Anda di halaman 1dari 4

WANITA DAN PERKERJAAN DESA

1.2 Permasaalahan kajian Melalui kajian ini permasaalahan kajian yang kami kaji ialah faktor-faktor yang mendorong golongan wanita melibatkan diri dalam bidang perkerjaan oleh golongan wanita didesa di bahau negeri sembilan dalam melakukan kerja-kerja desa,.seperti yang kita tahu golongan wanita di desa rata-ratanya yang berkerja adalah golongan pertengahan umur dalam lingkungan 30 hingga 60 tahun,dan rata-ratanya telah kehilangan tempat bergantung.Faktor inilah telah menyebabkan golongan wanita melibatkan diri dalam bidang pekerjaan di desa.Antara pekerjaan yang dijalankan oleh golongan wanita didesa ini adalah antaranya menoreh getah,perkerja di iks yang wujud dikampung itu,perkerjaan kampung untuk menambah sumber pendapatan.Golongan wanita ini terpaksa membanting tulang 4 kerat untuk mencari rezeki bagi menampung kehidupan keluarga kerana telah kehilangan tempat bergantung. permasaalahan kajian yang kedua ialah meneliti kesan penglibatan golongan wanita dalam pekerjaan desa,Adakah golongan wanita yang berkerja di desa telah memberi impak positif dikawasan tersebut,sebagai contoh telah meningkatkan sumber ekonomi dikawasan desa tersebut kepada pelbagai sumber ekonomi yang wujud sehingga sekarang,atau adakah penglibatan golongan wanita didesa telah menyebabkan segala sumber yang ada didesa digunakan dengan sepenuhnya. Permasaalah kajian yang kedua ialah mengenalpasti pola pemilihan perkerjaan mengikut peringkat umur.Adakah pola pemilihan kerja di desa oleh golongan wanita didesa berbeza,sebagai contoh semakin meningkat umur semakin ringan jenis kerja yang dijalankan,manakala semakin muda kerja yang dilakukan adalah semakin mencabar dan lebih berat.

1.3 Objektif kajian

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengupas dan melihat faktor yang mendorong golongan wanita melibatkan diri dalam bidang pekerjaan.Adakah faktor kehilangan tempat bergantung menjadi salah satu faktor yang menyebabkan golongan ini mula melibatkan diri dalam bidang pekerjaan.faktor untuk menampung kehidupan anak-anak seperti makanan,persekolahan,dan keperluan asas lain.golongan ini terpaksa mencari peluang pekerjaan yang wujud di desa untuk meneruskan kehidupan dirinya dan keluarga.pengkaji ingin melihat adakah faktor ini yang menjadikan golongan wanita melibatkan diri dalam bidang pekerjaan didesa. Objektif yang kedua ialah untuk melihat dan meneliti kesan penglibatan golongan wanita ini dalam pekerjaan.kami ingin melihat adakah penglibatan golongan wanita ini melibatkan diri dalam pekerjaan telah memberikan kesan kepada kawasan setempat,kepada keluarga dan masa golongan ini. Objektif yang ketiga ialah pengkaji ingin mengenalpasti pola pemilihan kerja mengikut umur.bagi wanita yang semakin meningkat umurnya wanita dikawasan tersebut akan mempengaruhi jenis pekerjaannya.Kemungkinan golongan umur ini akan memilih pekerjaan yang tidak menggunakan tenaga yang banyak dan kerja yang berat.Manakalan bagi golongan yang pertengahan umur dan mampu berkerja kuat golongan ini akan memilih jenis kerja yang berkemungkinan lebih sukar dan memerlukan tenaga yang lebih dalam pekerjaan mereka.Keadaan ini akan mewujudkan pelbagai pola pemilihan kerja mengikut umur.

1.4 Skop kajian Didalam skop kajian kami telah menekankan 2 skop kajian kami iaitu yang pertama ialah rensponden dan juga kawasan kajian yang telah kami jalankan.skop kajian kami ini adalah untuk memastikan bahawa kajian yang telah kami jalankan adalah tidak dari tajuk yang telah dibuat kajian. Rensponden Dari segi rensponden ini,kami telah menetapkan bagi jantina untuk rensponden kami adalah kesemuanya ialah golongan wanita yang berumur 19 hingga 60 tahun.Ini kerana tajuk kajian yang kami jalankan adalah tentang wanita dan perkerjaan didesa,jadi skop kajian kami adalah mestilah rensponden wanita.Selain daripada itu juga,kami memilih golongan wanita yang sudah berkerja tetapi hanya berkerja dalam sektor desa seperti penoreh getah,iks,kerja kampung dan yang berkaitan dengan pekerjaan desa tidak kira sama ada sudah berumah tangga ataupun tidak. Kawasan kajian Kawasan kajian yang kami telah jalankan adalah di Negeri Sembilan iaitu di kampung batu kikir.Di kawasan tersebut rata-rata yang tinggal di kawasan tersebut adalah golongan tua yang kebanyakkannya berkerja di kawasan desa yang didiaminya.Kebanyakkan golongan muda yang dahulunya tinggal di kawasan tersebut telah berhijrah ke bandar-bandar untuk berkerja kerana sumber pendapatan di bandar adalah lebih tinggi berbanding di kawasan desa.Selain berkerja ada juga yang melanjutkan pelajaran ke luar kerana telah mendapat tawaran belajar ke institusi pengajian awam mahupun swasta.

1.5 Kepentingan Kajian Kajian ini dijalankan kerana pengkaji tempatan masih kurang mengkaji tentang wanita dan perkerjaan desa.Walaupun ada kajian yang dijalankan namun ia dikaji dari segi kawasan yang berlainan,sumber ekonomi yang berbeza. Pengkaji ingin melihat secara lebih mendalam mengenai faktor-faktor yang menyebabkan golongan wanita ini menceburi bidang pekerjaan didesa. Kajian yang dijalankan ini diharapkan dapat memberi cetusan idea cara menghalang atau menagani isu yang timbul supaya dapat membantu golongan desa ini dalam aspek teknologi mahupun kemudahan. Selain daripada itu juga,kepentingan kajian ini adalah untuk memastikan apakah masaalah yang akan timbul apabila wanita berkerja didesa sama ada dari segi kekuatan golongan ini menghadapi kesukaran,ataupun dari segi kesukaran iaitu terpaksa bersaing dengan golongan lelaki untuk mendapatkan kerja dan lain-lain lagi .Segala punca dapat dikenalpasti dengan melakukan kajian ini dan secara tidak langsung dapat menberi idea cara menagani masaalah ini berdasarkan faktor-faktor yang menyebabkan masaalah ini berlaku.

Anda mungkin juga menyukai