikehendaki dalam soalan. Oleh yang demikan, soalan-soalan ujian tidak sebenarnya menguji kefahaman dan pengetahuan murid, tetapi hanya menguji kemahiran murid untuk membekalkan jawapan yang dikehendaki oleh penggubal soalan sahaja. Menurut teori konstruktivisme, penilaian harus merangkumi cara menyelesaikan masalah dengan munasabah dan pengetahuan. Antara teknik-teknik penilaian yang sedemikian ialah peta konsep, rajah Venn, portfolio, ujian prestasi dan ujian berpasukan.

Pandangan ahli konstruktivisme terhadap disiplin di dalam kelas adalah berbeza dengan ahli objektivisme. Ahli konstruktivisme menganggap peranan guru adalah sebagai pengurus kelas dan boleh menangani hal-hal disiplin murid dengan sempurna. murid diterima sebagi individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza di mana setiap individu itu diangap penting dalam proses pembelajaran dan perlu diberi perhatian yang wajar. Mereka diberikan peluang untuk membuat keputusan sendiri tentang perkara-perkara yang akan mereka pelajari. Melalui proses ini, mereka akan lebih prihatin, bertanggungjawab dan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran mereka. Sebaliknya ahli objektivisme berpendapat bahawa guru harus berperanan sebagai pengawal disiplin kelas. Murid tidak ada pilihan kecuali menurut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan. Mereka yang ingkar akan didenda. Pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menentukan sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan. Di samping itu, guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai kefahaman orang lain supaya kefahamannya tentang sesuatu bidang pengetahuan dapat ditingkatkan lagi. Perbandingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme Dalam Pendidikan Objektivisme Pengetahuan wujud bebas dari persekitaran dalaman dan luaran pelajar Konstruktivisme Pengetahuan bukan objektif, apa yang kita benar-benar tahu dan faham hanyalah persepsi kit. Ia ditentukan oleh kita semua. Pengetahuan tidak mempunyai struktur mutlak Guru menolong murid membina kefahaman baru dan menolong murid merakamkannya ke dalam struktur kognitif sedia ada. Mereka melakukannya dengan menolong murid membentuk analogi, contoh dan kaedah mengingat murid sendiri, dan guru menolong murid membentuk soalan yang perlu ditanya bagi membimbing mereka ke arah kefahaman yang lebih tinggi "Ada perkara yang anda hendak tahu dan saya akan tolong anda mengetahui bagaimana anda boleh belajar mengenainya" "Saya ajar ini, mereka belajar itu" "Pelajar ini sungguh bijak, mereka belajar perkara yang saya tidak pernah rancang untuk ajar mereka"

Tanggapan Utama

Kesan

Guru menolong murid membina pengetahuan dan rangka konteks di mana ia wujud. Mereka mengguna analogi, contoh dan pelbagai kaedah mengingat. Mereka tanya soalan untuk membantu murid

Respons Guru

"ada perkara yang anda hendak tahu dan saya akan ajar kepada anda apa yang saya tahu" "Saya ajari ini, mereka belajar ini" "Pelajar ini sungguh bijak, mereka belajar apa saja yang saya ajarkan"

Adakah Anda Mempraktikkan Pendekatan Konstruktivisme

Anda telah mempraktikkan pendekatan konstruktivisme sekiranya: Murid berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep. Murid berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain. Murid menghormati pandangan alternatif rakan-rakan mereka. Semua pandangan murid dihormati dan tidak dipandang rendah Pelajaran berpusatkan murid Aktiviti berasaskan 'hands-on' dan 'minds-on' Guru mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir Murid mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkan kefahaman idea tersebut Murid merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya Murid menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina Guru menyediakan alat/bahan yang sesuai Murid digalakkan mengemukakan hipotesis dan bukan guru menerangkan teori Guru mengemukakan soalan yang boleh meransangkan murid mencari jawapan Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada murid Murid banyak berinteraksi dengan murid lain dan guru Guru prihatin terhadap keperluan, kebolehan dan minat murid Murid bekerja dalam kumpulan

Prinsip-prinsip Konstruktivisme

Konstruktivisme merupakan suatu pendekatan p&p yang berdasarkan premis bahawa kognisi (pembelajaran) diakibatkan oleh "pembinaan mental". Dengan kata-kata lain, pelajar mempelajari dengan mencantumkan maklumat baru dengan pengetahuan sedia adanya. Ahli konstruktivis menegaskan bahawa pembelajaran dipengaruhi oleh konteks sesuatu idea diajar serta kepercayaan dan sikap pelajar. Caine dan Caine (1991) menenaraikan 12 prinsip pembelajaran ala konstruktivisme:

1. Otak itu prosesor yang selari. Ia memproses banyak jenis maklumat termasuk fikiran, emosi
dan pengetahuan budaya. Pengajaran yang efektif menggunakan pelbagai strategi pengajaran.

2. Pembelajaran melibatkan keseluruhan fisiologi. Guru tidak boleh menumpukan kepada intelek
sahaja.

3. Usaha untuk mencari makna bersifat semula jadi. Pengajaran efektif menyedari bahasa
pengertian bagi seseorang adalah personal dan unik, pemahaman seseorang pelajar bergantung kepada pengalaman uniknya.

4. Usaha untuk mencari makna berlaku melalui pencorakan. Pengajaran efektif


menghubungkaitkan idea dan maklumat dengan konsep dan tema global.

5. Emosi adalah kritikal kepada pencorakan. Pembelajaran dipengaruhi oleh emosi, perasaan dan
sikap.

6. Otak memproses bahagian kecil dan keseluruhannya secara serentak. Orang menghadapi
masalah membelajari sesuatu jika bahagian kecil atau keseluruhan diabaikan.

7. Pembelajaran melibatkan perhatian berfokus dan persepsi keliling (peripheral). Pembelajaran


dipengaruhi oleh persekitaran, kebudayaan dan iklim.

8. Pelajaran melibatkan proses sedar dan tak sedar. Pelajar memerlukan masa untuk memproses
'apa' dan 'bagaimana' isi pelajarannya.

9. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis ingatan: sistem ingatan ruang (spartial) dan sistem
ingatan untuk pembelajaran hafalan. Pengajaran yang terlalu mengutamakan pembelajaran hafalan tidak memajukan pembelajaran ruang dan pembelajaran berasaskan pengalaman boleh menghalang pemahaman murid.

10. Pelajar memahami dan mengingati dengan baik jika fakta dan kemahiran diselitkan dalam
ingatan natural dan ruang. Pembelajaran eksperimen adalah paling efektif.

11. Pembelajaran diperkuatkan oleh cabaran dan dibantutkan oleh ancaman. Iklim bilik darjah
harus mencabar tetapi tidak mengugut pelajar.

12. Setiap otak adalah unik. Pengajaran mestilah dipelbagaikan agar murid-murid dapat
menyatakan kecenderungan masing-masing.
Disunting oleh: Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt.,B.A. (Hons.), Dip.Ed.), Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS.

06 Ogos 1999

http://www.teachersrock.net

Portfolio Berkualiti

Walaupun seseorang guru pelatih diberi kebebasan menentukan bentuk portfolionya, garis panduan berikut boleh digunakan untuk menentukan portfolio yang berkualiti.

i.

ii.

iii.

iv.

v.

vi.

vii.

viii.

ix.

Berstrukutr dan tersusun kemas mengikut cara, peraturan atau kategori yang tertentu dan sistem yang teratur (mengikut kronologi masa atau senang-susah tugasan, tajuk, susunan abjad atau kategori yang disaran) Bahan bukti pembelajaran (termasuk tugasan) menunjukkan peningkatan perkembangan guru pelatih berdasarkan aspek kognitif, psikomotor dan afektif. Bahan yang disediakan juga perlu memperlihatkan proses menyediakannya, dari deraf awal hingga hasil akhir. Mengandungi bukti bahawa guru pelatih telah menerima bimbingan dari pengetua / guru besar / guru pakar / guru pembimbing / guru penolong kanan / pensyarah pembimbing atau mana pihak yang berkenaan (bukti berbentuk tandatangan, komen, cop dan tarikh bimbingan diberi) Terdapat bukti kolaborasi guru pelatih dengan rakan, guru pembimbing, guru pakar, guru kanan, pensyarah pembimbing atau projek, persediaan mengajar, kertas kerja, ABM, kertas ujian dll dirancang dan dihasilkan bersama. Mengandungi banyak penulisan, catatan dan komen reflektif yang tercetus daripada pemikiran yang reflektif. Aktiviti menulis refleksi kendiri juga mendorong guru pelatih menganalisis amalan kendiri dengan lebih mendalam dan serius. Menunjukkan bukti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Bukti ini boleh diperlihatkan melalui idea dan hujah yang tersusun sama ada dengan atau tanpa menggunakan pengurusan grafik. Mengandungi bukti pencapaian prestasi guru pelatih (segala borang penilaian prestasi sama ada yang diisi oleh pensyarah, guru pembimbing atau pengurus sekolah perlu ada dalam portfolio). Borang penilaian pengajaran berpasangan atau apa-apa bentuk penilaian rakan sebaya (berbentuk senarai semak yang diisi oleh rakan pelatih) juga perlu dimasukkan. Surat penghargaan dan sijil dari mana-mana pihak juga dianggap sebagai bukti prestasi. Mengandungi bahan yang terpilih dan releven - Portfolio seharusnya mengandungi satu set bahan bukti pembelajaran yang terpilih secara teliti bukan segala bahan dari segala aktiviti yang dijalankan. Ini akan membolehkan portfolio mudah diurus (manageable) dan lebih bermakna (meaningful) kepada pelajar yang menyediakannya dan pesnyarah yang menilai. Selain itu bahan yang dimuatkan dalam portfolio mestilah bahan yang releven dengan tugasan dan hasil pembelajaran yang spesifik. Mengandungi bahan-bahan yang autentik - Bahan-bahan yang dimuatkan sebagai bahan bukti pembelajaran mestilah disediakan oleh guru pelatih sendiri berasaskan situasi yang sebenar bukan ditiru atau diciplak dari mana-mana sumber.

(Dipetik dari Pukal Latihan: Penilaian Berterusan Berasaskan Kerja Kursus Berportfolio, BPG & MPPPP 1997)

Perbezaan Proses Pembelajaran: Behaviourisme, Kognitivisme & Konstruktivisme

Aspek
Pengetahuan dan tingkah laku Apakah kaitannya?

Behaviourisme
lakunya kepada kontingensi peristiwa dan objektif. Pembelajaran merupakan pengukuhan hubungan antara isyarat dan tingkahlaku yang dicorakkan oleh akibat. Proses ini disebut pembentukan (shaping). Dengan latihan yang cukup, hubungan ini bertambah kuat dan masa antara isyarat dan tingkahlaku bertambah singkat.

Kognitivisme
boleh dikaji tetapi ia hanya merupakan indikator-indikator tentang apa yang berlaku dalam otak pelajar.

Konstruktivisme
Terdapat hubungan antara isyarat dengan tingahlaku tetapi tingkahlaku hanya indikator tak langsung tentang keadaan struktur pengetahuan seseorang. Heuristik Suatu jenis pengetahuan tentang pemikiran dan pengetahuan yang memandu strategi yang anda boleh gunakan demi membantu pelajar menyelesaikan masalah. Anda merupakan pengadil sendiri untuk mempertimbangkan keputusan sendiri.

Pelajar mengadaptasikan tingkah Perubahan tingkahlaku walaupun

Realiti dan Peraturan

Pembelajaran berlaku apabila tertubuhnya hubungan yang

Pelajar menginterpretasi realiti luaran berasaskan pengalaman individu. boleh diramalkan antara sesuatu universalnya. Pelajar Pengetahuan adalah berdasarkan rangsangan dalam persekitaran, mencerminkan realiti objektif premis bahawa kita membina suatu tingkahlaku, dan suatu dengan menggunakan realiti perspektif dunia kita dengan akibat. Semua orang mempunyai luaran sebagai model mental. menggunakan refleksi 'sejarah pengukuhan'. pengalaman individu. Kita 'Sejarah pengukuhan' Contohnya, jika anda dibesarkan mencipta peraturan sendiri untuk mencari makna tentang merupakan keseluruhan di Sandakan, anda akan pengalaman sendiri. Dengan menerima realiti berasaskan pengalaman serta semua menyesuaikan model mental kita pandangan sosial Sandakan. Ini hubungan antara rangsang, untuk merangkumi pengalaman akan mempengaruhi pandangan tingkahlaku dan akibat. Ini akan baru, kita mengalami proses anda terhadap semua situasi mempengaruhi tindakan pembelajaran. yang dihadapi. seseorang apabila ia menemui sosial dan dipersetujui secara corak rangsangan yang pernah dialami. Peraturan melibatkan tindakan. Sekiranya anda melakukan

Realiti dikuatkuasakan secara

Contohnya, anda akan mamandu mengikut cara dahulu yang berjaya walaupun ia bukan cara yang terbaik.

langkah-langkah dengan kerap, prosedur akan menjadi tindakan yang berjalan licin.

Kawalan Pelajar

Pelajar mengawal latihan tingkahlaku baru berasaskan rangsangan baru sehingga tingkahlau itu menjadi automatik. Jenis-jenis hubungan antara rangsangan dan tingkahlaku:

Misalnya, jika seorang menerima 'C' bagi tugasanya, reaksinya Contohnya, jika seorang ingin mungkin puas hati atau Hubungan bangun ketika jam berdering kehampaan, bergantung kepada maka ia perlua mengekalkan skemanya. Jika ibu bapanya Hubungan mudah antara pengetahuan tentang konsep tidak mementingkan gred maka rangsangan unik dan tingkahlaku 'jam berdering' tetapi 'C' boleh dianggap sebagai baik. membawa akibat tertentu. mencantumkan konsep ini dengan Skema pelajar telah menganggap tindakan bangun. Pengertian bahawa 'C' sebagai memuaskan. Contohnya, apabila telefon atau interpretasi mental berdering, anda akan menjawab tentang 'jam berdering' Sebaliknya, jika pelajar diasuh panggilan. bertukar kepada 'bangun'. oleh ibu bapa yang Interpretasi mental yang baru memandangkan gred kurang diintegrasikan dalam Rantaian daripada 'A' adalah tidak tindakannya. memuaskan maka skema pelajar Hubungan di mana suatu tingkahlaku merupakan rangsangan seterusnya untuk tingkahlaku yang lain. Mula-mulanya wujud peraturan. Kemudiannya terdapatnya tindakan. itu akan mencerminkan perkara itu. Jadi apabila pelajar terima 'C' maka ia berasa dirinya kurang berjaya.

Pelajar memproses simbol dan bergelut dengan pengertian simbol tersebut. Ia berkebolehan membezakan pengetuan konsep dan pengetahuan langkah-langkah prosedur yang terlibat dengan konsep. Pengetahuannya diorganisasikan dalam skemanya.

Realiti dikawal secara dalaman. Ini mengizinkan pelajar mengawal apa dan bagaimana ia belajar. Manusia mencipta interpretasi sendiri terhadap realiti objektif berasaskan skemanya.

Peraturan baru: Apabila jam Contohnya, apabila ingin berdering, bangun. mengingati numbor telefon, seseorang tidak dapat menyebut empat number akhir tanpa Tindakan baru: Bangun. menyebut tiga numbor awal. Diskriminasi Ini seolah-olah hubungan tetapi ia melibatkan leibh daripada satu rangsangan yang untuk mencetuskan satu tingkahlaku Contohnya apabila seseorang menjawab telefon, ia bertindak balas terhadap dua rangsangan: 1. Telefon berdering 2.Dia di rumah (bukan di luar).

Jabatan Ilmu Pendidikan Maktab Perguruan Sandakan Beg Berkunci No. 31, 90009 Sandakan, Sabah. Tel: 089-218610 Faks: 089-213814Disediakan oleh: Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt.,B.A. (Hons.), Dip.Ed.), Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS. 23 Julai 1999 http://www.teachersrock.net

Perbezaan Instruksi: Behaviorisme, Kognitivisme & Konstruktivisme

Aspek
Fokus Pengajaran

Behaviorisme
Berfokuskan pembentukan tingkah laku pelajar

Kognitivisme
Berfokus kepada transmisi proses pemikiran pelajar

Konstruktivisme
Berfokuskan pembinaan mental realiti pelajar.

Pengajar fasilitasikan pemodelan konseptual pelajar. Pengajar mesti memahami struktur kognitif sedia ada pada pelajar dan membekalkan aktiviti pembelajaran yang sesuai untuk Pengajar memanipulasikan Instruksi & Manipulasi perubahan tingkah laku dengan pengukuhan terpilih Pengajar memanipulasikan proses pemikiran pelajar dengan membekalkan model mental yang perlu diikuti oleh pelajar. membantu pelajar membina pengetahuannya. Menggunakan konteks dan strategi yang benar serta coaching. Mencipta pelbagai persekitaran untuk pelajar agar ia dapat melatih berfikir dengan berbagai-bagai kaedah. Hasilnya ialah pelajar yang lebih bersedia untuk menangani situasi berbeza-beza.

Realiti pelajar adalah konvergen - semua realitinya dipusatkan Realiti Yang dipromosikan kepada satu realiti yang sama. Pengajaran berpusatkan realiti tersebut Realiti pelajar adalah konvergen.

Realiti pelajar adalah divergen. Pelajar digalakkan untuk memajukan realiti yang berbeza-beza.

Jabatan Ilmu Pendidikan Maktab Perguruan Sandakan Beg Berkunci No. 31, 90009 Sandakan, Sabah. Tel: 089-218610 Faks: 089-213814Disediakan oleh: Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt.,B.A. (Hons.), Dip.Ed.), Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS. 23 Julai 1999 http://www.teachersrock.net

Perbezaan Instruksi: Behaviorisme, Kognitivisme & Konstruktivisme

Aspek
Fokus Pengajaran

Behaviorisme
Berfokuskan pembentukan tingkah laku pelajar

Kognitivisme
Berfokus kepada transmisi proses pemikiran pelajar

Konstruktivisme
Berfokuskan pembinaan mental realiti pelajar.

Pengajar fasilitasikan pemodelan konseptual pelajar. Pengajar mesti memahami struktur kognitif sedia ada pada pelajar dan membekalkan aktiviti pembelajaran yang sesuai untuk Pengajar memanipulasikan Instruksi & Manipulasi perubahan tingkah laku dengan pengukuhan terpilih Pengajar memanipulasikan proses pemikiran pelajar dengan membekalkan model mental yang perlu diikuti oleh pelajar. membantu pelajar membina pengetahuannya. Menggunakan konteks dan strategi yang benar serta coaching. Mencipta pelbagai persekitaran untuk pelajar agar ia dapat melatih berfikir dengan berbagai-bagai kaedah. Hasilnya ialah pelajar yang lebih bersedia untuk menangani situasi berbeza-beza.

Realiti pelajar adalah konvergen - semua realitinya dipusatkan Realiti Yang dipromosikan kepada satu realiti yang sama. Pengajaran berpusatkan realiti tersebut Realiti pelajar adalah konvergen.

Realiti pelajar adalah divergen. Pelajar digalakkan untuk memajukan realiti yang berbeza-beza.

Jabatan Ilmu Pendidikan Maktab Perguruan Sandakan Beg Berkunci No. 31, 90009 Sandakan, Sabah. Tel: 089-218610 Faks: 089-213814Disediakan oleh: Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt.,B.A. (Hons.), Dip.Ed.), Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS. 23 Julai 1999 http://www.teachersrock.net

Ciri-ciri P&P Konstruktivisme

Elizabeth Murphy (197) merumus dan mencantumkan ciri-ciri p&p konstruktivisme berasaskan pendapat Jonassen (1991 & 1994), Wilson & Cole (1991), Paul Ernest (1995), Honebein (1996), dan Vygotsky (1978) untuk menghasilkan senarai berikut: Pelbagai perspektif dan representasi konsep dan isi kandungan didedah dan digalakkan Matlamat dan objektif diperoleh oleh pelajar atau dalam perundinan dengan guru atau sistem Guru memainkan peranan sebagai pembimbing, pemantau, jurulatih, tutor dan pemudahcara Aktiviti, kesempatan, alat dan persekitaran dibekalkan untuk menggalakkan metakognisi, anlisis-, kawalan-, refleksi- dan penyedaran kendiri. Pelajar memainkan peranan utama dalam mengantara dan mengawalkan pembelajaran Situasi pembelajaran, persekitaran, kemahiran, isi kandungan dan tugasan adalah relevan, realistik, autentik dan mewakilkan kompleksiti semula jadi dunia sebenar Sumber-sumber data primer digunakan untuk memastikan ketulenan dan kompleksiti dunia sebenar Pembinaan pengetahuan dan bukan reproduksi fakta diutamakan Proses pengetahuan ini berlaku dalam konteks individu dan melalui rundingan, kolaborasi dan pengalaman sosial. Sikap, kepercayaan dan pembinaan pengetahuan yang lalu diambilkira dalam proses pembinaan pengetahuan semasa Penyelesaian masalah, kemahiran berfikir aras tinggi dan pemahaman mendalam ditegaskan Kesilapan pelajar merupakan peluang untuk memahami pembinaan pengetahuannya yang lalu Penerokaan adalah pendekatan pilihan untuk menggalakkan pelajar mencari pengetahuan secara berdikari dan mengurus pencapaian matlamatnya Pelajar diberi peluang untuk pembelajaran bersifat latihan perantisan; di mana tugasan, kemahiran dan pengetahaun bertambah kompleks. Kompleksiti pengetahuan dicerminkan dalam saling hubungan konsep dan pembelajaran antara disiplin Pembelajaran koperatif dan kolaboratif diketengahkan agar pelajar didedahkan kepada

pandangan alternatif Tetangga (scaffolding) digunakan untuk membantu pelajar mencapai di seberang (beyond) had kebolehannya Penilaian adalah autentik dan dianyamkan dengan pengajaran

Prinsip-prinsip Konstruktivisme

Konstruktivisme merupakan suatu pendekatan p&p yang berdasarkan premis bahawa kognisi (pembelajaran) diakibatkan oleh "pembinaan mental". Dengan kata-kata lain, pelajar mempelajari dengan mencantumkan maklumat baru dengan pengetahuan sedia adanya. Ahli konstruktivis menegaskan bahawa pembelajaran dipengaruhi oleh konteks sesuatu idea diajar serta kepercayaan dan sikap pelajar. Caine dan Caine (1991) menenaraikan 12 prinsip pembelajaran ala konstruktivisme:

1. Otak itu prosesor yang selari. Ia memproses banyak jenis maklumat termasuk fikiran, emosi
dan pengetahuan budaya. Pengajaran yang efektif menggunakan pelbagai strategi pengajaran.

2. Pembelajaran melibatkan keseluruhan fisiologi. Guru tidak boleh menumpukan kepada intelek
sahaja.

3. Usaha untuk mencari makna bersifat semula jadi. Pengajaran efektif menyedari bahasa
pengertian bagi seseorang adalah personal dan unik, pemahaman seseorang pelajar bergantung kepada pengalaman uniknya.

4. Usaha untuk mencari makna berlaku melalui pencorakan. Pengajaran efektif


menghubungkaitkan idea dan maklumat dengan konsep dan tema global.

5. Emosi adalah kritikal kepada pencorakan. Pembelajaran dipengaruhi oleh emosi, perasaan dan
sikap.

6. Otak memproses bahagian kecil dan keseluruhannya secara serentak. Orang menghadapi
masalah membelajari sesuatu jika bahagian kecil atau keseluruhan diabaikan.

7. Pembelajaran melibatkan perhatian berfokus dan persepsi keliling (peripheral). Pembelajaran


dipengaruhi oleh persekitaran, kebudayaan dan iklim.

8. Pelajaran melibatkan proses sedar dan tak sedar. Pelajar memerlukan masa untuk memproses
'apa' dan 'bagaimana' isi pelajarannya.

9. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis ingatan: sistem ingatan ruang (spartial) dan sistem
ingatan untuk pembelajaran hafalan. Pengajaran yang terlalu mengutamakan pembelajaran hafalan tidak memajukan pembelajaran ruang dan pembelajaran berasaskan pengalaman boleh menghalang pemahaman murid.

10. Pelajar memahami dan mengingati dengan baik jika fakta dan kemahiran diselitkan dalam
ingatan natural dan ruang. Pembelajaran eksperimen adalah paling efektif.

11. Pembelajaran diperkuatkan oleh cabaran dan dibantutkan oleh ancaman. Iklim bilik darjah
harus mencabar tetapi tidak mengugut pelajar.

12. Setiap otak adalah unik. Pengajaran mestilah dipelbagaikan agar murid-murid dapat
menyatakan kecenderungan masing-masing.
Disunting oleh: Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt.,B.A. (Hons.), Dip.Ed.), Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS. 06 Ogos 1999

http://www.teachersrock.net

Anda mungkin juga menyukai