Anda di halaman 1dari 7

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM SEMINAR MENGENAI ISLAM DAN KEADILAN

1. PENGENALAN Satu daripada tujuan atau maqasid syar`iah ialah untuk menegakkan keadilan di muka bumi ini. Manusia yang telah dicipta untuk menangani bumi ini bagi mencapai kemakmuran dan kebahagiaannya tidak boleh mengambil tindakan yang lain kecuali untuk menegakkan keadilan. Kezaliman dalam apa bentuk sekali pun sama ada terhadap dirinya, terhadap Allah (S.W.T.) mahupun terhadap masyarakat dan alam sekeliling, akan membawa manusia ke arah kerugian (khusran) di dunia dan akhirat. Islam sebagai cara hidup yang lengkap yang mengawal segala geraklaku manusia semata-mata untuk mengarah manusia ke mercu keadilan yang tulen, menghendaki supaya keadilan itu dicapai dalam segala aspek hidup, termasuk kehakiman, politik, ekonomi, sosial dan budaya. Tidak ada maknanya jika keadilan itu berlaku hanya di bidang kehakiman sahaja misalnya, dan tidak dilaksanakan di dalam bidang lain. Keadilan dalam Islam ditakrifkan sebagai meletakkan sesuatu pada tempatnya yang haq. Ini bermakna bahawa Islam menekankan kesaksamaan dan bukan kesamaan mutlak seperti yang berlaku dalam falsafah sosialisme. Islam juga memberi kebebasan kepada individu, tetapi hanya sehingga belum wujud apa-apa konflik dengan kepentingan masyarakat. Dalam konflik seperti itu Islam mengutamakan kepentingan masyarakat daripada kepentingan individu. Falsafah ini juga bertentangan dengan kapitalisme yang memberi kebebasan penuh kepada individu. Keadilan dalam Islam juga adalah bebas dari sebarang pengaruh, termasuk status sosial, pangkat, kekayaan, keturunan, ilmu, mahu pun tali persaudaraan. Pada umumnya keadilan perlu dipertahankan tanpa sebarang kompromi. 2. OBJEKTIF a. Memberi penjelasan yang jitu mengenai konsep keadilan seperti yang dimaksudkan oleh al-Qur'an dan as-Sunnah. b. Menunjukkan penghayatan keadilan di kalangan umat Islam melalui sejarah. c. Menjelaskan konsep keadilan dalam bidang kehakiman, pentadbiran dan pengurusan, ekonomi dan perniagaan, politik dan sosial. d. Mengutarakan bahawa keadilan harus dijadikan prinsip dan matlamat hidup utama bagi insan. e. Menghasilkan cara-cara mempertingkatkan pelaksanaan keadilan dalam masyarakat.

3. PESERTA a. Penyertaan dalam seminar ini adalah melalui jemputan. Adalah dicadangkan supaya para peserta dikenakan yuran pendaftaran bagi menampung kos penganjuran seminar ini. b. Para peserta harus merentasi berbagai sektor, termasuk kerajaan, swasta, akademik, pertubuhan berasaskan agama, dewan-dewan perniagaan, badan sukarela, dll. c. Qota tertentu harus ditetapkan bagi tiap-tiap kumpulan, pertubuhan atau organisasi. d. Para peserta harus terdiri dari masyarakat Islam dan bukan Islam, sekurang-kurangnya 40 peratus bukan Islam.

A. Akedamik Bilangan Peserta Universiti Malaya Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Utara Malaysia Universiti Sains Malaysia Universiti Teknologi Malaysia Universiti Pertanian Malaysia Universiti Islam Antarabangsa Institut Aminuddin Baki Institut Teknologi MARA Kolej Tunku Abdul Rahman Kolej Agama Sultan Zainal Abidin

B. Sektor Kerajaan Jabatan Perdana Menteri Kementerian Dalam Negeri Kementerian Pembangunan Luar Bandar Kementerian Pengangkutan Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos

Kementerian Perusahaan Utama Kementerian Kerja Raya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kementerian Pertanian Kementerian Pendidikan Kementerian Luar Negeri Kementerian Kewangan Kementerian Kesihatan Kementerian Pertahanan Kementerian Penerangan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Kementerian Perusahaan Awam Kementerian Sumber Manusia Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi Kementerian Kehakiman Kementerian Belia dan Sukan Bahagian Hal Ehwal Islam Unit Perancang Ekonomi Unit Penyelarasan Pelaksanaan Unit Pemodenan Tadbiran Malaysia Biro Siasatan Negara Biro Tata Negara Biro Bantuan Guaman

Jabatan Peguam Negara Jabatan Akauntan Negara Abatan Audit Jabatan Pemegang Harta Polis Diraja Malaysia INTAN Penasihat Undang-Undang Negeri (Setiap Negeri) Unit Perancang Ekonomi Negeri (Setiap negeri)

C. Sektor Swasta Dewan Perniagaan Malaysia Dewan Perniagaan Melayu Dewan Perniagaan Cina Dewan Perniagaan India Tenaga Nasional Berhad Telekom Pos

D. Pertubuhan Lain ABIM Majlis Belia Malaysia Puspanita ANGKASA Persatuan Agama-Agama Lain Persatuan Peguam Muslim Majlis Peguam Negara Majlis Perubatan Malaysia

Persatuan Perkhidmatan Perundangan & Kehakiman Persatuan Kebajikan Wanita Islam Malaysia Pertubuhan Islam Serantau Sabah (USIA) Angkatan Nahdatul Islam Bersatu (BINA)

4. FORMAT SEMINAR Adalah dicadangkan supaya seminar ini mengandungi: a. empat sesi pembentangan dan perbincangan, satu sesi peresmian pembukaan dan satu sesi peresmian penutupan b. lapan kertas kerja semuanya; dua kertas yang berkaitan dibentangkan dalam satu sesi, diikuti dengan ulasan dan/atau soal jawab c. satu sesi ucap utama di majlis makan malam di atas tajuk "Pelaksanaan Keadilan di Peringkat Antarabangsa" oleh Tan Sri Razali Ismail

5. TAJUK KERTAS KERJA Kertas 1: Keadilan Dalam al-Qur'an dan as-Sunnah Kertas 2: Pelaksanaan Keadilan Dalam Sejarah Islam Kertas 3: Pelaksanaan Keadilan Dalam Bidang Ekonomi & Perniagaan Kertas 4: Pelaksanaan Keadilan Dalam Bidang Sosial Kertas 5: Pelaksanaan Keadilan Dalam Bidang Kehakiman Kertas 6: Pelaksanaan Keadilan Dalam Bidang Politik Kertas 7: Pelaksanaan Keadilan Dalam Bidang Pentadbiran

6. PENGERUSI, PEMBENTANG DAN PENGULAS

Sesi 1: Pengerusi - Tan Sri Harun Hashim Pembentang Kertas 1 - Prof. Dr. Mahmud Saedon Awang Othman Pembentang Kertas 2 - Dato' Dr. Abdul Monir Yaakob

Sesi 2: Pengerusi - Tun Raja Mohar bin Raja Badiozaman Pembentang Kertas 3 - Dato' Dr. Abdul Halim Ismail Pengulas Kertas 3 - Prof. Madya Dr. Oo Yew Hock Pembentang Kertas 4 - Prof. Dr. Abu Hassan Othman Pengulas Kertas 4 - Prof. Madya Dr. Hj. Faisal Hj. Othman

Sesi 3: Pengerusi - Tun Abdul Hamid Omar Pembentang Kertas 5 - Tan Sri Prof. Datuk Ahmad Ibrahim Pengulas Kertas 5 - Tan Sri Prof. Syed Agil Barakbah

Sesi 4: Pengerusi - Tan Sri Zainal Abidin Sulong Pembentang Kertas 7 - Datuk Mohd Effendi Norwawi Pengulas Kertas 7 - Dr. Hj. Abdul Malek bin Hj. Mohd. Hanafiah Pembentang Kertas 8 - Tan Sri Mahmud Taib

7. PENGANJUR BERSAMA Adalah dicadangkan supaya Seminar ini dianjurkan oleh IKIM bersama dengan Kementerian Kehakiman

8. TARIKH 24 - 25 Mei 1993

9. TEMPAT Dewan Bandar Raya

10. PERASMIAN

Pembukaan : YAB Perdana Menteri Penutup : Tan Sri Dato' Seri Ahmad Sarji bin Abdul Hamid

PERKARA-PERKARA YANG PERLUKAN TINDAKAN SEGERA 1. Senarai peserta 2. Perbincangan dengan Tan Sri Ahmad Ibrahim 3. Tarikh dengan KSN - Blok P.M. 4. Tempat 5. Penubuhan JK Pemandu 6. Penubuhan JKK7. Mesyuarat akan datang - 5.3.93 (Jumaat), jam 3.00 petang. a:adil

Anda mungkin juga menyukai