Anda di halaman 1dari 6

Contoh Skrip Juruacara

MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BAHASA MALAYSIA SARATOK DI DEWAN SRI SEMERBAK 2005

PENGHEBAHAN PENGACARA

1. Ketibaan Yang Berhormat Ketibaan Yang Berhormat Encik Abdul Wahab B. Aziz Ahli Dewan Undangan Negeri, N 28, Kalaka serta rombongan

YB diiringi dan di persilakan ke tempat duduk utama.Tunggu keadaan reda daripada segala pergerakan jurugambar, tetamu sudah duduk di tempat masing-masing,barulah memulakan majlis atau tunggu isyarat daripada Pengerusi Pengelola / Pengurus Pentas. 2. Alu-aluan MC Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Bismillahirahmannirrahim .Alhamdulillah .. Marilah kita bersama-sama memanjatkan segala kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnianya jugalah maka kita semua dapat berhimpun di sini pagi untuk meraikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Bahasa Malaysia Saratok bagi tahun 2005. Yang Berhormat Encik Abdul Wahab B. Aziz Ahli Dewan Undangan Negeri, N. 33, Kalaka

Yang Berusaha Encik Ellen @ Manium Ak Enggang Pegawai Pelajaran Gabungan Betong

Yang Berusaha Encik Daud B. Mohammed Pegawai Pelajaran Daerah Kecil Saratok Yang Berusaha Tn Hj Rahim B. Ibas

Pengetua SMK (BM) Saratok. Penolong-penolong kanan, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Dan Agensi agensi Kerajaan Guru-guru Ketua-ketua Masyarakat Para Pelajar Para Ibu bapa Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati Selamat datang ke Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Bahasa Malaysia Saratok bagi Tahun 2005. 3. Doa Hadirin yang dihormati sekalian, Majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan dan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih khususnya kepada tetamu kehormat kita pagi ini Yang Berhormat, kerana memilih untuk bersamasama kita , meskipun banyak lagi acara rasmi yang lain dan memerlukan kehadiran dan perhatian Yang Berhormat Hadirin yang dimuliakan, Bersama-samalah kita menadah tangan memohon berkat Allah S.W.T bagi merestui perhimpunan kita pagi ini.Oleh itu, majlis dengan segala hormtnya mempersilakan Ustaz Azmat B. Ahmad untuk memimpin doa kita pagi ini. Dipersilakan. DOA Majlis merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ustaz Azmat B Ahmad.

4. Lagu Hadirin Sekalian, Majlis kita dimulakan dengan nyanyian lagu: 1. Negaraku, 2. Medley (patriotik)

Diminta semua hadirin berdiri sama untuk menyanyikan lagu berkenaan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua LAGU MEDLEY Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan koir SMK (BM) Saratok di bawah pimpinan Cikgu Abg Abd. Latif B. Abg Abd Rahman.

5. Ucapan Pengetua/PK1 Pengerusi Seterusnya , majlis dengan segala hormatnnya mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj Rahim B. Ibas, Pengetua SMK Bahasa Malaysia Saratok untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan. UCAPAN PENGETUA Maljis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Tn Hj Rahim B. Ibas, Pengetua SMK Bahasa Malaysia Saratok 6. Ucapan Perasmian oleh Tetamu Kehormat Kini, majlis dengan segala hormat dan takzimnya mempersilakan Yang Berhormat Encik Abdul Wahad B. Aziz, Ahli Dewan Undangan Negeri, N. 28, Kalaka untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya melaksanakan upacara perasmian Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Bahasa Malaysia Saratok Bagi Tahun 2005. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. UCAPAN PERASMIAN Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat.Majlis dengan ini menjemput Yang Berusaha Tn Hj. Rahim B. Ibas, Pengetua SMK (BM) Saratok untuk mengiringi Yang Berhormat Menekan tetikus computer..Dipersilakan

7. Penyampaian Sijil dan Hadiah/anugerah Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Kecemerlangan memerlukan komitmen yang tinggi serta kerjasama yang erat antara semua pihak. Sebagai penghargaan atas segala usaha dan kejayaan dalam mencipta kecemerlangan tersebut, pelbagai anugerah telah diwujudkan.Maka beralih kita ke acara seterusnya iaitu penyampaian sijil dan anugerah. Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Encik Ellen @Manium Ak Enggang,Pegawai Pelajaran Gabungan Betong untuk menyampaikan sijil dan hadiah. 7.1 Sijil Berhenti Sekolah Pelajar Tingkatan 6 Atas Dimulakan dengan penyampaianSijil Berhenti Sekolah

LAMPIRAN Dipersilakan. 7.2 Sijil Penghargaan Lembaga Pengawas Sekolah LAMPIRAN

7.3 Sijil Penghargaan Ketua & Penolong Tingkatan

LAMPIRAN

7.4 Sijil Dan Hadiah Kokurikulum LAMPIRAN Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Ellen @Manium Ak Enggang kerana sudi menyampaikan sijil-sijil sebentar tadi. P E R T U K A R A N PE N Y A M P A I Hadirin yang dihormatikan sekalian Seterusnya majlis penyampaian sijil penghargaan Kokurikulum dan Kurikulum.Dengan ini, majllis dengan segala takzimnya menjemput Yang Berhormat Encik Abdul Wahab B. Aziz, ADUN N 28 Kalaka untuk menyampaikan sijil-sijil berkenaan. Dipersilakan 7.5 Sijil Dan Hadiah Kurikulum LAMPIRAN Dipersilakan 7.6 Anugerah Khas 7.6.1 Anugerah YB LAMPIRAN 7.6.2 Anugerah Pengawas Cemerlang LAMPIRAN

7.6.3 Anugerah Pelajar Harapan Akademik

LAMPIRAN 7.6.4 Anugerah Pelajar Harapan Kokurikulum LAMPIRAN 7.6.5 Anugerah Pelajar Contoh LAMPIRAN Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat atas kesudian menyampaikan sijil dan hadiah sebentar tadi.

9. Penyampaian Cenderahati Hadirin sekalian, Warga sekolah sungguh berbesar hati atas kesudian Yang Berhormat hadir merasmikan majlis kita pada hari ini.Tiada kata secantik bahasa, tiada gambar secantik lukisan untuk kami menyatakan kegembiraan kami.Namun kami ingin merakamkan rasa penghargaan kami, lewat sebuah cenderamata yang akan disampaikan oleh Yang Berusaha Tn. Hj. Rahim B. Ibas, Pengetua SMK Bahasa Malaysia Saratok. PENYAMPAIAN CENDERAHATI Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn. Pengetua 10. Persembahan Koir Hadiri yang dihormati, Sebagai halua telinga majlis kita dihiburkan dengan nyanyian lagu puisi yang akan di sampaikan oleh pelajar-pelajar SMK (BM) Saratok dengan lagu: 1. Di Iraq Kasihku Tertumpah Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan lagu puisi sebentar tadi. Majlis kita pada pagi ini diakhiri dengan persembahan koir daripada pelajar SMK Bahasa Malaysia Saratok yang akan menyampaikan lagu: 1. Memori 2. Selamat Hari Raya 3. Ibu Pertiwiku KOIR

Kumpulan ini di bawah bimbingan En Abg Abdul Latif B. Abg Abd Rahman

Dengan itu, maka berakhirlah sudah Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Bahasa Malaysia Saratok bagi tahun 2005. Majlis sekali lagi ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang telah bersama-sama menjayakan dan memeriahkan suasanan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang pada tahun ini. Kami sudahi dengan ucapan terima kasih dan jumpa lagi

Anda mungkin juga menyukai