Anda di halaman 1dari 38

AEMS 3113 Moral dan Etika

Kandungan

1 Penghargaan 2
2 Etika bio 3
3 Bayi Tabung Uji 4-8
4 Penggunaan Sel Stem 9-10
5 Pengklonan Manusia 11-17
Bahagian A : Teori Moral Sekular 18-25

Bahagian B : Pandangan Agama 26-30

Bahagian C : Soal Selidik 31-33

Bahagian D : Kajian Kes 34-36

6 Bibliografi 37
7 Lampiran

1
AEMS 3113 Moral dan Etika

Penghargaan

Terlebih dahulu, kami ingin mempersembahkan setinggi-tinggi penghargaan


untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah dan tutor bagi subjek Moral &
Etika kami, Cik Lydia Chong Yuk Fong, kerana memberi peluang kepada kami untuk
melaksanakan projek yang amat istimewa ini. Setelah kami menyelesaikan projek ini,
kami memdapat tahu bahawa isu pengklonan memang sering mengisi ruang akhbar
dengan kerapnya dan sentiasa meniti bibir orang ramai. Isu yang hangat tersebut
menerima banyak kritikan oleh banyak negara termasuklah Malaysia. Selepas kajian
diperlaksanakan, kami mendapat tahu isu pengklonan ini secara sedalam-dalamnya.

Seterusnya, kami juga ingin berterima kasih kepada responden-responden yang


melibatkan diri dalam soal selidik kami. Dengan maklumat pelajar-pelajar KTAR ini,
dapatlah kami membuat kesimpulan ke atas pemikiran mereka ke atas isu pengklonan.

Akhirnya sekali, kami ingin memberi penghargaan sesama ahli kumpulan kami
atas kerjasama yang amat sempurna untuk menyelesaikan projek ini. Tanpa titik peluh
seseorang daripada kami, kajian tidak akan dijalankan dengan lancar dan projek ini tidak
akan berjaya disempurnakan.

2
AEMS 3113 Moral dan Etika

Pengenalan: Etika Bio

“Etika” bermaksud pengajian moral; “Bio” adalah singkatan bagi perkataan


biologi. Etika bio merupakan pengajian moral dalam bidang biologi yang melibatkan
benda-benda yang bernyawa.

Apabila benda-benda hidup dikaji, isu-isu moral akan dibangkiti sama ada kajian
tersebut patut dilaksanakan atau sebaliknya. Skop yang perlu dipertimbangkan adalah
sangat luas dan pengajian moral adalah perlu supaya ia tidaklah bertentangan dengan
norma masyarakat dan undang-undang sesebuah negara. Tanggungjawab hendaklah
dipikul atas sesebuah tindakan yang dibuat.

Secara terbuka, pengajian bidang biologi ini biasanya diaplikasikan ke atas


manusia, tumbuhan dan juga haiwan. Dalam pengajian biologi ke atas manusia yang
melibatkan isu moral antaranya ialah pengklonan, bayi tabung uji, pemindahan dan
pendermaan organ, isu penggunaan sel stem. Manakala, pengajian ke atas tumbuhan dan
haiwan adalah seperti dalam kejuruteraan genetik, di mana gen-gen tumbuhan atau
haiwan dicampurkan dengan gen daripada spesies-spesies yang sama untuk menghasilkan
spesies yang lebih baik.

Dalam kerja kursus ini, bayi tabung uji dan isu penggunaan sel stem akan
diperbincangkan. Topik utama yang hendak kami bahaskan ialah isu pengklonan
manusia.

3
AEMS 3113 Moral dan Etika

Bayi Tabung Uji


1. Definisi
Bayi tabung uji merupakan bayi yang dilahirkan oleh seorang perempuan hasil
daripada persenyawaan ovumnya dengan sperma suaminya di luar tubuh
perempuan itu.
(Dirujuk daripada Kamus Jururawat BI-BM, Fajar Bakti)

2. Latar Belakang / Sejarah


Kaedah kelahiran bayi tabung uji melalui teknik Persenyawaan Luar Rahim (IVF)
berjaya dilakukan pada mulanya ke atas haiwan. Orang pertama
bertanggungjawab melaksanakannya adalah Dr. Shang di Boston, US pada tahun
1959 yang telah berjaya dengan teknik IVF ke atas arnab (menggunakan sperma
dan telur arnab lalu dimasukkan ke dalam rahim arnab).

Kejayaan seterusnya dilakukan ke atas tikus pada 1968. Tikus telah dilahirkan
dengan menggunakan teknik yang sama.

Pakar pertama melakukan kaedah IVF ini ke atas manusia adalah Dr. Robert
Edwards pada tahun 1965 dan usaha yang membawa kehamilan pertama berjaya
dilakukan pada tahun 1976. Malangnya, kehamilan tidak normal berlaku iaitu
kehamilan ektopik (embrio tertempel pada tiub Fallopio atau salur rahim) dan
pembedahan terpaksa dilakukan bagi memotong tiub berkenaan.

Pada 11.47pm, 25 Julai 1978 di Oldham General Hospital, England, lahirnya bayi
tabung uji pertama dalam sejarah dunia, Louise Brown atas usaha (Prof) Dr.
Robert Edwards di samping Dr Patrick Steptoe. Kejayaan tersebut terhasil selepas
100 percubaan menemui kegagalan.

Selepas detik kelahiran Louise Brown, pelbagai teknik baru berkaitan IVF dan
bayi tabung uji diperkenalkan dan lahir pusat-pusat serta klinik yang menawarkan
teknik ini kepada pasangan yang menghadapi masalah kesuburan. Dan sejak itu,

4
AEMS 3113 Moral dan Etika

lebih sejuta kelahiran melalui IVF telah direkodkan di hampir setiap negara
seluruh dunia.
(Dipetik daripada Program Thaqafah Online Perubatan 2005,
Ahmad Shuib Yahaya)

3. Teknik Bayi Tabung Uji

• Persenyawaan Luar Rahim (IVF - In Vitro Fertilization)


IVF adalah asas bagi Teknologi Pembiakan Secara asasnya, teori IVF adalah
persenyawaan berlaku dalam vitro (kaca). Sperma lelaki dan ovum (telur)
perempuan dicampurkan dalam satu piring makmal dalam persekitaran yang
sesuai. Setelah disenyawakan, embrio yang terhasil akan dipindahkan ke dalam
rahim.
IVF adalah salah satu pilihan bagi pasangan yang menghadapi pelbagai masalah
kesuburan. Teknik ini membolehkan para doktor melaksanakan proses yang
sepatutnya berlaku atas kelamin.

• Pemindahan Gamet Ke Dalam Salur Rahim (GIFT - Gamete Intrafallopian


Transfer)
Gamet adalah sperma lelaki atau telur perempuan. Dalam proses GIFT, sperma
dan telur akan dicampur dan kemudian disuntik ke dalam salur rahim (tiub
Fallopio). Selepas dipindahkan, gamet-gamet akan tersenyawa seperti proses
normal dalam tubuh badan tanpa bantuan reproduksi. Selepas persenyawaan,
embrio akan bergerak ke dalam rahim seperti biasa dan begitu seterusnya
kehamilan normal berlaku.

4. Fakta-fakta Bayi Tabung Uji di Malaysia

• Kemudahan Rawatan Reproduksi di Malaysia


Rawatan IVF & GIFT tidak ditawarkan di hospital-hospital dan klinik kesihatan
kerajaan. Hanya Hospital besar Kuala Lumpur yang kini sedang dalam proses
menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut. Begitu juga dengan hospital-

5
AEMS 3113 Moral dan Etika

hospital universiti kecuali Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).


Namun, pemeriksaan kesuburan dan rawatan permanian beradas (IUIintrauterine
insemination) disediakan hampir di setiap hospital besar negeri. Rawatan IVF dan
GIFT hanya ditawarkan di beberapa klinik dan pusat perubatan swasta. Antara
pusat terkemuka adalah Pusat Fertiliti Damansara. Hospital kerajaan tidak
menawarkan rawatan reproduksi seperti IVF dan GIFT dengan alasan bahawa
“penyakit” ketidak suburan masih tidak dianggap gejala penyakit yang perlu
diberi keutamaan berbanding penyakit lain yang lebih berbahaya seperti sakit
jantung, diabetes dan lain-lain.

• Pakar dan Kejayaan


Terdapat ramai pakar perbidanan dan sakit puan (O&G) di Malaysia, tetapi
bilangan mereka yang mempunyai sub-kepakaran dalam bidang reproduksi masih
kurang. Sudah ada beberapa kes kejayaan IVF yang dilaporkan di HUKM dan di
pusat-pusat perubatan swasta. Tetapi, secara keseluruhan, kadar kejayaan di
Malaysia masih tidak terlalu tinggi.

• Peruntukan Undang-undang dan Penerimaan Masyarakat


Undang-undang Malaysia membenarkan rawatan reproduksi tetapi mesti kepada
pasangan suami-isteri dan mereka disahkan menghidap masalah ketidaksuburan
(mandul). Kaedah rawatan reproduksi ini masih belum meluas di Malaysia jika
berbanding dengan negara-negara maju. Tetapi, rawatan-rawatan ini semakin
diketahui dan diterima. Kebanyakan golongan masyarakat kini akan berusaha
sedaya-upaya untuk mendapatkan anak dengan apa jua pilihan yang ada.

• Kos Rawatan
Di HUKM, kos untuk sekali rawatan adalah lebih kurang RM 7000 hingga
RM8000. Kos adalah lebih tinggi di klinik-klinik dan pusat perubatan swasta.
(Dipetik daripada Program Thaqafah Online Perubatan 2005,
Ahmad Shuib Yahaya)

6
AEMS 3113 Moral dan Etika

5. Tujuh Cara Penyemaian Benih Dalam Tabung Uji


I. Disemaikan antara benih si suami dengan telur yang diambil dari seorang
perempuan yang bukan isteri kemudian dimasukkan semaian itu ke dalam
rahim si isteri.
II. Disemaikan antara benih seorang lelaki (bukan suami) dengan telur si
isteri kemudian dimasukkan semaian itu ke dalam rahim si isteri.
III. Disemaikan benih si suami dengan telur si isteri kemudian dimasukkan
semaian itu ke dalam rahim seorang perempuan lain yang bersetuju untuk
mengandung dengannya.
IV. Disemaikan antara benih seorang lelaki (asing) dengan telur perempuan
(asing) dan kemudian dimasukkan ke dalam rahim si isteri.
V. Disemaikan benih dengan telur dari sepasang suami isteri kemudian
dimasukkan ke dalam rahim isteri keduanya.
VI. Diambil benih dari si suami dan telur si isteri dan disemai di tabung uji
kemudian dimasukkan ke dalam rahim isteri.
VII. Diambil benih si suami kemudian disuntikkan di tempat yang sesuai dalam
rahim isterinya sebagai semaian dari dalam.

6. Hujah-hujah Menyokong Bayi Tabung Uji


• Menangani masalah kemandulan dan kegagalan dalam penghamilan.
Kepada pasangan suami isteri yang tidak berkeupayaan untuk melahirkan zuriat,
mereka boleh melahirkan anak mereka dengan menggunakan kaedah bayi tabung
uji. Ini menggembirakan pasangan suami isteri ini.
• Menghasilkan persenyawaan yang baik serta melahirkan anak yang mempunyai
gen-gen yang lebih sihat.
Melalui kaedah tabung uji, anak yang dilahirkan dikatakan mempunyai gen-gen
yang lebih sihat. Anak yang dilahirkan adalah bebas daripada sebarang kecacatan
fizikal.

7
AEMS 3113 Moral dan Etika

7. Hujah-hujah Menentang Bayi Tabung Uji


• Kesihatan badan
Rawatan memerlukan banyak ujian darah, pelalian dan pembedahan. Penggunaan
hormon dalam penggalak ovulasi juga menyebabkan kelesuan dan kekejangan.
Keadaan ini memberi tekanan yang tinggi dari segi keperluan fizikal.
• Masalah sosial meningkat
Kaedah bayi tabung uji memberi ruang kepada orang untuk memperdagangkan
benih. Ini membawa kepada berlakunya perniagaan haram yang melibatan
penjualan benih untuk mengaut keuntungan.
• Pertikaian isu ibu tumpang
Kaedah ibu tumpang melibatkan wanita yang hendak melahirkan anak dan wanita
yang “menyewa” rahim. Ini menyebabkan kekeliruan keturunan anak yang
dilahirkan. Siapakah yang akan menjadi ibu yang sah kepada anak tersebut?
Selain itu, ini juga akan mengakibatkan perebutan anak tersebut di antara
penderma telur dan wanita yang melahirkan anak dengan menggunakan telur
penderma.

8
AEMS 3113 Moral dan Etika

Penggunaan Sel Stem


1. Definisi
Sel stem merupakan sel induk yang membentuk pelbagai jenis sel seperti sel
saraf, sel kulit, sel darah dan semua jenis sel. Terapi sel stem ialah sekumpulan
prosedur baru dan teknologi yang memperkenalkan sel yang berkeupayaan untuk
menjana atau menggantikan sel-sel yang berpenyakit dengan sel-sel baru yang
sihat dan boleh berfungsi.

2. Proses Penggunaan Sel Stem


Hari ini, pengambilan sel stem dapat dilakukan dengan cara yang mudah dan
tidak lagi menyakitkan. Pertama melalui darah tali pusat bayi yang baru lahir.
Kaedah ini dapat dilakukan tanpa memerlukan peralatan yang canggih. Si ibu
akan dibekalkan dengan sebuah beg yang dilengkapi dengan bekas penyimpan
anti pembekuan darah bagi mengumpul darah tali pusat yang segar.

Doktor yang menyambut hanya perlu mengambil darah segar dalam tali pusat
bayi sebelum uri keluar. Apabila uri telah keluar daripada rahim ibu, darah tali
pusat akan beku dan tidak boleh digunakan lagi. Seterusnya, sel stem, sel darah
merah dan plasma akan dipisahkan dalam persekitaran yang bersih bagi
mengelakkan pencemaran. Ini dilakukan dengan melakukan pemisahan dalam
saluran yang disambung untuk mengelakkan sel stem dari terdedah kepada udara
yang mungkin boleh menyebabkan pencemaran.

Bagi mengambil sel stem daripada orang dewasa, beberapa suntikan diberikan
bagi merangsang pengeluaran sel stem dalam darah. Selepas bebrapa jam, sel
stem akan diambil seperti menderma darah dan proses ini tidak menyakitkan. Sel
stem dari tali pusat bayi dan dewasa kemudian disimpan dalam nitrogen cecair
sehingga diperlukan. Sel stem yang disimpan dalam tabung berkenaan akan
diletakkan alamat dan direkodkan bagi kemudahan. Ia boleh digunakan walaupun
hingga 100 tahun asalkan diletakkan dalam cecair nitrogen.

9
AEMS 3113 Moral dan Etika

3. Hujah-hujah Menyokong Penggunaan Sel Stem


• Mengubati kebanyakan penyakit.
Melalui penggunaan sel stem, kebanyak penyakit dapat mencari penyelesaian
untuk merawatinya. Misalnya sakit jantung, Parkinson, penyakit genetik dan
penyakit lumpuh. Sel-sel yang rosak akan digantikan dengan sel-sel yang baru
dan sihat.

4. Hujah-hujah Menentang Penggunaan Sel Stem


• Merupakan salah satu proses dalam pengklonan manusia.
Dalam proses pengklonan manusia, teknik penggunaan sel stem digunakan.
Pengklonan manusia sering dipertikaikan di kalangan orang ramai. Kami akan
memperbincangkan pengklonan manusia kemudian.
• Kekeliruan identiti
Apabila penerima sel stem menerima sel stem yang berlainan dari segi kandungan
genetiknya. Sel ini yang kemudiannya membahagi dengan banyak akan menjadi
sebahagian daripada tisu atau organ pada individu berkenaan. Ini boleh
menyebabkan masalah kekeliruan identiti apabila tisu berkenaan kemudiannya
diuji bagi mengenalpasti latar belakang genetik atau keturunan individu
berkenaan.

10
AEMS 3113 Moral dan Etika

Pengklonan
1. Definisi Pengklonan
Perkataan klon berasal daripada Bahasa Yunani, “klwn” yang bermaksud
tunas. Klon, atau tunas, adalah replika atau pendua (fotostat) daripada sesuatu
organisme. Pengklonan adalah satu proses pembiakan seksual tanpa
memerlukan percantuman sel jantan (sperma) dengan sel betina (ovum).
Sebaliknya apa yang diperlukan ialah sel matang mengandungi kod genetik,
iaitu asid deoksiribonukleik (DNA), yang dimasukkan ke dalam ovum yang
tidak tersenyawa, yang dikeluarkan nukleusnya.
(Jabatan Mufti Negeri Selangor, Buletin At-Taqwa)

Pengklonan bermaksud penghasilan anak yang sama dengan induk dari segi
genetik. Contoh klon semula jadi ialah organisma yang membiak secara aseks.
Walau bagaimanapun, klon buatan dapat dihasilkan dengan teknik
pengklonan, iaitu proses makmal yang menghasilkan induk yang mempunyai
unsure genetik yang sama dengan induk penderma. Klon haiwan yang sudah
matang dicipta melalui proses pemindahan nuklear sel soma.

Ini adalah salah satu proses pembiakan yang biasa di kalangan tumbuh-
tumbuhan dan sel-sel mikroorganisma, yang juga dikenali sebagai pertunasan.
Pengklonan dilakukan secara meluas khususnya dalam bidang pertanian
melalui pengkulturan tisu, contohnya getah klon, durian malah kelapa sawit
klon. Sekarang, proses pengklonan boleh diperlakukan sesama manusia.

11
AEMS 3113 Moral dan Etika

2. Latar Belakang / Sejarah


Sebenarnya, teknik pengklonan telah dijalankan berpuluh-puluh tahun yang
lalu. Banyak ahli sains yang menyoalkan bahawa adakah pengklonan haiwan
berlaku pada 1950-an. Adalah dipercayai bahawa species yang julung-julung
kali dijalankan eksperimen pada masa itu ialah berudu, iaitu anak katak pada
tahun 1952. Akan tetapi, tiada bukti yang mengesahkannya kerana eksperimen
tersebut tidak terbuka kepada orang awam.

Pada tahun 1963, seorang embriologi Cina yang bernama Tong Dizhou, telah
mengklonkan seekor ikan. Keputusan pengklonan tersebut telah diterbitkan
dalam journal sains Cina, yang tidak diperterjemahkan dalam Bahasa Inggeris.

Pada tahun 1997, mamalia yang pertama telah diperklonkan. Seekor bebiri,
bernama Dolly, telah berjaya diperklonkan di Institusi Roslin di Edinburgh,
Scotland. Ia hidup selama 6 tahun dan disahkan meninggal dunia kerana
menghidapi penyakit peparu. Akibatnya, ini mengakibatkan berlakunya
kontroversi bahawa klon-klon species
tidak hidup lama. Ahli sains Roslin
membela bahawa Dolly mati disebabkan
oleh penyakit peparu yang biasa dijangkiti
oleh bebiri, terutamanya bebiri yang
diperlihara di dalam bangunan. Memang
tidak dapat disangkalkan, Dolly
merupakan seekor bebiri yang dilindungi
dengan sekuriti yang ketat. Ini sebablah
Dolly dijangkiti penyakit tersebut lalu
meninggal dunia.
*Dolly dan anak pertamanya, Bonnie

12
AEMS 3113 Moral dan Etika

Pada tahun-tahun yang seterusnya, pelbagai species berjaya diperklonkan.


Antaranya termasuklah kuda, kucing dan monyet.

Malah, pada tahun 2002, seorang bayi manusia yang bernama Eve, telah
dilahirkan dengan teknik pengklonan, oleh Dr Brigitte Boisselier di America
Syarikat. Kelahiran bayi itu, katanya, bukan saja menggembirakan ibu bapa
bayi terbabit malah memberi harapan kepada pasangan yang bermasalah
untuk mendapatkan anak. Eve dikatakan diklon daripada ibunya, seorang
warga Amerika Syarikat berusia 31 tahun. Pengklonan Eve dilakukan selepas
wanita itu dan suaminya gagal mendapat anak disebabkan suaminya mandul.

Walaupun ramai yang mempertikaikan kesahihan dakwaan saintis aliens ini


(saintis terbabit percaya manusia dijadikan oleh makhluk asing atau aliens),
kelahiran Eve sebenarnya menandakan bermulanya satu era baru dalam
kelahiran manusia. Kelahiran pertama seorang bayi yang tidak mengikut
hukum fitrah, tidak menerusi percampuran lelaki dan perempuan,
persenyawaan air mani dan telur, sebaliknya dicambah melalui mana-mana sel
badan manusia untuk menghasilkan penduaan.
(Dipetik daripada Wikipedia, The Free Encyclopedia)

3. Teknik Pengklonan
• Pengklonan Janin / Embrio
Pada hakikatnya, kaedah pengklonan janin atau embrio telah bertahun-
tahun digunakan ke atas haiwan ternakan bagi menghasilkan ternakan
yang lebih kuat bakanya. Eksperimen juga pernah dijalankan ke atas janin
manusia dengan menggunakan kaedah ini. Menurut para saintis
pengklonan janin amat penting kerana beberapa sebab. Antaranya, ia dapat
membantu meningkatkan pengetahuan manusia tentang pembiakan sel
kanser dan lain-lain penyakit genetic seperti penyakit 'Parkinson' dan
'cystic fibrosis', yang membahagi pada kadar yang serupa dengan
pembiakan sel-sel janin. Dengan adanya kaedah pembiakan sel-sel janin.

13
AEMS 3113 Moral dan Etika

Dengan adanya kaedah pengklonan janin ini, saintis tidak lagi perlu
bergantung kepada janin-janin yang diambil dari klinik-klinik kesuburan
untuk melakukan uji kaji. Ia juga dapat mengurangkan penggunaan janin-
janin asal.

• Pengklonan dengan Teknik Pemindahan Nukleus


Kaedah pengklonan jenis kedua ini agak sensasi kerana sebelum tahun
1997 apabila saintis mengumunkan tentang kaedah yang digunakan bagi
mencipta seekor kambing dinamakan Dolly, belum pernah seekor mamalia
dilahirkan hasil dari penggunaan teknik tersebut. Kaedah pengklonan
inilah hangat diperkatakan dan menimbulkan reaksi negatif apabila
dicadangkan agar digunakan bagi menghasilkan manusia.
(Jabatan Mufti Negeri Selangor, Buletin At-Taqwa)

4. Jenis Pengklonan
Saintis telah membahagi dua kaedah yang dijanjikan oleh pengklonan DNA
dewasa melalui teknik pemindahan nukleus iaitu:

• Pengklonan Reproduktif
Pengklonan mewujudkan seorang insan yang baru, yang mempunyai DNA
yang sama dengan penderma nukleus. Pengklonan dikatakan memberi
kepuasan yang amat besar kepada pasangan suami isteri yang tidak
berkeupayaan untuk melahirkan cahaya mata.

14
AEMS 3113 Moral dan Etika

• Pengklonan Teraputik
Para saintis mengatakan bahawa faedah yang bakal diperolehi dari
pengklonan DNA Dewasa untuk Tujuan Perubatan menjanjikan pelbagai
kebaikan dan tidak patut dihentikan. Menurut mereka, ia berbeza daripada
pengklonan untuk tujuan reproduksi. Antara faedah dijanjikan termasuk:
a) Bagi memperolehi 'stem cell' yang akan membantu pertumbuhan sel
baru;
b) Bagi mencipta organ-organ penting
c) Membantu mengubati pesakit-pesakit yang memerlukan pemindahan
air tulang sum-sum;
d) Membantu meningkatkan pengetahuan tentang penyakit-penyakit
genetik.
(Dipetik daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Isu Pengklonan Dari Sudut Syariah)

5. Proses pengklonan

Dalam proses pengklonan manusia, sel yang diambil dari tubuh seseorang telah
mengandungi 46 unit kromosom, sememangnya mengandungi seluruh sifat-sifat
induknya. Dengan demikian anak yang dihasilkan dari proses pengklonan ini akan
mempunyai hanya ciri-ciri dari orang yang menjadi sumber pengambilan inti sel
tubuh. Anak tersebut merupakan keturunan yang mempunyai kod genetik yang
sama seperti induknya. Segalanya ini seolah-olah seperti suatu proses fotokopi
warna iaitu hasil cetakannya serupa dengan gambar asalnya ada perbezaan
sedikitpun. Proses persenyawaan secara tabii tidak dapat berlaku kecuali dengan
adanya lelaki dan perempuan serta sel-sel kelamin. Sedangkan proses pengklonan
manusia dapat berlangsung dengan adanya lelaki atau tanpa lelaki dan ini terjadi
pada sel-sel tubuh, bukan sel-sel kelamin.

(Berita Harian: Disediakan Oleh: Azly)

15
AEMS 3113 Moral dan Etika

Pengklonan adalah satu proses pembiakan seksual tanpa memerlukan


percantuman sel jantan (sperma) dengan sel betina (ovum). Sebaliknya apa yang
diperlukan ialah sel maang mengandungi kod genetik, iaitu asid deoksiribonukleik
(DNA), yang dimasukkan ke dalam ovum yang tidak tersenyawa, yang
dikeluarkan nukleusnya.

DNA yang digunakan ini boleh jadi daripada lelaki mahupun wanita. Ovum yang
dimasukkan DNA tadi akan dirangsangkan untuk menggalakkan percantuman dan
seterusnya pembahagian sel. Ia kemudian akan dimasukkan ke dalam rahim
wanita.

Proses kehamilan dan kelahiran yang dilalui adalah sama seperti proses kehamilan
dan kelahiran bagi manusia biasa.

Jika dilihat proses untuk menghasilkan manusia klon ini, kita dapati bahawa ia
tidak memerlukan kehadiran sel sperma. Sebaliknya, yang diperlukan hanya sel
ovum dan DNA daripada sel lain.

(Institut Kefahaman Islam Malaysia,

Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh)

16
AEMS 3113 Moral dan Etika

6. Perbezaan antara Pembiakan Seks dan Pembiakan Tanpa Seks

Pembiakan seks

Dalam proses pembiakan seks, bayi mendapat setengah ginnya daripada ibunya
(dalam telurnya) dan setengah lagi daripada bapanya (dalam spermanya).

Pembiakan tanpa seks (Pengklonan)

Pengklonan ialah satu bentuk pembiakan tanpa seks. Kesemua gin klon bayi
diperoleh daripada badan sel (sel kulit, sel rambut, sel otot dan sebagainya)
seseorang individu.

17
AEMS 3113 Moral dan Etika

Bahagian A: Teori Moral Sekular

Pengenalan
Muktakhir ini, memang tidak dapat dinafikan bahawa isu pengklonan manusia
sering menjadi topik pertikaian hangat orang ramai. Terdapat sekumpulan orang yang
berpendapat bahawa manusia patut dibenarkan untuk diklonkan; manakala banyak lagi
pihak yang keras menentang. Sebenarnya, wajarkah pengklonan manusia dilakukan?
Sehingga hari ini, kita tidak dapat memperoleh jawapan yang pasti kerana memang sukar
untuk kita mempertimbangkan isu sedemikian. Marilah kita mengkaji isu pengklonan
manusia dari sudut teori moral sekular. Antara teori-teori moral yang akan
diperbincangkan termasuk:
1. Teori Teleleogikal
2. Teori Deontologikal
3. Teori Keperibadian Sosial
4. Teori Kemoralan Sosial

1. Teori Teleleogikal
Berlandaskan Teori Teleleogikal, kemoralan sesebuah tindakan banyak melihat
kepada kesan yang dibawa olehnya. Sesuatu tindakan dianggap betul sekiranya ia
mendatangkan kesan baik yang maksima dan sebaliknya dikatakan salah
sekiranya ia mendatangkan kesan buruk yang maksima. Maka, adakah
pengklonan manusia perbuatan yang bermoral atau tidak? Bagi perbincangan ini,
kita perlu melihat daripada 2 aliran, iaitu Egoisme Etika dan Utilitarianisme.

Aliran Egoisme Etika


Aliran Egoisme Etika mementingkan kesan yang baik untuk diri pelaku itu
sendiri. Jika pengklonan itu mendatangkan kesan baik kepada orang yang
melakukan pengklonan itu, tindakannya dianggap wajar.

Pengklonan dikatakan banyak memanfaatkan pasangan suami isteri yang tidak


berkeupayaan untuk melahirkan anak (disebabkan oleh si suami yang mandul atau

18
AEMS 3113 Moral dan Etika

si isteri yang tidak boleh mengandung). Melalui pengklonan, mereka diberi


harapan yang baru untuk memperoleh anak mereka yang tersendiri. Mereka
mendapat kepuasan yang amat besar selepas melakukan sesuatu yang pada
awalnya mustahil. Bukti yang amat ketara ialah klon bayi yang lahir pada tahun
2002 di Amerika Syarikat. Kegembiraan yang dialami oleh ibu bapanya memang
tidak dapat disukat selepas kelahiran bayi klon itu. Terdapat juga kes-kes
kehilangan anak oleh ibu bapa, sama ada disebabkan oleh kemalangan atau
penyakit. Penjelasan yang sama boleh dihujah dalam situasi ini. Melalui
pengklonan, mereka boleh “menghidupkan semula” anak mereka dengan
mewujudkan insan yang seiras dengan anak mereka yang telah meninggal dunia.
Kebahagiaan yang dialami oleh mereka memang tidak boleh kita bayangkan.

Selain itu, setiap insan juga dapat faedah yang jelas daripada pengklonan. Selepas
eksperimen dijalankan, pengklonan dipercayai dapat mengubati penyakit-penyakit
seperti Parkinson dan diabetes. Pengklonan mencipta organ-organ penting dan
sum-sum tulang yang sesuai bagi mengubati kebanyakan penyakit, umpamanya
kanser hati, kanser peparu dan sakit jantung. Jesteru itu, daripada pengklonan,
setiap manusia sebenarnya dapat melanjutkan usia mereka. Manusia akan
menikmati kebahagiaan yang amat besar kerana ajal mereka telah ditangguhkan.

Di samping itu, pelabur-pelabur yang melaburkan wang dalam bidang pengklonan


akan memperoleh keuntungan yang amat lumayan. Disebabkan bidang
pengklonan merupakan suatu bidang yang sangat baru di dunia ini, bidang ini
dijangka akan memberi keuntungan yang sangat lumayan kepada diri pelabur.
Pelabur-pelabur ini akan mendapat keseronokan yang amat besar.

Dalam situasi-situasi di atas, pengklonan manusia adalah disokong oleh Aliran


Egoisme Etika kerana mendatangkan kesan baik yang maksima kepada diri
individu-individu yang berkenaan. Walaubagaimanapun, Aliran Egoisme Etika
menentang pengklonan manusia dalam situasi-situasi yang berlainan.

19
AEMS 3113 Moral dan Etika

Manusia sentiasa salah faham bahawa manusia yang diklonkan boleh dikawal
dengan sepenuhnya. Hakikatnya tidak. Kita tidak boleh mengawal tingkah
lakunya. Klon tidak dikongkong oleh sesiapa pun dan boleh melakukan apa jua
perkara sesuka hatinya. Oleh sebab itu, klon itu mungkin melakukan jenayah yang
serius. Kekeliruan identiti berlaku di mana kedua-dua induk dan klonnya
berkongsi cap jari dan DNA yang sama. Apabila klon itu melakukan jenayah,
induknya akan menjadi mangsa kepada kes-kes jenayah yang dilakukan oleh
klonnya. Ini merupakan kesan buruk yang amat jelas kepada induk yang tidak
berdosa itu.

Selain itu, kajian menunjukkan bahawa peluang untuk berjayanya pengklonan itu
adalah amat tipis. Ia perlu menjalankan berpuluh-puluh kali percubaan sebelum
kejayaan pengklonan itu. Prosesnya melibatkan kos-kos penyelidikan dan
eksperimen yang mahal. Bagi orang yang ingin mengklonkan dirinya, mereka
perlu membiayai kos-kos yang tinggi ini. Pengklonan dikatakan tidak berbaloi
kepada orang yang melakukan pengklonan atas sebab ini.

Aliran Utilitarianisme
Aliran Utilitarianisme mementingkan kesan baik untuk orang ramai. Jika
pengklonan itu mendatangkan kesan baik kepada orang ramai, tindakan itu
dianggap wajar.

Pengklonan dikatakan tindakan yang wajar kerana melalui pengklonan, species-


species yang hampir pupus boleh dipelihara, umpamanya panda di negara China
yang merupakan khazanah negara. Panda-panda boleh dielakkan daripada
pemupusan dengan mengklonkan spesies ini, agar orang ramai masih dapat
melihat dan menikmati species ini.

Selain itu, baka-baka tumbuhan yang lebih berkualiti boleh dihasilkan melalui
pengklonan. Ini dikatakan adalah kesan yang baik kerana orang ramai dapat
meningkat taraf hidupnya dengan memakan makanan yang baik dari segi

20
AEMS 3113 Moral dan Etika

kesihatan mereka. Dengan pemakanan yang lebih bernutrien, orang ramai akan
lebih cenderung untuk mencegah daripada ancaman penyakit-penyakit.

Seperti mana yang diketahui, apabila seseorang manusia memerlukan pemindahan


organ-organ dan sum-sum tulang, memang sukar untuk mencari organ-organ dan
sum-sum tulang yang sesuai. Pengklonan merupakan penyelesaian bagi masalah
ini kerana pengklonan boleh mencipta organ-organ atau sum-sum tulang yang
bersesuaian kepada orang yang memerlukannya. Dengan kata lain, pengklonan
dapat memanjangkan hayat hidup seseorang dengan menggantikan organ yang
baru kepadanya.

Dalam situasi-situasi di atas, pengklonan manusia adalah disokong oleh Aliran


Utilitarianisme kerana mendatangkan kesan baik yang maksima kepada orang
ramai. Akan tetapi, pada masa yang sama, Aliran Utilitarianisme menentang
pengklonan manusia dalam situasi-situasi yang berlainan.

Pengklonan manusia akan mengakibatkan sistem manusia menjadi kucar-kacir.


Pada asalnya, kelahiran seorang manusia hanya dilaksanakan daripada
persenyawaan antara sel sperma dengan sel ovum. Dengan teknik pengklonan,
sesiapa pun dapat melahirkan anak sesuka hati mereka. Satu pasangan lesbian
atau seorang wanita boleh melahirkan anak. Seorang lelaki pun mampu
memperoleh anak dengan “menyewa” rahim wanita. Ini akan menyebabkan
populasi manusia tidak dapat terkawal. Jesteru itu, ini akan membawa mudarat
yang besar kepada semaksima masyarakat.

2. Teori Deontologikal
Berdasarkan Teori Deontologikal, ia bertentangan dengan Teori Teleleogikal yang
diperbincangkan tadi. Ia melihat kepada tindakan itu sendiri. Kemoralan sesuatu
tindakan bergantung kepada baik buruk tindakan itu. Teori ini melihat kepada 3
bahagian, iaitu Prinsip Kewajipan, Prinsip Kewajiban Prima Facie, dan
Eksistensialisme.

21
AEMS 3113 Moral dan Etika

Prinsip Kewajipan
Prinsip Kewajipan menyatakan bahawa sesuatu tindakan itu dianggap baik
sekiranya pelaku itu mempunyai tekad yang baik semasa menjalankan tindakan
itu. Jadi, prinsip ini menyokong pengklonan manusia jika tindakan itu
berdasarkan niat yang betul dan tidak memperalatkan orang lain.

Matlamat utama pengklonan dijalankan adalah semata-mata untuk kebaikan


manusia, iaitu mencari penawar bagi penyakit-penyakit dan memuaskan
keinginan pasangan suami isteri yang tidak berkeupayaan untuk melahirkan
zuriat. Asalkan pengklonan dilakukan dengan motif yang bermakna ini, tidak
kiralah sama ada tindakan ini melanggar peraturan masyarakat atau membawa
kemudaratan atau tidak, ia dikatakan perbuatan yang wajar. Dengan tekad
sedemikian, pengklonan adalah disokong.

Tetapi, apabila difikir dari sudut lain, klon-klon menjadi peralatan manusia
sebagai penderma organ-organ. Pengklonan sebenarnya memperalatkan klon-klon
untuk mendapatkan organ-organ. Ini menentang Prinsip Kewajipan yang
sepatutnya tidak memperalatkan orang lain.

Prinsip Kewajipan Prima Facie


Prinsip Kewajipan Prima Facie menyamai prinsip kewajiban, kecuali ia
menganggap bahawa aspek kekecualian perlu diambil kira. Teori ini menyokong
pengklonan manusia sekiranya ada alasan yang serius untuk mewajarkan
tindakannya.

Sehingga hari ini, memang tidak dapat kita mencari kaedah untuk mengubati
sesetengah penyakit. Selain itu, memang sukar untuk kita mencari organ-organ
atau sum-sum tulang yang sesuai bagi golongan yang memerlukannya.
Memandangkan pengklonan manusia adalah satu-satunya kaedah untuk mengatasi

22
AEMS 3113 Moral dan Etika

masalah ini, pengklonan merupakan satu tindakan yang betul. Alasan yang cukup
ketara telah dibuktikan di sini, iaitu semata-mata untuk manfaat manusia.
Sehinggalah pada suatu hari nanti, kaedah baru telah ditemui bagi mengubati
penyakit-penyakit ini atau mencipta organ-organ dan sum-sum tulang ini, prinsip
ini tidaklah menyokong pengklonan manusia sekiranya kaedah baru itu dinilai
sebagai tindakan yang lebih berperikemanusiaan ditemui. Prinsip ini tetap
menyokong pengklonan manusia jika kaedah baru itu dikatakan suatu tindakan
yang kurang bermoral.

Eksistentialisme
Teori eksistentialisme menyatakan bahawa seseorang itu mempunyai hak untuk
memilih tanpa dipaksa, asalkan seseorang itu bertanggungjawab atas tindakannya.
Maka, prinsip ini menyokong pengklonan manusia jika keputusannya adalah tulen
berdasarkan konsep kewujudan sah.

Manusia mempunyai hak memilih untuk menjalankan pengklonan, dalam keadaan


yang tiada ugutan dan paksaan. Selepas menilai dengan telitinya bahawa
pengklonan sebagai satu tindakan yang patut dilakukan, pengklonan itu dikatakan
wajar dilakukan. Selepas pengklonan dilakukan, manusia akan bertanggungjawab
atas apa yang diakibatkan oleh pengklonan ini. Misalnya, manusia bersedia untuk
menerima kritikan orang ramai selepas pengklonan dilakukan.

Teori eksistentialisme mementingkan kewujudan sah, iaitu sesuatu perbuatan


dikatakan bermoral sekiranya ia dilakukan dalam keadaan tanpa ugutan dan
paksaan. Maka, pengklonan dianggap tidak wajar jika pelaku itu diugut atau
dipaksa untuk melakukannya. Misalnya, ahli sains diugut supaya menjalankan
pengklonan untuk seseorang. Seseorang itu mengacukan pistol ke kepalanya atau
menculik ahli keluarganya. Dalam situasi ini, pengklonan tidak disokong oleh
teori ini kerana tidak mempunyai kewujudan yang tulen dan sah.

23
AEMS 3113 Moral dan Etika

3. Teori Kemoralan Sosial


Berlandaskan Teori Kemoralan Sosial, kemoralan sesuatu tindakan melihat
kepada sama ada sesuatu tindakan itu mematuhi atau menentang undang-undang
dan norma masyarakat. Pengklonan dikatakan bermoral sekiranya ia mematuhi
undang-undang dan norma masyarakat.

Dalam kebanyakan negara, terutamanya negara Islam, adalah tidak dibenarkan


untuk menjalankan pengklonan manusia kerana pengklonan itu menentang kuat
terhadap agama mereka. Tetapi, kebelakangan ini, terdapat juga negara-negara
yang menerima pengklonan. Umpamanya, kebelakangan ini, para pengundi di
neraga Australia membuat keputusan bahawa pengklonan manusia itu dibenarkan
dijalankan di Australia. Sekiranya pengklonan itu dilakukan di negara lain yang
menerima pengklonan seperti negara Australia, maka tindakan itu dianggap
bermoral.

Seperti yang diketahui dalam bidang sains dan teknologi, manusia dicipta
daripada proses persenyawaan sel sperma dengan sel ovum, penghamilan ibunya,
lalu kelahirannya. Ini memang adalah tradisi masyarakat yang tidak boleh diubah.
Akan tetapi, pengklonan dikatakan telah mengubah corak kehidupan manusia
selama ini. Manusia bisa dihasilkan melalui pengklonan. Manusia boleh mencipta
manusia, sementara itu, adalah peraturan masyarakat, bahawa manusia hanya
dicipta Tuhan. Pengklonan dianggap adalah sesuatu tindakan yang melanggar
tradisi norma masyarakat yang diwarisi turun-temurun ini.

24
AEMS 3113 Moral dan Etika

4. Teori Keperibadian Moral


Berdasarkan Teori Keperibadian Moral, sesuatu tindakan itu dikatakan bermoral
asalkan tindakan itu mengutamakan kesederhanaan dan tidak melampaui batas.
Pengklonan itu wajar dilakukan asalkan tindakan ini tidak bersifat keterlaluan.

Memang tidak boleh dinafikan, kemajuan sains dan teknologi yang pesat amat
mendatangkan manfaat yang banyak kepada masyarakat ini. Pengklonan
dipercayai dapat menghasilkan penawar bagi sesetengah penyakit yang tidak
dapat diubati. Pengklonan dikatakan banyak menggembirakan pasangan suami
isteri yang tidak mampu melahirkan anak. Akan tetapi, pada masa yang sama,
pengklonan membabitkan masuk campurnya kuasa Tuhan. Tuhan sahajalah yang
boleh mencipta seorang insan. Manusia sekarang dikatakan memiliki kuasa Tuhan
untuk mencipta manusia. Perbuatan ini dikatakan perbuatan yang melampaui
batas hukum semula jadi. Maka, teori ini tidak menyokong pengklonan manusia.

25
AEMS 3113 Moral dan Etika

Bahagian B: Pandangan Agama


Agama Islam

Dalam al-Quran, terdapat beberapa ayat yang menerangkan dengan jelas


mengenai proses pembiakan manusia yang memerlukan kehadiran sel sperma dan sel
ovum.

Bayi yang dilahirkan melalui proses biasa, akan mempunyai ciri genetik unik,
iaitu gabungan ciri genetik daripada ibu dan bapanya. Jika dilihat kepada bayi klon, ia
tidak mempunyai ciri genetik yang unik, sebaliknya mempunyai genetik yang sama
dengan penyumbang DNAnya . Dalam kata lain, bayi klon adalah replika genetik kepada
penyumbang DNA itu. Lazimnya, hanya kembar seiras yang mempunyai ciri genetik
sama. Namun, dengan adanya teknologi pengklonan manusia ini, membolehkan klon
manusia mempunyai ciri genetik yang sama dengan ‘induk’ yang menyumbangkan DNA.

Persoalannya, apakah hubungan di antara klon dengan induknya? Adakah ia sama


seperti hubungan anak dengan bapa? Atau, adakah kerana ciri genetik kedua-duanya
adalah sama, maka mereka adalah kembar?

Oleh itu, dari pandangan agama Islam, Islam memandang berat kekeliruan ini
kerana ia akan membawa kepada masalah penentuan nasab. Firman Allah bermaksud:
“Dan Dialah Tuhan yang menciptakan manusia daripada air, lalu dijadikannya
(mempunyai) titisan baka dan pertalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya
Tuhanmu berkuasa (menciptakan apa juga yang dikehendaki-Nya). (Surah Fussilat, ayat
54). (Dipetik daripada artikel - Implikasi Pengklonan ke atas Fitrah Manusia, Shaikh
Mohd. Saifuddeen bin Shaikh Mohd Salleh, Fellow Kanan, Institut Kefahaman Islam
Malaysia). Dalam ayat tersebut, jelaslah diberitahu hanyalah Tuhan yang mempunyai
kuasa untuk mencipta manusia bukan manusia mencipta manusia.

Perbuatan mengklon manusia dilihat sebagai usaha manusia untuk bertindak luar
daripada peraturan yang ditentukan Tuhan iaitu kelahiran manusia atau keturunannya

26
AEMS 3113 Moral dan Etika

melalui perkahwinan. Perbuatan pengklonan akan melahirkan satu generasi manusia yang
cuba merendah-rendahkan kejadian manusia yang dimuliakan Tuhan.

Pengklonan akan melahirkan generasi manusia yang boleh mencipta manusia dan
akan melahirkan manusia yang akan menafikan kekuasaan Tuhan. Perbuatan ini
menyebabkan manusia berasa dirinya mempunyai kuasa dan mampu untuk mencipta
serta menentukan kejadian manusia lain menurut kehendak dirinya. Ini akan menyeret
manusia kepada kesesatan akidah kerana mereka beranggapan bahawa manusia juga
boleh mencipta manusia sama seperti kekuasaan Tuhan mencipta kejadian alam ini.

Selain itu, Islam sangat mementingkan soal pertalian keluarga. Islam sangat
menekankan perlunya institusi keluarga itu dipelihara. Dalam konteks ini, teknologi
pengklonan manusia dilihat mampu meruntuhkan institusi keluarga yang ditekankan oleh
Islam. Hal ini kerana dengan teknologi pengklonan manusia, peranan yang dimainkan
oleh lelaki menjadi tidak lagi penting, sebaliknya wanita yang tidak berkahwin juga boleh
mendapat anak. Ini tentu akan meningkatkan jumlah ibu tunggal dalam satu-satu
masyarakat.

Ini dijelaskan oleh Allah dalam firman-Nya, yang bermaksud: Wahai sekalian
manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu (bermula) daripada
diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya
Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya, zuriat keturunan lelaki dan perempuan
yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-
nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; sesungguhnya
Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (Surah an-Nisaa, ayat 1). (Dipetik daripada
artikel – Pengklonan manusia lebih banyak bawa mudarat, Shaikh Mohd Saifuddeen
Shaikh Mohd Salleh, fellow kanan, Institut Kefahaman Islam Malaysia).

Oleh itu, dari pandangan agama Islam, kesan yang dibawa oleh teknologi
pengklonan manusia lebih banyak menyebabkan kemudaratan daripada kemanfaatan.
Atas sebab inilah, Majlis Fatwa Kebangsaan, pada 2002, telah membuat keputusan

27
AEMS 3113 Moral dan Etika

bahawa pengklonan manusia untuk apa-apa tujuan sekalipun adalah diharamkan kerana
ianya bertentangan dengan fitrah kejadian manusia yang ditentukan oleh Allah SWT.
(Dipetik daripada artikel – Isu Pengklonan Dari Sudut Syiarah, Pengarah Bahagian
Perkhidmatan ICT, Pro Jakim).

Ini kerana Islam adalah satu agama yang memelihara kemaslahatan (kebaikan)
ummahnya. Sekiranya, sesuatu itu bertentangan dengan fitrah dan tidak memenuhi
maslahah, sebaliknya menyebabkan kehancuran, sudah tentu Islam tidak mengharuskan
penggunaannya.

Agama Buddha

Ajaran agama ini yang dipenuhi dengan kasih sayang mengharam penganutnya
membunuh segala benda yang bernyawa termasuk manusia, binatang dan tumbuhan.
Agama ini menyebarkan ajaran tentang karma, semua perbuatan sama ada salah atau baik
akan diambil kira oleh kuasa alam. Oleh itu, ajaran ini menasihat penganutnya
memelihara dan menjaga nyawa sehingga mencapai Nirwana.

Oleh itu, dalam kes pengklonan manusia ini, kesan yang dibawa lebih banyak
menyebabkan kemudaratan daripada kemanfaatan telah menentang dengan ajaran karma
yang menegas perbuatan baik ini kerana pengklonan manusia boleh mengancam
kesihatan ibu dan anak yang diklonkan. Menurut laporan akhbar - The Independent,
pengalaman yang diperoleh melalui kajian pengklonan haiwan menunjukkan, dalam kes
tertentu di mana janin dalam proses membesar, ia biasanya terlalu besar dan sekali gus
mendedahkan ibu kepada bahaya ketika melahirkannya dan ia juga boleh menyebabkan
anak yang dilahirkan mati. (Dipetik daripada Berita Harian, Ahli Sains Desak
Pengklonan Manusia Diharam, September 2003). Dengan jelasnya, ajaran agama ini
menentang perbuatan ini kerana agama ini mengutamakan kasih sayang dan tidak akan
menggalak penganutnya untuk membunuh segala benda yang mempunyai nyawa.

28
AEMS 3113 Moral dan Etika

Dalam konsep karma, penganut Buddhisme dinasihati agar hidup secara bermoral
supaya mendapat karma yang baik dengan mematuhi Panca Sila (Lima Rukun Moral). “
Jangan Membunuh” merupakan satu nilai yang terdapat dalam Panca Sila ini. Secara
tidak langsungnya, terdapat penyelidikan menunjukkan pengklonan manusia mengancam
kesihatan ibu dan anak yang diklon serta terdapat jumlah yang tinggi janin dijangkiti
penyakit dan pengguguran di kalangan janin baru lahir terhadap kajian haiwan telah
menentang dengan konsep karma.

Agama Kristian

Menurut ajaran asas Jesus Christ yang berkaitan rapat dengan kehidupan beretika
ialah Rukun 10 (Ten Commandments) yang dicatatkan dalam buku “Exodus” dalam
Perjanjian Lama Kitab Injil (Old Testament). Salah satu rukun adalah jangan membunuh
dan jangan berzina. Perbuatan pengklonan manusia ini yang akan mengancam kesihatan
ibu dan anak yang diklon serta menyebabkan bayi yang dilahirkan mati telah
bertentangan dengan ajaran Krstian yang berkonsep menghargai nyawa seseorang.

Pengklonan juga membuatkan seseorang wanita tidak memerlukan lelaki dan


seorang isteri tidak memerlukan suami, kerana wujudnya perasaan dia boleh melahirkan
anak tanpa perlu kepada perkahwinan dan pembentukan keluarga. Jika ini berlaku
keluarga yang akan terbentuk pasti berbeza daripada keluarga yang telah wujud selama
ini. Dengan itu akan lahirlah satu keadaan hidup masyarakat yang luar daripada fitrah
manusia dan alam. Dan yang paling ditakuti, kaum lelaki tidak lagi diperlukan kerana
pembiakan tidak lagi kepada sperma. Perhubungan seksual dan homoseksual akan
dijadikan ‘bahan permainan’ hanya untuk memenuhi nafsu manusia dan ini adalah
bertentangan dengan ajaran Kristian – Rukun 10 – tidak berzina.

Selain itu, menurut agama Kristian dalam “Holy Bible, New International
Version, Genesis Chapter 2, Adam and Eve” tercatat bahawa: “Tuhan mencipta manusia
mengikut rupanya, dengan imej Tuhan diciptanya satu lagi dia. Tuhan telah mencipta
leleki dan perempuan.” Selain itu, Tuhan berdoa dan berkata kepada ciptaannya, “Jadilah

29
AEMS 3113 Moral dan Etika

isitimewa dan tambahkan bilangan kamu untuk memenuhi bumi ini.” Oleh itu, dengan
jelasnya, ayat suci ini memperkatakan hanyalah Tuhan yang mencipta manusia, bukan
manusia mencipta manusia. Tuhan telah mencipta setiap manusia dengan keistimewaan
masing-masing. Keistimewaan ini tidak sama antara setiap individu dengan individu lain.
Sedangkan dalam pengklonan, orang yang diklonkan itu mempunyai DNA yang sama
dengan penderma nukleus itu.

Agama Hindu

Agama Hindu melarang penganutnya melakukan sesuatu yang tidak menghormati


nyawa orang lain. Ajarannya menekankan Ahimsa, iaitu kasih sayang yang menyatakan
bahawa tidak boleh melakukan kekejaman terhadap sebarang makhluk hidup, tidak
mengira manusia atau binatang. Oleh itu, perbuatan pengklonan ini yang menghadapi
risiko kegagalan lebih tinggi dari kejayaan mungkin akan menyebabkan lebih banyak
orang atau haiwan menjadi korban semasa menjalankan teknologi klon. Hal ini adalah
bertentangan dengan ajaran Hinduisme ini.

30
AEMS 3113 Moral dan Etika

Bahagian C: Soal Selidik

Soal selidik kami telah dijalankan pada 11 haribulan Julai hingga 16 haribulan Julai.
Kami telah menyebarkan sebanyak 30 set soal selidik kepada orang ramai, antaranya 16
orang responden adalah perempuan dan 14 orang responden adalah lelaki. Sasaran soal
selidik kami adalah sesiapa yang berusia dalam lingkungan antara usia 18 hingga 35
tahun, tidak mengira bangsa mereka. Terdapat 21 orang responden yang berusia antara 18
tahun hingga 25 tahun dan 9 orang responden yang berusia lebih daripada 25 tahun.
Sebanyak 21 orang responden yang memegang kepercayaan kepada agama Buddha dan 6
orang responden kepercayaan kepada agama Kristian, manakala terdapat 3 orang
responden yang tiada memegang kepada kepercayaan agama.

Tujuan kami menjalankan soal selidik ini adalah untuk mengkaji pengetahuan dan
pandangan masyarakat terhadap tajuk yang kami ujikan iaitu Etika Bio – Pengklonan
Manusia.

Adakah anda memahami maksud pengklonan?

Ya
87%

T idak
13%

Soalan pertama yang kami kemukakan adalah tentang maksud pengklonan. Berdasarkan
carta pai di atas, 87 peratus iaitu 26 orang daripada 30 orang yang menjawab soalan ini
mengetahui apa itu pengklonan dan hanya 4 orang daipada jumlah 30 orang responden
yang tidak tahu apa itu pengklonan. Dalam muka surat terakhir soal selidik kami, kami
ada memberi definisi pengklonan bagi responden yang tidak memahami apa itu
pengklonan.

31
AEMS 3113 Moral dan Etika

Kemudaratan yg diakibatkan oleh pengklonan Kadar kejayaan tipis,


20 kos tinggi
Menentang hampir

Bil Responden
15 semua agama
10 Sistem manusia
menjadi kucar-kacir
5
Memain-mainkan
0 nyawa manusia
1 2 3 4 5 Gejala sosial
meningkat
T akat kepentingan (1-lebih penting, 5-kurang penting)

Soalan kedua yang kami kemukakan adalah kemudaratan yang diakibatkan oleh
pengklonan. Terdapat 11 orang (37%) daripada 30 orang responden menganggap
“memain-mainkan nyawa manusia” adalah kemudaratan yang lebih penting yang
diakibatkan oleh pengklonan, manakala ada 9 orang responden (30%) memandang
“sistem manusia akan menjadi kucar-kacir” adalah kemuratan yang kedua penting yang
diakibatkan oleh pengklonan kerana kalau teknik pengklonan manusia ini disahkan oleh
kerajaan maka seseorang yang bujang atau homoseksual juga mampu ‘melahirkan’ anak
dengan adanya teknik pengklonan. Akibatnya akan menyebabkan masyarakat kita
menjadi kucar-kacir. Bagi kemudaratan “kadar kejayaan yang tipis tetapi melibatkan kos
penyelidikan dan eksperimen yang amat tinggi” ada 18 orang responden (60%) yang
mengatakan bahawa kemudaratan ini yang diakibatkan oleh pengklonan adalah kurang
penting kerana tidak mengira apa eksperimen yang dijalankan oleh saintis tentu kos
kajian itu tinggi dan kejayaan pun tidak semestinya dijamin.

Adakah pengklonan disokong dalam situasi berikut:


30 Memelihara spesies
yg hampir pupus
Bilangan Responden

25

20
Memperkembangkan
15 bidang sains dan
teknologi
10
Menggalakkan
5
bidang perubatan
0
Disokong Ditolak

32
AEMS 3113 Moral dan Etika

Soalan ketiga adalah pertanyaan tentang adakah mereka akan menyokong pengklonan
dalam situasi yang tertentu seperti:
 pengklonan dapat memelihara spesies yang hampir pupus,
 pengklonan memperkembangkan bidang sains dan teknologi
 pengklonan dapat menggalakkan bidang perubatan dari segi mewujudkan
penawar bagi penyakit-penyakit seperti sakit jantung, diabates, Parkinson dan
mewujudkan sumsum tulang yang sesuai bagi pesakit yang memerlukannya.

Hasil daripada kajian selidik ini telah menunjukkan sebanyak 28 orang responden
menyokong dengan pengklonan yang dapat memelihara spesies yang hampir pupus. Ini
mungkin disebabkan fiona dan fauna di bumi kita semakin menjadi kurang dan teknik
pengklonan ini pula boleh memelihara spesies ini serta menghasilkan ciptaan yan lebih
bermutu, mudah, murah serta dapat meningkatkan pengeluaran tanaman negara
contohnya beras perang, tomato, cili dan sebagainya. Manakala, terdapat 83 peratus iaitu
sebanyak 25 orang responden yang menyokong dengan pernyataan teknik pengklonan
dapat memperkembangkan bidang sains dan teknologi. Hal ini kerana, kecanggihan sains
dan teknologi telah membawa kita kepada suatu perubahan kehidupan yang lebih selesa
dan juga memacu negara kita ke arah pembangunan, oleh itu kehadirannya tidak dapat
dinafikan. Namun, terdapat 5 orang responden yang tidak menyokong pernyataan ini.
Tidak dapat dinafikan bahawa sains dan teknologi mempunyai peri pentingnya dalam
pembagunan masyarakat sejagat. Tetapi, ia juga mempunyai kesan buruk dalam
pembangunan negara termasuk alam sekitar san sosial kerana kadang-kadang manusia
sibuk mengejar kemajuan dan kecanggihan sehinggakan alpa dengan kesan buruk yang
bakal menimpa. Manakala, responden yang menyokong pernyataan pengklonan dapat
menggalakkan bidang perubatan merupakan ketiga tinggi, iaitu 77 peratus. Menurut
Majlis Fatwa Kebangsaan, pada 2002, penggunaan ‘stem cell’ bagi tujuan perubatan an
kajian, yang diambil bukan dari proses pengklonan adalah diharuskan selagi ianya tidak
bercanggah dengan hukum syara. Oleh itu, dari segi agama Islam, pengklonan yang
dilakukan kepada sel manusia yang boleh dijadikan bahan untuk mengubati penyakit
adalah digalakkan selagi ia tidak menyebabkan berlaku percampuran keturunan

33
AEMS 3113 Moral dan Etika

Bahagian D:Kajian Kes

Doktor Zhivago telah menubuhkan sebuah syarikat pengklonan manusia


“Clonotec” dengan modal berbayar sebanyak USD100 juta. Beliau mendapat sokongan
daripada beberapa pelabur kerana dijangkakan industri pengklonan manusia menjadi
sebuah industri yang lumayan pada masa hadapan.

Pandangan Kami

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengklonan manusia merupakan sebuah


industri yang belum diterokai pada masa kini. Industri tersebut dipercayai dapat memberi
keuntungan yang sangat lumayan pada masa hadapan.

Dalam kes di atas, niat Doktor Zhivago adalah amat ketara sekali iaitu untuk
mengaut keuntungan yang banyak. Jadi, wajarlah tindakan Doktor Zhivago ini untuk
melakukan pengklonan manusia kerana industri ini membolehkan Doktor Zhivago dan
pelabur-pelabur menjadi kaya-raya.

Selain itu, tujuan penubuhan syarikat “Clonotec” adalah untuk memuaskan


keinginan pasangan suami isteri yang tidak berkeupayaan untuk melahirkan anak. Doktor
Zhivago juga berhasrat untuk “mencipta” organ-organ baru untuk menggantikan organ-
organ yang rosak bagi pesakit yang memerlukannya, agar ajal mereka dapat
ditangguhkan. Beliau mempunyai tekad yang baik untuk mengubati pesakit-pesakit ini.
Asalkan adanya motif yang bermakna ini, beliau bertindak wajar.

Kajian menunjukkan bahawa pengklonan manusia akan membantu kita untuk


mencari penawar bagi kebanyakan penyakit yang kini tidak dapat diubati atau
mempunyai peluang yang tipis untuk sembuh. Pengklonan manusia sememangnya
mendatangkan banyak manfaat dalam bidang perubatan. Para ahli sains mempercayai
bahawa kemajuan bidang perubatan akan berkembang dengan lebih pesat sekiranya
kajian pengklonan diteruskan. Penawar yang lebih berkesan besar kemungkinan akan

34
AEMS 3113 Moral dan Etika

ditemui melalui pengklonan. Tindakan Doktor Zhivago ini merupakan langkah pertama
yang membolehkan bidang perubatan berkembang dengan maju dan akhirnya
memanfaatkan orang ramai.

Sesungguhpun tindakan Doktor Zhivago ini mendatangkan banyak kesan-kesan


yang positif kepada kita, pada masa yang sama, ia juga melibatkan banyak akibat-akibat
yang negatif. Antaranya ialah sistem manusia akan menjadi kucar-kacir. Sesiapa yang
menginginkan anak boleh melakukan pengklonan bila-bila masa. Ini akan menyebabkan
populasi manusia tidak dapat terkawal. Jesteru itu, ini akan membawa mudarat yang
besar kepada semaksima masyarakat.

Berlandaskan ajaran kebanyakan agama, umpamanya Islam, Kristian dan Buddha,


Tuhan sahaja yang boleh mencipta manusia. Manusia dilahirkan dalam dunia ini adalah
kerana kekuasaan Tuhan semata-mata. Tindakan Doktor Zhivago ini seolah-olah
mencampur tangan akan kuasa Tuhan yang istimewa ini. Mengikut ajaran-ajaran agama,
manusia tidak mempunyai hak untuk mempunyai kuasa Tuhan. Beliau seharusnya
bersikap sederhana dan tidak melampaui batas. Tindakan sedemikian dianggap adalah
sesuatu tindakan yang keterlaluan yang melanggar tradisi ajaran agama dan norma
masyarakat yang diwarisi turun-temurun ini.

Jika difikir dari sudut yang lain, tindakan Doktor Zhivago ini sebenarnya
memperalatkan klon-klon untuk mendapatkan organ-organ dan sum-sum tulang mereka.
Kononnya manusia berpendapat pengklonan adalah sangat bermanfaat kepada orang lain.
Manusia tidak sedar bahawa tindakan ini adalah zalim terhadap klon-klon. Mereka
mengklonkan diri mereka hanya demi organ-organ dan sum-sum tulang mereka semata-
mata. Mereke langsung tidak peduli akan kehidupan klon-klon itu. Klon-klon ini
dikatakan adalah satu peralatan demi kepentingan diri manusia sendiri sahaja.

35
AEMS 3113 Moral dan Etika

Sehinggalah hari ini, kontroversi pengklonan manusia masih berterusan.


Pertikaian ini akan tidak berhabis-habisan kerana memang sukar untuk membuat
keputusan sama ada menyokong atau menentang. Setakat ini, kebanyakan negara dan
agama menentang pengklonan manusia secara keras. Pengklonan manusia masih tidak
boleh diterima oleh masyarakat pada hari ini.

Pada pendapat kami, pengklonan patut diharamkan selama-lamanya. Kami


berpandangan bahawa kemudaratan yang dibawa oleh pengklonan manusia adalah lebih
serius daripada kebaikan yang ada. Kami berpendapat bahawa sistem manusia yang akan
menjadi kucar-kacir adalah kemudaratan utama yang dibawa oleh pengklonan. Masalah-
masalah seperti kekeliruan identiti, populasi manusia yang tidak terkawal dan campur
tangan akan kuasa Tuhan akan timbul. Meskipun pengklonan dikatakan mengembangkan
bidang perubatan dan mendatangkan kesan baik yang lain, tetapi haruslah manusia
sederhana dan tidak keterlaluan.

Kami berpendapat bahawa tindakan Doktor Zhivago ini adalah tidak bermoral dan
tidak wajar.

36
AEMS 3113 Moral dan Etika

Bibliografi
• www.muftiselangor.gov.my/E-Book/Koleksi At-Taqwa
• www.jphpk.gov.my/Malay/Jan03
• www.kompas.com/ver1/Kesehatan/0611/17/084322.htm
• Buku Teks – Moral & Etika
• http://www.ikim.gov.my/v5/imagesweb/ikim/favicon.ico
• http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab
• http://www.islam.gov.my/portal/sejarah.php
• http://members.tripod.com/skypin/agama/index1.html
• http://www.suaraulama.com.my
• http://www.utusan.com.my/utusan/index.asp?pub=Utusan_Malaysia
• http://members.tripod.com/tibbians/shuib.pdf
• http://www.tutor.com.my/tutor/estidotmy/
• http://www.investors.about.com/

37
AEMS 3113 Moral dan Etika

38

Anda mungkin juga menyukai