Anda di halaman 1dari 15

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

DISEDIAKAN OLEH: NOR AZRAF ANIS NABILA

Falsafah Pendidikan Di Malaysia


Konsep pendidikan di Malaysia boleh ditafsir daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) , yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988. Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kebangsaan yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemkmuran masyarakat dan negara.

Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memilik serta menghayati ciri-ciri berikut:  percaya dan patuh kepada Tuhan  berilmu pengetahuan  berakhlak mulia  bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara  memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu  memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

Faktor- faktor mempengaruhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)


 Faktor agama yang dianuti oleh rakyat negara.  Faktor sosial yang meliputi struktur masyarakat dan kebudayaannya.  Faktor politik yang menentukan ideologi negara, dan seterusnya mempengaruhi dasar pendidikan.  Faktor ekonomi yang mempengaruhi matlamat pendidikan dalam usaha membawa pembangunan dan kemajuan negara.  Faktor individu yang berkaitan dengan keperluan-keperluan dan asas seperti keselamatan, perkembangan potensi dan penyempurnaan kendiri.  Faktor sejagat yang berkaitan dengan pandangan dan visi sedunia.

Falsafah Pendidikan dan Peranannya


Dalam sistem pendidikan Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan memainkan peranan yang penting seperti: Sebagai suluh yang memberi panduan dan arah hala tuju kepada segala usaha mengembang dan memajukan pendidikan Menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan Matlamat Pendidikan Negara Sebagai rujukan untuk membantu para pendidik memahami sistem pendidikan negara Sebagai bimbingan untuk para pendidik semasa mereka melaksanakan tugas-tugas pendidikan Sebagai dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan kurikulum, bahan-bahan pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran Sebagai pengawal ke atas penyelewengan aktiviti daripada dasar pendidikan Menghilangkan salah faham, keraguan atau pertelingkahan dalam sebarang usaha melaksanakan tugas

Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan Terhadap Sistem Pendidikan Negara


Kemunculan Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan membawa implikasi-implikasi kepada sistem pendidikan kita seperti yang dihuraikan berikut: 1) Implikasi terhadap kurikulum
Perubahan kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi: - Perubahan sukatan pengajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu. - Perubahan bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-nilai murni diserapkan dalam semua mata pelajaran.

- Perubahan program pendidikan yang berorientasikan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. - Perubahan sistem pendidikan yang berorientasikan ke arah pendidikan umum. - Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi.

2) Implikasi terhadap pendidik


Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar dengan tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi: - Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi visi yang positif terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan. - Perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknik pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan serta berakhlak mulia.

3) Implikasi terhadap institusi pendidikan


Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi: - Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat peluang mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani secara menyeluruh dan seimbang. - Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar. - Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajarpelajar yang mencintai ilmu.

Strategi Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)


Strategi merealisasikan FPK memerlukan usaha daripada Kementerian Pendidikan dan kaum guru.

Peranan Kementerian Pendidikan


Pendidikan strategik untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah dinyatakan dalam buku Dasar Pembangunan Pendidikan Kebangsaan. Strategi ini merangkumi tiga bidang, iaitu pembangunan insan, pembangunan sumber pendidikan dan penyelidikan serta pembangunan.

1) Pembangunan Insan
Matlamat pembangunan insan ialah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Strategi pembangunan insan ini memberi penekanan-penekanan berikut: - Penyediaan kurikulum yang relevan dengan mengubahsuai kandungannya mengikut keperluan semasa. - Penyediaan sistem penyampaian yang berkesan dengan memperkenalkan sistem teknologi yang canggih seperti ICT. - Penekanan kepada pendidikan agama dan moral dengan proses penerangan nilai-nilai agama dan moral dalam semua peringkat persekolahan dan dalam semua mata pelajaran.

- Penekanan kepada sains dan teknologi dengan melahirkan lebih ramai tenaga kerja dalam bidang ini. - Peningkatan peluang pendidikan melalui pelbagai bidang dan pendekatan alternatif, misalnya pendidikan jarak jauh dan kursus profesional. - Pemupukan semangat patriotisme melalui penyerapan unsurnya dalam semua mata pelajaran, di samping melalui aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat.

2) Pembangunan Sumber Pendidikan


Tujuan utama pembangunan sumber pendidikan ialah menghasilkan sistem pendidikan yang berkualiti. Pembangunan sumber pendidikan ini memberi penekanan- penekanan berikut: - Penyediaan input pendidikan yang mencukupi, lengkap dan terkini dengan mempertingkatkan kuantiti dan kualiti guru, prasarana serta program sokongan dari semasa ke semasa dan mengikut keperluan semasa. - Perlaksanaan program pendidikan mengikut perancangan dengan memastikan bahawa Matlamat Pendidikan dan Rancangan Malaysia tentang keperluan tenaga mahir dapat dicapai.

- Peningkatan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dengan penyediaan tenaga pengajar yang berkualiti serta persekitaran pembelajaran yang kondusif, termasuk kemudahan internet dan bahan multimedia.

Anda mungkin juga menyukai