Anda di halaman 1dari 6

Deria dan Seni Pengenalan Penggunaan deria, murid akan mendapat kefahaman yang jelas tentang sesuatu perkara

atau aktiviti yang dilakukannya. Untuk itu, kefahaman tetang deria adalah penting. Deria terdiri daripada pancaindera lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu. Kelima-lima deria ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual. Perkembangan Kepekaan Deria Menurut Jame Ismail dan Zulkifli Yaakob (2008), Perkembangan merupakan suatu proses yang berterusan dari peringkat lahir hi ngga peringkat kematangan . Faktor faktor perkembangan manusia banyak dipengaruhi oleh baka dan persekitaran yang berada di sekeliling mereka. Untuk itu, perkembangan kematangan deria adalah penting dalam mempertingkatkan lagi perkembangan diri setiap indi vidu. Deria dan seni membolehkan individu meneroka alam sekelilingnya dan ini merupakan satu proses berterusan. Aktiviti seni dapat membantu naluri ingin tahu seseorang melalui eksplorasi dan eksperimentasi dengan menggunakan deria (Mohd Jamel Ismail, 2010 ). Selain itu, murid juga dapat berinteraksi secfara langsung dengan persekitaran dan belajar mengembagkan keboleh mereka untuk membuat pertimbangan yang baik melalalui pengalaman yang diperolehi. Sentuhan Sentuhan biasanya dilakukan dengan menggunakan j ari (Zulkifli Yaakob, 2010). Ia merupakan aspek perkembangan psikomotor yang mula -mula diperolehi oleh kanak kanak sebelum kanak-kanak mula berbahasa. Melalui sentuhan, murid akan dapat melakukan pelbagai aktiviti antaranya ialah murid menggunakan jari unt uk melukis. Deria sentuhan mula berkembang ketika bayi lagi. Melalui sentuhan ibu, kanak kanak akan mula berhenti menangis dan melalui sentuhan juga. Kanak -kanak akan berasa selamat. Dengar Mendengar melibatkan deria telinga (Zulkifli Yaakob, 2010). Aktivi ti yang dijalankan lebih tertumpu kepada persoalan: apa yang mereka dengar? Contohnya, aktiviti seni visual yang dilakukan ialah berdasarkan apa yang telah didengarnya ketika dia melukis. Dalam aktiviti muzik, murid akan cuba mencipta bunyi berdasarkan apa yang didengarnya. Manakala dalam bidang pergerakan pula, pelajar akan tahu dan dapat membuat interpretasi dan bergerak sama ada cepat atau lambat. Lihat Melihat menggunakan deria mata melibatkan pengamatan dan pemerhatian (Zulkifli Yaakob, 2010). Berdasarkan maklumat yang dating melalui deria mata, seseorang akan dapat mengalamai pelbagai jenis warna, bentuk, ruang dan jalinan. Pemahaman tentang warna membolehkan murid mengetahui cirri -cirinya dan seterusnya tahu utuk mengaplikasikan pengetahuan dalam pend idikanseni visual. Dengan melihat juga, pelajar dapat meningkatkan lagi kecerdasan ruangiaitu melibatkan dunia visual-spatial dengan lebih tepat. Rasa

Rasa merupakan gerak hati atau kata hati murid (Zulkifli Yaakob, 2010). Dengan menggunakan deria ini, murid akan dapat membuat sesuatu persepsi dengan tepat. Persepsi bermaksud seseorang membuat interpretasi atau member makna kepada rangsangfan yang diterima oleh derianya. Didalam seni visual, murid akan dapat meluahkan perasaaan melalui pengalaman yang telah diperolehinya apabila membuat aktiviti seni. Apabila mendengar muzik, secara tidak langsung kaki murid akan bergoyang disebabkan oleh rangsangan daripada jenis mud muzik yang didengarinya.

Hidu Hidu lebih menekankan aspek penanggapan (Mohd Jamel Ismail , 2010). Penanggapan ini tidak berlaku secara semulajadi. Sebaliknya, guru harus merancang strategi untuk menyerapkan unsure -unsur ini dalam pengajarannya. Ianya boleh dilakukan melalui; a) Kebolehan mental murid Faktor ini penting untuk memastikan setiap murid mendapat pembelajaran optimum mengenai konsep yang diajar oleh guru. b) Pendekatan pengajaran Guru perlu merancang strategi pengajatran yang hendak digunakan olehnya untuk membentuk penanggapan yang baik. i. Pendekatan inkuiri penemuan Murid mencari maklumat sendiri mengenai konsep melalui situasi penyelesaian masalah. Pelajar akan berfikir dan menaakul secara mental dengan menggunakan orgsn deria untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan bukan sebagai pemberi jawapan yang sebenar. ii. Pendekatan resepsi Guru menyampaikan maklumat mengenai konsep secara langsung dengan bergantung kepada pelajar. Pendekatan deduktif Guru menghuraikan prinsip dan cirri -ciri penting dalam sesuatu konsep dengan diikuti contoh-contoh spesifik yang mengukuhkan konsep tersebut.

iii.

Kepentingan Kepekaan Deria Kepekaan deria adalah penting kerana ia dapat membantu kita membentuk satu persepsi menyeluruh. Persepsi ini juga dipanggil pengamatan. Untuk itu,

pancaindera manusia yang mengandungi mata, telinga, hidung, lidah dan kulit akan menerima maklumat daripada rangsangan -rangsangan dalam persekitarannya. Persekitaran Persekitaran memainkan peranan penting dalam meningkatkan lagi perkembangan deria murid. Murid yang dikelilingai persekitaran social yang mendorong akan menjadi seseorang yang sentiasa bermotivasi. Pengurusan bilik seni merupakan satu perkara utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Guru pendidikan seni mestilah sentiasa bekerjasama dengan guru -guru seni yang lainuntuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai dalam Bilik Seni. Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penari k dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada murid dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja murid, guru seni hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain -lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni. http://putranamza.blogspot.com/2011/07/seni -dalam-pendidikan.html

SENI suatu proses dan manifestasi kepada ekspresi diri, penilaian yang menentukan elemen-elemen yang wajar diketengahkan di dalam hasil seni, di dalam menyampaikan idea, emosi, kepercayaan di dalam bentuk yang difikirkan paling efektif. Menurut ensiklopedia Malaysiana, seni ialah sesuatu yang indah pada pandangan pancaindera manusia sama ada melalui penglihatan atau pendengaran. Manakala mengikut Ibnu Khaldun, seni itu adalah kebenaran, keindahan, dan kebaikan di mana di dalamnya terkandung ciri-ciri estetika dan logika. Kesimpulannya, seni ialah suatu perkara abstrak yang diterjemah dalam pelbagai bentuk sebagai medium untuk meluah dan

menterjemah emosi dan perasaan dalaman individu. Contohnya, lukisan bunga ros berwarna merah, muzik romantik menggambarkan cinta

Deria sistem yang terdiri daripada sekelompok sel-sel penerima yang membalas fenomena fizikal yang tertentu, dan berpadanan dengan kawasan tertentu dalam otak di mana isyaratnya diterima lalu ditafsirkan. Kesimpulannya, seni dan deria dalam pembelajaran adalah bertindak sebagai suatu eksplorasi untuk mengetahui dan menajamkan deria semasa berinteraksi dengan persekitaran sama ada melalui visual, pergerakan atau pun muzik.

JENIS-JENIS DERIA JENIS DERIA Penglihatan ialah keupayaan otak dan mata mengesangelombang elektromagnetdalam julat nampak (cahaya) iaitu kita mentafsir imej sebagai "pemandangan." Pendengaran ialah deria pencerapan bunyi. Memandangkan bunyi itu ialah getaran yang merambat melalui bahantara seperti udara, maka pengesanan getaran berkenaan, iaitu deria pendengaran, ialah deria mekanikal seperti deria sentuh.

deria rasa menurut seni dalam pembelajaran adalah berkaitan dengan gerak hati atau kata hati individu deria bau merupakan suatu tanggapan iaitu kebolehan mental merancang strategi, menyelesaikan masalah dan pendekatan secara deduktif. DERIA DENGAR Aktiviti seni yang melibatkan penggunaan deriamendengar dilakukan berdasarkan apa yang didengar. Contohnya, di dalam seni muzik, murid mendengar lagu yang dimainkan dan murid cuba mengecam dan membuat klasifikasi alat muzik yang digunakan. Melalui seni visual pula, murid belajar menginterpretasikan muzik yang di dengari di dalam sebuah karya seni. Manakala di dalam seni pergerakan, murid mengaplikasi rentak muzik dalam bentuk pergerakan fizikal Kepekaan deria dengar contohnya akan dapat ditajamkan melalui pendedahan aktiviti pembelajaran yang sesuai. Ini kerana, ada sebilangan murid merupakan murid yang belajar secara auditori iaitu menggunakan deria mendengar lebih daripada deria lain semasa belajar. Ia bermaksud, murid lebih banyak mendengar secara verbal di dalam kelas. Maka aktiviti seperti perbincangan, forum secara kelas atau berkumpulan perlu dititik beratkan supaya guru tidak banyak bergantung kepada bahan bercetak . kepentingan deria dengar ialah bagi aspek jasmani ialah melalui pendengaran akan merangsang murid untuk menjadi aktif. aspek emosi, murid akan belajar untuk mengekspresikan diri mereka dengan deria pendengaran sebagai medium. aspek rohani pula ialah murid akan belajar untuk menghayati dan mensyukuri akan nikmat dan kurniaan Tuhan

segi intelek ,melalui pemantapan dan penajamanderia dengar dan seni dalam pembelajaran akanmerangsang minda murid untuk mengeksplorasilebih banyak dunia baru yang tidak diketahuinya. Murid akan menjadi lebih ekspresif melalui bunyi, pergerakan dan visual. Pengalaman sedemikian akan menjadikan murid lebih bijak bermain dengan imaginasi dan kreativiti merek KESIMPULAN Guru akan memberi murid untuk menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera. Murid dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.

Anda mungkin juga menyukai