Anda di halaman 1dari 3

Salam sejahtera, Salam 1 Malysia. Dadah merupakan musuh no.

1 negara dan mengancam keselamatan negara tanpa mengira latarbelakang ideologi, geografi, jantina, umur, etnik dan agama. Sebagai rakyat Malaysia marilah kita bersatu bangkit memerangi ancaman tersebut. Semoga dengan usaha yang sedikit melalui laman web ini dapat memberikan manfaat dan maklumat kepada semua pengunjung serta dapat membantu kearah masyarakat Malaysia Bebas Dadah. Kami mengalu-alukan sebarang cadangan bagi penambahbaikkan perkhidmatan yang diberikan. 1 Malaysia Bersama Memerangi Dadah. Pengarah AADK Mr Yap Chung Hong

Berita : Klinik Care & Cure 1 Malaysia Posted by admin on 2009/7/8 4:20:00 (341 reads)

Klinik C& C 1 Malaysia (Care & Cure 1 Malaysia ) atau Pemulihan dan Prihatin 1 Malaysia ( P & P 1 Malaysia ) adalah salah satu usaha terbaru sedang dijalankan oleh pihak AADK untuk mengurangkan masalah penagihan dadah. Berkonsepkan rawatan yang lebih bersifat terbuka memudahkan individu yang mempunyai masalah dengan ketagihan tehadap dadah dan ubat-ubatan boleh secara sukarela tampil untuk mendapat khidmat nasihat dan rawatan. Ahli keluarga atau rakan mereka juga boleh membawa individu ini untuk mendapatkan khidmat nasihat dan pemulihan secara sukarela. Kepada yang bereminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Klinik C & C 1 Malaysia ini anda boleh pergi ke Link Yang Disediakan. Klinik C & C 1 Malaysia
KOTA BHARU Seorang penganggur dijatuhi..

Lelaki dihukum mati edar syabu KOTA BHARU Seorang penganggur dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis syabu seberat 41.43 gram di sebuah restoran nasi ulam di sini empat tahun lalu. Hakim, Mohd. Zaidi Ibrahim menjatuhkan hukuman tersebut selepas pihak pendakwa berjaya membuktikan keraguan yang melampaui munasabah terhadap tertuduh, Mohd. Afandi Abu Bakar, 41. Tertuduh yang masih bujang dan berasal dari Kampung Batu 10, Rantau Panjang dalam keterangan pembelaannya gagal membuktikan dirinya mengalami penyakit mental atau dikenali skizofrenia semasa dia melakukan kesalahan itu. KOSMO 05.08.2010

Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan..[+] Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok. Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok. Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph kelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi. Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah didapati mengandungi darah babi. KOSMO 01.04.2010.

Berminat?Sila hubungi AADK Negeri Melaka. RADA adalah satu pasukan sukarela dianggotai oleh remaja dan belia berumur 15 tahun dan ke atas yang bergerak sebagai mata dan telinga AADK untuk memerangi ancaman dadah di kawasan masing-masing. Objektif RADA ialah: 1. Mendidik golongan belia untuk bertanggungjawab kepada masalah dadah dan membantu membanterasnya. 2. Membentuk sahsiah pembangunan belia sebagai pelapis pemimpin masa depan yang mempunyai pengetahuan, kesedaran dan jati diri. 3. Meningkatkan pengetahuan teknikal dan kesedaran belia tentang penyalahgunaan dadah. 4. Mewujudkan pasukan sukarelawan antidadah yang sentiasa peka dan komited terhadap kerjakerja pencegahan dadah. 5. Menggemblengkan seluruh tenaga ahli di semua peringkat dalam usaha menangani masalah dadah di peringkat akar umbi. 6. Memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong-menolong. 7. Bantu- membantu sesama ahli serta berganding bahu dengan AADK dalam usaha melaksanakan program pencegahan dan memerangi dadah. 8. Memperkembangkan aktiviti antidadah dalam kalangan belia. 9. Menggerakkan belia bagi memastikan setiap keluarga, tempat kerja dan komuniti bebas dadah.

VISI Masyarakat Malaysia Bebas Dari Dadah MISI Agensi Utama Memerangi Dadah OBJEKTIF

Mencegah seseorang dari terlibat dengan dadah Merawat dan memulih penagih dadah Mencegah penagihan semula Membanteras bekalan, pengedaran dan penyalahgunaan dadah

STRATEGIK Menghapuskan permintaan dan bekalan dadah dalam negara melalui:


Pencegahan Rawatan dan Pemulihan Penguatkuasaan Kerjasama Antarabangsa

KOD ETIKA 1. Mendukung visi dan misi Agensi Antidadah Kebangsaan sebagai satu amanah 2. Menolong penagih dadah secara profesional berlandaskan keperluan sebagai insan yang mempunyai maruah dan harga diri 3. Peka terhadap perkembangan masalah dadah semasa dan memastikan pembangunan diri secara berterusan 4. Berkerjasama dan berurusan secara profesional dan 5. Menghormati dan mematuhi arahan dengan jujur dan ikhlas

Anda mungkin juga menyukai