Anda di halaman 1dari 10

Kaedah Gillingham

Disediakan oleh : Ayub bin Abdul Halim Nuur Aini bt Mohd Sobli Siti Nabila Fhadlun bt Safee

Kaedah ini diperkenalkan oleh Gillingham dan Stillman pada tahun 1970-an difokuskan untuk mengajar bacaan kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah bacaan yang sangat teruk. Kaedah ini mengambil masa yang lama dan langkah-langkah pengajaran hendaklah dipatuhi dengan ketat, iaitu memerlukan lima sesi pengajaran seminggu untuk selama dua tahun (minimum).

Kaedah Gillingham menumpukan penstrukturan pengajaran yang tinggi dan berorientasikan pendekatan fonetik yang menggunakan teknik surihan (tracing) untuk mengajar huruf tunggal dan bunyi yang bersamaan dengannnya.

Kaedah Gillingham menekankan pendekatan pelbagai deria yang terdiri daripada enam kesatuan deria yang sangat penting pada peringkat permulaan mengajar huruf huruf. Enam kesatuan asas itu adalah: i. V-A (Visual-Auditory). Perkataan yang ditulis dan hurufhuruf dihubungkan denga bunyinya. Murid tidak perlu menyebut bunyi-bunyi itu. ii. A-V (Auditory-Visual). Bunyi-bunyi huruf dan perkataan digabungkan dengan imej visual. Tugasan ini seakan-akan aktiviti mengeja. iii. A-K (Auditory Kinesthetic). Bunyi-bunyi huruf dan perkataan digabungkan dengan pergerakan otot semasa menyebut dan menulis.

iv. K-A (Kinesthetic Auditory). Tangan murid didibantu untuk menyurih atau menulis bentuk huruf sambil menyebut nama atau bunyi huruf tersebut. v. V-K (Visual Kinesthetic). Huruf cetak dan perkataan dikaitkan dengan pergerakan otot semasa bertutur dan menulis. vi. K-V (Kinesthetic- Visual). Pergerakan otot semasa bertutur atau menulis dikaitkan dengan bentuk visual huruf-huruf.

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN
Langkah 1: - Dengan menggunakan kad latih tubi, tunjuk satu huruf kepada murid. - Guru menyebut nama huruf dan murid mengikut sebutan guru - Bila sudah mahir, guru menyebut bunyi huruf dan murid mengikutnya - Soalan guru , Apakah bunyi huruf ini?

Langkah 2: - Tanpa menggunakan kad latih tubi, guru membunyikan mengikut huruf. - Soalan guru, Berikan nama huruf yang bunyinya [ ] . Guru menggunakan strategi ejaan lisan

Langkah 3: - Guru menulis huruf dan menerangkan bentuknya. - Murid menyuruh ikut tulisan guru, dengar, pandang, dan membunyikan huruf itu. - Guru mula memperkenalkan tulisan sambung. - Setelah murid mahir 10 huruf (konsonan dan vokal), mereka mengadun hurufhuruf menjadi perkataan.

RUMUSAN
Semua guru adalah bertanggungjawab untuk mengesan kelemahan bacaan pelajarnya, mengenal pasti punca masalah, dan cuba membantu mereka membina kemahiran membaca seawal mungkin supaya masalah ini dapat dipulihkan sebelum menjadi lebih teruk.

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai