Anda di halaman 1dari 13

KAJIAN-KAJIAN LEPAS BERKAITAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI PERINGKAT TASKA

Mahani Abdullah Norasikin Yusof Nurul Aida Akma Zulkifli Mohd Yusman Yussof Jabatan Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Pendidikan Sultan Idris

18 OKTOBER 2010

Abstrak Dalam konteks Malaysia, pendidikan awal kanak-kanak di peringkat taska bermula sejak dilahirkan hingga umur 4 tahun. Kajian-kajian mengenai kanak-kanak seawal usia ini telah menunjukkan banyak dapatan mengenai perkembangan mereka. Pelbagai isu dibincangkan dan dikaji berkaitan perkembangan awal kanak-kanak pada peringkat ini walaupun kajiannya tidak terlalu meluas seperti kajian perkembangan awal kanakkanak pada peringkat pra sekolah. Justeru, pelbagai kajian perlu dilakukan untuk mengkaji mengenai keperluan, kepentingan, pengajaran dan pembelajaran pada peringkat taska ini bagi meningkatkan lagi mutu penjagaan. Kajian ini menunjukkan hasil-hasil kajian lepas mengenai isu-isu berkaitan kanak-kanak pada peringkat taska. Dalam kertas kerja ini menunjukkan hasil kajian lepas mengenai isu dan cabaran kepada ibu bapa dalam pemilihan taska dan tempat asuhan kanak-kanak dan juga kajian lepas mengenai keberkesanan penulisan dan bahasa untuk pengasuh di pusat jagaan kanak-kanak.

Pengenalan TASKA adalah singkatan kata dari Taman Asuhan Kanak-Kanak. Di mana ianya merupakan tempat penjagaan kanak-kanak yang berumur empat tahun ke bawah. Taska adalah berbeza dari TADIKA dan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak. Tujuan TASKA diadakan ialah untuk membantu ibu bapa menjaga anak-anak mereka sepanjang ketiadaan ibu bapa. Mana-mana premis di mana empat orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat tahun diterima masuk untuk dijaga dengan upah (Dipetik dari http://www.jkm.gov.my). Terdapat empat jenis taska di Malaysia iaitu taska di rumah, taska di institusi, taska di tempat kerja dan taska komuniti. Taska dirumah bermaksud suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk kurang daripada sepuluh orang kanakkanak dalam rumah orang yang didaftarkan. Taska institusi pula bermaksud suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh orang kanak-kanak atau lebih. Taska di tempat kerja adalah suatu taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih kanak-kanak manakala taska komuniti merupakan taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih kanak-kanak di suatu kawasan tertentu dan yang menerima bantuan daripada kerajaan Persekutuan atau suatu Kerajaan Negeri (Dipetik dari http://www.jkm.gov.my). Selain itu ia merupakan satu alternatif baru khas kepada ibu bapa yang berpendapatan rendah untuk memenuhi keperluan penjagaan dan pengasuhan anak-anak bagi ibu-ibu yang bekerja.

Peringkat perkembangan yang berbeza memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza dari segi psikososial, emosi,dan psikologi. Program PERMATA diwujudkan apabila timbulnya kesedaran mengenai kepentingan

perkembangan awal kanak-kanak seawal bayi dilahirkan sehingga empat tahun. Dengan wujudnya program PERMATA, satu garis panduan iaitu Kurikulum PERMATA telah dilaksanakan sebagai panduan kepada pendidik-pendidik dan pihak yang

menguruskan taska atau Pusat Anak Permata Negara (Aminah Ayob et.al 2008). Kajian 1: Kewujudan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Ditempat Kerja Di Malaysia : Isu Dan Cabaran Isu penjagaan kanak-kanak menjadi isu yang penting bagi pasangan keluarga yang bekerjaya, ibu atau bapa tunggal, dan ibu yang berkerjaya. Hal ini melibatkan mereka yang mempunyai anak-anak yang masih kecil. Walaupun mempunyai anak-anak yang masih kecil, ibu bapa terpaksa berkorban masa dan tenaga untuk memenuhi keperluan kewangan keluarga mereka. Masalah yang dihadapi oleh ibu bapa yang berkerjaya ini adalah penjagaan anak-anak mereka. Mereka memerlukan tempat untuk menempatkan anak-anak sewaktu mereka berada di tempat kerja. Bagi menyelesaikan masalah ini kebanyakkan ibu bapa memilih pusat penjagaan kanak-kanak bagi menempatkan anakanak mereka. Berdasarkan perubahan demografi di tempat kerja banyak organisasi sekarang telah mewujudkan polisi keluarga/prastis seperti menyediakan pusat penjagaan kanakkanak untuk pekerja mereka. Pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja dapat memudahkan lagi keadaan ibu bapa yang bekerja. Mereka tidak perlu risau dengan
3

keadaan anak-anak mereka kerana mereka sudah tahu bahawa anak-anak mereka berada berdekatan dengan mereka. Hal ini juga dapat membantu meningkatkan produktiviti kerja mereka kerana mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada kerja-kerja di tempat kerja. Dapatan kajian di malaysia mendapati, penglibatan penjawat awam telah bertambah dari 65.1% pada tahun 2001 kepada 66.9% pada tahun 2006 dan penglibatan pekerja wanita turut bertambah dari 44.4% pada tahun 2001 kepada 46.1% pada tahun 2006. Bagi ibu bapa yang tidak berpendapatan tinggi dan kurang berkemampuan, mereka terpaksa memilih alternatif penyelesaian yang lain selain menghantar anakanak ke pusat jagaan. Hal ini kerana mereka perlu memperuntukkan wang yang banyak untuk dibayar kepada pusat jagaan. Antara penyelesaian yang sering dipilih oleh ibu bapa ini adalah menghantar anak-anak mereka kepada saudara mara atau bukan saudara mara untuk dijaga dirumah. Saudara mara mereka mungkin sama ada ibu, ibu saudara, sepupu, kakak atau adik. Manakala bukan saudara mara pula adalah pengasuh atau seseorang yang menjaga anak-anak mereka di rumah mereka sendiri atau di rumah pengasuh itu sendiri. Pengasuh ini mungkin tidak mempunyai lesen perkhidmatan untuk mengasuh kanak-kanak. Kebanyakkan ibu bapa memilih pengasuh untuk menjaga anak-anak mereka di rumah mungkin disebabkan oleh upah yang tidak terlalu mahal. Ia juga mungkin disebabkan oleh ibu bapa yang bekerja dalam bidang yang menuntut mereka untuk memperuntukkan lebih masa untuk bekerja. Oleh itu, mereka terpaksa bekerja melebihi waktu pejabat dan mungkin hingga waktu malam. Sekiranya mereka meletakkan anakanak di pusat penjagaan kanak-kanak tempat itu akan menghadkan masa penjagaan.
4

Apabila masa pusat jagaan akan ditutup, ibu bapa wajib datang mengambil anak-anak mereka. Ia berlainan dengan meletakkan anak-anak kepada pengasuh. Pengasuh mungkin masih boleh bertolak ansur dengan ibu bapa waktu penjagaan anak-anak mereka. Cabaran penjagaan kanak-kanak kepada ibu bapa yang berpendapatan rendah adalah mencari pusat penjagaan kanak-kanak. Walaupun banyak pusat jagaan yang dibuka pada masa kini namun ibu bapa perlu mencari pusat jagaan yang mereka mampu mengikut kedudukan kewangan mereka. Kebanyakan keluarga yang

berpendapatan rendah menggunakan khidmat pangasuh sebagai jalan penyelesaian kerana ianya lebih murah berbanding menghantar anak mereka ke pusat penjagaan kanak-kanak. Pengasuh anak-anak mereka juga mungkin berada berdekatan dengan tempat tinggal ibu bapa jadi ia akan memudahkan ibu bapa untuk menghantar dan mengambil anak-anak mereka. Ia disokong lagi oleh laporan Aminah (2007), seramai 52.7% wanita dan berkerjaya menghantar anak-anak mereka kepada pengasuh manakala hanya seramai 3% sahaja yang menghantar anak-anak mereka ke pusat penjagaan kanak-kanak.Kebanyakkan kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak merupakan anak-anak mereka yang berkemampuan dari segi kewangan dan masa. Terdapat kebimbangan mengenai tahap penjagaan anak-anak oleh pengasuh. Hal ini kerana kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai latihan penjagaan bayi dan tidak berlesen. Penjagaan anak-anak oleh pengasuh melaporkan banyak kes penderaan kanak-kanak berlaku. Ibu bapa yang bekerja atau ibu dan bapa tunggal yang bekerja berdepan dengan pelbagai cabaran dalam menjaga dan mendidik anak5

anak. Mereka perlu memainkan peranan dalam keluarga dan juga sebagai pekerja. Peranan dan tanggungjawab yang dipikul oleh mereka sama ada dirumah atau di tempat kerja menyebabkan timbulnya pelbagai masalah dan konflik dalaman dan luaran. Oleh sebab itu, apabila mereka menghantar anak-anak mereka ke pusat

penjagaan kanak-kanak, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan sedikit sebanyak tekanan yang dihadapi oleh mereka. Mereka tidak perlu risau dengan anak-anak

sewaktu mereka sedang bekerja kerana mereka telah menempatkan anak mereka di tempat yang sepatutnya. Dalam berdepan dengan cabaran keluarga yang bekerja, kerajaan malaysia yang diketuai oleh kementerian wanita, keluarga dan masyarakat telah memandang isu ini sebagai sebuah agenda negara. Mereka telah membuka dan membina beberapa pusat penjagaan kanak-kanak untuk menolong ibu-ibu yang bekerja untuk menjaga anak-anak mereka. Hal ini dapat menjamin keselamatan kanak-kanak dan dapat membantu perkembangan kanak-kanak itu sendiri (Zoharah Omar et. Al (2007).

Kajian 2: Keberkesanan Latihan Penulisan Dan Bahasa Untuk Pengasuh Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Berdasarkan kajian, perkembangan bahasa kanak-kanak telah terbukti dipengaruhi oleh kualiti dan kuantiti pengasuh (Hart & Risley, 1995; Hoff-Ginsberg, 1998). Berdasarkan kajian juga salah satu hasil positif dalam pembangunan program latihan ibu bapa adalah untuk mengurangkan bilangan pengasuh. Namun, masih terdapat ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke pusat penjagaan. Hal ini menyebabkan
6

kebanyakan masa kanak-kanak itu dihabiskan bersama pengasuhnya. Oleh yang demikian, terdapat program-program latihan yang disediakan kepada pengasuh untuk mengajar mereka bagaimana menguruskan kanak-kanak. Oleh itu, keperluan ini dilihat khususnya berkaitan dengan penyusunan penjagaan kanak-kanak yang mempunyai keluarga yang berpendapatan rendah. Selain itu, berdasarkan kajian yang dilaporkan, keluarga-keluarga yang berpendapatan rendah ini menerima penjagaan kanak-kanak yang tidak memuaskan berbanding golongan keluarga yang berpendapatan tinggi (Anderson, Nagle, Roberts & Smith, 1981; Goelman & Pence,1987; Howes & Stewart, 1987; Kontos & Fiene, 1987). Sebagai langkah pertama, kajian telah menunjukkan lebih banyak pembelajaran mengenai pengetahuan dan kemahiran yang dijalankan oleh agensi-agensi penjagaan kanak-kanak. Pemerhatian literatur dibahagikan kepada tiga seksyen di mana kajian pertama beliau ialah mengkaji semula bagaimana pusat-pusat penjagaan kanak-kanak meningkatkan kualiti dan bagaimana ia dapat membekalkan keperluan latihan untuk kemudahan. Dalam kajian kedua, beliau telah membuat penyusunan semula mengenai tingkah laku dan sikap agensi agensi penjagaan kanak-kanak. Hasil kajian ini penting dan berguna untuk mengenalpasti jenis-jenis tingkahlaku para pengasuh yang dikeluarkan oleh agensi dalam program latihan. Akhir sekali, beliau telah mengkaji semula satu kajian mengenai uji kaji satu program latihan dalam kumpulan untuk agensi penjagaan kanak-kanak. Berdasarkan kajian, McCartney (1984) menyatakan bahawa perbezaan pada penjagaan kanak-kanak mempengaruhi perkembangan bahasa mereka. Dalam kajian yang telah dibuat, terdapat sembilan pusat rawatan kanak-kanak di Bermuda telah
7

dipilih sebagai satu pusat penyelidikan untuk melihat perkembangan bahasa kanakkanak. Dua pengukuran telah dikumpulkan iaitu, pertama the Early Childhood

Environment Rating Scale (ECERS; Harms dan Clifford, 1980) yang digunakan sebagai indeks kualiti manakala pengukuran kedua ialah kualiti agensi penjagaan kanak-kanak yang diuji melalui enam sesi pemerhatian. Kecerdasan verbal dan perkembangan bahasa dinilai menggunakan The Peabody Picture Vocabulary Test (PPVT-r; Dunn, 1979), The Preschool Language Assessment Instrument (Plai; Blank, Rose & Berlin, 1978), pengasuh dinilai dari Adaptive Language Inventory (ALI; Feagans & Farran, 1979) dan pengukuran pemerhatian kanak-kanak ke atas aktiviti komunikasi. Antara contoh aktiviti-aktiviti komunikasi ialah menceritakan kembali cerita, berbual di telefon, dan menghabiskan cerita. Selain itu, analisis menunjukkan bahawa kualiti keseluruhan dari pusat penjagaan kanak-kanak adalah ramalan dari semua empat tahap perkembangan bahasa kanak-kanak. Analisis tersebut juga menunjukkan bahawa kemahiran interaksi verbal antara pengasuh dengan kanak-kanak dapat meningkatkan lagi perkembangan bahasa kanak-kanak. Dalam kajian, Philips, Voran, Kisker, Howes, dan Whitebrook (1994) mereka mengkaji tentang kualiti penjagaan kanak-kanak yang miskin. Terdapat beberapa pembolehubah yang dikaji oleh penyelidik iaitu saiz kumpulan, nisbah anak kakitangan, peratusan guru dengan pelbagai peringkat pendidikan, peratusan guru dengan sekurang-kurangnya sepuluh jam latihan dalam perkhidmatan, dan tempoh tamat perkhidmatan guru. Analisa kajian dilakukan dalam dua set data, iaitu Profiles of Child Care Settings Study (Profiles Survey) dan The National Child Care Staffing Study
8

(Staffing Study). Sampel ini telah menyediakan pusat-pusat untuk keluarga yang berpendapatan rendah dengan menggunakan kriteria yang berbeza daripada dua set data tersebut. Namun begitu, kedua-dua sampel ini menerima sumber pendapatan utama mereka daripada sumber kerajaan, mendaftar sebahagian besar anak-anak bersubsidi, dan membahagikan sebahagian besar kanak-kanak dan kakitangan yang berkulit hitam dan berkulit putih. Seterusnya, kajian ini juga mengkaji tentang kelakuan kanak-kanak dan guruguru di pusat penjagaan kanak-kanak. Kajian ini merupakan kajian yang dikaji semula oleh Venturella yang mana kajian asalnya adalah kajian daripada Girolametto, Weitzman, van Lieshout, dan Duff (2000). Kajian ini boleh digunakan untuk mengenal pasti jenis-jenis kelakuan dan aktiviti-aktiviti guru-guru dan kanak-kanak di dalam kelas semasa sesi pengajran dan pembelajaran. Berdasarkan kajian tersebut, kanak-kanak belajar mengikut arahan yang diberikan oleh guru-guru semasa kanak-kanak bermain play doh dan semasa aktiviti membaca. Melalui kajian ini, penyelidik menggunakan lima jenis arahan iaitu kawalan respon, kawalan topik, kawalan mengambil alih, kawalan tingkah laku , dan kawalan perbualan. Penyelidik telah menggunakan sampel dua puluh orang guru pendidikan awal kanak-kanak, lima puluh orang kanak-kanak dan lima puluh orang kanak-kanak pra sekolah. Bagi setiap buah bilik darjah ditempatkan seorang guru dan lima orang kanak-kanak. Seterusnya penyelidik telah mengadakan satu aktiviti di mana sepuluh orang guru tersebut merupakan penjaga kepada lima orang kanak-kanak dan sepuluh orang
9

guru lagi ialah penjaga kepada kanak-kanak pra sekolah. Kedua-dua kumpulan ini ditempatkan di dalam setiap bilik darjah masing-masing. Jadi ini bermakna terdapat dua puluh bilik darjah yang diselia oleh seorang guru bagi lima orang pelajar. Kemudian, penyelidik akan merakamkan setiap pergerakan guru dan lima orang kanak-kanak di setiap bilik darjah selama 30 minit. Tujuan penyelidik merakam setiap pergerakan guru dan lima orang kanak-kanak tersebut adalah untuk melihat tingkah laku guru dan kanak-kanak semasa mereka menjalankan aktiviti bermain play doh dan semasa aktiviti membaca buku. Selepas satu hingga tiga minggu video tersebut dirakam, penyelidikpenyelidik merakam sekali lagi aktiviti yang sama yang dijalankan terhadap kanakkanak dan guru yang sama. Keputusannya ialah kanak-kanak dalam kedua-dua kumpulan menerima jumlah input arahan yang sama dari guru-guru mereka. Keputusan tersebut juga

memperlihatkan arahan guru-guru adalah lebih berhasil berbanding konteks interaksi sesama kanak-kanak pada usia mereka. Dalam kegiatan ini, guru-guru lebih menumpukan perhatian dalam komunikasi secara individu oleh kanak-kanak di mana kanak-kanak dibiarkan meneroka aktiviti bermain mengikut cara mereka tanpa menerima arahan daripada guru. Hal ini dapat membantu kanak-kanak supaya dapat berkomunikasi antara satu sama lain. Dalam soalan soal selidik yang dibuat, penyelidikan pertama menyelidik bahagian yang mana dalam komunikasi dan bahasa yang mahir dan paling diketahui oleh guru. Keputusan menunjukkan guru-guru memberikan jawapan yang tinggi pada soalan yang berkaitan dengan bermain, seterusnya pada soalan am berkaitan dengan
10

perkembangan komunikasi dan bahasa kanak-kanak dan akhir sekali berkaitan dengan pembacaan. Soalan penyelidikan kedua tertumpu sama ada terdapat peningkatan dalam latihan bacaan dan bahasa selepas mereka menjalani latihan tersebut. Dapatan mendapati daripada 30 item yang diberi, kadar statistik meningkat dari sebelum kepada selepas. Latihan ini juga memberi kelebihan dalam peningkatan pengetahuan dan kemahiran agensi penjagaan kanak-kanak dalam tiga aspek iaitu perkembangan ucapan dan bahasa, bermain dan membaca. Soalan penyelidikan ketiga pula menyelidik sama ada pertambahan bagi setiap aktiviti mampu untuk menambahkan lagi pengetahuan dan kemahiran agensi penjagaan kanak-kanak. Tiada keputusan yang nyata dapat ditemui sebagai analisis kepada soalan ini (Katelyn Beth Venturella, 2004).

Kesimpulan Kesimpulannya taska dan pusat jagaan dianggap sebagai institusi yang amat penting kepada ibubapa, keluarga dan masyarakat sesebuah negara. Daripada kedua-dua kajian didapati terdapat pelbagai masalah yang dialami dalam perkembangan kanakkanak yang berumur antara 0-4 tahun. Berdasarkan kajian-kajian tersebut membuktikan pelbagai masalah yang wujud dalam taska dan perlu di ambil tindakan segera untuk meningkatkan lagi perkembangan kanak-kanak agar dapat melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Kementerian perlu mengambil tindakan tegas dan pemantauan ke atas pengusaha-pengusaha taska dan pusat jagaan yang tidak memohon lesen. Jika
11

kerajaan tidak mengambil apa-apa tindakan ia akan menunjukan kelemahan kerajaan. Dengan Konsep Satu Malaysia rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan, pertumbuhan taska dan pusat jagaan yang sihat dan teratur di negara ini haruslah menjadi matlamat utama pembangunan keluarga dan masyarakat.

Rujukan Aminah Ayob, et.al (2008). Kurikulum PERMATA, Panduan Pendidikan Awal KanakKanak 0-4 Tahun. Tanjong Malim : Pusat Penyelidikan Kanak-Kanak Negara. Anderson, C., Nagle, R., Roberts, W., & Smith, J. (1981) Attachment to substitute caregivers as a function of center quality and caregiver involvement. Child Development, 52, 53-61. Blank, M., Rose, S., & Berlin, L., (1978). PLAI: The Language of Learning In Practice. New York: Grune & Stratton. Dunn, L.M. (1979). Peabody Picture Vocabulary Test-Revised. Circle Pines. MN: American Guidance Service. Feagans, L., & Farran, D. (1979). Adaptive Language Inventory. Unpublished, University of North Carolina at Chapel Hill.
12

Girolametto, L., Hoaken, E., Weitzman, E., & van Lieshout, R. (2000). Patterns of adultchild linguistic interaction in integrated day care groups. Language, Speech, and Hearing Services in Schools, 31, 155-167. Goelman, H., & Pence, A. (1987). Effects of child care, family, and individual characteristics on childrens language development: The Victoria day care research project. In D.A. Phillips (Ed.), Quality in child care: What does research tell us? (pp. 89- 104). Washington, DC: National Association for the Education of Young Children.

Harms, T., & Clifford, R. M. (1980). Early Childhood Environment Rating Scale. New York: Teachers College Press. Hart, B., & Risely, T. (1995). Meaningful differences in the everyday experience of young American children. Baltimore: Brooks. Howes, C. & Stewart, P. (1987). Childs play with adults, toys, and peers: An examination of family and child care influences. Developmental Psychology, 23, 423-430. Katelyn Beth Venturella(2004) .The Effectiveness Of Language-Literacy Training For Child Care Workers. Tesis Sarjana, Louisiana State University Kontos, S. & Fiene, R. (1987). Child care quality compliance with regulations, and childrens development: The Pennsylvania study. In D. A. Phillips (Ed.) Quality in child care: What does research tell us? (pp. 57-80). Washington, DC: National Association for the Education of Young Children. McCartney, Kathleen. (1984). Effect of quality of day care environment on childrens language development. Developmental Psychology, 20, 244-260. Phillips, D., Voran, M., Kisker, E., Howes, C., & Whitebrook, M. (1994). Childcare for children in poverty: Opportunity or inequity? Child Development, 65, 472-492. Zoharah Omar et. Al (2007). Establishing a childcare center at workplace in Malaysia : Issue and challenges. Tesis Sarjana, Universiti Putra Malaysia, Serdang. Diperoleh pada September 25, 2010 dari World Wide Web :http://www.jkm.gov.my Diperoleh pada September 25, 2010 dari World Wide Web http://rahsiabisnestaska.com

13

Anda mungkin juga menyukai