Anda di halaman 1dari 48

• Yang termahal adalah pemuda bukannya

kapas, minyak dan terusan Suez. Mereka


adalah kekayaan masyarakat dan tabung
masa depan. Maka seharusnyalah kita
memberi perhatian kepada mereka

Yusuf al Qardawi ( 1998 )


• Remaja adalah satu tahap transisi antara
zaman kanak-kanak dengan zaman
dewasa.
• Remaja mengalami kematangan seksual
dan perkembangan kognitif apabila
operasi formal berlaku.
• Pembentukan identiti merupakan satu
tugas yang paling penting. Remaja mula
meminta kebebasan daripada ibu bapa
dan menjalin hubungan dengan rakan
sebaya.
• Pertumbuhan dan perkembangan manusia
bersifat kompleks. Setelah melalui proses
perkembangan di peringkat kanak-kanak,
manusia seterusnya akan melalui zaman
remaja.
• Proses mendewasakan seseorang individu ini
dikenali sebagai proses kematangan.
• Zaman remaja dikatakan merupakan zaman
yang paling manis dalam hidup manusia di
samping cabaran-cabaran yang datang dari
pelbagai penjuru.
• Pada umumnya berusia antara 12 hingga 18
tahun
• Beransur-ansur berkembang menjadi dewasa
• Proses pemantapan fizikal, intelek , rohani dan
emosi dan mulai matang, beza baik buruk, betul
salah
• Dihubungkaitkan dengan “akil baligh”dan cukup
umur untuk berkahwin apabila ada rasa cinta

Marshall & Turner ( 1974 ), Logan ( 1980 ), Malina ( 1990 ), Weitan & Lloyd (
1994 ) dalam Noor Adiah (1998 )
• Lebih merujuk kepada zaman peralihan
sementara yang dilalui oleh setiap individu
daripada zaman kanak-kanak hingga
dewasa.
• Pada masa ini dikatakan mereka mampu
mengambil tanggungjawab orang dewasa
seperti berkahwin, bekerja, atau menyertai
apa-apa fungsi orang dewasa
Mahmood Nazar ( 1990 )
• Remaja membawa maksud mulai dewasa,
sudah akil baligh atau cukup umur untuk
berkahwin.
Menurut kamus Dewan edisi ketiga (2002)

• Usia akil baligh adalah berbeza mengikut


masyarakat tertentu.
Mahmood Nazar (2001) dalam Mohammad Aziz Shah (2004)
• Alam remaja diukur pada jangka umur
antara 12 hingga 18 tahun, di mana
perubahan yang begitu pesat sekali terjadi
pada seseorang.
• Perubahan ini melibatkan fizikal, mental
dan fisiologinya.
Muhd. Mansur (1988)
PERSPEKTIF PSIKOLOGI

Umur
• WHO ( Organisasi Kesihatan Sedunia )
• – 10 hingga 20 tahun
• PBB ( Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ) –
15 hingga 24 tahun
• Ahli Psikologi Erik Erikson – 12 hingga 20 tahun
• Powell ( 1963 ) – 10 hingga 21 tahun
• Jas Laile Suzana Jaafar – 12 hingga 19 tahun
• Anak muda yang belum matang ( mentah ) atau
budak-budak
Kamus Dewan Edisi Ketiga ( 2000:551)

• Mengikut Akta Mahkamah Juvana 1947 –


seorang yang telah mencapai umur bagi
tanggungjawab jenayah sebagaimana yang
ditetapkan di bawah seksyen 82 Kanun
Keseksaan iaitu mencapai umur 10 tahun dan di
bawah umur 18 tahun
• Golongan ini boleh diadili oleh Mahkamah
Juvana jika melakukan kesalahan jenayah atau
melanggar undang-undang di bawah seksyen 12
(1) Akta Mahkamah Juvana 1947 .
• Budak-budak yang melanggar undang-
undang jenayah di bawah Bab 12 (1)(f)
undang-undang 90, Mahkamah Juvana
1947 ( pindaan 1975 )
• Budak-budak di bawah umur 18 tahun
yang memerlukan penjagaan dan
pemeliharaan dan perlindungan di bawah
Bab 36 (1) (a)
• Daripada bahasa Inggeris – adolescence
• Berasal dari kata latin – “ adolescere”
• Kamus Dewan : Mulai dewasa, sudah akil
baligh atau cukup umur untuk berkahwin
• Bermaksud tumbuh ke arah kematangan
( Muss, 1968: 4 ) – bukan hanya
kematangan fizik tetapi juga psikologis.
• PERINGKAT REMAJA
• Pra remaja 9 - 12 tahun
• Remaja 12 - 17 tahun
• Belia 17 – 21tahun

Muhamad Mansur ( 1988 )

Sepakat kebanyakkan ahli psikologi


remaja adalah usia antara 13 – 21 tahun
Zakiah ( 1977 )
• Masa remaja itu ditentukan oleh faktor
biologi dan akhirnya ditentukan oleh
budaya masyarakat setempatnya
• Perkembangan fizikal remaja terbahagi
dua :
Awal remaja 13 – 18 tahun
Akhir remaja 18 - 24 tahun

( Noraini 1977 )
• Remaja adalah lingkungan usia 12 – 23
tahun dan ianya dipenuhi dengan gelora
dan tekanan ( storm and stress )
• Sering dikaitkan dengan konsep juvana
yang membawa makna remaja
Granville Stanley Hall ( 1846 – 1924 )

Remaja bukan lagi kanak-kanak tetapi


pada masa yang sama bukan pula orang
dewasa
Newman & Newman ( 1991 )
Dewasa
• Awal Dewasa – 22 – 34 tahun
• Pertengahan Dewasa – 34 - 60 tahun
• Akhir Dewasa – 60 - 75 tahun
Definisi antropology
• Mengkaji asal usul manusia dari sudut
i- kemajuan
ii- adat istiadat
iii-sistem kepercayaan
iv-budaya kehidupan
• Susan Davis dan Douglas Davis ( 1989 ),
Universiti Havard telah membuat kajian sebenar
tentang orang Moroko dan mendapati bahawa
i-Tahap remaja bagi ahli antropology ialah
13 tahun untuk perempuan dan 14 tahun
untuk lelaki .
Pada umumnya mereka meletakkan antara
15 hingga 20 tahun
ii-tahap kematangan remaja itu amat
dipengaruhi oleh akal
iii-perkahwinan adalah punca kepada remaja
itu matang
KONSEP ANTROPOLOGI
Keadaan di mana manusia masih belum
tersusun rapi. Walaupun pengetahuan
perasaan, dan sebagainya sudah ada.
Namun isi-isi tersebut belum saling berkait
dengan baik dan belum mampu berfungsi
secara maksima.
sambungan
• Kedudukan entropology ini secara
bertahap disusun, diarah, distruktur
kembali, sehingga lambat laun terjadi
kedudukan “negatif entropy”atau
negentropy
Negantropologi
Keadaan di mana isi kesedaran tersusun
dengan baik, pengetahuan yang saling
berkait dan mempunyai hubungan
perasaan atau sikap. Individu dalam
keadaan ini berasa dirinya sebagai satu
kesatuan yang utuh dan boleh bertindak
dengan tujuan yang jelas, yakin, dan
bertanggungjawab serta mempunyai
semangat kerja yang tinggi.
PERSPEKTIF AGAMA
• Banyak istilah dalam Al Quran yang menyatakan
manusia itu dijadikan secara berperingkat-
peringkat .
• Antaranya ialah dalam surah
Nuh :14 Al Qiyamah :37
Al Mukminun : 13 Al Hajji : 5
Abasa : 17-19 Al Sajadah : 8
An Nahl : 4 At Thariq : 5-7
Al Infithar : 7-8
Tahap perkembangan manusia
• Dalam kandungan ibu ( Al Mukminun:12-14 )
• Kelahiran/bayi ( Al Mukminun : 67 )
• Remaja ( An Nur : 59 )
• Dewasa
• Umur Lanjut /tua ( Al Hajji : 5 )
• Kematian ( Al Mukminun : 13 )
• Kehidupan Akhirat ( Al : Mukminun : 16 )
Dr. Abdul Manan Mulia Bar (1986 )
Sambungan

• Tahap 3 : Remaja
• Berkait rapat dengan seksual manusia
• Maksud “ Dan apabila anak-anak telah sampai umur baligh,
maka hendaklah mereka meminta izin seperti orang yang sebelum
mereka meminta izin “
surah An Nur : 59
Menurut kamus Al Marbawi (1931) baligh bermaksud “telah cukup
umur “
Hamka menjelaskan bahawa adalah sama seperti orang yang telah
mula memikul tanggungjawab dirinya sendiri. Minta izin dahulu
untuk masuk ke bilik ibubapa mereka .
Dr. Abdul Manan Mulia Bar (1986 )
• Sebagai golongan yang belum baligh.
Kanak-kanak ( al-sabiy atau al-ghulam )
dan tidak diletakkan tanggungjawab
jenayah
• Hadis riwayat Ali bin Abi Talib dan Aishah
r.a , bermaksud:
• “ Tiga orang yang tidak dikira sebagai
bertanggungjawab ke atas perbuatannya iaitu
seorang yang tidur sehingga ia sedar daripada
tidurnya, seorang kanak-kanak sehingga dia
bermimpi ( baligh ) dan seorang yang gila
sehingga dia siuman “
• Kanak-kanak lelaki biasanya akan
mencapai umur baligh semasa berumur
antara 12 hingga 15 tahun iaitu setelah
mereka mengeluarkan air mani yang
pertama. Kanak-kanak perempuan pula
dikira baligh setelah keluar haid yang
pertama semasa berumur antara 9 hingga
15 tahun.
Al Bajuri Ms 134 ( berakal )
Al Iqnak syarah Matan Abi Sujak Matan Attakribun (Syeikh
Bujairomi Mesir )
• Tiada tahap perantaraan terhadap remaja
• Seseorang yang melepasi tahap zaman
kanak-kanak iaitu 15 tahun ( lelaki ) dan
12 tahun ( perempuan )
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap
perbuatannya.
• Memikul kesalahan sepenuhnya terhadap
semua perbuatan yang dilakukan tanpa
boleh mengambil peluang daripada
kelebihan atau alasan masih diperingkat
remaja untuk melakukan pelbagai
kesalahan atau melanggar undang-
undang ( had taklif syarak )
Tafsir
• Janin ( dlm perut )
• Sabiy/zurriat ( bayi )
• Saabun/fataa ( selepas baliqh )
• Kahloon ( 30-40 )
• Sheikh ( 40 atas )
Dari segi istilah fekah/syarak
• As-Syeikh – capai tahap ilmu /pakar
walaupun belum umur 40 tahun
( Imam Syafie 7 tahun )
Al Bajuri juzuk 1 Allamah As Syeikh Ibrahim Al Bajuri
ms 3 cetakan Mustaffa Al Baby Al Halabi Mesir 1343 H
• As Syeikh adalah usia 50-80 tahun
Kamus Arab Mukjam Madrosi Kementerian Pendidikan
Syria keluaran 1985 M/1406H ( ms 577 )

• Remaja dari segi bahasa bermaksud


segar bugar/kekuatan / minda sedang
berkembang / mula matang

Kamus Arab Mukjam Madrosi Kementerian Pendidikan


Syria keluaran 1985 M/1406H ( ms 541 )
Perpektif Multibudaya
• Perkataan Culture datang dari perkataan
bahasa latin colore yang bermakna
mendiami, menanam, menghormati.
• Secara amnya, budaya merupakan cara
hidup manusia
• Merangkumi nilai kepercayaan,
tingkahlaku dan objek-objek material yang
meliputi cara hidup sesebuah kelompok
manusia tertentu
Sharifah Md Noor ( 2000 )

• Satu keseluruhan yang kompleks yang


merangkumi pengetahuan, kepercayaan,
seni lukis moral dan akhlak dan lain-lain
kemahiran yang diperolehi oleh manusia
sebagai ahli masyarakat
Edward B. Taylor ( 1871 )
• Kebanyakkan budaya di dunia
menterjemahkan bahawa budaya yang
dibawa adalah rentetan dari budaya
tradisional yang telah lama ada sejak
dahulu lagi tapi berbeza dengan tafsiran
remaja kepada perempuan yang lebih
ditentukan oleh masa kedatangan haid
mengikut kesuburan seseorang
perempuan itu.
Sehlegal and Barry ( 1991 )
• Di sebelah Asia Pasifik yang berdekatan
dengan New Zealand remaja
dikategorikan antara 14 – 16 tahun
disamping itu berbezaan budaya, fizikal
dan pemakanan amat mempengaruhi
tahap keremajaan dan kedewasaan.
• Pemikiran tentang alam perkahwinan atau
cenderung untuk nafsu seks adalah juga
tanda kepada awal remaja
• Mempunyai kecenderungan kearah
melakukan delinkuan
Peribumi Sabah, Sarawak dan
Orang Asli Semenanjung
• Mentafsirkan remaja dan dewasa bagi
masyarakat mereka adalah golongan yang
sudah boleh berdikari dan layak untuk
berumahtangga dalam masyarakat rumah
panjang mereka yang antara 10 hingga 25
keluarga.
• Perubahan keadaan kehidupan kepada budaya
kehidupan banyak merubahkan tafsiran tahap
keremajaan kepada lebih mirip kepada tafsiran
perspektif Islam
• Remaja Melayu masa kini lebih kepada
bercirikan kebebasan dalam hidup yang
lebih kepada penyalahgunaan dadah,
seks bebas, melepak , jenayah , buli,
gengsterisme , lari dari rumah dan
berpoya-poya.
• Ini berbeza dengan budaya remaja di
Malaysia pada zaman dahulu yang juga
ada kecenderungan kearah delinkuan tapi
cuma dikalangan mereka sahaja.
• Dari segi bahasa remaja masa kini lebih
kepada penggunaan bahasa yang
bercampur aduk antara Melayu, Cina
mahupun India.
• Dalam aspek ekonomi remaja Melayu dan
India lebih kepada tanpa arah pekerjaan
yang dimatlamatkan berbanding dengan
remaja Cina yang lebih cenderung kepada
pembentukkan kerjaya yang berpotensi
dan sudah boleh berdikari dengan
kerjayanya.
• Perubahan dalam bidang kerjaya yang
lebih kepada industri yang dahulunya
bidang pertanian. Ini mengikut dasar yang
dibentuk oleh kerajaan
• Remaja juga lebih terpengaruh dengan
budaya barat.
• Remaja juga sangat terpengaruh dengan
hiburan yang moden dan lebih kepada
kebaratan .
• Remaja India lebih dipengaruhi oleh filem-
filem tamil yang ganas dan membentuk
remaja India
• Budaya gengterisme sangat menular
dengan cepat dikalangan remaja India
terutama semasa di alam persekolahan
dan makin menjadi-jadi apabila masuk ke
akhir remaja dan dewasa.
• Remaja dikawasan pedalaman adalah
lebih berakhlak dan bersopan berbanding
dengan remaja yang tinggal ke bandar
atau yang telah berhijrah ke bandar
kerana pengaruh budaya kehidupan
remaja di bandar
• Faktor utama adalah kerana jauh
meninggalkan pegangan agama dan
suasana kehidupan yang lebih bebas.

Anda mungkin juga menyukai