Anda di halaman 1dari 1

Bincangkan peranan pembesar di Tanah Melayu sehingga abad ke-20.

Pengenalan Pembesar merupakan golongan kedua yang penting selepas Sultan. Merupakan sekumpulan pegawai yang membantu Sultan atau raja menjalankan pentadbiran di peringkat negeri dan daerah. Sistem pembesar yang diamalkan di Negeri-negeri Melayu berasaskan sistem Pembesar Empat Lipatan yang diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka. Diamalkan di negeri Melayu seperti Pahang, Perak, Selangor dan Johor. Sistem pembesar di Negeri Sembilan berbeza dengan negerinegeri Melayu lain kerana dipengaruhi oleh Adat Perpatih. 1. Sebelum campurtangan British (peranan) a. Orang kedua penting selepas Sultan. Menjadi penasihat utama Sultan b. Orang yang sangat taat dan menjadi orang kepercayaan Sultan. Diberi surat tauliah, sebilah pedang, cop mohor dan daerah pegangan i. Sebagai pemangku Sultan ketika Sultan keluar negeri ii. Ketua pentadbir awam dalam semua urusan pentadbiran negeri iii. Bertanggungjawab ke atas hal ehwal perhubungan luar negara iv. Mengetuai urusan Sultan ke

seberang laut v. Ketua tentera laut dan mempertahankan negara daripada serangan musuh dari laut (Laksamana) vi. Mengetuai angkatan tentera semasa peperangan vii. Penentu sukatan dan timbang yang betul viii.Ketua polis dan menjaga keselamatan (Temenggong) ix. Pengawal peribadi Sultan x. Menjaga perbendaharaan negara dan mengawasi pungutan cukai xi. Pegawai kastam xii. Menyimpan dan mengagih hasil-hasil negeri dan hal-hal istana xiii.Ketua adat istiadat dan upacara rasmi istana terutama jamuan xiv.Mengadili dan menghakimi kes-kes jenayah dan sivil kecuali hukuman bunuh xv. Menjadi tunggak sesebuah negeri bagi membantu Sultan melicinkan urusan pentadbiran dan pemerintahan.. y Menjaga dan mengekalkan keamanan jajahannya y Memungut cukai y Menyediakan kerahan tenaga y Menyelesaikan masalah dan mengadili kes-kes kecuali yang melibatkan hukuman bunuh 2. Selepas campurtangan British i. Hilang kuasa dan hak untuk memungut cukai kerana diambil alih oleh Residen atau wakil. ii. Hilang sumber pendapatan utama. British memberi elaun/ gaji sebagai ganti rugi

iii. Hilang kuasa politik sebagai penasihat Sultan dalam Majlis Penasihat Sultan iv. Hilang kuasa kehakiman, diambil alih oleh Majisteret British v. Hilang kuasa mentadbir wilayah yang diambil alih oleh Pegawai Daerah British vi. Penghulu merupakan pegawai bergaji dan boleh dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke kampung lain. Hak dan tanggungjawab penghulu tertakluk di bawah undang-undang negeri

KESIMPULAN Berlaku penentangan kerana pembesar tidak puas hati seperti penentangan Dato Maharaja Lela di Perak, Dato Bahaman di Pahang, Tok Janggut di Kelantan dan lain-lain. Walaupun hilang hak dan kuasa dalam politik, golongan pembesar masih lagi berpengaruh, dihormati dan menjadi sumber rujukan utama para pengikut dan

Anda mungkin juga menyukai