Anda di halaman 1dari 9

SEMESTER 2 Sains Praktikal 2 Eksperimen 4 Topik: Pembedahan sistem pernafasan mamalia. Tujuan: 1.

Melatih pelajar untuk membedah haiwan mamalia kecil. 2. Melatih pelajar bagaimana menggunakan peralatan pembedahan. 3. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam memapar, melukis dam melabel organorgan pernafasan. 4. Membolehkan pelajar mengenal pasti struktur organ-organ utama yang terlibat dalam pernafasan ( paru-paru, trakea, tulang rusuk dan otot interkostal ) 5. Meningkatkan kefahaman pelajar proses pertukaran gas pada haiwan mamalia. Teori: Organ-organ utama yang terlibat dalam pernafasan adalah paru-paru, trakea, diafragma, tulang rusuk dan otot interkostal. Pengecutan dan pengembangan otot interkostal dan otot pada diafragma akan menggerakkan diafragma dan tulang rusuk, jadi jumlah isipadu rongga dada berubah. Hal ini akan menyebabkan pengaliran udara keluar dan masuk ke dalam paru-paru.

Radas-radas dan bahan-bahan: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Tikus. Alat-alat pembedahan. Papan pembedahan. Kanta lengan x10. Pembaris plastik lutsinar. Benang.

Prosedur: 1. Pinkan tikus tersebut di atas papan pembedahan dengan permukaan perut mengadap atas. 2. Buat satu hirisan tengah abdomen di kulit dan potong ke depan sehingga ke bahagian rahang bawah dan ke belakang sehingga ke bahagian dubur. 3. Pegang kulit tersebut dengan sepasang angkup. Potong tisu penyambung di antara kulit dengan dinding badan seluas mungkin di sepanjang badan haiwan tersebut dan pin semula kulit itu. 4. Potong bahagian ventral dan dinding sisi rongga dada untuk memperlihatkan rongga dada kaviti. 5. Buang kelenjar timus. 6. Potong otot dan tisu pada leher untuk melihat trakea dan larinks. 7. Potong bahagian atas laring. Potong habis tisu penyambung yang terlekat pada trakea. 8. Buang jantung, paru-paru, trakea, esofagus dan laring bersama-sama.

9. Berhati-hati ketika membuang esofagus dari jantung. Pin laring, trakea dan paruparu di atas papan. 10. Buat satu lakaran melabel berdasarkan struktur yang telah diambil keluar.

Keputusan

Usus besar dan kecil

Hati

Jantung

Ginjal

Trakea dan oesofagus Paru-paru

Pankreas

Tulang rangka Hati

Paru-paru

Jantung

Hati

Perut

Usus besar dan kecil

Soalan : 1.(a) Berapa pasangkah tulang rusuk tikus? Tikus mempunyai 13 pasang tulang rusuk. Ianya terdiri daripada 7 pasang tulang rusuk benar dan 6 pasang tulang rusuk palsu. (b) Bagaimanakah tulang rusuk berfungsi ketika pertukaran gas pada tikus? Pada dasarnya, tulang rusuk berfungsi melindungi peparu yang terletak di rongga toraks semasa pertukaran gas. Seperti manusia juga, ketika menarik nafas tulang

rusuk akan mula bergerak ke atas dan kehadapan. Manakala ketika menghembus nafas pula tulang rusuk akan bergerak ke bawah dan ke dalam disebabkan oleh pengaruh otot interkosta di bawahnya. 2.(a) Terangkan permukaan dan ciri ciri diafragma. Permukaannya kebiruan berkilau putih pada hujung tulang..Diafragma adalah kubah berbentuk lembaran otot yang membentuk dinding rongga dibawah dada. Diafragma mudah lentur atau sifatnya yang kenyal. Selain itu diafragma adalah halus hingga menyebabkannya ia mudah bergerak ke bawah dan ke atas semasa pertukaran gas. (b) Apakah kepentingan ciri ciri diafragma di dalam hubungan dengan fungsinya ketika pertukaran gas? Ketika kita menarik nafas, diafragma akan bergerak ke bawah dan mendatar manakala ketika hembus nafas diafragma bertukar menjadi bentuk kubah dan bergerak ke atas melalui sifat kelenturannya.

3.Terangkan permukaan peparu kanan dan kiri. Salah satu peparu adalah lebih besar berbanding peparu yang satu lagi. Paru-paru bahagian kanan lebih besar sedikit berbanding peparu kiri kerana jantung

menggunakan beberapa ruang di peparu kiri kita. Jadi, di dalam membuat ruang untuk jantung, peparu kiri adalah kecil kecil sedikit berbanding paru-paru kanan. Selain itu, peparu bahagian kanan permukaannya adalah lebih luas mendatarnya daripada peparu kiri. Permukaan peparu adalah berspan dan dipenuhi liang epitelium dengan itu ia mempunyai luas permukaan per isipadu yang lebih luas berbanding luas permukaan paru-paru. Sekat dada jantung tidak terletak tepat ditengah-tengah rongga dada, tetapi sedikit ke kiri, sehingga menyebabkan paru-paru kiri lebih kecil dari paru-paru kanan. Isi rongga dada dapat diperbesar hasil pengaruh otot-otot pengangkatan iga-iga, pengecutan sekat rongga badan yang melengkung ke atas. Permukaan peparu kanan adalah lebih licin dan cantik berbanding permukaan peparu kiri apabila diperhatikan di dalam eksperimen. 4. Satu bahagian paru-paru dipotong. Semak permukaan potongan dengan kanta pembesar. Terangkan apakah yang anda nampak pada tekstur paru-paru? Jika diperhatikan dengan teliti permukaan paru-paru dilapisi oleh satu selaput iaitu selaput paru-paru visceral (selaput paru-paru terdapat celah yang sempit yang berisikan sedikit cecair). Tekstur peparu yang dilihat adalah kenyal seperti span. 5. Ukur panjang trakea di dalam unit mm, dari laring ke titik dimana cabang keluar ke dalam dua bronkus. Trakea, atau lubang tekak, adalah kotak tulang yang menghubungkan hidung dan mulut ke paru-paru, dan merupakan bahagian penting dalam sistem pernafasan vertebrata (bertulang belakang). Ketika bernafas pada sesuatu individu, udara mengalir ke paruparu untuk respirasi melalui tekak. Trakea bermula pada bahagian bawah dari laring dan terus ke paru-paru. Trakea rangka tulang yang terdiri dari tulang rawan dan sendi, dan terletak di bahagian depan leher.

Kesimpulan : Ketika pembedahan terhadap seekor tikus dijalankan, organ-organ haiwan terbabit telah dikeluarkan dan dilakarkan mengikut prosedur yang telah pun dirancang. Eksperimen ini telah bertujuan mengkaji sistem pernafasan mamalia melalui seekor tikus. Sistem pernafasan ini telah dikaji pada tikus bermula dari rongga hidung ke trakea ke bronkus sehingga ke bronkiol. Akhir sekali, kajian telah dijalankan pada organ bronkiol sehingga ke alveolus. Kesemua organ ini boleh didapati dalam paru-paru. Setelah selesai kajian dijalankan, didapati sistem mamalia memerlukan paru-paru untuk bernafas dan paru-paru juga merupakan organ yang penting bagi tujuan pernafasan.

KAMPUS KOTA BHARU

NAMA NO K/P NO. MATRIK SEMESTER SUBJEK

: : : : :

AYISY HARIZ BIN SUKIMAN 921027-01-6069 IPGKB : S11S - 1006 - 0445 SEM.2 SAINS PRAKTIKAL 2, EKSPERIMEN 4, PEMBEDAHAN SISTEM PERNAFASAN MAMALIA

NAMA PENSYARAH TARIKH HANTAR

TN. HJ. ASRAN BIN MOHD. AMIN

6 MAC 2011

Anda mungkin juga menyukai