Anda di halaman 1dari 4

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGENEGARAAN

Tema 6 : Cabaran Masa Depan ETIKA KERJA

Etika dalam pekerjaan


Terdapat lima etika kerja yang harus dijadikan panduan bagi memastikan rezeki yang kita perolehi terjamin keberkatannya.

Etika kerja 1: Ikhlas dan amanah

Bekerjalah dengan penuh kerelaan, suci hati untuk mendapat keredha Allah. Bersyukurlah juga dengan kerja yang kita lakukan, kita dapat menyumbangkan tenaga untuk pembanggunan Negara. Rasulullah s.a.w bersabda yang bemaksud, "Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling banyak bermanfaat bagi sesama manusia." (Riwayat Al-Qud

Etika kerja 2: Cekap dan tekun

Cekap dan tekun merupakan diantara ciri-ciri pekerja yang baik. Selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun." (Riwayat Al-Baihaqi)

Etika kerja 3: Bekerjasama

Telah menjadi lumrah kehidupan yang kita saling memerlukan diantara sama lain. Oleh itu kelancaran kerja adalah hasil dari semangat kerjasama. Kerana itu perlunya sikap saling bantumembantu untuk menjamin kejayaan dalam pekerjaan. Allah berfirman yang bermaksud, "Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebaikan." (Surah Al-Maidah: 2)

Etika kerja 4: Mengabdikan diri pada Allah:

Kita perlu tanamkan di dalam hati bahawa pekerjaan adalah amanah daripada Allah. Kerja merupakn sebahagian daripada ibadat kita kepada Allah. Allah befirman yang bermaksud,"Wahai sekalian manusia, sembahlah Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa." (Surah Al-Baqarah :21)

Etika kerja 5: Pekerjaan yang halal :

Hal ini juga tidak kurang pentingnya kerana setiap wang kita perolehi akan menjadi darah daging kita. Justeru pastikan bahawa kerja kita halal dan tidak bertentangan dengan hukum dan syarak kerana daging(tubuh) yang tumbuh dari makanan yang haram, akan menjadi makanan api neraka.

Anda mungkin juga menyukai