Anda di halaman 1dari 2

Tutorial M2

Permainan Guli
y

Permainan individu ini sering dimainkan oleh kanak -kanak lelaki. Setiap pemain perlu mempunyai beberapa guli taruhan dan sebiji guli induk.

Satu bulatan digoreskan di atas tanah. Kesemua guli taruhan diletakkan di dalam bulatan.

Pemain pertama memulakan permainan dengan cara melontar guli induknya dan disasarkan ke arah guli taruhan yang berada di dalam bulatan.

Guli taruhan yang keluar dari bulatan dikutip menjadi miliknya. Manakala guli induk tidak boleh disentuh atau diambil.

Sekiranya guli induknya tersangkut di dalam bulatan, maka status pemain ini dikira mati.

Pemain yang berjaya menambah koleksi guli masing -masing dianggap sebagai pemenang.

Kepentingan Permainan Guli 1. Perkembangan intelek

 Berfikiran kreatif (mampu berdaya saing)  Memiliki kemahiran berfikir dalam pelbagai keadaan (berupaya membuat pilihan yang tepat)  Fokus dan menumpukan perhatian.
2. Sosioemosi

 Akur kesalahan rakan ( dapat menghapus sifat pedendam)  Akur kesalahan diri-sendiri (menghakis sikap suka menuding kesalahan kepada rakan yang lain)  Keboleh-upayaan menerima tekanan (sentiasa bersedia menyahut cabaran)  Bertolak ansur (boleh mengeratkan silaturahim sesama manusia )
3. Fizikal kanak-kanak

 Stretch empat anggota kerana kanak-kanak perlu mengcangkung atau berdiri semasa bermain guli.

Anda mungkin juga menyukai