Anda di halaman 1dari 1

,

Ya Allah,Tuhan semesta alam. Bersempena dengan "PERHIMPUNAN BERSAMA PENGARAH" yang bertemakan komunikasi berkesan, Kami memohon kepada-Mu kebaikan, kurniakan kami nikmat dan rahmat yang berpanjangan, tubuh badan yang sihat, akal fikiran yang sejahtera, semangat yang membara, kebersihan jiwa raga dan kebahagiaan yang berpanjangan, agar kami dapat terus menunaikan amanah sebagai hamba dan khalifahMu di atas muka bumi ini serta mempertingkatkan lagi kemajuan diri kami untuk kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat kelak. Ya Allah , Tuhan Yang Menurunkan Seribu Kerahmatan, Berikanlah kami kekuatan untuk Kami bermohon kepada-Mu. Ya Allah agar Engkau memberkati setiap perhimpunan kami ini. Permudahkanlah segala urusan kehidupan kami sama ada di dunia mahupun di akhirat nanti. Jadikanlah permulaan hari ini segala kebaikan bagi kami, dipertengahannya segala kejayaan dan di penghujungnya pula segala kecemerlangan bagi kami. Sesungguhnya kami meyakini dengan keyakinan yang tiada mengandungi syak dan keraguan bahawa tiada kesenangan melainkan Engkau permudahkan urusan tersebut, dan Engkau menjadikan yang sukar itu mudah sekiranya Engkau mengizinkannya .