Anda di halaman 1dari 13

DARIPADA CONTENGAN KEPADA HURUF: PERKEMBANGAN PENULISAN AWAL KANAK-KANAK

Zainiah Mohamed Isa

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Mohd Radzhi Abdul Rahman

Universiti Selangor

ABSTRAK

Penulisan ini bertujuan melihat contengan atau penulisan oleh kanak-kanak yang berusia 3 ke 4 tahun. Sampel-sampel tulisan yang digunakan dalam penulisan ini adalah daripada kanak-kanak berusia 3 dan 4 tahun lelaki dan perempuan daripada taska dan tadika di negeri Selangor, Malaysia. Beberapa sampel tulisan mereka telah dijadikan contoh dalam penulisan ini. Penulis telah membandingkan contoh-contoh tulisan daripada sampel dengan peringkat-peringkat penulisan daripada (Miller, 2009) dan (Schickedanz dan Casbergue, 2004). Melalui sampel tersebut, penulisan berkenaan corak perkembangan daripada contengan kepada penulisan huruf ini dihasilkan. Selain daripada itu, penulisan ini juga mencadangkan kaedah bagi membantu kanak-kanak memperkembangkan kemahiran penulisan mereka.

FROM SCRIBBLING TO ALPHABET: CHILDREN’S EARLY WRITING DEVELOPMENT

ABSTRACK

This article is regarding scibbling stages of children at the age of 3-4 years old. The samples of writing are made by 3 and 4 years old children from taska dan tadika in Selangor, Malaysia. Few writing samples were selected to be shown in this article. This article view the writing development from scribbling to alphabet. This article also suggests techniques to improve childrens’ writing skills.

Penulisan awal kanak-kanak

Contengan adalah penulisan pertama kanak-kanak. Mereka menconteng gerakan depan ke belakang dan dari atas ke bawah serta membentuk bulatan (Beaty, 2009). Menulis pula adalah suatu proses iaitu kanak-kanak menyampaikan idea mereka melalui sistem cetakan (Schickedanz & Casburgue, 2004).

Mayer (2007) pula menggunakan istilah emergent writing atau pemunculan penulisan yang membawa maksud kanak-kanak mula memahami bahawa penulisan

merupakan suatu alat komunikasi dan sesuatu di atas kertas (tulisan atau lukisan) yang merupakan suatu mesej. Pemunculan penulisan ini termasuklah melukis, contengan dari kiri ke kanan dan sebaliknya, menulis bentuk-bentuk huruf serta membuat garisan halus, semua ini merupakan cubaan-cubaan awal kanak-kanak berkomunikasi melalui tulisan.

Miller (2009) pula menyatakan dengan lebih mendalam lagi perlakuan menulis oleh kanak-kanak tiga dan empat tahun. Di usia tiga tahun kanak-kanak seronok menconteng, membuat garisan beralun (zig-zag) dan bulatan. Apabila berusia empat tahun kanak-kanak mula melukis berasaskan sesuatu objek yang dikenalinya. Kanak- kanak berusia empat tahun mula menyambung garisan lengkok, bulatan dan garisan lurus dalam lukisannya ataupun sebagai tulisan asas bagi penulisannya.

Oleh itu dapatlah disimpulkan istilah penulisan bagi kanak-kanak adalah bermula dengan contengan, seterusnya menggunakan garisan dan bulatan untuk membentuk gambar atau huruf bagi menyampaikan sesuatu idea. Penulisan artikel ini akan memberi tumpuan kepada peringkat contengan yang dilalui oleh kanak-kanak yang berusia tiga ke empat tahun bagi melihat perkembangan contengan mereka sebelum mereka mula menulis huruf.

Peringkat-peringkat penulisan awal kanak-kanak

Contengan adalah merupakan asas kebolehan menulis (Zecker, 1999). Kanak-kanak yang berumur dua tahun telah menggunakan jari dan tangan mereka untuk menconteng. Menurut Zecker (1999) pada peringkat awal contengan tidak memberikan apa-apa makna tetapi lebih kepada keperluan latihan kemahiran motor halus kanak-kanak. Tahap usia mula menconteng ini juga disokong oleh Schickedanz (1990) yang menyatakan aktiviti menulis kanak-kanak bermula seawal usia 2 ke 2 ½ tahun kepada usia lebih kurang 5 tahun, ataupun daripada usia akhir anak tatih kepada transisi ke sekolah. Kanak-kanak pada usia ini suka meneroka pergerakan dengan pensil, krayon dan pensil warna di atas kertas.

Selepas kerap menconteng kita akan dapat melihat bentuk dan garisan mula wujud (Sulzby, 1992). Bentuk garisan ini akan berkembang hingga wujud bentuk ejaan sebenarnya. Proses ini bukanlah berlaku dengan mendadak akan tetapi secara beransur- ansur.

Peringkat pertama: Contengan

Bagi peringkat permulaan kanak-kanak mendapati yang alat tulisan seperti pensel dan warna meninggalkan kesan. Didorong rasa ingin tahu, kanak-kanak mula menggerakkan alat tulis tersebut ke depan dan ke belakang dan juga dalam bentuk bulatan. Ini dapat dilihat dalam gambar rajah di bawah.

Selepas kerap menconteng kita akan dapat melihat bentuk dan garisan mula wujud (Sulzby, 1992). Bentuk garisan

Rajah 1: Menulis melalui contengan oleh kanak-kanak 3 tahun.

Kanak-kanak ini diberikan sehelai kertas dan sebatang pensel dan dia terus melukis dengan membuat contengan. Dia tidak memberikan sebarang komen terhadap lukisannya apabila ditanya tentang lukisan tersebut.

Rajah 2: Pergerakan mendatar atau melintang oleh kanak-kanak lelaki berumur 3 tahun. Kanak-kanak yang berumur 3

Rajah 2: Pergerakan mendatar atau melintang oleh kanak-kanak lelaki berumur 3 tahun.

Kanak-kanak yang berumur 3 tahun ini juga diberi sehelai kertas dan sebatang pensel dan dia terus menconteng. Apabila ditanya tentang apa yang dia lakukan, dia hanya senyum dan tersipu malu tanpa memberikan sebarang komen.

Untuk beberapa bulan seterusnya, kanak-kanak akan terus melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali bagi melatih kemahiran psikomotornya. Apabila dia telah mula dapat meguasai beberapa pergerakan mudah seperti garisan mendatar dan menegak dia mula menghasilkan sesuatu yang bertujuan. Proses ini berlangsung beberapa bulan iaitu kanak-kanak melakukan eksplorasi pergerakan dan mencuba dan terus mencuba sehingga dia dapat menguasai pergerakannya.

Bagi contoh penulisan rajah 1, kanak-kanak tersebut tidak menyatakan apa-apa tentang penulisan mereka. Begitu juga beberapa orang kanak-kanak daripada sampel penulisan ini ditanya tentang contengan mereka, mereka berdiam diri atau pun menyatakan tidak tahu. Ini menunjukkan contengan awal adalah diperingkat yang dikatakan oleh Schickedanz dan Casbergue (2004) sebagai ‘writing without composing’. Kanak-kanak hanya menconteng tetapi contengan tersebut lebih kepada eksplorasi mereka terhadap alat tulis dan kesan contengan yang dihasilkan. Ianya bukanlah mempunyai tujuan tertentu seperti menghasilkan gambar ataupun tulisan huruf.

Peringkat kedua: Garisan dan bulatan jelas terbentuk

Apabila kanak-kanak telah boleh mengawal pergerakan tangan, dia pada mulanya dapat membentuk garisan-garisan. Kanak-kanak tersebut inginkan garisannya mewakili sesuatu perkara atau imej (Shickedanz dan Casburge, 2004). Kenyataan ini disokong oleh Miller (2009) yang menyatakan kekuatan pergelangan tangan dan jari adalah penting bagi mengawal pergerakan bagi alat tulis bagi tujuan penulisan. Oleh itu kanak-kanak yang lebih berusia akan mempunyai kawalan motor yang lebih baik bagi menghasilkan penulisan yang lebih terkawal. Apabila dia mengamati hasil tulisannya dia dapat melihat sesuatu terhasil daripada penulisan dan dia boleh memberikan komen terhadap penulisan tersebut. Oleh itu kanak-kanak yang telah dapat mengawal pergerakan tangannya ini telah mempunyai tujuan ataupun penulisannya telah mewakili sesuatu tulisan atau gambar.

Peringkat kedua: Garisan dan bulatan jelas terbentuk Apabila kanak-kanak telah boleh mengawal pergerakan tangan, dia pada

Rajah 3: Garisan dan bulatan yang dilukis oleh kanak-kanak lelaki berumur 3 tahun.

Menurut kanak-kanak ini, lukisan yang dibuat menggambarkan kawasan permainannya. Dia mengatakan bahawa lukisan ini adalah suasana ketika dia dan kawan-kawannya bermain di kawasan permainan tersebut.

Rajah 4: Mula membentuk bulatan dan dapat mengawal pergerakan tangan oleh kanak- kanak 3 tahun. Apa

Rajah 4: Mula membentuk bulatan dan dapat mengawal pergerakan tangan oleh kanak- kanak 3 tahun.

Apa yang digambarkan oleh kanak-kanak ini ialah dia melukis tentang Zoo Negara. Gambaran ini muncul apabila dia diminta untuk melukis gambar binatang yang baru dilihat selepas dua hari dia megunjungi Zoo Negara.

Dapat kita lihat bahawa kanak-kanak ini banyak menggunakan garisan yang melintang dan juga bentuk bulatan. Jika diperhatikan garisan-garisan yang terdapat dalam penulisan ini agak terpisah antara satu sama lain. Ini menunjukkan bahawa kanak-kanak ini lebih terkawal pergerakannya sehingga dia dapat mengawal penghasilan garisan tersebut sehingga garisan yang dihasilkan lebih panjang dan tidak bercantum antara satu sama lain.

Peringkat ketiga: Muncul garisan beralun (zig-zag)

Apabila kanak-kanak telah sedar tentang konsep tulisan, mereka mula meniru cara menulis dengan menghasilkan garisan beralun. Pada mereka, garisan beralun tersebut mewakili tulisan. Pada mulanya hanya garisan beralun yang terbentuk. Kemudian garisan beralun tersebut akan berkembang dengan disertai lengkungan dan bulatan kecil. Ini menunjukkan bahawa kanak-kanak ini telah dapat membezakan huruf-huruf dalam

tulisan iaitu ada yang berbentuk garisan dan juga bulatan. Oleh itu mereka akan cuba menghasilkan bentuk-bentuk huruf ini dalam penulisan mereka.

tulisan iaitu ada yang berbentuk garisan dan juga bulatan. Oleh itu mereka akan cuba menghasilkan bentuk-bentuk

Rajah 5: Garisan beralun yang dihasilkan oleh kanak-kanak 4 tahun.

Apabila ditanya apa yang sedang dilakukannya, kanak-kanak ini menyatakan bahawa dia menulis seperti apa yang ibunya tulis.

tulisan iaitu ada yang berbentuk garisan dan juga bulatan. Oleh itu mereka akan cuba menghasilkan bentuk-bentuk

Rajah 6: Tulisan beralun yang mula disertai dengan beberapa huruf.

Kanak-kanak yang berusia 4 tahun 10 bulan ini sedang bermain-main mengisi borang. Ini menunjukkan kanak-kanak ini telah faham tentang konsep cetakan iaitu fungsi tulisan.

Peringkat keempat: Peniruan huruf

Apabila kanak-kanak mula mempelajari tentang fungsi lambang huruf (tulisan) sebagai mewakili bunyi-bunyi bahasa, mereka akan mempertingkatkan kebolehan contengan mereka untuk meniru huruf yang mereka lihat atau yang mereka dengari. Di sini barulah contengan ini memberikan makna kepada mereka seperti yang dinyatakan oleh Schickedanz dan Casbergue (2004) semasa kanak-kanak berusia 4 tahun mereka berlatih menulis huruf-huruf, dan walaupun huruf-huruf tersebut telah jelas dan disusun dalam barisan perkataan ianya tidak mewakili apa-apa perkataan pun.

Peringkat keempat: Peniruan huruf Apabila kanak-kanak mula mempelajari tentang fungsi lambang huruf (tulisan) sebagai mewakili bunyi-bunyi

Rajah 7: Unit-unit simbol yang terpisah oleh kanak-kanak lelaki berumur 4 tahun

Kanak-kanak ini diminta untuk menuliskan huruf-huruf yang dia ketahui. Hasilnya dapat dilihat terbentuknya beberapa huruf seperti ‘S’, ‘P’ dan ‘D’.

Dalam contoh rajah di atas, kanak-kanak hampir tidak menggunakan contengan lagi. Telah kelihatan beberapa huruf yang boleh dikenali dalam penulisan tersebut walaupun masih terdapat lagi garisan, lengkungan dan bulatan yang tidak dapat dikenal pasti. Jelas kanak-kanak ini telah mengetahui beberapa huruf dalam abjad, dan dia menulis huruf-huruf tersebut apabila di minta menulisnya.

Peringkat kelima: Menulis huruf sebenarnya

Kanak-kanak yang telah mengetahui konsep tulisan serta dapat mengawal psikomotornya dengan lebih baik, mereka akan cuba menulis pelbagai jenis huruf yang diketahuinya. Mereka akan memanipulasi garisan, lengkungan dan bulatan kerana bentuk-bentuk ini merupakan asas bagi membentuk pelbagai huruf yang mereka kenali. Pada peringkat permulaan huruf-huruf di tulis secara bersepah-sepah, tiada perancangan penggunaan ruang tetapi lama-kelamaan kanak-kanak ini akan menyusun huruf-huruf tersebut sepertimana bentuk penulisan biasa dan menulis dari kiri ke kanan. Walaubagaimanapun pada masa ini mereka belum dapat membentuk huruf-huruf dalam perkataan.

Peringkat kelima: Menulis huruf sebenarnya Kanak-kanak yang telah mengetahui konsep tulisan serta dapat mengawal psikomotornya dengan

Rajah 8: Telah dapat meniru huruf-huruf dengan baik.

Kanak-kanak ini diminta meniru huruf-huruf yang ditunjukkan. Hasil menunjukkan bahawa kanak-kanak ini dapat menulis dengan baik cuma ada beberapa kesalahan seperti kesalahan menulis huruf dengan betul.

Rajah 9: Dapat menyusun huruf mengikut format menulis. Kanak-kanak 4 tahun ini dapat menyusun deretan huruf

Rajah 9: Dapat menyusun huruf mengikut format menulis.

Kanak-kanak 4 tahun ini dapat menyusun deretan huruf seperti tulisan. Walaupun terdapat huruf-huruf yang terbalik kanak-kanak ini membetulkannya semula diakhir penulisannya.

Daripada contoh-contoh yang terdapat dalam penulisan ini didapati peringkat penulisan yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak berusia tiga tahun sama seperti yang dinyatakan oleh Miller (2009). Beliau menyatakan di usia tiga tahun kanak-kanak seronok menconteng, membuat garisan beralun (zig-zag) dan bulatan. Contoh pada rajah 1, 2 dan 3 adalah hasil penulisan kanak-kanak berusia tiga tahun yang bermula dengan contengan, memanipulasikan garisan dan bulatan. Namun begitu, garisan beralun dalam penulisan ini dihasilkan oleh kanak-kanak yang berusia empat tahun. Miller (2009) juga menyatakan apabila berusia empat tahun kanak-kanak mula melukis berasaskan sesuatu objek yang dikenalinya. Kanak-kanak berusia empat tahun mula menyambung garisan lengkok, bulatan dan garisan lurus dalam lukisannya ataupun sebagai tulisan asas bagi penulisannya, baik bagi melukis gambar ataupun bagi menulis. Dalam penulisan ini juga dapat dilihat kanak-kanak menghasilkan garisan beralun setelah mereka faham tentang fungsi tulisan dan seterusnya mereka mempertingkatkan kemahiran tersebut kepada menghasilkan huruf-huruf abjad. Peringkat perkembangan yang berlainan boleh berlaku kerana perkembangan penulisan kanak-kanak ini adalah bergantung kepada pendedahan dan juga sokongan yang diterima oleh mereka.

Oleh itu guru dan ibu bapa patut menyediakan peluang menulis yang lebih banyak serta menyediakan bahan untuk menulis yang mencukupi agar kanak-kanak berpeluang melatih kemahiran menulis mereka. Guru-guru dan ibu bapa perlu memahami yang

kebolehan kanak-kanak menulis tidak tertakluk kepada umur dan peringkat tertentu tetapi bergantung kepada pendedahan yang diterimanya. Ini kerana jika kanak-kanak mendapat pendedahan awal, biasanya pada usia empat hingga tujuh tahun kanak-kanak mula menterjemahkan perkataan yang mereka dengar kepada huruf yang paling ketara pada pendengaran mereka (Schickedanz, 2004). Ini membolehkan mereka menulis huruf-huruf tersebut dalam penulisan mereka.

Menyokong perkembangan penulisan

Peringkat usia kanak-kanak dua hingga lima tahun adalah peringkat mereka gemar menulis. Jika sering diberikan sokongan, rangsangan, galakan dan bimbingan perkembangan tulisan mereka akan berlaku dengan cepat. Jika kurangnya latihan dan sokongan, perkembangan ini akan berlaku dengan perlahan. Oleh itu, guru dan ibu bapa perlu memberi sokongan kepada perkembangan penulisan kanak-kanak dengan cara menyediakan bahan untuk kanak-kanak menulis, menyediakan peluang bagi menulis secara bebas dan terbimbing, serta menyediakan ruang atau lokasi di mana kanak-kanak boleh menulis.

Bagi peringkat penulisan contengan dan membentuk garisan, guru dan ibu bapa perlu tahu yang pada ketika ini kanak-kanak perlu memperkuatkan kawalan tangannya bagi memegang alat tulis. Aktiviti-aktiviti yang melatih koordinasi mata dan tangan serta menguatkan pergelangan tangan dan juga jejarinya perlu diperbanyakkan lagi. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah memasukkan manik ke dalam benang, menggunting, mengoyak, menguli doh, mencantumkan puzzle dan lain-lain lagi. Guru-guru dan ibu bapa juga perlu banyak memberikan peluang menulis dengan menyediakan pelbagai alat tulis untuk mereka mencuba menulis, dan juga kertas yang pelbagai saiz dan warna.

Bagi peringkat membentuk garisan dan garisan beralun pula kanak-kanak pada ketika ini sedang membuat cubaan-cubaan membentuk garisan dan gambar. Apa yang guru dan ibu bapa boleh lakukan ialah memberi komen dan rangsangan terhadap penulisan mereka agar mereka berasa seronok dengan hasil kerja mereka, seperti

peringkat contengan di atas guru dan ibu bapa perlu menyediakan alat tulis agar kanak- kanak dapat menggunakannya apabila perlu.

Bagi peringkat peniruan huruf dan huruf pula, dapat dilihat kanak-kanak pada ketika ini sedang membuat percubaan-percubaan menulis huruf-huruf. Selain daripada menyediakan alat tulis yang diperlukan penyediaan persekitaran yang kaya dengan cetakan juga dapat membantu perkembangan kanak-kanak pada peringkat ini. Cetakan di persekitaran akan menjadi sumber inspirasi kapada kanak-kanak untuk meniru tulisan- tulisan tersebut bagi melatih kemahiran menulis huruf. Guru dan ibu bapa juga perlu memberikan rangsangan dan bimbingan bagi menggalakkan usaha-usaha kanak-kanak ini.

Kesimpulan

Dengan mengetahui peringkat perkembangan menulis kanak-kanak ini juga, guru boleh memberi galakan dan bimbingan untuk membantu mereka maju ke peringkat yang lain. Guru harus tahu menilai hasil kerja kanak-kanak dan sentiasa berpegang kepada “proses lebih penting daripada produk”. Dengan memberi kebebasan akan membuka peluang untuk kanak-kanak meneroka dan berkreatif, dengan bimbingan pula guru-guru dapat menerapkan kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ini.

Adalah penting pada peringkat awal, kanak-kanak meneroka dan belajar daripada kesalahan dan pengalaman sendiri bagi memahami konsep penulisan. Setelah mereka memahami konsep dan fungsi tulisan, kanak-kanak perlu pula mempelajari cara menulis dengan betul dan seterusnya mengeja dengan betul. Ini adalah merupakan suatu pengalaman yang amat menyeronokkan kepada guru dan ibu bapa serta merupakan suatu perjalanan yang berharga buat kanak-kanak. Oleh itu hayatilah setiap detik dan saat bersama kanak-kanak di bilik darjah anda dengan penuh bermakna.

RUJUKAN

Cruikshank, M (2001). The emergent writing process of a preschool child. Dalam International Journal of Early Childhood, 33(2), 10-17.

Mayer, K (2007). Emerging knowledge about emergent writing. Dalam Young Children,

34-40.

Miller, S. A. (2009).

3 to 4: Little fingers at works.

2009; 17, 2; Academic Research Library.

Scholastic Parent & Child; Oct

Schickedanz, J. A (1999). More Than the ABCs: The early stage of reading and writing. Washington D.C: NAEYC.

Schickedanz, J. A (2004). A framework and suggested guidelines for prekindergarden content standards. Dalam The Reading Teacher, 58(9), 95-100.

Schickedanz, J.A. & Casburgue, R.M. (2004). Writing in Preschool: Learning to Orchestrate Meaning and Marks. Newark: Reading Association.

Sulzby, E (1992). Research Directions: Transitions from emergent to conventional writing. Dalam Language Arts, 69(4), 290-297.

Wilkinson, S (2008). ‘Is there a seven in your name?’: Writing in the early years. Dalam David Whitebread dan Penny Coltman. Teaching and learning in the early years (m.s. 181-200). London: Routledge.

Zecker, L. B (1999). Different texts, different emergent writing forms. Dalam Language Arts, 76(7), 483-490.