Anda di halaman 1dari 16

BAHASA MELAYU

 Tahun  Tajuk

: 5 Pintar : Kata Adjektif (Kata Sifat)

Maksud Kata Adjektif


Kata adjektif ialah perkataan yang digunakan untuk menerangkan kata nama. Contoh kata adjektif ialah baik, murah,rendah, dan cantik.

Jenis Jenis Kata Adjektif


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Kata Adjektif Bentuk Kata Adjektif Perasaan Kata Adjektif Warna Kata Adjektif Ukuran Kata Adjektif Jarak Kata Adjektif Waktu Kata Adjektif Sifatan/Keadaan Kata Adjektif Pancaindera Kata Adjektif Cara

Kata Adjektif Keadaan


Contohnya; Baik, tegak, gopoh, pandai,takut, sihat, kasar Contoh ayat; 1. Penghulu yang baik hati itu sangat dihormati oleh penduduk kampung. 2. Semua murid berdiri tegak semasa lagu Negaraku dimainkan. 3. Kerja yang dilakukan secara gopoh tidak akan sempurna jadinya.

Kata Adjektif Warna


Contohnya;  Biru, putih, hitam,ungu,perang,jingga. Contoh ayat; 1. Karangan itu hendaklah ditulis pada kertas putih. 2. Kasut hitam yang dipakainya itu dibuat daripada kulit buaya. 3. Semua peserta kem motivasi itu memakai pakaian seragam berwarna biru.

Kata Adjektif Ukuran


Contohnya; Kecil, panjang, tebal, kerdil, tinggi, rendah. Contoh ayat; 1. Rumah kecil di hujung sawah itu kepunyaan Pak Leman. 2. Dia menjolok buah itu dengan galah panjang. 3. Kamus Dewan ialah kamus yang tebal.

Kata Adjektif Bentuk


Contohnya; Bujur, buncit, lurus, bengkok, lekuk, lonjong Contoh ayat; 1. Meja makan itu berbentuk empat segi bujur. 2. Perut Hasan semakin buncit kerana sudah lama tidak bersenam. 3. Lukis garis lurus untuk menyambung kedua dua titik itu.

Kata Adjektif Jarak


Contohnya; Jauh, hampir, dekat, nyaris, rapat, sebelah Contoh ayat: 1. Sekolahnya terletak sangat jauh dari rumahnya. 2. Rumah yang hampir sekali dengan masjid ialah rumah rumah Ali. 3. Tempat kemalangan itu dekat dengan sekolah saya.

Kata Adjektif Waktu


Contohnya; Baru, lama, segera, silam, lambat, cepat Contoh ayat; 1. Mereka memakai baju baru ke majlis hari jadi itu. 2. Encik Murad suka mendengar lagu lagu lama nyanyian P.Ramlee. 3. Di bandar itu terdapat banyak restoran yang menjual makanan segera.

Kata Adjektif Perasaan


Contohnya; Kecewa, rindu, segan, gembira, ragu, sayang Contoh ayat; 1. Encik Lim sangat kecewa dengan keputusan PMR anaknya. 2. Dia rindu akan anaknya yang sedang belajar di luar negara. 3. Orang itu sesat jalan kerana segan hendak bertanya.

Kata Adjektif Cara


Contohnya; Deras, laju, segera, sering, lincah, perlahan Contoh ayat; 1. Pengaliran air itu sangat deras selepas hujan lebat. 2. Bot laju itu direka khas untuk pertandingan. 3. Tindakan yang segera daripada pihak berkuasa amatlah diharapkan.

Kata Adjektif Pancaindera


Contohnya; Pahit, manis, busuk, kasar, merdu, tampan Contoh ayat; 1. Sabrina tidak mahu makan ubat batuk yang pahit itu. 2. Wajah manis gadis itu sungguh menawan hati. 3. Bau busuk dari kilang itu mengganggu penduduk kampung.

Latihan
Arahan : Isi tempat kosong dalam ayat ayat di bawah dengan kata adjektif yang paling sesuai.
1. 2. 3.

Kedengaran suara jeritan ________ meminta tolong. Seorang wanita tua berjalan ________ hendak menaiki bas. Kotak itu terlalu ________ untuk diangkat oleh murid murid.

4. Bau bunga telur itu ________ benar. 5. Murid murid berdiri ________ menyanyi lagu Negaraku. 6. Percakapan ________ sahaja akan dipercayai. 7. Rasa ________ duduk menunggu di sini. 8. Tutur kata ________ budak itu menarik sesiapa yang mendengarnya. 9. Lelaki ________ itu ialah Ustaz Jefri. 10. Suara ________ penyanyi itu memukau semua penonton.

11. Gadis ________ yang mengiklankan sabun dalam televisyen itu ialah kakak saya. 12. Aziz gagal dalam peperiksaan kerana ________ belajar. 13. Emak berasa ________ kerana kurang sihat. 14. Cikgu Yusri memuji Awang kerana dia membuat kerja dengan ________. 15. Kucing itu menjilat pinggan itu sampai ________. 16. Doktor telah menasihati Faridah supaya tidak mengambil makanan yang _______ kerana dia mengidap penyakit diabetes.

17. Sazali dan abangnya menjalankan perniagaan secara ________ sahaja. 18. Rasa sup itu ________ kerana emak terlupa membubuh garam, kata Siti kepada ibunya.
--Selamat Mencuba --

Anda mungkin juga menyukai