Anda di halaman 1dari 52

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN

UNIT 3
MORAL

Sinopsis

Unit ini menjelaskan bagaimana cara menyediakan perancangan pengajaran semester,


mingguan dan harian. Contoh-contoh format yang berkaitan termasuk Rancangan
Mengajar Harian disertakan sebagai panduan pelajar. Tajuk 1 membincangkan format
Rancangan Mingguan dan Semester. Tajuk 2 pula memberi panduan kepada pelajar
format persediaan Rancangan Mengajar Harian dengan memasukkan aspek
Kompetensi Kecerdasan Emosi. Dalam Tajuk 3 pelajar dapat mengetahui prinsip-
prinsip pengajar mikro dan mikro. Tajuk 4 pula menjelaskan tentang Pengajaran Mikro
dan Makro, bagaimana menjalankannya dan langkah-langkah dalam pelaksanaannya.
Ini termasuk set induksi, penggunaan media/alat, variasi rangsangan, teknik penyoalan,
penerangan/contoh dan ilustrasi, penggunaan sumber, pemudahcara dan penutup. Unit
ini juga membincangkan pelaksanaan setiap kemahiran dalam pengajaran mikro dan
makro, objektif, implikasi kepada pengajaran pembelajaran, cara pengendalian, refleksi
kendiri dan penilaian rakan sebaya.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir unit ini pelajar dapat :

1. menyediakan rancangan pengajaran semester, mingguan dan harian mata


pelajaran Pendidikan Moral;

2. memahami tentang konsep pengajaran mikro dan makro dan kebaikannya;

3. mengetahui bagaimana melaksanakan kemahiran-kemahiran dalam pengajaran


mikro dan makro seperti set induksi, variasi rangsangan, teknik penyoalan dan
sebagainya dan

4. memahami bagaimana melaksanakan pengajaran mikro dan makro bermula


daripada pengenalan prinsip, pelaksanaan sehinggalah penilaian rakan sebaya
dan sebagainya.

1
TAJUK 1 RANCANGAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

1.0 Pengenalan

Kita telah mempelajari tentang teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran Pendidikan


Moral dalam bab yang lalu. Tidak sempurna tugas seorang guru sekiranya tidak
membuat persediaan dan rancangan mengajar. Persediaan Rancangan Mengajar
merupakan satu kemestian yang membolehkan seorang guru mengajar dengan baik
dan terancang.

Untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, guru perlu


menguasai kemahiran menyediakan rancangan pengajaran semester, mingguan dan
harian. Rancangan Pengajaran Semester akan memberikan garis panduan kepada
susunan topik-topik yang perlu diajar sepanjang tahun yang dipecahkan kepada dua
semester. Rancangan Mingguan memfokuskan kepada topik-topik spesifik yang perlu
diajar pada minggu berkenaan. Persediaan Mengajar Harian merupakan garis panduan
terperinci yang digunakan oleh guru untuk menjalankan satu pengajaran secara
sistematik kerana pelbagai aspek perlu diambil kira dalam menjayakan sesuatu
pengajaran dan pembelajaran.

Dengan adanya persediaan mengajar yang terancang, guru akan bertambah yakin,
sistematik, inovatif dan mampu menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih
berkesan.

1.1 Rancangan Tahunan, Rancangan Semester dan Rancangan Mingguan

1.1.1 Kepentingan

1. Rancangan kerja merupakan satu panduan kepada guru tentang topik-


topik yang hendak disampaikan.
2. Dapat mengelakkan guru daripada terpesong daripada topik/objektif
pembelajaran.
3. Membantu guru menentukan strategi pembelajaran yang bersesuaian
dengan tema, masa dan objektif.
4. Membantu guru menyediakan bahan-bahan pengajaran dan

2
pembelajaran mengikut minat dan kebolehan murid-murid.
5. Perlu merujuk Huraian Sukatan Pelajaran untuk mengetahui bidang
pembelajaran dan kandungan akademik yang dikemukakan.
6. Dapat menyediakan alat-alat bantu mengajar secara terancang.

1.1.2 Rancangan Tahunan / Semester

Rancangan tahunan mata pelajaran biasanya dijadikan rancangan untuk dua semester
tahun pelajaran yang berkenaan. Rancangan semester merujuk kepada rancangan kerja
yang disediakan untuk satu-satu semester. Butir-butir dalam rancangan semester
termasuk topik-topik yang perlu diajar mengikut setiap minggu sepanjang tahun. Dalam
menyediakan rancangan semester, perkara seperti cuti sekolah, cuti am, cuti peristiwa
sekolah dan aktiviti-aktiviti dalam takwim sekolah perlu diambil kira.

Dalam menyediakan rancangan semester langkah-langkah berikut perlu diikuti:

1. membuat pemetaan Sukatan Pelajaran iaitu mengenal pasti jumlah topik dan sub
topik yang perlu diajar sepanjang tahun;
2. agihkan topik dan subtopik yang perlu diajar kepada dua semester;
3. masukkan topik yang perlu diajar sepanjang semester dengan mengambilkira cuti
sekolah dan aktiviti-aktiviti / acara-acara rasmi peringkat sekolah dalam takwim
sekolah.

Berikut adalah satu Contoh Rancangan Semester Pendidikan Moral Tahun 4.

i) Pemetaan sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tahun 4


(Jumlah topik dan subtopik yang perlu diajar sepanjang tahun)

BIDANG PELAJARAN SUB NILAI


BP 1 : Nilai berkaitan dengan 1.1 Kepercayaaan kepada Tuhan
3
1.2 Kebersihan fizikal dan mental
1.3 Harga diri
1.4 Kerajinan
1.5 Hemah tinggi
Perkembangan Diri 1.6 Kasih sayang
1.7 Kesederhanaan
1.8 Kejujuran
1.9 Baik hati
1.10 Berterima kasih
2.1 Kasih sayang terhadap keluarga
2.2 Hormat dan taat kepada anggota
BP 2 : Nilai berkaitan diri dan keluarga
keluarga
2.3 Tanggungjawab terhadap keluarga
3.1 Tanggungjawab terhadap
masyarakat
BP 3 : Nilai berkaitan diri dan masyarakat 3.2 Toleransi dalam masyarakat
3.3 Semangat bermasyarakat
3.4 Peka terhadap isu-isu sosial
4.1 Kebersihan dan keindahan
persekitaran
BP 4 : Nilai berkaitan diri dan alam sekitar
4.2 Menyayangi alam sekitar
4.3 Peka terhadap isu-isu alam sekitar
5.1 Hormat dan setia kepada pemimpin,
raja dan negara
5.2 Patuh kepada peraturan dan
BP 5: Nilai berkaitan diri dan negara
undang-undang
5.3 Cinta kepada negara
5.4 Keamanan dan keharmonian

BIDANG PELAJARAN SUB NILAI

BP 1 : Nilai berkaitan dengan 1.1, 1.2, 1.3, 1.4, 1.5, 1.6, 1.7, 1.8, 1.9,
perkembangan diri 1.10

BP 2 : Nilai berkaitan diri dan keluarga 2.1, 2.2, 2.3

BP 3 : Nilai berkaitan diri dan masyarakat 3.1, 3.2, 3.3, 3.4

BP 4 : Nilai berkaitan diri dan alam sekitar 4.1,4.2,4.3

BP 5: Nilai berkaitan diri dan negara 5.1, 5.2, 5.3, 5.4

* Sila rujuk Huraian Sukatan Pendidikan Moral Sekolah Rendah untuk perincian
subtopik dalam setiap bidang pembelajaran.

Berhenti sejenak dan jawab soalan berikut !

4
Kenapa guru perlu menyediakan Rancangan Mingguan sedangkan rancangan semester
telah disediakan pada awal tahun ?

Seorang guru kerap kali menyuruh murid membuat kerja sendiri. Apakah tanggapan
anda?

Semasa anda di alam persekolahan dahulu tentunya ada cikgu yang anda suka dan
minat dengan mata pelajaran dan pengajarannya. Mengapa?

ii) Contoh Rancangan Semester 1 Pendidikan Moral Tahun 4

Aktiviti Sekolah /
Minggu Tarikh Topik Cuti
- Minggu Pengurusan
1 3/1 - 7/1/05
Murid Baru
Kepercayaan Kepada Tuhan
2 10/1 – 14/1/05
(1.1)
Kebersihan fizikal dan mental Hari Raya Korban
3 17/1 - 21/1/05
(1.2) (21/1/05)
4 24/2 -28/1/05 Harga diri (1.3)
5. 31/1 – 4/2/05 Kerajinan (1.4)
Hemah tinggi (1.5) Cuti Tahun Baru
Cina (9-10/2/05)
6. 7/2 - 11/2/05
Cuti Awal Muharram
(10/2/05)
7. 14/2 - 18/2/05 Ujian Bulanan
Kasih sayang terhadap keluarga
8 21/2 – 25/2/05 (2.1)

9. 28/2 – 4/3/05 Hemah tinggi (1.5)


10 7/3 – 11/305 - Sukan Sekolah
Cuti Pertengahan
14/3 – 20/3/05
Semester
Hormat dan taat kepada anggota
11 21/3 – 25/3/05
keluarga (2.2)
Tanggungjawab terhadap
12 28/3 – 1/4/05
masyarakat (3.1)
Toleransi terhadap masyarakat
13 4/4 – 8/4/05
(3.2)
Kebersihan dan keindahan
14 11/4 - 15/4/05
persekitaran
Hormat dan setia kepada
15 18/4 - 21/4/05
pemimpin, raja dan negara (4.1)
Patuh kepada peraturan dan
16 25/4 - 29/4/05
undang-undang (5.2)
17 2/5 - 6/5/05 Ulang kaji
18 9/5 - 13/5/05 Peperiksaan Akhir Semester
19 16/5 -20/5/05 Semak Kertas Ujian
20 23/5 - 27/5/05 Bincang Kertas-Kertas Soalan
5
Latihan 1.1
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Minggu Tarikh Topik Aktiviti Sekolah /


Cuti
26/5 - 1/6/03 Cuti Pertengahan Semester

Aktiviti 1
Berdasarkan contoh Rancangan Semester Satu Tahun 4 yang disediakan,
hasilkan satu Rancangan Semester untuk Tahun 2.

Aktiviti 2

Kebaikan menyediakan rancangan semester pada awal tahun.

1. _____________________________________________________________
____

2. _____________________________________________________________
____

3. _____________________________________________________________
____

4. _____________________________________________________________
____

Aktiviti 3

Sebutkan tiga perbezaan antara rancangan semester dan rancangan mingguan

1 _________________________________________________________________

2 _________________________________________________________________

3 _________________________________________________________________

Rumusan

Rancangan semester, mingguan dan harian perlu mengambil kira perkara berikut:

1. Rancangan semester dan mingguan merupakan satu panduan kepada guru


6
Senarai buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan
modul.

tentang topik-topik yang hendak disampaikan pada semester atau minggu


berkenaan

2. Rancangan tahunan / semester dirancang dengan merujuk kepada Huraian


Sukatan Pelajaran dan sukatan pelajaran untuk mengetahui bidang
pembelajaran dan kandungan akademik yang dikemukakan.

3. Rancangan tahunan / semester dan mingguan dirancang dengan mengambilkira


semua faktor yang akan mempengaruhi pelaksanaan pengajaran pembelajaran
dalam kelas seperti cuti, aktiviti sekolah dan ujian bulanan / peperiksaan

4. Mengetahui secara terperinci isi-isi yang hendak disampaikan pada sesuatu


minggu atau semester / tahun

5. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran akan


menjadi lancar dan tiada topik akan tercicir dengan adanya rancangan tahunan /
semester dan mingguan di samping mencapai hasil pembelajaran yang
dirancangkan

* Buku rekod mengajar adalah satu kemestian yang perlu ada pada setiap orang guru dan
dicatat rancangan pengajaran tahunan, semester dan harian. Buku rekod berkenaan juga
dikepilkan sukatan pelajaran untuk semua mata pelajaran yang diajar oleh guru.

Bacaan Asas

Shahabuddin Hashim et.al (2003) Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar Yang

7
Berkesan, Penerbit PTS Publications & Distributors.

Abdul Rahman Md.Aroff. (1999). Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral.
Serdang: Penerbit UPM.

Rujukan

Abdul Rahman Md. Aroff & Chang Lee Hoon (1994). Pendidikan Moral. Petaling Jaya:
Longman Malaysia Sdn.Bhd.

Ee, A.M. (1994). Pendidikan Moral (Elektif). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

Ee, A.M. ( 1997). Pedagogi II Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

Hena Mukherjee & Judy Ellis & chang Lee Hoon & N.S. Rajendran (1992). Strategi
Pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Koo Kee Peng & Tang Chee Yee (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran


Pendidikan Moral KBSR/KBSM, Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan
Malaysia.

TAJUK 2 PERSEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

8
Pengenalan

Tentunya anda biasa nampak guru-guru masuk ke kelas dengan buku rancangan
mengajar? Pernahkan anda terfikir apa yang ada di dalamnya? Ya! Itulah rekod
mengajar yang mengandungi Rancangan Persediaan Mengajar Semester, Rancangan
Persediaan Mengajar Mingguan dan Rancangan Persediaan Harian serta berbagai-
bagai butiran berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran termasuk jadual waktu,
nama-nama pelajar, markah dan sebagainya. Guru-guru perlu menulis rancangan
pengajaran yang akan diajar sebelum masuk mengajar kelas-kelas yang ditentukan
dalam jadual.

2.1 Persediaan Mengajar Harian

Butiran Persediaan Mengajar Harian umumnya adalah seperti berikut:

1. Butir-butir am – tarikh, masa, kelas, bilangan murid, pengetahuan sedia ada,


Kemahiran Berfikir, nilai sampingan, bahan bantu mengajar, Kompetensi
Kecerdasan Emosi, Teknik dan Pendekatan
2. Objektif pengajaran/Hasil Pembelajaran – Kognitif, Afektif dan Perlakuan
3. Strategi pengajaran/aktiviti
4. Langkah-langkah pengajaran – Set Indkusi, Perkembangan, Penutup
5. Penilaian Kendiri

Contoh Format Persediaan Mengajar

i). Maklumat am yang perlu ada dalam persediaan harian

• Mata pelajaran
• Kelas
• Masa
• Tajuk-tajuk untuk pelajaran hari tersebut
• Bidang Pembelajaran - Rujuk kepada Huraian Sukatan Pelajaran Tahun
berkenaan (terdapat 5 Bidang Pembelajaran)
• Kandungan Akademik - Rujuk Kepada Huraian Sukatan Pelajaran Tahun
berkenaan
• Subnilai - Rujuk kepada Huraian Sukatan Tahun Berkenaan
• Nilai sampingan

9
• Bahan Bantuan Mengajar
• Pengetahuan sedia ada
• Kemahiran Berfikir
• Kompetensi Kecerdasan Emosi*
• Pendekatan
• Teknik
• Hasil pembelajaran - Hasil Pembelajaran Afektif
Hasil Pembelajaran Kognitif
Hasil Pembelajarran Perlakuan (Psikomotor)

* Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE) adalah satu unsur baru yang diminta oleh Bahagian
Pendidikan Guru supaya dimasukkan dalam perancangan pengajaran pembelajaran dan perlu
ditekankan kepada pelajar-pelajar

Kompetensi Kecerdasan Emosi:

Kesedaran Sosial : Empati, Membangunkan Individu Lain


Kesedaran Kendiri : Kesedaran Emosi Kendiri, Kesedaran Ketepatan Kendiri, Daya
Usaha, Keyakinan Diri
Kemahiran Sosial : Membina Perhubungan
Pengaruh Sosial : Pengaruh, Komunikasi
Motivasi Kendiri : Berpandangan Optimis

*Sila rujuk artikel Lampiran 1: Pendidikan EQ mampu atasi masalah disiplin oleh Prof.
Madya Dr. Sohaimi Abdul Aziz, Utusan Malaysia, Selasa 13 April 2004

ii) Hasil pembelajaran (Objektif Pembelajaran)

Tahukan anda bahawa apa yang perlu dicapai dalam pengajaran merupakan hasil
pembelajaran atau objektif pembelajaran. Bagi mata pelajaran selain Pendidikan Moral,
biasanya hasil pembelajaran meliputi dua perkara iaitu:

• Hasil Pembelajaran Kognitif (Objektif Ekplisit)


Merupakan objektif yang dapat diukur di bilik darjah sama ada tercapai atau tidak
pada akhir pelajaran. Dalam sesi praktikum nanti pensyarah dapat menilai sama
ada objektif tercapai atau tidak berdasarkan langkah/aktiviti yang dirancang
menjurus kepada objektif yang dirancang.

• Hasil Pembelajaran Afektif (Objektif Implisit)


Merupakan objektif yang tidak boleh diukur di bilik darjah atau diukur dalam satu-
10
satu masa yang singkat. Contohnya guru tidak dapat mengukur berapa banyak
kasih sayang atau kesedaran yang meningkat tentang kepentingan menjaga alam
sekitar telah meningkat pada akhir sesuatu pelajaran.

Walau bagaimanapun bagi Pendidikan Moral, hasil pembelajaran mestilah meliputi


ketiga-tiga dimensi moral iaitu kognitif, afektif dan perlakuan. (sila rujuk Buku Sumber
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral KBSR/KBSM, Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia)

Dimensi perlakuan moral merupakan tindakan moral yang diambil atau akan dilakukan
oleh individu hasil dari dimensi penaakulan (kognitif) dan afektif dalam dirinya.
Contohnya: apabila seseorang mengetahui ada kumpulan yang melakukan perkara tidak
bermoral terlintas dalam taakulannya itu adalah perbuatan yang tidak bermoral dan
boleh menimbulkan emosi marah, kesal, sedih dan sebagainya. Ekorannya akan timbul
satu tindakan atau perlakuan moral yang dia akan memberitahu pihak berkuasa untuk
mengambil tindakan ke atas kumpulan tersebut atau menasihati kawan-kawannya
supaya menjauhkan diri daripada kumpulan yang tidak bermoral itu.

Berikut ialah contoh objektif/Hasil Pembelajaran Kognitif, Afektif dan Perlakuan

Objektif Explisit/Hasil Objektif Implisit/Hasil


Objektif Perlakuan
Pembelajaran Kognitif Pembelajaran Afektif
• Menyenaraikan 3 • Menanam rasa • Ikut serta dalam
kebaikan tanggungjawab aktiviti gotong
melibatkan diri dan rasa kekitaan royong
dalam aktiviti • Menanam minat • Mengajak kawan
gotong royong mencintai alam dalam kerja
• Menyatakan semulajadi kebajikan
peranan pelbagai • Berasa kesal • Mengambil
pihak dalam terhadap tindakan untuk
menangani sesetengah pihak menjaga
masalah ponteng yang tidak kebersihan
sekolah bekerjasama • Membantu dan
• Menjelaskan menjaga menjaga warga
peranan ibu bapa kebersihan tua
dalam • Menginsafi pahit
membesarkan getir pengalaman
anda yang dilalui oleh
warga tua

11
iii) Contoh Format Rancangan Mengajar Untuk Pengajaran dan Pembelajaran
selama 30 minit

Langkah – langkah Pengajaran

LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN CATATAN


PEMBELAJARAN

Set induksi

(5 min)

Langkah 1

(10 min)

Langkah 2

(10 min)

Penutup

(5 min)

iv) Contoh Format Rancangan Mengajar Untuk Pengajaran Pembelajaran


selama 60 minit

Langkah – langkah Pengajaran

LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN CATATAN


PEMBELAJARAN

Set induksi

(7 min)

Langkah 1

(13 min)

Langkah 2

(20 min)

Langkah 3

(15 min)

12
Penutup

(5 min)
v) Contoh Rancangan Mengajar Harian

Mata Pelajaran : Pendidikan Moral


Tarikh : 24 Januari 2005
Kelas : 4 Biru
Masa : 2 waktu (60 minit)
Jumlah Pelajar : 40 orang
Topik : Sayang Akan Diri
Bidang: 1. Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri
Sub Nilai : 1.3 Harga diri
Sentiasa menjaga maruah diri dalam kehidupan
Nilai sampingan : Rasional, bertimbang rasa, mengikut peraturan, hormat
kepada orang lain
Hasil pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
Kognitif i. banding beza antara tindakan yang wajar dan tidak wajar
ii. menjawab 4 soalan berdasarkan cerita rakaman
iii.meramalkan dua kesan bagi setiap tindakan yang tidak
wajar dalam borang grafik
Afektif i. memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan
harian
ii. berfikiran waras dan rasional dalam tindakan kehidupan
harian
Perlakuan i. bertindak secara waras dan menjaga maruah diri di
rumah dan di sekolah
ii. menjaga nama baik keluarga dan sekolah
Bahan/Sumber P & P Gambar-gambar, pita rakaman, pengurusan grafik
Pengetahuan sedia ada Murid-murid mengetahui kepentingan menjaga diri
Unsur KB Membuat ramalan
Teknik Apakah teknik yang digunakan?Nyatakan
Pendekatan Apakah pendekatan yang digunakan?Nyatakan

13
LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN
PENGAJARAN
PEMBELAJARAN
Set induksi 5 gambar situasi i. Guru
menunjukkan mempa KB
(10 min) tindakan wajar dan merkan Banding beza
tidak wajar 5 memberikan
• Gambar gamba sebab
menunjukka r yang
n perbuatan menunj BBM
merosakkan ukkan Gambar
harta awam tingkah situasi
• Menolong laku betul/salah
emak wajar Jadual
• Menjaga adik dan Betul/Salah
tidak
• Merokok
wajar
dalam
dilakuk
tandas
an
• Membuang
dalam
sampah ke kehidu
dalam pan
sungai harian

ii. Murid-
murid
dikehe
ndaki
membe
rikan
sebab
kenapa
tingkah
laku
tersebu
t wajar
atau
sebalik
nya

iii. Guru
membu
at
rumusa
n
ringkas
bahaw
a
perbua
tan
yang
tidak

14
wajar
adalah
diseba
bkan
oleh
sikap
tidak
mengh
argai
diri

Cerita rakaman i. Cerita rakaman: BBM


(sila rujuk lampiran guru Pita rakaman
II) memainkan pita
PERKEMBANGA rakaman
N Langkah 1
ii. Guru
(20 min) Soalan selepas mengemukakan
rakaman (sila rujuk soalan berkaitan
lampiran III) dengan isi rakaman
yang didengar

Langkah 2 Borang grafik i. Guru BBM


menilai tindakan membahagik Borang grafik
(25 min) (sila rujuk lampiran an murid
IV) kepada 5 Kertas A4
kumpulan berbagai
warna
ii. Guru
mempamerka Pen marker
n satu borang
grafik besar Pelekat
di papan tulis

iii. Murid-murid
diminta KB
berbincang Membuat
tentang ramalan
situasi yang
diberikan
dalam borang
grafik

iv. Murid-murid
dikehendaki
melengkapka
n grafik
dengan
menampalka
n jawapan
yang betul
dalam borang
grafik yang
15
disediakan
oleh guru

v. Guru menilai
dan merumus
jawapan
murid-murid

Rumusan i. Guru BBM


pelajaran: Sentiasa membuat Ikrar kendiri
memulia dan rumusan nilai
Penutup menjaga maruah murni yang
diri dalam dipelajari
(5 min) kehidupan
ii. Murid-murid
membaca
ikrar kendiri

LAMPIRAN I : ISI RAKAMAN

Wan Qin : Pagi tadi, bapa saya telah memberi saya RM50.00 untuk membeli
barang keperluan sekolah
Jia Shi : Betulkah? Baik sungguh bapa awak.
Wan Qin : Mari kita cari dan beli barang yang diperlukan di pasar raya itu.
Jia Shi : Baiklah.
Wan Qin: Lihat! Di sana ada kedai video game yang baru dibuka.
Jia Shi : Yalah! Ehh... ramai pula remaja yang ada di dalam kedai itu.
Wan Qin: Bagaimana kalau kita gunakan duit ini untuk main video game?
Jia Shi : Saya rasa kurang baiklah.
Wan Qin: Mengapa?
Jia Shi : Permainan video game ini terlalu “hebat” dan kita tidak sesuai untuk
kita. Lagi pun duit ini bapa kamu beri untuk membeli barang keperluan
sekolah, bukan untuk keseronokan yang tidak memberi faedah.
Wan Qin: Betul cakap kamu. Bagaimana jika saya hanya main RM2.00 sahaja.
Jia Shi : Tidak. Permainan ini boleh menyebabkan kamu ketagihan. Lebih baik
kita pergi dari sini.
Wan Qin: Jadi apa harus kita buat dengan duit ini?
Jia Shi : Saya rasa adalah baik kita pergi ke kedai buku untuk membeli set catur.
Permainan catur bukan sahaja dapat mengurangkan tekanan tetapi
juga dapat menambah kreativiti kita!
Wan Qin: Betul cakap kamu.

Wan Qin: Catur ini berharga RM15.00 sahaja. Bagaimana dengan bakinya
RM35.00 lagi?

16
Jia Shi : Bukankah baik awak simpan di dalam bank.
Wan Qin: Yalah!!! Mari kita pergi ke bank

LAMPIRAN II : Soalan berasaskan cerita rakaman

1. Pada awalnya Wan Qin hendak menggunakan wang tersebut untuk membeli
apa?

2. Bagaimanakah Jia Shi menasihati Wan Qin supaya jangan main video
game?

3. Berikan dua kesan kalau Wan Qin menggunakan wang itu untuk bermain
video game.

4. Jikalau anda sebagai bapa Wan Qin apakah perasaan anda jika anda tahu
bahawa anak anda menggunakan wang yang anda berikan untuk bermain
video game?

5. Berikan enam cara murid boleh menggunakan wang saku secara berfaedah.

6. Berikan dua sebab kenapa murid-murid mudah ketagih dengan permainan


video game?

17
Menyalin tugasan kawan untuk jimat masa dan tenaga
ng
untuk
di tasik
mendapat
lombong
markah
terbiar
tinggi
dengan
Mengusik
rakan Bergaduh
gurusebaya
wanita dengan
yang baru rakan yang
bertugas menang
di sekolah dalam acara
anda
sukan

LAMPIRAN III : Borang Pengurusan Grafik

Jika anda berniat....

Cuba fikir dulu, apakah kesannya?

Jadi,apa harus anda buat untuk menghadapi niat tersebut?

Kesimpulan:

18


Latihan 2.1
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Sebelum anda bertindak anda harus fikirkan kesannya.

Aktiviti 1

Buat penilaian tentang 2 situasi berikut dengan mengisi borang grafik


yang disediakan.

• Situasi A

Cikgu Goh ialah seorang guru yang berdedikasi. Beliau merancang pelajarannya
dengan sistematik dan menyediakan alat bantu mengajar yang menarik. Beliau
pandai berlakon dan mempunyai variasi suara yang hebat. Beliau sering
menggunakan strategi yang dapat menarik perhatian pelajar. Setiap kali Cikgu Goh
melangkah ke kelas, murid-murid ternanti-nanti akan pengajarannya. Keberkesanan
alat bantu mengajar yang digunakan menjadi bualan murid-murid di dalam kelasnya
atau di luar kelas.

• Situasi B

Cikgu Susan sudah 15 tahun mengajar di sekolah X. Beliau sering mengambil


mudah dalam pelbagai perkara termasuklah ketika mengajar di kelas. Biasanya
setelah beliau masuk ke kelas barulah beliau berfikir apa yang hendak diajar pada
hari itu kerana beliau tidak merancang terlebih dahulu. Kadangkala beliau membuat
kesilapan apabila mengulangi topik dan latihan yang sama. Seringkali Cikgu Susan
meminta murid-murid membuat tugasan yang murid sendiri belum cukup faham
akan pelajaran tersebut.

Buat penilaian anda tehadap keberkesanan pengajaran Cikgu Goh dan Cikgu Susan

CIKGU GOH CIKGU SUSAN


• ________________________ • ____________________________
________________________ ____________________________
________________________ ____________________________
• ________________________ • ____________________________
________________________ ____________________________
________________________ ____________________________

19
Rumusan

Rancangan harian perlu mengambil kira perkara berikut:

1. Mengenal pasti objektif am, objektif explisit dan objektif perlakuan setiap topik
yang hendak diajar berdasarkan huraian sukatan pelajaran

2. Mengambilkira semua faktor yang akan mempengaruhi pelaksanaan pengajaran


dan pembelajaran dalam kelas. Pengetahuan sedia ada murid dalam kelas,
bilangan murid, tahap kecerdasan mereka, keadaan fizikal bilik darjah, sumber-
sumber yang sesuai digunakan dan sebagainya

3. Mengetahui secara terperinci isi-isi yang hendak disampaikan kepada murid-


murid dan urutan yang sesuai untuk menyampaikan isi-isi berkenaan

4. Memilih teknik dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang dapat


meningkatkan kualiti pembelajaran murid-murid di samping mencapai hasil
pembelajaran yang dirancangkan

5. Persediaan mengajar harian biasanya mengandungi butiran yang lebih terperinci


seperti contoh pengajaran di atas.

6. Buku rekod mengajar adalah satu kemestian yang perlu ada pada setiap orang
guru dan dicatat rancangan pengajaran yang akan diajarkan pada setiap hari.
Buku Rekod Rancangan Mengajar perlu dihantar kepada guru besar untuk
ditandatangani pada setiap minggu.

20
Senarai buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan
modul.

Bacaan Asas

Shahabuddin Hashim et.al (2003) Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar Yang
Berkesan, Penerbit PTS Publications & Distributors.

Abdul Rahman Md.Aroff. (1999). Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral.
Serdang: Penerbit UPM.

Eow, B. H. (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn.
Bhd.

Rujukan

Abdul Rahman Md. Aroff & Chang Lee Hoon (1994). Pendidikan Moral.Petaling Jaya:
Longman Malaysia Sdn.Bhd.

Ee, A.M. (1994). Pendidikan Moral (Elektif). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

Ee, A.M. ( 1997). Pedagogi II Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

Hena Mukherjee & Judy Ellis & chang Lee Hoon & N.S. Rajendran (1992). Strategi
Pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Koo Kee Peng & Tang Chee Yee (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran


Pendidikan Moral KBSR/KBSM, Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan
Malaysia.

21
TAJUK 3 PENGENALAN PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO

3.0 Pengenalan

Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan pengajaran mikro dan makro?
Pengajaran tersebut adalah penting kepada guru pelatih sebelum mereka menjalani sesi
praktikum atau sebelum mereka menjadi guru yang terlatih.

Pengajaran mikro dan makro merupakan suatu sesi pengajaran yang diadakan seolah-
olah sama seperti keadaan sebenar di bilik darjah sekolah. Walau bagaimanapun
bilangan murid dikecilkan (6 – 10 murid) dan masa yang diperuntukkan juga turut
disingkatkan (10 – 15 minit untuk satu sesi pengajaran). Pengajaran Mikro dan Makro
melibatkan teknik simulasi.

3.1 Pengajaran Mikro Dan Makro

Pengajaran mikro dan makro membolehkan guru memahirkan diri dalam beberapa
kemahiran tertentu seperti latihan teknik mengajar, menyoal, mengawal kelas, membuat
penilaian dan sebagainya.

Pengajaran mikro ialah sesi yang hanya mengendalikan satu bahagian daripada
keseluruhan pengajaran misalnya kemahiran set induksi bagi sesuatu tajuk.

Pengajaran makro pula adalah kemahiran mengendalikan seluruh sesi pengajaran


bermula daripada set induksi sehinggalah penutup pengajaran.

Sesi pengajaran mikro dan makro membolehkan guru-guru pelatih mendapat maklum
balas secara serta merta dan dapat berbincang bagi mengatasi kelemahan-kelemahan
semasa sesi pengajaran dijalankan, terutama jika pengajaran mikro itu dirakam.
Pensyarah boleh membawa guru pelatih ke studio untuk menjalani rakaman sesi
pengajaran mikro. Untuk guru pelatih LPBS sesi mikro/makro bolehlah dijalankan di
22
sekolah yang sebenar.

Sesi pengajaran mikro dan makro ini juga dapat mempertingkatkan keyakinan guru-guru
pelatih untuk mengajar di dalam kelas sebenarnya. Melalui rakaman video, guru pelatih
dapat menyaksikan kekuatan dan kelemahan diri sendiri semasa mengajar, di samping
mendapat maklum balas rakan-rakan seopsyen.

Guru pelatih juga akan mendapat ulasan pensyarah yang memberikan bimbingan untuk
membaiki pengajaran jika terdapat kekurangan atau kelemahan semasa sesi mikro atau
makro dijalankan. Penilaian spontan selepas sesi mikro dan makro ini penting kepada
guru pelatih kerana mereka mendapat keyakinan mengajar dan tidak mengulangi
kelemahan yang sama pada masa yang akan datang.

Selain itu, guru pelatih juga berpeluang melihat kekuatan dan kelemahan guru pelatih
lain untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Kemahiran yang menjadi fokus dalam pengajaran mikro

Kemahiran Kemahiran Kemahiran Kemahiran


Memulakan Menyoal Menerang Menggunakan
Pengajaran Papan Tulis
(set induksi)

Kemahiran Kemahiran Kemahiran Kemahiran


Variasi Menggunakan Pengukuhan Menutup
Rangsangan Sumber Pengajaran

Latihan 3.1

Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan soalan berikut

23
Soalan 1

Apakah perbezaan pengajaran mikro dan makro?

3.1.1 Kemahiran Memulakan Pengajaran ( Set Induksi )

Apabila seorang guru masuk ke dalam kelas dan tiba-tiba bertanya soalan yang pelik
yang menyebabkan semua pelajar tercengang-cengang, murid akan memberikan
perhatian dan berfikir tentang perkara yang diperkatakan. Setelah ditanya soalan-soalan
yang berkaitan, akhirnya guru menjuruskan isi perbincangan kepada tajuk yang akan
diajar.

Set induksi merupakan cara guru memulakan pelajaran bagi menimbulkan minat serta
menggerakkan pelajar supaya bersedia belajar dan berfikir tentang apa-apa perkara
yang akan disampaikan oleh guru. Antara kemahiran yang perlu diberi perhatian ialah
mewujudkan motivasi, menstruktur dan membuat perkaitan bagi menimbulkan suasana
belajar yang menarik.

Jika guru memilih Bidang Pembelajaran 3 : Nilai berkaitan diri dan alam sekitar untuk
Tahun 6, guru bolehlah memulakan set induksi dengan soalan provokasi atau
sebagainya.

Berikut ialah cadangan aktiviti set induksi yang boleh dijadikan panduan kepada guru.
Set induksi ini berdasarkan kepada 5 bidang pembelajaran yang dipraktikkan di sekolah
rendah.

24
BIDANG CADANGAN AKTIVITI SET TAHUN/MAS
TEKNIK
PEMBELAJARAN INDUKSI A
Bidang Pembelajaran Guru menayangkan dua helai
1: Nilai berkaitan baju dan dua pasang kasut
dengan sekolah
perkembangan diri a. baju
dan
1.2 Kebersihan kasut
fizikal dan mental yang
bersih
b. baju
dan
kasut
dengan
tompok
an
lumpur dan berbau Tahun 2
Tunjuk cara
c Guru menanyakan (5 minit)
beberapa soalan
kepada murid:
a. Baju dan kasut yang
manakah menjadi
pilihan anda?
b. Bagaimanakah anda
menjaga baju dan
kasut daripada terkena
kotoran?
c. Jika kita menjaga
kekemasan diri,
apakah ganjaran yang
bakal kita peroleh?

Bidang Pembelajaran ’Oh Ibu!


2.: Nilai berkaitan Guru meminta murid pejam
diri dan keluarga mata ketika mendengar lagu
Tahun 6
’Oh Ibu’. Murid menghayati Nyanyian
(5 minit)
lagu tersebut dan buat refleksi
tentang jasa-jasa ibu terhadap
mereka.
Bidang Pembelajaran Guru membacakan sepucuk
3 :Nilai berkaitan surat layang yang
diri dan menceritakan keburu-kan
masyarakat salah seorang rakan anda.
Selepas itu guru menerangkan
Tahun 5 / 6
bahawa surat layang ialah Sumbang saran
(5 minit)
surat yang berbentuk fitnah.
Penulisnya ialah seorang yang
tidak bertanggungjawab
kerana mengumpat rakan
sekelas.
Bidang Pembelajaran Guru menayangkan gambar Tahun 5 / 6 Sumbang saran
4. Nilai berkaitan model dinosour yang bersaiz
diri dan alam besar;Soalan-soalannya:-
sekitar Mengapa dinosour pupus?
Adakah semua binatang
seperti gajah, buaya, harimau,
orang utan juga akan pupus
pada suatu hari nanti?

25
Kenapa?
Nilai Pembelajaran Guru menampal kertas
5 mahjung; ”Cari gali
Hormat kepada perkataan” di papan hitam.
pemimpin, raja dan Guru meminta murid mencari Cari gali
Tahun 4 / 5
negara perkataan yang tersembunyi perkataan
yang berkaitan dengan
Malaysia

Petunjuk: M
• Huruf hitam H
ialah K
penganggu L
• Huruf terang C
ialah jawapan C
R
V
F
P
E
T
R
O
N
A
S

H
S
M
A
L
A
Y
S
I
A
B
O
L
E
H
R
T

K
T
G
F
D
W
R
U
K
U
N
J
M

26
A
P
S
G

B
K
A
Y
A
A
S
G
R
Y
E
H
Q
D
D
A
K

P
U
T
R
A
J
A
Y
A
P
G
M
K
I
G
M
H

S
A
K
P
Y
A
L
K
S
N
A
Z
L
L
H
A
P

27
G
L
U
M
P
U
R
K
P
A
R
L
I
M
E
N
S

H
A
P
G
D
R
W
B
C
D
A
G
A
A
X
Y
Z

3.1.2 Kemahiran Penggunaan Media/Alat.

Penggunaan media/alat bantu mengajar yang baik akan menambahkan


keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, antara alatan yang boleh digunakan
ialah projektor slaid, pita rakaman, komputer, radio, TV, bahan maujud dan
sebagainya.

Guru perlu memastikan bahawa peralatan yang digunakan dalam keadaan baik,
sesuai dengan saiz kelas. Gambar-gambar bahan yang digunakan perlu menarik dan

28


Latihan 3.2
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut


boleh merangsang sebanyak deria pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih
berkesan.

Gambar-gambar tersebut boleh terdiri daripada keratan akhbar, majalah, poster atau
gambar daripada internet dan lain-lain yang sesuai untuk digunakan dalam kelas
Pendidikan Moral.

Aktiviti 1

Arahan: Lengkapkan grafik di bawah ini

Pemilihan Perisian Gambar Ulasan impak kepada


Gambar murid
Gambar Kepala seorang Semakin ngeri dan besar
kecelakaan di penunggang motosikal saiz gambar semakin
jalan raya bercerai daripada badan. mendalam kesannya
Kepala yang putus itu kepada murid.
masih bertopi keledar
Gambar kejayaan Dua orang (pasangan ibu Sila beri ulasan:
murid dalam & bapa yang buta serta ............................................
UPSR miskin) sedang memeluk .....
dan mencium anak ............................................
perempuan mereka yang .....
mendapat 5A dalam ............................................
UPSR 2004 .....
............................................
.....
Gambar Seorang kanak-kanak Sila beri ulasan:
peperangan lelaki Iraq pecah kepala ............................................
dan kelihatan otaknya ....
terburai lantaran terkena ............................................
bom tentera penceroboh ....
............................................
......
Gambar Seekor mawas sedang Sila beri ulasan:
kemesraan antara mendukung mesra ............................................
binatang seekor anak kucing yang ....

29
telah kematian ibunya . ............................................
....
Gambar remaja Remaja cacat itu ialah Sila beri ulasan:
cacat seorang mahasiswa ............................................
‘freshie’ berkaki sebelah ....
yang berjalan di ............................................
sekeliling kampus. ....
Gambar Seorang pembantu Sila beri ulasan:
penderaan rumah Indonesia yang ............................................
cedera teruk akibat ....
didera oleh majikan . ............................................
....

3.1.3 Kemahiran Variasi Rangsangan

Rangsangan merupakan perkara penting bagi memastikan murid dapat


mengekalkan minat belajar sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlaku. Guru
perlu mengelakkan kebosanan pelajar dengan soalan-soalan yang mencabar minda
yang mendorong murid berfikir. Pergerakan yang sesuai dan body language juga
perlu supaya keadaan tidak menjadi kaku. Kalau boleh selitkan unsur kecindan
sekali sekala supaya keadaan menjadi ceria. Tumpuan mata janganlah ke satu arah
sahaja.

Perubahan pertuturan guru juga penting bagi menarik perhatian pelajar, suara yang
jelas, bahasa yang baik dan berintonasi menjadikan pengajaran lebih berkesan dan
terangsang. Suara yang tidak jelas dan mendatar akan menjemukan murid.

Berikan contoh-contoh yang ada kaitan dengan kehidupan biasa mereka supaya
mudah mereka faham samada perlu dicontohi atau dihindari. Rangsanglah pelajar
dengan pujian-pujian jika mereka memberikan jawapan atau pendapat yang baik .

Berhenti sejenak dan renung

• Seorang guru memberikan sekeping gambar / kad cerita / lembaran kerja


kepada satu kumpulan murid yang terdiri daripada 6-8 orang. Apakah yang

30
akan berlaku apabila sekeping gambar yang kecil dikongsi hingga 8 orang
murid?

• Apakah perasaan anda apabila seorang guru mengajar dengan suara yang
perlahan, tidak berintonasi dan anda tidak dapat mendengarnya dengan baik.
Keadaan kelas pula bising dan hingar bingar. Kalau kita rasa jemu dan
terganggu begitulah juga murid kita.

• Jika anda ingin menjadi seorang guru Pendidikan Moral yang kaya dengan
bahan sumber, satu cara yang boleh anda lakukan ialah menggunting
gambar yang ada isu moral atau nilai moral dalam surat khabar pada setiap
hari. Bayangkan jika anda mula mengumpul gambar dua keping sehari, anda
akan mempunyai 720 keping gambar moral dalam masa setahun. Berapakah
jumlahnya dalam masa dua tahun dan 10 tahun akan datang.

Contoh gambar kartun yang mempunyai nilai moral;




Latihan 3.3
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

• Gambar-gambar kartun yang mempunyai unsur moral amat bernilai kepada


guru Pendidikan Moral. Besarkan saiznya kerana semakin besar saiz
gambar itu, semakin berkesan rangsangannya.

Aktiviti 1

Nyatakan kelebihan pengajaran mikro bagi guru pelatih dengan melengkapkan


grafik di bawah :

31
Komponen Kemahiran Ciri-ciri yang harus ada Contoh dalam Pendidikan
Pengajaran Mikro dalam komponen tersebut Moral
i. Set Induksi • Menarik
• ada hubung kait
dengan tajuk
• ada unsur suspens/
luar biasa
• gunakan visual
atau props jika
perlu
• berfokus kepada
tajuk
• menyelitkan unsur
lucu, misteri, kreatif
sebagai tarikan
murid
ii. Penggunaan Media/
alat
iii. Variasi suara

Aktiviti 2

Lengkapkan latihan berikut.

Pengajaran mikro membolehkan guru pelatih membina keyakinan diri, nyatakan nilai-
nilai yang boleh dicapai semasa sesi tersebut berjalan.

i. __________________________________________________________________
ii. __________________________________________________________________
iii. _________________________________________________________________

3.1.4 Kemahiran Teknik Penyoalan

Merupakan suatu kemahiran yang amat kompleks, berkesan bagi meningkatkan


prestasi murid di samping menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran
bertambah aktif dan lebih merangsangkan.

Beberapa prinsip penyoalan boleh dijadikan panduan:

 soalan hendaklah sesuai dengan umur dan kebolehan murid yang

32


Latihan 3.4
Cuba uji kefahaman anda dengan melengkapkan latihan berikut


berbeza di dalam kelas

 guru perlu merancang jenis-jenis soalan yang akan dikemukakan


 kemukakan soalan terlebih dahulu sebelum menyebut nama murid. Ini
dapat mendorong setiap murid memikirkan jawapan untuk soalan
tersebut

 sebarkan soalan kepada seluruh kelas dan bukannya kepada murid


tertentu atau murid yang mengangkat tangan sahaja

 berikan masa bagi murid memikirkan jawapan kepada soalan tersebut

 jangan paksa murid menjawab soalan

 pastikan perkataan yang digunakan adalah mudah difahami

 ubah bentuk soalan mengikut kesesuaian masa

 pastikan suara guru ketika mengemukakan soalan adalah jelas

 elakkan menyoal ketika murid-murid membuat latihan atau sedang


melakukan aktiviti

 pastikan soalan guru dapat mencapai objektif yang dikehendaki.

 kurangkan jenis soalan tertutup

 beri pujian dalam bentuk lisan jika murid boleh menjawab dengan
betul

 ulangi soalan jika perlu

Aktiviti 1

33
Dalam teknik penyoalan guru perlu ada kemahiran untuk memberikan respons
terhadap jawapan murid dengan berkesan. Antara kemahiran itu ialah:

• Berikan masa yang secukupnya untuk murid memikirkan jawapan.


• Jangan melabelkan murid yang menjawab salah dengan perkataan-
perkataan yang negatif
• Bantu murid dengan memberikan kata kunci sebagai panduan menjawab jika
murid menghadapi kesukaran untuk menjawab soalan tersebut
• Jangan pilih murid yang sama untuk menjawab soalan.
• ______________________________________________________________
_
• ______________________________________________________________
_
• ______________________________________________________________
_
• ______________________________________________________________
_
• ______________________________________________________________
_

3.1.5 Kemahiran Menerang/Contoh/Ilustrasi

Penerangan merupakan satu proses memberikan kefahaman kepada orang lain


supaya maklumat yang disampaikan itu dapat difahami oleh murid-murid dalam
situasi pengajaran dan pembelajaran.

Antara objektif penerangan adalah untuk membolehkan murid-murid:

• memahami satu-satu konsep atau prosedur;


• menaakul sebab-sebab terjadinya satu-satu peristiwa dan meramalkan
kemungkinan sesuatu peristiwa;
• contoh atau ilustrasi yang digunakan dapat menjadikan satu-satu konsep
itu lebih jelas dan
• dapat memudahkan kefahaman murid dan meneguhkan pembelajaran
mereka.

Beberapa komponen kemahiran penerangan boleh dijadikan panduan :


34
Latihan 3.5
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

• Arah permulaan: merangkumi kebolehan guru untuk menimbulkan


serta mengekalkan minat dan perhatian murid-murid terhadap
pelajaran yang akan disampaikan.
• Kemahiran Ilustrasi: guru mestilah menggunakan contoh –contoh
yang mencukupi dan relevan dengan tajuk, jelas, menarik dan dalam
lingkungan pengalaman murid supaya dapat mempercepat
kefahaman murid tentang tajuk yang disampaikan.
• Penyusunan pemikiran / idea: penerangan mestilah bermula dari yang
mudah kepada kompleks dan dari yang konkrit kepada yang abstrak.
Guru juga perlu mempelbagaikan rangsangan termasuklah perubahan
tempo, intonasi dan kekuatan suara di samping gerakan isyarat yang
boleh menarik tumpuan murid.

3.1.6 Kemahiran Menggunakan Sumber

Penggunaan sumber atau ilustrasi yang bersesuaian dengan topik pembelajaran


dapat menerangkan sesuatu idea yang abstrak. Contoh-contoh bolehlah dalam
bentuk analogi (perbandingan), cerita-cerita, lukisan, kad gambar, bahan internet,
model dan benda-benda sebenar. Penggunaan sumber-sumber ini membolehkan
murid-murid membentuk konsep yang lebih jelas, kekal dan kukuh. Bahan sumber ini
sebenarnya juga alat bantu mengajar
Panduan menggunakan contoh:

• mulakan dengan contoh yang mudah dan bergerak kepada contoh yang
kompleks;
• contoh-contoh mestilah selaras dengan pengalaman dan pengetahuan sedia
ada murid;
• kaitkan contoh-contoh dengan prinsip dan konsep yang sedang diajar
• pastikan isi kandungan telah difahami murid. Sekiranya tidak difahami, beri
contoh-contoh lain supaya dapat menyokong prinsip atau konsep yang
dimaksudkan.

Aktiviti1

i. Berikan pandangan anda berhubung dengan bahan-bahan sumber yang

35
didapati dari internet.

_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

ii. Sumber pengajaran dan pembelajaran menjadikan pembelajaran lebih


bermakna dan menyeronokkan. Nyatakan pandangan anda.

_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

iii. Beberapa prinsip perlu dipatuhi dalam penggunaan sumber agar


pengajaran dan pembelajaran anda menjadi lebih berkesan dan dapat
menarik perhatian murid. Nyatakan ciri-ciri tersebut dan kelebihannya.

_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

3.1.7 Kemahiran Pemudah Cara

Anda sudah maklum bahawa guru berperanan sebagai pemudah cara dalam
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pengajaran guru yang berbentuk
satu hala dapat dikurangkan dengan menggunakan kemahiran pemudah cara.
Guru yang demokratik tidak akan menguasai keseluruhan pengajaran pembelajaran
tetapi sebaliknya akan memotivasikan murid untuk mengambil bahagian dalam
proses pengajaran pembelajaran. Contoh :- dalam pengendalian kuiz Pendidikan
Moral, guru melantik pelajar menjadi juru kuiz, penjaga masa, penentuan markah,
pencatat markah sedangkan guru hanya memantau perjalanan kuiz.

36
Kelebihan menggunakan kemahiran pemudah cara kepada guru dan murid:

a. Impak Kepada Guru

i.Guru bukan sumber ilmu pengetahuan yang


utama kepada murid
ii.Guru perlu menyediakan bahan mengajar dan
pelbagai bahan bantu mengajar selengkapnya
sebagai memudahcarakan murid menguruskan
aktiviti pembelajaran mereka.
iii.Guru perlu menyediakan borang penilaian
tugasan untuk tujuan penilaian kendiri / rakan
sebaya yang akan digunakan pada sesi
pembentangan.
iv.Guru pelrlu mnyediakan portfolio pelajar untuk
membolehkan pelajar menyimpan hasil tugasan
mereka dalam portfolio masing-masing .
v.Bimbingan guru perlu dalam menjalankan sesi
pemudahcaraan supaya murid-murid berasa
yakin mengambil alih sebahagian daripada tugas
guru.

b. Impak Kepada Murid

i. Pembelajaran berpusatkan pelajar


ii. Pembelajaran murid bersifat individu
iii. Pembelajaran mengikut tahap keupayaan kendiri murid.
iv. Murid akan menguasai teknik kemahiran belajar dengan
berkesan.
v. Murid akan lebih berdikari dalam proses pembelajaran
vi. Murid akan berusaha menyelesaikan masalah berkaitan tugasan
yang diberikan dengan berbincang sesama rakan atau dengan
bimbingan guru.

Antara teknik pemudah cara yang boleh digunakan oleh guru ialah:

• thematising (bertema);
37
• focusing (berfokus);
• attending (tumpuan);
• challenging (mencabar);
• goal-setting (bermatlamat) dan
• reflecting (refleksi).
• Ulasan teknik yang terperinci boleh di rujuk dalam buku-buku yang
membincangkan kaedah-kaedah pengajaran bestari.

3.1.8 Kemahiran Menggunakan Papan Tulis

Papan tulis digunakan bukan sahaja untuk aktiviti menulis dan melukis tetapi
digunakan juga untuk meletakkan atau menyusun bahan bantu mengajar. Contoh:
Guru melekatkan kertas mahjung yang mengandungi input pelajaran, menyangkut
papan kuiz dan menampal poster.

Prinsip-prinsip penggunaan:
• Kejelasan dari segi tulisan, lukisan, carta, rajah, gambar dan lain-lain.
• Saiz huruf haruslah besar, jarak antara huruf harus boleh dibaca oleh semua
murid, khususnya dapat dibaca oleh murid yang duduk di bahagian belakang
• Susunan papan tulis yang panjang boleh dibahagikan kepada dua atau tiga
bahagian sebelum guru menulis/mencatat perkataan/ayat supaya kemas dan
ekonomi penggunaannya.

3.1.9 Kemahiran Pengukuhan

Aktiviti Pengukuhan perlu dijalankan oleh guru terhadap murid-murid terutamanya


Pengukuhan Secara Positif. Guru haruslah meminimumkan pengukuhan bentuk
negatif. Pengukuhan positif akan dapat memotivasikan minat murid untuk terus
belajar atau suka akan guru dan sekolah.

Perkara-perkara yang harus difikirkan sewaktu menjalankan aktiviti pengukuhan:

• Bentuk dan cara pengukuhan haruslah berbeza-beza dari semasa ke


semasa. Contoh: Berikan sijil kecil dan tampalkan pada buku latihan
murid. Selain itu medal yang dibuat oleh guru boleh membanggakan

38
murid yang menerimanya.

• Pengukuhan secara lisan seperti ”baik”, “bagus”, “hebat”, “usaha yang


baik” dan lain-lain.

• Gerak isyarat positif, contohnya: mengangguk, senyuman, tepukan,


isyarat jari yang menunjukkan bagus dan lain-lain.

• Sentuhan seperti menepuk-nepuk bahu, berjabat tangan dan lain-lain.


Walau bagaimanapun sentuhan tidak boleh dilakukan kepada murid
yang berlainan jantina dengan guru khususnya murid tahap II

• Tayangkan hasil kerja murid sama ada di papan tulis/papan kenyataan


tau guru menayangkan hasil kerja murid cemerlang kepada semua
murid di dalam kelas.

• Sewaktu guru menyemak/menilai kerja murid, catatkan kata-kata


perangsang. Contoh: kerja anda amat memuaskan, anda hebat,
teruskan usaha baik anda, anda murid yang cerdas, anda murid yang
rajin dan sebagainya.

3.1.10 Kemahiran Menutup Pengajaran

Kemahiran penutup merujuk kemahiran merumus, menilai dan menekankan isi-isi


penting pembelajaran pada sesi itu. Terdapat tiga jenis penutup dalam pengajaran,
iaitu penutup kognitif dan penutup sosial.
a. Penutup Kognitif
Guru menyenaraikan isi penting sesuatu pelajaran dengan tujuan
mengukuhkan apa yang telah dipelajari dalam sesi pelajaran tersebut .
Penutup kognitif boleh digunakan pada akhir satu siri pelajaran, selepas
suatu perbincangan atau selepas sesi latihan dengan murid-murid.

b. Penutup Sosial
Bertujuan memberikan sesuatu perasaan pencapaian kepada murid-murid
tentang apa yang telah dipelajari dalam sesuatu topik. Penutup sosial
termasuklah penggunaan pujian, galakan, ikrar, nyanyian yang menyimpulkan

39
tema pengajaran pada sesi itu.

c. Penutup Motivasi
Guru mendorong murid supaya membuat persediaan untuk tajuk/nilai yang
akan diajar dalam pelajaran yang berikutnya. Contohnya guru akan mengajar
tajuk “Kemalangan Jalan Raya” pada pelajaran berikutnya. Oleh itu guru
meminta murid menggunting keratan akhbar untuk mendapatkan gambar
kemalangan atau artikel yang berkaitan.

Berhenti sejenak dan renung

Semua orang tidak suka jika orang lain menyebut tentang kelemahan diri mereka.
Bolehkah anda menerima komen-komen daripada rakan rakan anda dalam sesi
pengajaran mikro/makro?. Ingatlah, anda sepatutnya berfikiran terbuka dengan
teguran rakan-rakan anda kerana pandangan mereka dapat membantu anda
mengenal pasti kelemahan-kelemahan anda dan seterusnya membaiki pengajaran
anda.

Guru yang bersikap positif akan sentiasa ingin mempelajari sesuatu kaedah/teknik
dalam meningkatkan kualiti pengajarannya. Kelemahan-kelemahan yang terdapat
dalam pengajaran mikro/makro di kalangan rakan-rakan turut membantu bakal guru
agar peka dengan pengajarannya serta dapat membaiki kaedah/teknik yang sesuai
dalam pengajaran pembelajaran masing-masing.

Rumusan

1. Pengajaran mikro dan makro ialah suatu sesi pengajaran yang diadakan

seolah-olah menyamai keadaan sebenar di bilik darjah.

2. Pengajaran mikro ialah sesi yang hanya mengendalikan satu bahagian

40
Senarai buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan
modul.

daripada keseluruhan pengajaran misalnya kemahiran set induksi bagi satu

tajuk.

3. Pengajaran makro pula adalah kemahiran mengendalikan seluruh sesi

pengajaran daripada permulaan sehingga penutup pengajaran.

4. Pengajaran mikro dan makro dapat membina keyakinan guru pelatih bagi

menyediakan diri ke arah pengajaran dan pembelajaran sebenar di sekolah

nanti.

5. Prinsip-prinsip dalam pengajaran mikro perlu diikuti sebagai panduan kepada

guru dalam mempertingkat kemahiran pengajaran guru.

6. Persediaan awal dan perbincangan antara guru dengan rakan-rakan dapat

membantu menambahkan pengetahuan guru dalam meningkatkan kemahiran

diri.

7. Rakaman video penting kerana guru pelatih dapat membuat penilaian kendiri

di samping memperolehi maklumbalas daripada rakan-rakan dan penilaian

dan bimbingan pensyarah sewaktu menjalani sesi mikro dan makro.

Bacaan Asas

Shahabuddin Hashim et.al (2003) Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar Yang
Berkesan, Penerbit PTS Publications & Distributors.

Abdul Rahman Md.Aroff. (1999). Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral.
Serdang: Penerbit UPM.

Eow, B. H. (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia


Sdn. Bhd.

Rujukan

Abdul Rahman Md. Aroff & Chang Lee Hoon (1994). Pendidikan Moral.Petaling
Jaya: Longman Malaysia Sdn.Bhd.

Ee, A.M. (1994). Pendidikan Moral (Elektif). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.

Ee, A.M. ( 1997). Pedagogi II Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Penerbit


Fajar
41
Bakti Sdn. Bhd.

Hena Mukherjee & Judy Ellis & chang Lee Hoon & N.S. Rajendran (1992). Strategi
Pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Koo Kee Peng & Tang Chee Yee (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran


Pendidikan Moral KBSR/KBSM, Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan
Malaysia.

TAJUK 4 PERSEMBAHAN PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO

4.0 Pengenalan

Persembahan pengajaran mikro dan makro oleh guru pelatih memberikan peluang
kepada mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengikut
perancangan yang telah dibuat. Dalam melaksanakan pengajaran mikro dan makro,
seorang guru pelatih perlu melalui empat langkah asas iaitu:

Langkah 4

Pengajaran semula

Langkah 3

Penilaian

Langkah 2

Pengajaran

42
Langkah 1

Perancangan

4.1 Perancangan

Pada peringkat perancangan, guru pelatih perlu membuat persediaan mengajar. Di


samping itu, aspek-aspek perancangan termasuklah penyediaan alat/bahan bantu
mengajar dan aktiviti pengajaran yang memfokuskan kemahiran yang akan
dipraktikkan dalam pengajaran mikro dan makro.

4.2 Pengajaran

Guru pelatih melaksanakan pengajaran yang telah dirancang dengan mengambil kira
semua kemahiran mikro yang dipelajari. Rakaman video jika digunakan dapat
membantu guru pelatih untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka
dalam aspek-aspek kemahiran yang tertentu.

4.3 Penilaian

Selepas selesai rakaman pengajaran, rakaman video perlu dipertontonkan semula.


Semasa menonton rakaman video guru pelatih akan menilai pengajaran dengan
menggunakan borang penilaian yang diedarkan oleh pensyarah.

Dalam sesi perbincangan, guru-guru pelatih yang lain boleh memberikan komen
serta cadangan penambaikkan. Pensyarah boleh merumuskan komen-komen guru
pelatih dan memberikan cadangan bagaimana pengajaran yang lebih positif dapat
dijalankan. Rakaman itu juga boleh disimpan sebagai bahan sumber sewaktu
pensyarah mengajar topik mikro dan makro bagi tujuan penerangan dan penilaian.

Berikut ialah contoh borang Refleksi Kendiri yang boleh digunakan oleh guru pelatih
sewaktu menjalani sesi mikro/makro.

Contoh Format Borang Refleksi Kendiri

Kekuatan /
Langkah Sebab/Punca Cara Perbaiki Catatan
Kelemahan
43
Latihan 4.1
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Set Induksi

Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3

Penutup

* Borang ini sesuai digunakan untuk penilaian pengajaran mikro dan makro
oleh rakan sebaya atau pensyarah
4.4 Pengajaran Semula

Selepas mengambil kira komen dan teguran, guru pelatih dikehendaki merancang
semula pengajaran dengan pindaan untuk kali kedua sesi mikro/makro. Hasilnya
sudah tentu ada peningkatan kerana guru pelatih tidak akan mengulangi kelemahan
yang sama.

n.b. Guru pelatih biasanya bergilir-gilir dalam mempersembahkan pengajaran


mikro/makro ini. Persembahan pengajaran mikro dan makro biasanya dijalankan
serentak untuk mejimatkan masa. Guru pelatih dalam kumpulan kecil membuat
persediaan untuk satu waktu mengajar, persembahan kemudiannya dilaksanakan
dengan setiap orang guru pelatih mengajar satu atau dua langkah. Maklum balas
pengajaran mikro/makro dibincangkan dan pengubahsuaian dilakukan mengikut
keadaan.

Aktiviti 1

44
Nyatakan kelebihan pengajaran mikro bagi guru pelatih dan berikan cadangan
anda bagi mempertingkatkan diri dalam bidang tersebut

Pengajaran Mikro Kelebihan Cadangan

Set induksi

Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3

Penutup

Aktiviti 2

Uji kefahaman anda dengan melengkapkan latihan berikut.

a. Pengajaran mikro membolehkan guru pelatih membina keyakinan diri.


Nyatakan nilai-nilai yang boleh dicapai semasa sesi tersebut berjalan.
i. ____________________________________________________________
ii. _______________________________________________________
iii._______________________________________________________

b. Hasil perbincangan guru pelatih dengan penyelia akan membantu


guru
pelatih menjadi guru yang mahir dalam teknik penyoalan. Apakah
faedah-faedah lain yang anda akan perolehi hasil dari perbincangan
tersebut.
i. __________________________________________________________
ii. _____________________________________________________
iii.______________________________________________________

45
Rumusan

Objektif utama pengajaran mikro adalah untuk melatih bakal guru menggunakan
kemahiran-kemahiran tertentu dalam proses pengajaran. Kemahiran-kemahiran
perlu dikuasai dapat dirumuskan dalam gambar rajah berikut :

Kemahira Komponen-komponen
Tujuan/objektif
n mikro kemahiran

Guru dapat membina aliran • Menarik perhatian


Kemahiran fikiran serta menimbulkan minat • Motivasi
set induksi murid-murid supaya • Membuat perkaitan
menumpukan perhatian terhadap
• Menstruktur
aktiviti pengajaran yang hendak
dijalankan. Lebih banyak unsur
suspen/teka teki maka lebih
berkesan/menarik set induksi
tersebut
• Pembentukan soalan
Guru dapat mencungkil fikiran • Fokus (tunggal)
murid untuk membantu mereka • Fokus (pelbagai)
Kemahiran mengikuti pelajaran dengan lebih
• Sebaran
penyoalan berkesan
• Hentian
• Melayani jawapan
• Memberi petunju
• Mencungkil fikiran
• Perubahan
pergerakan
• langkah guru
Guru dan murid-murid melakukan • Perubahan
pelbagai pergerakan mata, pergerakan
Kemahiran kepala, suara yang bersesuaian
• anggota badan guru
variasi dengan tajuk/tema yang
• Perubahan fokus
rangsanga mengarah kepada proses
deria
n pengajaran dan pembelajaran.
• murid
Ransangan boleh dirancang dan
• Perubahan bentuk
diubah secara spontan mengikut

46
tahap respon murid. • pengucapan lisan
• Perubahan bentuk
fizikal
• murid
• Perubahan nada
suara
• Guru

Menyampaikan maklumat atau • Arah permulaan


Kemahiran menjelaskan isi pelajaran dengan • Kemahiran ilustrasi
menerang cara yang paling berkesan untuk • Penyusunan idea
memudahkan murid memahami
• Penutup
konsep
Kemahiran Kecekapan guru merancang dan • Kejelasan
penggunaa menyusun tulisan, nota, gambar • Susunan
n papan rajah di ruang papan tulis dapat • Penonjolan/penekan
tulis membantu murid-murid
an
membaca, memahami dan
Teknik persembahan
menyalin nota/maklumat guru
dengan tepat.
Kemahiran Guru dapat menggalakkan murid • Lisan positif
Pengukuha terlibat dalam aktiviti • Gerak isyarat positif
n pembelajaran. Kemahiran ini juga • Dampingan
dapat memotivasikan murid
• Sentuhan
dalam pelajaran. Pengukuhan
• Lisan negatif
yang dibuat secara lisan dan
• Gerak isyarat
sentuhan amat dinanti-nantikan
negatif
oleh murid-murid.
Kemahiran Guru membantu murid-murid • Perkaitan kognitif
Menutup supaya mendapat satu gambaran • Perkaitan sosial
Pelajaran yang lebih jelas dan menyeluruh • Perkaitan motivasi
tentang isi pelajaran yang baru
dipelajari.
Dapat menilai pencapaian
pencapaian objektif pengajaran.

47
Senarai buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan
modul.

SOALAN TUTORIAL

Rancangan Pelajaran Pendidikan Moral

1. Hasilkan Rancangan Semester


Pendidikan Moral untuk kegunaan
Tahun 4 Semester 2 Tahun 2005
(Jun – Nov. 2005) (2 jam)

Menyediakan Rancangan Mengajar Harian

1. Sediakan satu persediaan mengajar harian yang lengkap untuk tahun satu
dengan memilih salah satu nilai dalam sukatan pelajaran.

Setiap langkah pengajaran mestilah ditulis dengan terperinci dari set induksi
hingga penutup. Lampirkan soalan-soalan yang ditanya, bahan-bahan
pengajaran bersama dengan alat bantuan mengajar (dikecilkan saiznya),
aktiviti dan latihan kerja yang diberi. (3 jam)

Pengenalan dan Persembahan Pengajaran Mikro dan Makro

1. Berdasarkan persediaan mengajar di atas, jalankan pengajaran


makro. Buat penilaian kendiri. Sediakan satu borang penilaian
rakan sebaya yang akan digunakan untuk menilai pengajaran
anda. (3 jam)

48
Bacaan Asas

Ahmad Amin. (1975). Etika (Ilmu Akhlak). Jakarta: Penerbit Bulan Bintang.

Ahmad Khamis. (1999). Etika: Pendidikan Moral Untuk IPT Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman.

Abdul Aziz A. (1979). Pendidikan untuk menyatupadukan negara melalui pengajaran


sivik. Suara Pendidikan. Jld. Bil. 1.

Abdul Rahman Aroff. (1986). Pengenalan Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Fajar
Bakti.

Abdul Rahman Aroff. (2002). Modul Pendidikan Moral EDU2003, Serdang:


Percetakan Universiti Pertanian Malaysia.

Ee A.M. ( 1994). Pendidikan Moral (Elektif). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.

Rujukan

Abdul Rahman Md.Aroff. (1999). Pendidikan moral teori etika dan amalan Moral,
Serdang: Penerbit UPM.

Bahagian Pendidikan Guru (2003). Education studies professional knowledge and


skills Modules 1/3 . Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Carter, M. (2002). Professional ethics in teaching: the training and development


challenge. Retrived on 23-6-04 from http://www.
Schools.nsw.edu.au/edu_leadership/prof_read/ethics/carter.php

Central Michigan University. (2004).Teacher education CLEAR conceptual


framework. Retrived on 20-5-04 from
http://www.tepd.cmich.edu/Clear/TotalClear.pdf.

Driggers, J. (1999). Life management skills: taking charge of your future. Albany:
Delmar Publishers. p 214.

Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia
Sdn. Bhd.

Hinman, L.M. (2000). Contemporary moral issues: diversity and consensus.


(2nd. Ed.) New Jersey: Prentice Hall.

Kurtins, W. M. and Gewirtz, J.L. (1995). Moral development: an introduction. US:


Allyn and Bacon.

Mackinnon, P. (1995). Ethics: theory and contemporary issues. USA:


Wadsworth Publishing Company.

Pojman, L. P. (1998). Ethics Discovering right and wrong (3 ed). USA: Wadsworth
Publishing Company.

49
Ryan, K. & Bohlin, K.E. (1999). Building character in schools. CA: Jossey-Bass.

Thiroux, J.P. (2001). Ethics: theory and practice. (7th. ed). New Jersey: Prentice
Hall.

PANEL PENULIS MODUL

BIL NAMA KELAYAKAN

50
PENYELARAS BA (Hons) Sejarah. UM
Dr. Maznah Binti Abd. Samad M. Ed (Bimbingan & Kaunseling). UM
1 Unit Kurikulum Ph. D (Pendidikan). Universiti Queensland.
Bahagian Pendidikan Guru Pengalaman mengajar Pendidikan Moral :
Kementerian Pelajaran Malaysia 1 tahun

Pengerusi
Cik J Krishna Kumary a/p Juval B.A. (Hons) Sejarah & Geografi, USM
Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Diploma Pendidikan, USM
2 Jalan Datin Halimah, M.Sc. Pendidikan Moral, UPM.
803500 Larkin, Johor. Pengalaman mengajar Pendidikan Moral:
10 tahun

Pn. Ng Choo Tang BSc (Hons) Kimia, UM


3 Institut Perguruan Bahasa-Bahasa M.Ed Teknologi Pendidikan, UM
Antarabangsa, Kuala Lumpur Pengalaman mengajar Pendidikan Moral:
12 tahun

Pn. Noorlela bt. Mohd. Shariff, B.A. (Hons), Quran Sunnah, UKM
Maktab Perguruan Raja Melewar, SPI, Pendidikan Islam, UKM
4
Beg Berkunci 43, 70990, Pengalaman Mengajar: Pendidikan Moral
Seremban, Negeri Sembilan, DK. 9 tahun

Pn. Chia Yip Lan B A (Hons) Geografi dan Sosiologi (UKM)


Maktab Perguruan Sarawak Sarjana Pengurusan (UUM)
5 98009 Miri Pengalaman mengajar Moral : 18 tahun
Sarawak Pensyarah Cemerlang Pendidikan Moral

Pn. Rohaini Kamsan B A (Hons) Kesusasteraan Melayu dengan


Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Pendidikan (USM)
6 Jalan Datin Halimah, Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral :
803500 Larkin, Johor 19 tahun

Pn. Pn. Rohani binti Ismail B. Soc. Sc. (Hons) Sosiologi (USM)
7 Maktab Perguruan Ilmu Khas, Diploma Pendidikan: Siviks (UM)
Jalan Yaacob Latif, Pengalaman Mengajar
56000 Kuala Lumpur Pendidikan Moral: 16 Tahun

Pn. Koh Geok Wah B. Econs (UM)


Maktab Perguruan Sarawak, Diploma Pendidikan (UM)
8 98009 Miri, Sarawak Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral :
15 tahun

PANEL PEMURNI MODUL

51
Bil. Nama Kelayakan

PENYELARAS B.A. (Hons) Sejarah


Dr. Maznah Binti Abd. Samad M. Ed.(Bimbingan & Kaunseling)
1. Unit Kurikulum PhD (Pendidikan)
Bahagian Pendidikan Guru Pengalaman mengajar
Pendidikan Moral 1 tahun

2. PENGERUSI
Pn. Rohaini Kamsan Sarjana Muda Sastera (Kepujian)
Maktab Perguruan Temenggong Pengalaman Mengajar Pendidikan
Ibrahim Moral: 17 Tahun
Jalan Datin Halimah
80350 Larkin, Johor Baharu

3. Pn. Chia Yip Lan B. A. (Hons) Geografi dan Sosiologi


Maktab Perguruan Sarawak, (UKM)
Jalan Bakam, M.Ed. Pengurusan (UM)
98009 Miri, Serawak. Pengalaman mengajar: Pendidikan
Moral 18 tahun
Pensyarah Cemerlang Pendidikan Moral

4. Pn. Rohani binti Ismail B. Soc. Sc. (Hons) Sociology (USM)


Maktab Perguruan Ilmu Khas, Diploma Pendidikan: Siviks (UM)
Jalan Tenteram, Pengalaman Mengajar
56000 Kuala Lumpur. Pendidikan Moral: 16 Tahun

5. Pn. Asiah binti Saad B.A. (Hons) Pengajian Asia Tenggara


Institut Perguruan Darul Aman M. Sc. Psikologi
06000 Jitra, Pengalaman mengajar Pendidikan
Kedah Darul Aman Moral : 14 Tahun

6. Cik Krishna Kumary Juval B A (Hons) Sejarah dan Geografi USM)


Maktab Perguruan Temenggong Diploma Pendidikan (USM)
Ibrahim, Jalan Datin Halimah M SC. Pendidikan Moral (UPM)
80530 Larkin, Johor Baharu. Pengalaman Mengajar Pendidikan
Moral : 10 tahun

7. Ustaz Ahmad Zaki bin Hashim BA (Hons) Pengajian Islam


Institut Perguruan Darul Aman M Ed (Pendidikan Islam)
06000 Jitra, Kedah Darul Aman Pengalaman mengajar
Pendidikan Moral : 2 tahun

52

Anda mungkin juga menyukai