Anda di halaman 1dari 38

KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

1.0 PENGENALAN

Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk


melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh
dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras
dengan falsafah pendidikan Negara. Penguasaan kemahiran asas
membaca, menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai di peringkat awal bagi
membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu
pengetahuan. Justeru, program Pemulihan Khas mengutamakan Prinsip
‘Menyelesaikan masalah seawal mungkin’ supaya tidak menjadi kronik
berterusan hingga ke tahap 2 atau peringkat persekolahan menengah
rendah.
Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu murid
mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau ‘terkebelakang’
menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya
mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal
memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam.
Justeru melalui program pemulihan khas, keperluan–keperluan murid
berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.

1.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

____________________________________________________________________
_
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 1
KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

1.2 Latar Belakang / Sejarah Pendidikan Pemulihan di Malaysia

1967 - Kementerian Pelajaran telah melaksanakan Program


Pemulihan dengan menggunakan strategi “ Withdrawal
System.....”
1975 -Pusat Perkembangan Kurikulum menjalankan projek
“Pendidikan Imbuhan” bagi Tahap 1 ( Tahun 1 hingga
Tahun 3) dengan menggunakan strategi di mana
pemulihan dijalankan oleh guru kelas / guru mata pelajaran.
1994 -Program Khidmat Guru Pendamping bagi
meningkatkan aktiviti pengayaan dan pemulihan
dalam kelas KBSR.
1999 - Program jangka pendek (INTERVENSI 3M)
diperkenalkan khas untuk murid tahun 4 di sekolah rendah
dan Tingkatan 1/peralihan. Instrumen IPCH digunakan bagi
menilai pencapaian kemahiran asas 3M. Program bermula
1999 hingga 2002.
2000 - Program IPP3M dilancarkan iaitu program jangka
panjang bagi mengatasi penguasaan kemahiran asas 3M
bagi murid tahap 1 di sekolah rendah ( Tahun 1 hingga
Tahun 3 ). Program IPP3M dilancarkan bersama satu
pendekatan P&P secara Pelbagai Kecerdasan ( Multiple
Intelligences ).
2006 -IPP2M ( Instrumen Penentu Penguasaan 2M ) yang
menekankan kepada Bahasa Melayu – membaca dan
menulis dibina.
2007 -Ujian Pelepasan 2 KIA 2M telah digunakan untuk pelepasan
murid pemulihan tahun 3, 4, 5 dan 6.

____________________________________________________________________
_
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 2
KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

1.3 Punca dan Bidang Kuasa


Surat Siaran Kementerian Pelajaran .
(yang masih digunapakai)

1: Surat Siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.


KP(BS)8594/Jld.11/(32)bth. 22.Jan. 1985.
(Guru Khas Pendidikan Pemulihan)

2: Surat Siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM.


Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V(26) bth.28.Jan.1986.
(Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah)

3: Surat Siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM.


Bil.KP(BS)8502/PK/Jld. V(29) bth.17.Mac.1986
(Pengawasan dan Penyeliaan Program pemulihan)

4: Surat Siaran Bahagian Sekolah-sekolah


KPM.Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V (34) bth.30.Jun.1989.
(Guru Khas Pemulihan Dan Penubuhan Kelas Khas
Pemulihan Di Sekolah Rendah)

____________________________________________________________________
_
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 3
KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

2.0 KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN


Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid
yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai
kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
Pendidikan pemulihan adalah sebagai satu cabang daripada
sebahagian pendidikan imbuhan.Ianya juga disebut sebagai ‘Remedial
education’ di dalam bahasa Inggeris iaitu suatu bentuk pendidikan khas
kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi masalah atau
kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu
sahaja.Pendidikan Pemulihan berbeza daripada pendidikan atau
pengajaran biasa. dan
Guru yang mengajar kelas pemulihan adalah guru yang terlatih
khas untuk kelas pemulihan. Kelas pemulihan selalunya lebih kecil
daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan juga khas iaitu menepati
kehendak ‘ menjadikan pulih ‘.
Pendidikan Pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk
membetulkan sesuatu yang kekurangan atau membetulkan sesuatu yang
tidak betul atau sesuatu yang cacat.

2.1 Definisi Pendidikan Pemulihan


Berbagai-bagai pendapat telah diberikan oleh ahli-ahli pendidik
Barat dan tempatan mengenai takrifan pendidikan pemulihan.
Secara lebih khusus, takrif pendidikan pemulihan itu telah diberi
dengan pelbagai definisi, antaranya ialah :
i) Sharifah Alwiah Alsagoff, 1983 : 371
‘ satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan
pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi

____________________________________________________________________
_
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 4
KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus


yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang
diasingkan daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk
pengajaran khusus oleh guru pemulihan.’
ii) Ishak Harun & Koh Boh Boon, 1983 : 191
‘ Perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-
kanak yang menghadapi masalah-masalah pembelajaran di
sekolah-sekolah biasa’ .
iii) Pringle (1966)
‘ pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan
oleh semua murid yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran
serta berkemahuan dan berkebolehan belajar,melalui latihan yang
sistematik dan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka.
iv) Albertwhite (1977)
‘ pengajaran pemulihan ialah suatu bentuk pengajaran yang
diperlukan oleh kanak-kanak yang bersifat ketidakupayaan yang
disertai oleh gangguan-gangguan emosi ’.
v) Tansley (1967)
‘ pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang
mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan
sistematis bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan
secara tersusun.
vi) Collins (1961)
‘ pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang
mengutamakan mata pelajaran asas. Malah beliau menegaskan
pengajaran ini ialah satu kaedah pengajaran yang istimewa bagi
murid-murid yang gagal dalam mata pelajaran asas di sekolah
seperti membaca,menulis dan mengira.
vii) Evans (1995)

____________________________________________________________________
_
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 5
KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

‘ pengajaran pemulihan dianggap sebagai “ the ambulance of


educational system “. Dengan sebab itu pengajaran pemulihan ini
tidak boleh diambil kira sebagai satu pekerjaan atau pengajaran
yang dilakukan secara mengejut, mendadak atau digunakan pada
waktu kecemasan sahaja. Pengajarannya perlu dirancang dan
disusun dengan rapi berdasarkan aspek –aspek kelemahan murid.
viii) Blair (1956)
‘ pengajaran pemulihan adalah satu bentuk pengajaran yang
bertujuan untuk membaharui teknik pengajaran dan pembelajaran
untuk mengikis segala kebiasaan-kebiasaan dan amalan-amalan
yang tidak sesuai bagi murid-murid lamba t’.
ix) Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan dalam
pekeliling KP (BS) 8502/5/PK/Jld. V (26) bertarikh 8 Januari
1986.
‘ pengajaran pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan
untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di
sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada
kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah
kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas
dalam bidang ini’.
x) Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan
Malaysia (1984)
‘ dalam konteks KBSR Program Pemulihan merupakan langkah-
langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang
menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran
asas membaca, menulis dan mengira. Mereka ini hendaklah
dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan
ditentukan’.
xi) Koh (1979)

____________________________________________________________________
_
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 6
KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

‘ pengajaran pemulihan sebagai pengajaran yang bertujuan untuk


memulihkan kelemahan-kelemahan yang dikesan pada murid
lambat dengan tujuan untuk meningkatkan taraf pencapaian
mereka agar setaraf dengan pencapaian murid-murid normal ‘.
xii) Chua (1977)
‘ pendidikan pemulihan sebagai satu pengajaran yang bertujuan
untuk membantu murid yang lemah, melalui pendekatan
perseorangan dalam kelas yang kecil bilangan muridnya.
Pengajaran ini menggunakan kurikulum yang diubahsuaikan
dengan menitikberatkan perkara yang praktis dan latih tubi, tunjuk
cara yang melibatkan kegiatan dan gerak kerja yang dimudahkan
serta disampaikan dengan teratur serta dikendalikan oleh
kakitangan ikhtisas (profesional)yang terdiri daripada Guru
Pemulihan dengan kerjasama doktor, pekerja sosial, pakar jiwa dan
pihak-pihak lain yang berkaitan.
Kesimpulan Definisi
Secara kesimpulannya, pengajaran pemulihan adalah sejenis
pengajaran yang dijalankan untuk membantu murid-murid lambat
dalam pembelajaran di sekolah agar mereka tidak terus
ketinggalan dalam proses pendidikan di sekolah dan dapat seiring
dan setaraf dengan rakan mereka yang lain.

2.2 Tujuan Pengajaran Pemulihan


Berdasarkan Buku Panduan Program Pemulihan Kurikulum Baru
Sekolah untuk Tahap Satu Kementerian Pendidikan Malaysia
(1984), tujuan utama pengajaran pemulihan ialah untuk:
a) Membantu mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran-
kemahiran tertentu.
b) Membantu murid mengubah sikap yang negatif dan tingkah laku
yang menjejaskan pembelajaran.

____________________________________________________________________
_
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 7
KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

c) Memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap


positif terhadap pembelajaran.
Menurut Koh (1986), menegaskan pengajaran pemulihan
diperlukan untuk mengatasi kesusahan pembelajaran bagi kanak-
kanak yang mengalami kesusahan ini tanpa menghiraukan label-
label ke atas murid tersebut seperti bodoh, lambat dan sebagainya.
Menurut Blair (1968), pengajaran pemulihan diperlukan untuk
fungsi-fungsi berikut:
a) Untuk menyingkirkan tabiat dan sikap yang tidak selari dengan
pembelajaran berkesan atau dengan kata lain memulihkan
kesalahan atau kelemahan.
b) Untuk mengajar buat pertama kali tabiat, kemahiran dan sikap
baik yang belum dipelajari, tetapi seharusnya sudah
dipelajari.Tabiat, kemahiran dan sikap baik diperlukan oleh
murid untuk meningkatkan kecekapan murid.
Maka, pengajaran pemulihan diperlukan untuk mengatasi dua jenis
kelemahan iaitu mengikis tabiat tidak baik yang sedia ada dan
kedua ialah untuk membentuk tabiat baik yang belum ada pada
murid itu.
Dengan ini, pendidikan diperlukan untuk mengatasi dua jenis
kelemahan ini.Bagi keperluan guru, untuk mengatasi kedua-dua
jenis kelemahan ini, prinsip-prinsip pengajaran yang harus
digunakan ialah yang berasaskan psikologi, di samping
terdapatnya berbagai-bagai cara bekerja, teknik dan alat
pelaksanaannya.
Tujuan-tujuan pendidikan pemulihan adalah:
a) Mengenal pasti pelajar yang memerlukan pemulihan.
b) Untuk mewujudkan alat-alat diagnostik supaya dapat mengesan
kesulitan-kesulitan pembelajaran tertentu.

____________________________________________________________________
_
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 8
KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

c) Mengeluarkan bahan-bahan kurikulum dan kaedah-kaedah


pengajaran yang sesuai untuk memenuhi keperluan setiap
kanak-kanak.
d) Mencegah sesuatu kurang upaya supaya tidak menjadi satu
kecacatan.
e) Merapatkan hubungan antara guru biasa dan guru khas supaya
layanan yang diberi oleh guru khas dapat diteguhkan oleh guru
biasa.
f) Membentuk komunikasi yang berkesan dengan pakar-pakar
dan agensi-agensi untuk perkembangan optimum setiap kanak-
kanak.

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1985) pengajaran


pemulihan adalah khusus untuk membantu sebilangan pelajar yang
menghadapi masalah pembelajaran di sekolah rendah,
terutamanya dalam masalah bahasa.

3.0 MURID PENDIDIKAN PEMULIHAN


3.1 Definisi Murid Pendidikan Pemulihan
Terdapat berbagai-bagai definisi untuk mentakrifkan siapa dia
murid pendidikan pemulihan. Para pendidik menganggap kanak-
kanak pemulihan sama dengan kanak-kanak lembam ataupun
‘slow learner’ yang mempunyai pencapaian lebih rendah daripada
rakan sebaya mereka di kelas.
Kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang menghadapi
masalah pembelajaran sama ada dalam membaca, menulis atau
mengira. Mereka menunjukkan simptom atau gejala kesulitan untuk
membaca, menulis atau mengira. Selain sering melakukan

____________________________________________________________________
_
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 9
KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

kesalahan dalam kerja sekolah dan memperoleh keputusan ujian


dan peperiksaan yang kurang memuaskan, murid-murid ini juga
memperlihatkan ciri-ciri seperti kurang yakin, rendah konsep diri,
pasif terhadap kegiatan pembelajaran dan mudah putus asa.

3.1.1 Menurut laporan yang bertajuk “Asia and Pasific


Programme of education Innovation for development”
(1987) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia, sasaran pengajaran pemulihan ialah :
Those that are categorised as having learning problems generally
display a disability in areas such as reading, spoken or written language,
mathematics and in skills related to perceptual processes in learning.
Due to their shortcomings in one or more of the areas, some children
find learning a difficult task.
3.1.2 Menurut Brennan (1974), murid pendidikan pemulihan
adalah murid yang gagal menghadapi kerja normal sekolah
untuk kumpulan sebaya mereka,tetapi mereka tidak boleh
dianggap sebagai kanak-kanak cacat.
3.1.3 Menurut Sharifah (1986), murid pendidikan pemulihan ialah
murid-murid yang gagal untuk sejajar dengan rakan-rakan
sebaya dalam kelasnya. Kegagalan ini dinilai dari segi
akademik yang dipercayai disebabkan kurang keupayaan
untuk berjaya dalam mata pelajaran asas iaitu membaca,
mengira dan menulis. Mereka tidak termasuk kanak-kanak
yang dikategorikan sebagai terencat akal.
3.1.4 Manakala Pusat Perkembangan Kurikulum (1984)
berpendapat murid pemulihan ialah mereka yang
menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahiran-
kemahiran tertentu, bersifat negatif terhadap pembelajaran
dan mempunyai tingkah laku yang menjejaskan

____________________________________________________________________
_
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 10
KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

pembelajaran serta kurang sikap keyakinan diri dan sikap


positif terhadap pembelajaran.
3.1.5 Koh (1984), mentakrifkan murid pendidikan pemulihan
sebagai murid lambat dan diberi label seperti kanak-kanak
luar biasa, kanak-kanak khas, kanak-kanak mundur, yang
memiliki masalah pembelajaran dan men derita kegagalan
dalam pendidikan. Murid-murid ini memperlihatkan taraf
pencapaian yang tidak memuaskan dibandingkan dengan
taraf pencapaian purata rakan-rakan sebaya atau tidak pada
taraf yang diharapkan bagi murid-murid di peringkat
persekolahan itu.
3.1.6 Johnson (1963), mendefinisikan kumpulan murid lambat
sebagai murid yang tidak menunjukkan kesuburan bakat
akademik seperti kanak-kanak lain yang sedarjah
dengannya.
3.1.7 AE Tanseley dan R.Culliford, mentakrifkan kanak-
kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai
intelek dan kecerdasan yang rendah juga kurang
berkebolehan menerima pendidikan biasa.
3.1.8 M.F. Clough mendefinisikan kanak-kanak pemulihan ialah
kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurang
berkemampuan membuat sesuatu keputusan atau
kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara yang
agak abstrak.
Dengan segala jenis takrifan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa
murid pendidikan pemulihan ialah mereka yang lambat
pembelajarannya yang mempunyai kecerdasan di bawah
sederhana atau rencatan yang ringan dan termasuk mereka yang
menghadapi kesulitan-kesulitan am atau tertentu dalam usaha
penyesuaian kepada kurikulum sekolah biasa.

____________________________________________________________________
_
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 11
KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

3.2 Ciri-Ciri Murid Pendidikan Pemulihan


Murid-murid pendidikan pemulihan juga mempunyai bermacam ciri
yang membezakannya dengan murid-murid yang tahap
pembelajarannya adalah normal di dalam kelas.
Ciri-ciri kanak-kanak pemulihan juga boleh dikelaskan
kepada 5 kategori, iaitu emosi dan tingkahlaku, sosial, kesihatan,
kesediaan belajar dan pengamatan.
a) Dari segi Emosi dan Tingkahlaku
i. Perasaan rendah diri
ii. Perasaan risau
iii. Perasaan sedih, hiba atau duka
iv. Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran
v. Perasaan takut akan perkara-perkara baru
vi. Degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka
melawan.
vii. Pasif
viii. Malas
b) Sosial
i. Gelisah dan selalu bergerak di dalam kelas serta
mengganggu kawan-kawan.
ii. Lemah / kurang interaksi dengan rakan
iii. Gemar menghisap atau menggigit kuku
iv. Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai
alasan
v. Menangis – enggan masuk darjah
vi. Hyper aktif
c) Kesihatan
i. Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan.
ii. Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang

____________________________________________________________________
_
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 12
KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

(gemuk/kurus)
iii. Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan)
iv. Lemah gerakan motor-kasar dan halus
v. Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu
lama dan teruk.
vi. Kurang menjaga kebersihan diri.
d) Kesediaan Belajar
i. Belum bersedia untuk belajar
ii. Perbendaharaan kata kurang
iii. Lemah pemahaman
iv. Kurang keyakinan diri dan rangsangan
v. Kurang matang – IQ tidak seimbang dengan umur
hayat.
e) Pengamatan
i. Tidak kenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan
turutan.
ii. Lemah pendengaran bunyi dan rentak
iii. Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.
iv. Lambat mengkelaskan benda.
v. Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan
yang baru.
vi. Tidak dapat menyelesaikan masalah.
vii. Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak
faham undang-undang.
viii. Tidak kreatif
ix. Lemah pergerakan dan perbuatan
x. Lemah daya pemikiran / ingatan
xi. Tidak boleh mengingat kembali

____________________________________________________________________
_
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 13
KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

Beberapa tokoh ilmuan juga telah menggariskan ciri-ciri murid


pendidikan pemulihan mengikut sudut pandangan mereka seperti
di bawah :
3.2.1 Schonell (1965), mencirikan kanak-kanak lambat sebagai
kanak-kanak yang kurang keupayaan dan lemah berbanding
dengan kanak-kanak lain.
3.2.2 Tansley dan Gulliford (1960), telah membahagikan ciri
kanak-kanak lambat kepada tiga kumpulan iaitu :
i) Kanak-kanak yang lemah dari segi perkembangan
mental ditambah kecacatan-kecacatan lain seperti
gangguan kesihatan, terhad pengalaman berbahasa
dan mengalami gangguan emosi.
ii) Kanak-kanak ini selalunya ponteng sekolah dan
biasanya berasal daripada latar belakang keluarga
susah.
iii) Kanak-kanak ini biasanya mengalami kesukaran
khusus dalam bacaan dan penulisan mengakibatkan
mereka mengalami pencapaian yang rendah dalam
hampir kesemua mata pelajaran.
3.2.3 Haigh (1977), mencirikan kanak-kanak pendidikan
pemulihan seperti berikut :
i) Kanak-kanak ini rendah pencapaian dalam
kemahiran asas dan mengalami ketidakupayaan dari
segi bahasa menyebabkan kesukaran dalam
pembelajaran.
ii) Mempunyai keupayaan berbahasa dan daya
kefahaman yang terhad sehingga mereka tidak
bersedia memikirkan konsep-konsep yang abstrak.
iii) Mempunyai minat yang terhad terhadap pelajaran
dan bersikap dingin terhadap kejayaan dalam

____________________________________________________________________
_
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 14
KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

pelajaran. Kegagalan dalam pelajaran yang selalu


dialaminya menimbulkan sikap benci terhadap
sekolah.
iv) Murid ini biasanya memiliki perlakuan yang sukar
dikawal. Perlakuan ini amat berbeza dari rakan-rakan
yang lain. Pada kebiasaannya pakaian kanak-kanak
ini juga tidak kemas dibandingkan dengan murid lain.
v) Murid ini selalunya cuba menarik perhatian guru,
kerana mereka kurang menumpukan perhatian
kepada pelajaran, tidak berminat, kadangkala
berkelakuan liar untuk menutup kelemahan mereka.
vi) Ada kalanya murid jenis ini tidak pandai menulis
tetapi boleh bertutur dengan baik. Oleh sebab minat
mereka terhad dan cepat luput, maka mereka selalu
mengganggu murid yang pandai.
3.2.4 Abdul Halim (1980), mentakrifkan ciri-ciri murid pendidikan
pemulihan adalah seperti berikut :
i) Kanak-kanak yang menunjukkan kebolehan menulis
dan membaca atau mengira sekurang-kurangnya dua
tahun dibawah usianya.
ii) Kanak-kanak ini lemah daya perhatian ke atas
sesuatu kerja.
iii) Kanak-kanak ini sukar menghabiskan kerja yang
diberikan kepadanya.
iv) Kanak-kanak ini juga sukar mengenali simbol-simbol
yang diajar kepadanya, serta kurang daya untuk
memahami dan menceritakan apa yang dibacanya,
walaupun mereka boleh membaca dengan baik.
v) Kanak-kanak ini juga kurang kebolehan untuk
mengingat maklumat yang diajar kepadanya serta

____________________________________________________________________
_
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 15
KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

sukar memahami apa-apa yang mereka sendiri


cakapkan walaupun mereka tidak mengalami
masalah pendengaran. Keadaan ini menyebabkan
mereka tidak boleh menyampaikan perasaan atau
kehendak mereka kepada orang lain.
vi) Mereka juga tidak pandai bergaul dengan rakan
sebaya mereka atas beberapa sebab. Antaranya
selalu berkelakuan menyinggung perasaan orang
lain, menggunakan perkataan yang tidak menarik
perhatian kanak-kanak lain kepada mereka. Ini
menyebabkan mereka tidak boleh menyesuaikan diri
di kalangan kanak-kanak lain.
vii) Ada juga kanak-kanak ini yang kekok pergerakan
tangan lalu menimbulkan masalah pembelajaran di
sekolah. Ini kerana setiap kali guru menyuruh
menyalin sesuatu, mereka tidak dapat menghabiskan
kerja mereka dalam masa yang ditetapkan. Daya
pemikiran mereka mungkin sederhana atau lebih baik
dari kanak-kanak lain tetapi masalah kekok
pergerakan tangan menyebabkan mereka gagal
dalam ujian-ujian yang memerlukan banyak menulis.
Ada juga kanak-kanak ini yang merasa tersinggung
dengan masalah fizikal mereka kerana mereka selalu
menjadi bahan ejekan kawan-kawan lain terutamanya
dalam latihan jasmani, di mana kekekokan mereka
lebih ketara. Ini melemahkan keyakinan diri mereka
bukan sahaja dari segi jasmani tetapi juga dalam
pembelajaran mereka.
3.2.5 Menurut Marie Jean Low (1973), kanak-kanak lambat ini
mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

____________________________________________________________________
_
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 16
KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

i) Lemah daya pemikiran yang abstrak


ii) Lemah daya kordinasi pancaindera dengan pemikiran
dalam perkara :
a) pengamatan
b) pendengaran
c) pertuturan
iv) Lemah dalam penerimaan konsep baru.
iv) Kurang keyakinan diri sendiri oleh kerana dikuasai
perasaan rendah diri.
vii) Tumpuan perhatian yang terhad.
viii) Tumpuan perhatian mudah terganggu oleh gangguan
luar.
ix) Lemah dalam penyebutan dan pertuturan, gagap,
pelat dan sengau.
x) Gengguan kesihatan seperti selsema, sakit telinga
dan sakit kulit.
xi) Ketidakbolehan menganalisis sesuatu untuk
membezakan yang penting dengan yang tidak
penting.
xii) Ketidakstabilan emosi.
xiii) Kelemahan di dalam menghubungkan, mengaitkan
dan menyesuaikan.
xiv) Ketidakbolehan mengingat kembali dan mudah lupa.
xv) Kurang perbendaharaan kata.
xvi) Kurang daya cipta atau inisiatif.
xvii) Mempunyai tingkah laku yang nakal kadangkala
pendiam dan ego.
xviii) Malas datang ke sekolah.
xix) Lemah dalam membaca, menulis dan mengira.
xx) Tidak mempunyai dorongan.

____________________________________________________________________
_
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 17
KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

xxi) Kurang pergaulan.

3.3 Punca-punca permasalahan pembelajaran kanak-kanak


Pemulihan.
Dalam penyampaian kertas kerja untuk pensyarah-pensyarah
maktab perguruan bertajuk Pengenalan Kurikulum Baru Sekolah
Rendah, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan
Malaysia telah menganjurkan ciri-ciri kanak-kanak pemulihan
sebagai “ murid-murid di kelas biasa “ yang menghadapi :
a) Masalah pembelajaran dengan sebab:
i) Ketidaksesuaian bahan dan teknik pengajaran guru
ii) Tidak hadir ke sekolah
iii) Cuai dalam menjalankan aktiviti-aktiviti
v) Leka dan lambat
b) Masalah-masalah yang menghalang pembelajaran
termasuklah masalah :
i) peribadi
ii) psikologi
iii) kurang kecerdasan – lambat berfikir dan bertindak.
iv) lekas lupa, sukar memahami dan lemah pengamatan.

Pada umumnya, murid-murid pemulihan ini tidak mempunyai


masalah kecacatan akal atau terencat akal. Bagi murid yang
menghadapi masalah yang lebih serius, kerjasama pakar dan
pihak-pihak tertentu diperlukan. Murid-murid ini ditempatkan di
kelas khas di sekolah biasa atau di sekolah yang sesuai untuknya.
Dengan nama lain, murid ini dipanggil ‘ murid pendidikan khas ‘.

Kini kanak-kanak pemulihan dikenal pasti sebagai murid-murid


dalam Tahap 1 iaitu dari tahun 1 hingga tahun3, yang kerap
menunjukkan kesulitan untuk membaca, menulis, mengira,
____________________________________________________________________
_
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 18
KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

mendengar, berfikir, bercakap, melukis, mentaakul, memahami dan


mengingatkan kembali. Mereka juga menunjukkan kesulitan untuk
membuat kerja-kerja atau pergerakan yang memerlukan
penggunaan koordinasi otot-otot seni.

Kesulitan belajar ini mungkin disebabkan oleh faktor seperti di


bawah :
a) Perkembangan dan kematangan jasmani, emosi, intelek dan
sosial yang bermasalah.
b) Makanan dan pemakanan yang tidak sempurna.
c) Penerimaan baka yang cacat.
d) Alam sekitar yang tidak mencabar akal atau rencat budaya.
e) Salah diasuh atau diajar
f) Kesediaan untuk belajar lewat, dan pengajaran diberi
sebelum berlakunya kesediaan.
g) Otak yang tidak berfungsi dengan betul dan sempurna.
h) Kecacatan sejak dilahirkan atau disebabkan oleh
kecelakaan dan berbagai-bagai sebab lagi.

4.0 GURU PEMULIHAN KHAS


Guru pemulihan terdiri daripada guru terlatih yang telah mengikuti Kursus
Khas Pemulihan. Agihan masa bagi guru khas pemulihan yang
diperuntukkan oleh Bahagian Sekolah-sekolah ialah 990 minit seminggu
untuk mengajar. Untuk melaksanakan program pemulihan ini dan

____________________________________________________________________
_
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 19
KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

kemudiannya dinilai, guru khas sepatutnya mempunyai kemahiran-


kemahiran berikut :
i) Menggunakan penujuan bersistem dalam pengajaran.
ii) Mengikut model dalam pengajaran pemulihan
iii) Menerang, menyusun dan menulis matlamat dan objektif
pengajaran
iv) Menganalisis dan menggunakan tugas-tugas pembelajaran
v) Mengelolakan pelan-pelan pengajaran.

4.1 Ciri-Ciri Guru Pemulihan Khas


Untuk menjadi guru pemulihan yang baik dan berjaya, seseorang
guru pemulihan itu mestilah memiliki dan memenuhi beberapa ciri
guru pemulihan, antaranya:
1) Menunjukkan minat terhadap kerjaya.
2) Berpengetahuan tinggi tentang pendidikan pemulihan.
3) Bersedia mempelbagaikan kaedah pengajarannya untuk
menukar selera pelajar yang cepat bosan dengan pengajaran
yang stereotaip.
4) Periang dan menunjukkan kekawanan (friendliness) kepada
para pelajar.
5) Bersedia bekerjasama dengan guru besar dan guru-guru mata
pelajaran yang lain.
6) Dapat membentuk soalan-soalan diagnostik yang baik dan
sesuai.
7) Dapat menganalisis hasil ujian diagnostik dengan tepat dan
mengkategorikan pelajar kepada kategori tertentu.
8) Dapat melaksanakan program pengajaran pemulihan dengan
berkesan.
9) Mempunyai daya kreativiti yang tinggi.
10)Bersimpati dan mempunyai keazaman untuk menolong.

____________________________________________________________________
_
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 20
KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

11) Berkeyakinan terhadap kemampuan pelajar, iaitu sentiasa yakin


bahawa pelajar akan berjaya dalam bidang pelajarannya.
12)Tidak berputus asa.
13)Memberikan nasihat yang positif kepada pelajarnya, iaitu
dengan menyatakan pencapaian yang rendah itu sentiasa dapat
diperbaiki dari semasa ke semasa.
Seseorang guru pemulihan yang tidak mempunyai ciri-ciri positif
dan dedikasi belum tentu dapat menjadi guru pemulihan yang baik
walaupun sekolah tempat dia mengajar itu mempunyai segala
kelengkapan yang diperlukan.

4.2 Tugas-tugas Guru Pemulihan Khas


Guru Pemulihan Khas mempunyai tugas-tugas yang memerlukan
penelitian yang lebih bagi menjamin kelancaran program pemulihan
ini. Antara tugas-tugas guru pemulihan ini termasuklah:
1) Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-
Murid lemah yang terpilih dari Tahun 2 hingga Tahun 6.
Keutamaan hendaklah diberi kepada murid-murid Tahun 2
dan Tahun 3.
2) Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid
lemah yang terpilih dari Tahun 2 hingga Tahun 6. Keutamaan
hendaklah diberi kepada murid-murid Tahun 2 dan Tahun 3.
3) Membantu guru-guru asas dalam hal :
i. Mengenalpasti murid-murid lemah yang memerlukan
pengajaran pemulihan sama ada di kelas biasa atau
kelas khas.
ii. Merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti serta bahan-
bahan pemulihan.
iii. Membantu guru asas sekiranya keadaan memerlukan.
4) Berjumpa dan berbincang dengan guru asas, guru bimbingan,

____________________________________________________________________
_
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 21
KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

ibubapa, doktor, pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain untuk


mendapatkan maklumat lanjut tentang kelakuan, tabiat,
kesihatan dan lain-lain keterangan mengenai latar belakang
murid.
5) Melaksanakan penilaian berterusan untuk mengetahui kemajuan
murid-murid yang menghadiri kelas pemulihan dan merekodnya.
Isi-isi rekod hendaklah mengandungi:
i. Kemajuan murid.
ii. Latar belakang murid.
iii. Laporan kesihatan murid.
iv. Hasil temubual dan rujukan.
6) Menyediakan fail diri bagi setiap murid pemulihan. Fail diri murid
mengandungi:
i. Borang Pencalonan.
ii. Profil Murid Pemulihan.
iii. Ujian Saringan dan Diagnostik
iv. Lembaran Kerja
v. Hasil Penilaian yang telah dijalankan.
vii. Catatan lain yang berkaitan dengan murid.

7) Membentuk Jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta


menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
8) Mengadakan latihan perkembangan staf di peringkat
sekolah
atau daerah.
9) Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajikan murid-murid
pemulihan khas di sekolah.

4.3 Peranan Guru Pemulihan Khas

____________________________________________________________________
_
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 22
KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

Peranan utama guru pemulihan adalah diklasifikasikan seperti


berikut :
1) Penilai (An Assessment Role)
i) Menyediakan dan menjalankan saringan untuk mengenal
pasti murid yang menghadapi masalah
pembelajaran.
ii) Menjalankan ujian diagnostik untuk mengenal pasti
masalah-masalah pembelajaran khusus yang dihadapi
murid.
iii) Menjalankan penilaian berterusan dan merekodkan
dengan rapi dan tersusun.

2) Preskriptif ( Prescriptive Role)


i) Merancang, menyediakan dan melaksanakan program-
program individu bagi kanak-kanak yang mempunyai
masalah pembelajaran yang tertentu.
ii) Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran
pemulihan di peringkat sekolah atau daerah khas untuk
guru-guru dan Guru-guru besar, Pegawai-pegawai dari
Jabatan Pendidikan Daerah dan negeri, sekiranya
keadaan mengizinkan.

3) Pengajar ( A Teaching Therapentik )


i) Mengajar murid-murid yang menghadapi masalah-
masalah pembelajaran(3M) yang mana tidak dapat diatasi
oleh guru biasa dalam situasi kelas biasa.
ii) Mengajar bersama-sama dengan guru asas dengan cara
“Team Teaching” sekiranya keadaan memerlukan.

____________________________________________________________________
_
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 23
KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

4) Khidmat bantu ( A Supportive Role )


i) Membantu guru biasa merancang dan mengubahsuaikan
aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran untuk pemulihan berpandukan Buku
Panduan Pemulihan Kurikulum Baru Sekolah
Rendah.
ii) Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru-guru
biasa mengenai teknik mengajar kanak-kanak yang
menghadapi masalah pembelajaran.
iii) Bagi memastikan murid-murid yang menghadapi masalah
pembelajaran mendapat perhatian, layanan dan bantuan
yang maksimum di sekolah, kerjasama dan penyelarasan
di antara Guru Khas Pemulihan dan guru biasa dalam
merancang, menyelia dan melaksanakan program
pemulihan dan guru asas perlu memainkan peranan
mereka bersama dalam berbagai-bagai perkara seperti
berikut:
- Mengenal pasti murid yang memerlukan
pemulihan dan menghadapi masalah
pembelajaran tertentu.
- Mengatur jadual waktu serta menyediakan
aktiviti dan bahan untuk pengajaran pemulihan.
- Menyediakan kerja susulan.
- Mengumpul maklumat dan menyimpan rekod
murid dengan rapi dan tersusun.
5. Perhubungan ( A Liasion Role )
i) Menghubungi dan berbincang dengan ibu bapa atau
penjaga murid-murid tertentu untuk mendapatkan
maklumat lanjut tentang kelakuan, tabiat, kesihatan

____________________________________________________________________
_
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 24
KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

dan lain-lain keterangan mengenai latar belakang


murid itu.
ii) Mengemukakan cadangan-cadangan kepada ibu
bapa atau penjaga murid tentang bagaimana hendak
membantu anak-anak mereka di rumah, demi
kepentingan pembelajaran murid-murid itu.
iii) Menghubungi dan mendapatkan nasihat serta
bantuan kepakaran dari doktor, pakar psikologi,
pegawai kebajikan masyarakat dan sebagainya
terhadap murid-murid tertentu.

6. Pendorong ( A Motivator )
i) Peranan yang paling penting sebagai seorang guru
pemulihan ialah sebagai seorang pendorong.
Seorang Guru Pemulihan haruslah berupaya
mendorong pelajarnya supaya terus belajar dan
menghapuskan rasa kurang yakin pada diri pelajar
tersebut.
ii) Guru juga harus mewujudkan suasana bilik darjah
yang menarik untuk mengelakkan kebosanan murid
terhadap aktiviti pembelajaran dan pengajaran.

4.4 Perkara-perkara yang perlu dielakkan oleh Guru Pemulihan


Sebagai guru yang mendorong pelajarnya untuk lebih maju supaya
tidak hilang minat di dalam kelas, seorang guru pemulihan haruslah
mengelakkan beberapa perkara berikut :
 Mendiskriminasikan para pelajarnya, di antara yang bijak dan
yang lembam.

____________________________________________________________________
_
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 25
KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

 Menghina pelajar yang lembam di hadapan pelajar lain, ataupun


secara bersendirian atau di dalam bilik guru pun, guru tidak
harus menghinanya.
 Membunuh rasa yakin diri pelajarnya. Rasa yakin diri pelajar
boleh terjejas jika guru mengecap mereka sebagai bodoh, tolol,
dungu dan sebagainya.
 Menunjukkan bahawa dia membenci pelajar sama ada melalui
kata-kata atau tindak tanduknya.
 Mengatakan bahawa jika pelajar tersebut meninggalkan sekolah
tidak akan memberi kesan apa-apa kepada sekolah dan
sekolah tidak kerugian.
 Berasa bahawa masa dan tenaga yang dicurahkan untuk
mengajar pelajar itu adalah sia-sia.

Kesimpulannya, peranan guru pemulihan yang paling penting


dalam konteks ini ialah memberi sokongan moral kepada pelajar-
pelajarnya. Sebarang sikap negatif yang dilakukan atau ditunjukkan
tidak akan memulihkan keadaan, sebaliknya memburukkan lagi
keadaan pelajar bermasalah itu.

____________________________________________________________________
_
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 26
KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

5.0 PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN PEMULIHAN

5.1 Perjawatan Guru Pemulihan


5.1.1 Semua sekolah rendah diperuntukan satu jawatan Guru
Pemulihan Khas (GPKhas) dan mereka tidak termasuk
dalam perkiraan peruntukan guru asas ( n x 1.5 ) seperti
dalam kelayakan peruntukan guru.

5.1.2 Guru yang dilantik sebagai GPKhas mestilah terdiri daripada


guru yang terlatih dan keutamaan diberikan kepada mereka
yang mempunyai opsyen Pemulihan Khas

5.1.3 Perlantikan secara rasmi GPKhas hendaklah dibuat oleh


Jabatan Pelajaran Negeri setelah mendapat pencalonan
daripada guru besar sekolah berkenaan.

5.1.4 Sebarang urusan pertukaran GPKhas mestilah mendapat


persetujuan Jabatan Pelajaran Negeri terlebih dahulu.

5.1.5 Sekiranya tiada guru seperti perkara 4.1.2, maka guru besar
perlu melantik seorang guru yang menepati kriteria sebagai
GPKhas.

5.1.6 GSTT, guru bermasalah kesihatan, guru kontrak, guru ’pool’


dilarang sama sekali dilantik sebagai GPKhas.

____________________________________________________________________
_
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 27
KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

5.1.7 GPKhas berkhidmat sepenuh masa melaksanakan program


pemulihan khas sebagaimana yang ditetapkan dalam surat-
surat Siaran KPM. Oleh itu amalan melantik GPKhas
sebagai guru ganti adalah tidak dibenarkan sama sekali.

5.1.8 Guru Besar hendaklah memberi pertimbangan sewajarnya


agar GPKhas tidak dibebankan dengan tugas-tugas yang
boleh menjejaskan pengendalian kelas pemulihan khas.

5.1.9 Sekiranya berlaku kekosongan jawatan GPKhas, (seperti


melanjutkan pelajaran, cuti bersalin dan menunaikan haji)
Guru besar perlu melantik seorang guru terlatih dan
mengikut prosedur para 2.1.3.

5.1.10 Penutupan Kelas Pemulihan Khas atau pemberhentian


Program Pemulihan Khas perlu mendapat kelulusan
bertulis daripada Pengarah Pelajaran Negeri.

5.2 Pemilihan Murid Pemulihan Khas


5.2.1 Pencalonan Murid
i) Program Pemulihan Khas bermula pada Tahun 2.
ii) Di akhir Tahun 1, murid-murid yang gagal Ujian
Pelepasan KIA2M layak masuk ke Program
Pemulihan Khas pada Tahun 2.
iii) Pencalonan baru murid Tahun 3 akan disaring
dengan IPP2M dan IMA. ( Lampiran 1)
iv) Pencalonan murid juga boleh dibuat oleh:
• guru mata pelajaran BM/Mat
• guru kelas
• guru besar

____________________________________________________________________
_
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 28
KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

• ibu bapa

5.3 Pengurusan Kelas


5.3.1 Cara Melaksanakan Kelas Pemulihan
Disyorkan 2 alternatif seperti berikut :
i. Sekolah yang mempunyai 2 kelas atau lebih bagi
sesuatu darjah, murid-murid untuk kelas
pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas tersebut
sekiranya bilangan murid pemulihan dalam sesuatu
kelas itu hanya 3 atau 4 orang sahaja.
Walau bagaimanapun jumlah murid dalam satu sesi
pemulihan hendaklah tidak melebihi 15 orang.

ii. Sekolah yang mempunyai satu kelas bagi satu darjah,


murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil
dari darjah-darjah lain tetapi jumlahnya hendaklah
tidak melebihi 15 orang.

iii. Sekiranya murid-murid yang diambil untuk mengikuti


kelas pemulihan datangnya dari satu kelas sahaja,
maka bilangannya hendaklah tidak melebihi 6 orang.
Pemilihan mana-mana satu alternatif hendaklah
tertakluk kepada perundingan di antara Guru Kelas
Pemulihan Khas dengan guru besar dan guru-guru
asas.

____________________________________________________________________
_
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 29
KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

iv. Bagi Sekolah Kurang Murid (SKM) pelaksanaan


dilakukan berdasarkan kesesuaian sekolah.

5.3.2 Jadual Kedatangan Murid


Buku Jadual Kedatangan Murid di kelas pemulihan khas
hendaklah disediakan bagi merekod kehadiran murid setiap
hari.
5.3.3 Fizikal Kelas
i. Sekolah-sekolah yang dibekalkan dengan
kemudahan sebuah bilik darjah dengan keluasan 3
bay khusus untuk kelas pemulihan khas sebagaimana
dalam pelan asal dan surat penyerahan bangunan
perlu dikekalkan sebagai kelas pemulihan khas.
ii. Sebuah bilik yang kondusif berukuran 3 bay
hendaklah disediakan oleh pihak sekolah. Susunatur
kelas ini tertakluk kepada pelan yang telah diluluskan
dalam projek brif RMK 9 seperti di lampiran.
iii. Sekolah-sekolah yang tiada kemudahan seperti
dalam perkara (i) dan (ii) di atas hendaklah
mengusahakan ruang sekurang-kurangnya dengan
keluasan 2 bay.

5.3.4 Peralatan dan perabot asas


Peralatan dan perabot asas perlu disediakan secukupnya
bersesuaian dengan keperluan guru dan murid.

____________________________________________________________________
_
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 30
KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

5.4 Peruntukan Bantuan Pelajaran Tahunan


5.4.1 Dasar Sedia Ada:
Di bawah “Bantuan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling“
(Siaran Kewangan Bil:2/91 – KP1573/17/jld.8(78)bth.11
Feb.1991). Bertujuan untuk bimbingan pendidikan bagi
membolehkan kanak-kanak menerima pendidikan yang sesuai
dengan bakat, tahap kecerdasan dan kebolehannya.

5.5 Pengurusan Pentadbiran Ujian

5.5.1 Ujian Saringan

Fungsi:
Ujian Saringan bertujuan untuk mengukur secara menyeluruh
kekuatan dan kelemahan penguasaan kemahiran-kemahiran asas
oleh seseorang murid.

5.5.1.2 Bahan:
• Bahasa Melayu
Ujian Pelepasan II (KIA2M) yang dilaksanakan di akhir
Tahun 1 dianggap sebagai Ujian Saringan memasuki
Program Pemulihan Khas di Tahun 2.

Instrumen Penentu Penguasaan 2M (IPP2M) pula akan


dilaksanakan kepada murid-murid Tahun 3 hingga 6 sebagai Ujian
Saringan.

• Matematik
Dalam Program Pemulihan Khas, Ujian Saringan untuk
pengambilan murid-murid ke program tersebut
menggunakan Indicator for Mastery in Arithmatic (IMA).

____________________________________________________________________
_
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 31
KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

5.5.1.3 Skor:
PENCALONAN MURID BERASASKAN SKOR IPP2M:

Pemulihan
Cadangan
Cadangan Ke Program KBSR
Untuk
Pendidikan Khas Pemulihan Khas (dalam bilik
Penempatan
darjah)

SKOR 0–9 10– 45 46 – 65

5.5.2 Ujian Diagnostik


Ujian Diagnostik memainkan peranan yang penting dalam program
Pemulihan Khas. Ia dapat membantu guru mengenalpasti secara
khusus kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh murid-murid. Guru
akan dapat mengetahui sama ada masalah yang dihadapi oleh
murid-murid itu ringan atau kompleks. Berdasarkan analisis Ujian
Diagnostik guru akan dapat menghalusi dan merancangkan aktiviti-
aktiviti pemulihan bagi setiap murid yang memerlukan pemulihan.
Fungsi:
Ujian Diagnostik hendaklah dijalankan dengan tujuan untuk
membantu Guru Pemulihan Khas mengesan kawasan-
kawasan kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh
seseorang murid secara khusus di samping memudahkan
pembentukan kumpulan pembelajaran.

5.5.2.1Jenis Ujian Diagnostik


Ujian Diagnostik ini terbahagi kepada 3 bentuk
pelaksanaannya, iaitu lisan, praktik dan bertulis.
a) Ujian Diagnostik Lisan :
Ujian ini mengandungi 31 item kemahiran dalam domain
kognitif peringkat penggunaan dengan sejumlah 661 soalan,

____________________________________________________________________
_
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 32
KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

satu item kemahiran dengan 3 soalan peringkat


pemahaman.

b) Ujian Diagnostik Praktik :


Ujian ini mengandungi 10 kemahiran. Kesemua 92 item
soalan yang disediakan adalah domain kognitif peringkat
kefahaman.
Ujian ini boleh digunakan sebagai bahan alternatif untuk
mendiagnos lebih terperinci daerah kesukaran membaca
yang dihadapi oleh murid.

c) Ujian Diagnostik Bertulis :


Ujian ini mengandungi 26 item kemahiran dengan 196
soalan. Keseluruhan soalan adalah dalam domain kognitif d

5.5.3 Pelaksanaan Ujian Diagnostik


i) Ujian Diagnostik hendaklah dilaksanakan setelah guru
mengenal pasti murid-murid yang dipilih mengikuti program
Pemulihan Bahasa Melayu.

ii) Ujian Diagnostik Lisan dijalankan secara individu,


sementara ujian diagnostik bertulis dijalankan secara
kumpulan kecil tidak melebihi empat orang dalam satu
masa.

iii) Oleh sebab ujian ini disediakan mengikut turutan kognitif


yang paling rendah kepada yang lebih tinggi – Pengetahuan
– Pemahaman - Penggunaan, maka hendaklah dimulakan
dengan ujian lisan dan diikuti dengan ujian bertulis.

____________________________________________________________________
_
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 33
KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

iv) Ujian ini hendaklah diberhentikan sekiranya seseorang


murid yang diuji itu didapati gagal menjawab semua item
dengan betul dalam TIGA kemahiran berturut-turut.

v) Setiap jawapan murid hendaklah direkodkan dalam


Borang Rekod Ujian Diagnostik.

5.5.4 Bahan:
Sebagai panduan untuk membina dan mentadbir Ujian
Diagnostik, Guru Pemulihan Khas boleh merujuk Buku
Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah
Penguasaan 3M) terbitan Jabatan Pendidikan Khas,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

5.5.5 Ujian Pencapaian

i) Ujian Pencapaian Kemahiran (formatif):


Dijalankan dengan tujuan untuk memastikan penguasaan
murid selepas sesuatu kemahiran diajar.

ii)Ujian Pencapaian Penguasaan Bahasa Melayu


(sumatif):
Dijalankan dengan tujuan untuk mengesahkan seseorang
murid itu telah berjaya dipulihkan dan tidak perlu mengikuti
program lagi. Ujian yang digunakan ialah IPP2M.
Skor 45 dan ke atas diiktiraf sudah menguasai kemahiran
2M.

iii(Ujian Pencapaian Penguasaan Matematik (sumatif):

____________________________________________________________________
_
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 34
KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

Dijalankan dengan tujuan untuk mengesahkan seseorang


murid itu telah berjaya dipulihkan dan tidak perlu mengikuti
program lagi.

Dalam Program Pemulihan Khas, IPP2M dan IMA digunakan


juga sebagai ujian pre test dan post test.

6.0 PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

6.1 Jadual Waktu

6.1.1 Agihan Waktu Mengajar

Tahun Bahasa Melayu Matematik Jumlah


1
2 8 kali X 30 minit = 240 7 kali X 30 minit = 210 450 minit
3 8 kali X 30 minit = 240 7 kali X 30 minit = 210 450 minit
480 minit 420 minit 900 minit
Panduan Dan Persediaan 120 minit

JUMLAH SEMINGGU 1020 MINIT

6.1.2 Agihan minit bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan


Matematik boleh dianjalkan (flexible) mengikut keperluan
sekolah.

____________________________________________________________________
_
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 35
KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

6.1.2 Waktu Panduan dan Persediaan (120 minit) hendaklah


dimasukkan dalam jadual waktu dan dinyatakan aktivitinya di
Buku Rekod Mengajar.

7.0 KESIMPULAN

Jelaslah di sini bahawa pendidikan pemulihan adalah satu bentuk


pendidikan untuk membetulkan sesuatu yang berkurangan atau membetulkan
sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang cacat. Memang diakui bahawa
pengajaran pemulihan adalah tanggungjawab yang berat bagi seseorang guru.
Bagaimanapun harus disedari bahawa pengajaran pemulihan yang berkesan
tidak mudah dilaksanakan.
Dengan itu pelaksanaan pengajaran pemulihan hendaklah mengikut cara
betul dan guru pula mesti mengetahui secara mendalam selok belok pendidikan
ini. Pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai bagi setiap situasi pengajaran-
pemulihan perlu dititik beratkan untuk menjamin kejayaan dan tercapainya
matlamat pendidikan pemulihan itu sendiri.
Untuk menjayakan program pemulihan ini, kesemua pihak haruslah
berganding bahu,bukan sahaja guru pemulihan itu sendiri, tetapi ia memerlukan

____________________________________________________________________
_
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 36
KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

sokongan yang padu dan jitu dari pihak sekolah terutama guru besar dan guru
bahasa Melayu dan matematik, di samping peranan ibu bapa di rumah, murid
lembam ini tidak harus dipinggirkan di sekolah mahu pun di rumah, ia boleh
berjaya seperti murid biasa yang lain. Mereka cuma memerlukan suntikan dan
menuntut kesungguhan,kesabaran dan keikhlasan dari guru-guru pemulihan
khas, bak kata pepatah; belakang parang kalau diasah lagikan tajam, sehari
selembar benang, lama-lama menjadi kain.

ARAHAN TUGASAN

2. Menghasilkan bahan / item ujian saringan / diagnostik yang bersesuaian untuk


kegunaan guru-guru di sekolah masing-masing.

____________________________________________________________________
_
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 37
KPLI-KDC-PEMULIHAN KUMP 2/IPTHO_JAN08

____________________________________________________________________
_
PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 38