Anda di halaman 1dari 4

AKHLAK (IHSAN)

DEFINISI Akhlak berasal dari kata akhlaq yang merupakan jama dari khulqu dari bahasa Arab yang ertinya perangai, budi, tabiat dan adab. Akhlak terbagi dua Akhlak yang Mulia @Terpuji (AlAkhlakul Mahmudah)

Akhlak yang muliaakhlak yang diridai oleh Allah SWT Ia dapat diwujudkan dengan mendekatkan diri kita kepada Allah melalui iatu; Mematuhi segala perintahnya Meninggalkan semua larangannya, Mengikuti ajaranajaran dari sunnah Rasulullah Mendekati yang ma ruf & menjauhi yang munkar Firman Allah dalam surat AlImran 110 yang mafhumnya; Kamu adalah umat yang terbaik untuk manusia, menuju kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah
Akhlak yang Buruk @ Tercela (AlAhklakul Mazmumah).

Akhlak yang buruk itu berasal dari penyakit hati yang keji seperti iri hati, dengki, sombong, nifaq (munafik), suudzaan (berprasangka buruk), dan penyakitpenyakit hati yang lainnya, Akhlak yang buruk dapat mengakibatkan berbagai macam kerosakan baik orang itu sendiri, orang lain yang di sekitarnya ataupun kerosakan lingkungan sekitarnya contohnya; yakni kegagalan dalam membentuk masyarakat yang berakhlak mulia samalah seperti mengakibatkan kehancuran pada bumi ini, Firman Allah s.w.t dalam Surat ArRuum ayat 41 yang berarti: 1. "Telah timbul pelbagai kerusakan dan bencana alam di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan

oleb tangan manusia. (Timbulnya yang demikian) karena 2 .Allah hendak merusakan mereka sebagai dari balasan perbuatanperbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)".
Akhlak mulia, menurut Imam Ghazali ada 4 perkara: bijaksana memelihara diri dari sesuatu yang tidak baik keberanian (menundukkan kekuatan hawa nafsu) bersifat adil RASUL DIUTUS UNTUK MENYEMPURNAKAN AKHLAK Hadis Nabi Muhammad s.a.w, rasul kita yang mulia mendapat pujian Allah. Karena ketinggian akhlak baginda, sebagaimana firmanNya dalam surat Al Qalam ayat 4. Baginda s.a.w. sendiri menegaskan bahwa kedatangannya adalah untuk menyempurnakan akhlak yang ada pada diri manusia, Hanyalah aku diutus (oleh Allah) untuk menyempurnakan akhlak. (HR.Ahmad, lihat Ash Shahihah oleh Asy Syaikh al Bani no.45). Anas bin Malik r.a.menyatakan: Rasulullah s.a.w. adalah manusia yang paling baik budi pekertinya. (HR.Bukhari dan Muslim). Dalam hadis lain Anas memuji baginda s.a.w: Belum pernah saya menyentuh sutra yang tebal atau tipis lebih halus dari tangan Rasulullah s.a.w. Saya juga belum pernah mencium bau yang lebih wangi dari bau Rasulullah s.a.w. Selama sepuluh tahun saya melayani Rasulullah s.a.w, belum pernah saya dibentak atau ditegur perbuatan saya : mengapa engkau berbuat ini ? atau mengapa engkau tidak mengerjakan itu ? (HR. Bukhari dan Muslim). Akhlak merupakan tolak ukur kesempurnaan iman seorang hamba sebagaimana telah disabdakan oleh Rasulullah s.aw: Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya. (HR Tirmidzi, dari abu Hurairah r.a, diriwayatkan juga oleh Ahmad). Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abdillah bin amr bin Al Ash r.a. disebutkan : Sesungguhnya sebaikbaik kalian ialah yang terbaik akhlaknya. ISLAM MENGUTAMAKAN AKHLAK AKHLAK RASULULLAH SEBAGAI QUDWAH HASANAH 1. Pemurah dan suka menderma Setiap hari baginda memastikan setiap dirham yang dimilikinya didermakan kepada fakir miskin. Malah baginda mencari rezeki sekadara keperluannya sahaja dan yang selebihnya diberikan kepada orang yang berhajat kerana Allah S.W.T. 2. Beradab ketika makan Apabila makanan sudah tersedia, baginda membaca doa yang bermaksud: "Dengan nama Allah, wahai Tuhanku! Jadikanlah makanan ini suatu nikmat yang disyukuri sehingga kepada nikmat syurga." Baginda juga tidak suka memakan makanan yang panas kerana sabdanya dalam suatu hadis yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak memberi kita makanan daripada api. Sejukkanlah makanan itu terlebih dahulu." Hadith tersebut jelas menunjukkan bahawa Rasulullah sentiasa mengamalkan adabadab ketika makan yang sepatutnya diamalkan oleh orangorang Muslim. Rasulullah juga menggunakan tangan kanan untuk menyuap makanan dan sentiasa memilih lauk yang terdekat dengannya terlebih dahulu. Makanan yang paling disukai oleh Rasulullah ialah daging dan buah qana dan minuman yang digemarinya ialah susu kambing. Baginda tidak suka memakan bahagian dalam kambing seperti buah pinggang, pundit air kencing dan daging keras yang tumbuh di bawah kulit kerana sakit. Baginda juga tidak mengambil bawang putih dan bawang besar kerana ia mendatangkan bau yang tidak menyenangkan. Walaupun begitu, baginda tidak pernah merasa jijik terhadap sesuatu

makanan itu walaupun baginda tidak menyukainya. 3. Aspek berpakaian Nabi Muhammad s.a.w. suka memilih pakaian yang berwarna putih. Pakaiannya yang dikenali sebagai jubah menutupi sehingga paras buku lalinya. Baginda mempunyai dua salinan baju khusus untuk solat Jumaat dan pakaianpakaian lain untuk hari lain. Baginda suka memakai kopiah dibawah ikatan serbannya. Setiap kali memakai pakaian baginda memulakannya dari kanan dan membaca doa yang bermaksud: Segala puji bagi Allah yang telah memberikan pakaian untuk menutup auratku dan untuk menghiaskan diri di hadapan orang ramai. Ketika menanggalkan pakaian baginda memulakan dari sebelah kiri. 4. Tutur kata Rasulullah s.a.w. seorang yang fasih dalam berkatakata. Tutur katanya dihiasi dengan katakata yang manis dan bersopan. Ketika berbicara, baginda menggunakan ayatayat yang padat dan lengkap, ringkas dan mudah difahami oleh orangorang yang mendengarnya. Baginda tidak bercakap jika dirasakan tidak perlu dan hanya meninggikan suara apabila menyatakan sesuatu yang hak dan benar sahaja. Persoalanpersoalan yang dikemukakan pula dijawab dengan jawapanjawapan dan nasihat yang mudah diterima para hadirin. 5. Sifat berlapang dada dan pemaaf Baginda Rasulullah s.a.w. juga memiliki sifat berlapang dada dan suka memaafkan orang lain walaupun diberi peluang untuk membalas dendam. Didalam suatu peperangan, seorang tentera kaum musyrikin berjaya mengugut Rasulullah dan tentera kaum Muslimin dengan berkata: Siapakah diantara kamu yang dapat menyelamatkan engkau daripada pedangku? Lantas Rasulullah s.a.w. pun menjawab, Allah. Mendengar perkataan itu gentarlah tangan tentera musyrikin itu dan pedang tersebut jatuh daripada tangannya. Kemudian Rasulullah s.a.w. mengambil pedang tersebut sambil berkata, Siapakah kini yang dapat mempertahankan engkau daripadaku? Orang musyrikin itu dengan susah payah menjawab, Ambillah nyawaku dengan cara yang baik. Baginda pula berkata kepadanya, Katakanlah aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku (Rasulullah) adalah pesuruhnya. Inilah salah satu contoh sifat Rasulullah s.a.w. yang sentiasa bersifat berlapang dada dan pemaaf. 6. Kasihsayang Apabila dua atau tiga hari Rasulullah s.a.w. tidak nampak salah seorang sahabatnya atau tidak bertemu di manamana, nescaya ditanya dan dicari oleh baginda. Baginda yang menziarahi kerumah sahabat tersebut tanpa rasa sombong. Malah baginda sembahyang, makan dan duduk bersama para sahabat. Islam menggariskan hakhak sesama seagama yang menunjukkan betapa tingginya nilai kasih sayang sesama mukmin sehingga Rasulullah s.a.w. pernah menggambarkan kehidupan orangorang mukmin umpama jasad yang satu yang saling merasakan segala yang dirasai dan dideritai oleh saudara seislam. 7. Ibadah Rasulullah menunjukkan contoh perlaksanaan ibadah sedemikian banyak untuk kita jejaki langkahnya kerana secara fitrahnya, Rasulullah menyukai pengabdian dan ibadah serta merasa senang melakukannya. Sebelum diangkat menjadi Rasul, pernah sehingga sebulan baginda memutuskan semua kesibukan untuk beribadat didalam sebuah gua di luar kota Mekah sehingga disebut para sahabat, baginda senang beribadat, mengabdi dan berkhalwat sejak dari kecil lagi. Begitulah orangorang yang cerdik berkelakuan. Baginda bersolat sunat dengan begitu banyak sekali sehingga adakalanya baginda tidak tidur semalaman sehingga bengkak kakinya. Baginda turut berpuasa selang sehari dan berzikir diwaktu jaga dan tidur. Malah baginda digelar sebagai AlQuran bergerak kerana AlQuran bukan sahaja dihafal malah dijadikan panduan seluruh kehidupannya.

KEUTAMAAN AKHLAK Abu Hurairah r.a mengabarkan bahwa suatu ketika Rasulullah pernah ditanya tentang kriteria orang yang paling banyak masuk syurga. Baginda s.a.w menjawab : Taqwa kepada Allah dan Akhlak yang Baik. (Hadits Shahih Riwayat Tirmidzi, juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Tatkala Rasulullah s.a.w. menasihati sahabatnya, baginda menggandengkan antara nasehat untuk bertaqwa dengan nasehat untuk bergaul/berakhlak yang baik kepada manusia sebagaimana hadis dari Abi dzar, Rasulullah s.a.w. bersabda : Bertaqwalah kepada Allah dimanapun engkau berada dan balaslah perbuatan buruk dengan perbuatan baik niscaya kebaikan itu akan menutupi keburukan dan bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik. (HR Tirmidzi). Dalam timbangan (mizan) amal pada hari kiamat tidak ada yang lebih berat dari pada akhlak yang baik, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w : Sesuatu yang paling berat dalam mizan (timbangan seorang hamba) adalah akhlak yang baik. (HR. Abu Daud dan Ahmad) Dari Jabir radhiallahu anhu berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : Sesungguhnya orang yang paling saya kasihi dan yang paling dekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya. (HR. Tirmidzi dengan sanad hasan. Diriwayatkan juga oleh Ahmad dan dishahihkan oleh Ibnu Hibban(Ash shahihah Juz 2 hal 418419). Dari dalil tersebut dapat difahami bahwa akhlak yang paling baik memiliki keutamaan yang tinggi. Karena itu sudah semestinya setiap muslim mengambil akhlak yang baik sebagai perhiasannya. Yang perlu diingat bahwa ukuran baik atau buruk suatu akhlak bukan ditimbang menurut selera individu, bukan pula hitam putih akhlak itu menurut ukuran adat yang dibuat manusia. Karena boleh jadi, yang dianggap baik oleh adat bernilai buruk menurut timbangan syariat atau sebaliknya. KESIMPULAN Jelas bagi kita bahwa semuanya berpatokan pada syariat, dalam semua masalah termasuk akhlak. Allah sebagai Pembuat syariat ini, Maha Tahu dengan keluasan ilmuNya apa yang mendatangkan kemashlahatan/kebaikan bagi hambahambaNya. Wallahu Taala alam.

Anda mungkin juga menyukai