Anda di halaman 1dari 1

1.

1 Pengenalan kepada Kajian

1. Masyarakat malaysia sudah hidup berbilang bangsa sejak dari zaman sebelum merdeka lagi.
Maka dengan itu, tidak hairanlah jika mereka banyak berkongsi pengalaman pahit dan manis bersama. Dalam proses hidup bekelompok dengan pelbagai bangsa, asimilasi budayasudah pasti terjadi ekoran hubungan masyarakat yang akrab. Tidak terkecuali asimilasi budaya bagi masyarakat Malaysia tentang pantang larang bagi wanita ketika hamil. Maka menyedari hal tersebut, kami telah bersetuju untuk menjalankan kajian untuk kursus Hubungan Etnik yang bertajuk Persepsi Masyarakat Berbilang Bangsa Terhadap Amalan Pantang Larang Wanita Hamil dan Asimilasinya: Satu Kajian Kes di Kuala Lumpur. Persepsi didefinisikan sebagai interpretasi tentang apa yang diinderakan atau dirasakan individu (Bower) dan pantang larang pula didefinisikan sebagai sesuatu yang tidak dipersetujui oleh seseorang individu atau kepada sesuatu kumpulan mahupun sesuatu masyarakat, mengenai sesuatu perkara yang tertentu. Sekiranya seseorang itu ingkar, maka sesuatu kejadian buruk akan berlaku, baik terhadap individu itu sendiri mahupun terhadap keluarganya. Bagi kajian ini, kami telah mengedarkan 60 helai borang soal selidik di Pasar Seni, menggunakan kajian perpustakaan dan internet selain menemuramah sendiri kaum wanita yang pernah hamil di sekitar Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai