Anda di halaman 1dari 17

DEFINISI DAN KONSEP SUKAN REAKREASI

Sukan rekreasi mengalakkan penyertaan ramai dan matlamat akhirnya ialah untuk mencari kesejahteraan ( for the sake of participation and fun ). Ia dilakukan atas pilihan sendiri , dan boleh menjadi aktiviti individu meskipun biasannya dilakukan secara berkumpulan . aktiviti sukan rekreasi disusun atur dalam bentuk pertandingan dan persembahan atau dalam bentuk tanpa dirancang . Maklumat asas tentang sukan rekreasi amat penting untuk kita mengerti ketepatan identitinya dan membantu komunikasi yang konsisten tentangnya di kalangan peserta , pendidik, penganjur acara, dan para professional. Sukan rekreasi kadangkala dikenali sebagai sukan intramural, program rekreasi , rekreasi fizikal, aktiviti fizikal atau program kecergasan . namun , semua istilah ini tidak memberikan keterangan lengkap dan makna yang sebernya selagi ia tidak dinilai dari sesuatu perspektif. Sukan rekreasi dipayungi istilah yang lebih besar seperti leisure, rekreasi dan sukan. Leisure: leisure bermaksud masa lapang , satu aktiviti atau keadaan dalam fikiran . di Malaysia , konsep ini dirujuk sebagai aktiviti masa lapang . kata ini berasal daripada kata latin , licere yang bermaksud bebas. Ia kadangkala dikaitkan dengan bahasa peranciz, loisir bermaksud loisir bermaksud diizinkan . dapat disimpulkan makna leisure berada dalam konteks masa kadangkala disebut masa senggang . masa lapang adalah masa yang digunakan oleh seseorang individu atau kumpulan secara sukarela untuk beraktiviti sama ada bersukan, berkelah atau bersiar-siar . mereka bebas memilih aktiviti tanpa ada unsure paksaan.

Rekreasi: istilah rekreasi berasal dari kata latin recreation yang bermaksud restoration / recovery. Reakreasi didefinisikan sebagai aktiviti masa lapang yang membina positif sama ada berbentuk riadah(aktif) atau santai (pasif) . rekreasi adalah aktiviti yng bertentangan dengan kerja. Kerja ertinya mendukung tanggungjawab , memerlukan masa dan tenaga , sedangkan rekreasi merupakan aktiviti merehatkan fikiran dan mencergaskan tubuh badan . empat jenis program rekreasi yang utama ialah program social, program kebudayaan , program istimewa atau carnival dan program sukan rekreasi. Dari perspektif rekreasi , sukan hanyalah satu daripada aktiviti rekreasi fizikal . selain sukan , aktiviti rekreasi meliputi aspek aspek kebudayaan dan social termasuk pendidikan dan pelancongan . Sukan: asal kata sukan sport ialah daripada perkataan latin, desporto, bermaksud to carry out away( melari indahkan) . makna sukan telah berubah mengikut masa . berbagai-bagai istilah sukan seperti sukan berprestasi tinggi , sukan massa dan penonton acara sukan membezakan jenis dan tahap penglibatan seseorang dalam sukan . sementara sukan dan media dan sukan professional membezakan fungsinya.

MATLAMAT DAN TUJUAN SUKAN REKREASI


Sukan rekreasi mengalakkan penyertaan ramai dan matlamat akhirnya ialah untuk mencari kesejahteraan ( for the sake of participation and fun ). Ia dilakukan atas pilihan sendiri , dan boleh menjadi aktiviti individu meskipun biasannya dilakukan secara berkumpulan . aktiviti sukan rekreasi disusun atur dalam bentuk pertandingan dan persembahan atau dalam bentuk tanpa dirancang . Maklumat asas tentang sukan rekreasi amat penting untuk kita mengerti ketepatan identitinya dan membantu komunikasi yang konsisten tentangnya di kalangan peserta , pendidik, penganjur acara, dan para professional. Sukan rekreasi kadangkala dikenali sebagai sukan intramural, program rekreasi , rekreasi fizikal, aktiviti fizikal atau program kecergasan . Sukan rekreasi dipayungi istilah yang lebih besar seperti leisure, rekreasi dan sukan. Matlamat juga boleh dikataka seperti merancang program pembangunan dan penggalakkan sukan untuk menarik penglibatan lebih ramai pelajar dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Di samping itu,Memberi perkhidmatan dari segi pengelolaan, pengurusan sukan, dan khidmat nasihat dalam melaksanakan aktiviti sukan rekreasi. Selain itu, Meningkatkan prestasi sukan sebagai method utama ke arah kecemerlangan sukan. Mengurus serta menyelenggara kemudahan dan peralatan sukan rekreasi. Tambahan pula, Melalui serta membina masyarakat pelajar dan staf yang sihat, cergas, bertanggungjawab dan berwibawa. Meningkatkan kadar kebolehpercayaan yang tinggi daripada pengguna melalui penyediaan perkhidmatan dan pengurusan yang bersistem dan effisien.

Manakala objektifnya adalah menggalakkan penyertaan ramai dalam sukan dan rekreasi, menerapkan unsur-unsur gaya hidup sihat melalui sukan dan rekreasi , mengalakkan penggunaan kemudahan bersukan secara optima. Selain itu mewujudkan suasana harmoni, muhibbah dan bertimbang rasa melalui jalinan kemesraan di kalangan peserta sukan serta mempertingkatkan prestasi sukan dengan lebih berkesan dan cemerlang.

KEPENTINGAN SUKAN DAN REKREASI

Sukan dan sebagainya merupakan sebahagian aktiviti hidup rakyat dan penduduk yang memberi manfaat kepada individu, masyarakat dan perhubungan antarabangsa; Sukan perlu mendapat pengiktirafan yang sewajarya sepertimana keperluan asasi yang lain, umpamanya, pendidikan sebagai kegiatan pembangunan negara - antara lain, membina sebuah masyarakat yang berdisiplin, cergas, sihat dan Berdikari.pembangunan sukan bersama antara Kerajaan dengan sektor bukan Kerajaan yang terdiri daripada pertubuhan / persatuan belia dan sukan, bergerak secara sukarela dengan peranan dan tanggungjawab yang perlu diselaraskan; dan Hasrat untuk memajukan lagi sukan tanahair melalui penyertaan yang seluas-luasnya dan mempertingkat kecemerlangan di peringkat antarabangsa. Kepentingannya adalah boleh membentuk sebuah masyarakat yang cergas, sihat dan kukuh dari segi fizikal dan mental - bersemangat dan berpendirian positif dalam hidup, berdisiplin dan BERDIKARI melalui penyertaan semua lapisan masyarakat secara aktif dan sukarela dalam semua aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan fizikal dengan berpegang kepada konsep kenegaraan, iaitu "Melayu Islam Beraja".

Selain itu,Sukan juga merupakan satu aktiviti yang paling berkesan dan mempunyai potensi menolong seseorang itu memperolehi sebanyak-banyak keseronokan dan kepuasan dalam hidup, mencapai nilai terpuji hidup (quality of life) dan keperluan asas manusia. Kepentingan Sukan juga adalah satu penglibatan pembangunan sosial melalui penyertaan beramai-ramai sama ada ahli keluarga, sahabat handai, masyarakat setempat dan masyarakat asing - semuanya menggalakkan pergaulan, persaingan yang sihat dan mengeratkan perhubungan sosial serta melahirkan masyarakat yang tidak mengasingkan diri. Keperluan asas manusia merangkumi berbagai-bagai faktor daripada keperluan fiziologi kepada kepuasan mutlak diri. Kemanfaatan dan sumbangan sukan kepada individu, masyarakat dan dunia antarabangsa dapat dirumuskan seperti berikut: 1. Di Peringkat Individu, i. Peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal. Pembentukan sahsiah (keperibadian) yang murni, kepercayaan serta bergantung kepada diri sendiri (berdikari) dan pendirian yang positif; iii. Penggunaan masa lapang yang bermakna dan bermanfaat; Kekurangan tekanan (stress) hidup moden; Semangat bergaul dan bersahabat antara individu; Peningkatan kemahiran melalui latihan dan persaingan; dan

ii.

iv.

v.

vi.

vii.

Peluang memenuhi keperluan asas manusia mencapai kepuasan mutlak individu

2. Di Peringkat Masyarakat, i. Menggalakkan pembinaan kualiti mental masyarakat seperti semangat berdikari dan berdisiplin; ii. Membina masyarakat yang sihat dan cergas dari segi fizikal, mental dan spiritual. Ini akan mendorongkan peningkatan produktiviti negara; iii. Menimbulkan suasana untuk memupuk perhubungan dan

penyatuan masyarakat di kalangan rakyat dan penduduk berbagai keturunan dan status sosial dan menghindarkan hidup berpuak dalam masyarakat; iv. Mencegah jenayah dan aktiviti liar melalui penggunaan masa lapang yang berfaedah dan sebagainya; dan v. Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara melalui industri sukan, rekreasi dan pelancongan.

3. Di peringkat Antarabangsa, i. Mengeratkan hubungan muhibah serta persefahaman antara sebuah negara dengan negara lain ke arah keamanan dan kesejahteraan dunia; dan ii. Mempertingkatkan mutu pencapaian individu dan kecemerlangan melalui pertandingan antarabangsa yang menghasilkan

kebanggaan diri, keluarga, bangsa dan negara.

SENARAIKAN JENIS-JENIS SUKAN DAN REKREASI


SUKAN                    Bola Sepak Bola Jaring Ragbi Sepak Takraw Bola tampar L/W Badminton L/W Ping Pong L/W Tennis L/W Hoki L/W Sofbol L/W Squash L/W Renang L/W Trek Dan Padang L/W Bowling L/W Bola Keranjang L/W Bola Baling L/W Memanah L/W Bowling Padang L/W Catur L/W

REKREASI      Sukan Air Aktiviti Lasak "Wall Climbing" Sukan Massa Aerobik

PENGENALAN
Aktiviti sukan dan rekreasi telah sekian lama menjadi sebahagian daripada cara hidup rakyat dan penduduk negara ini dan berkembang hingga menghasilkan kepimpinan dan organisasi sukarela dalam tahun-tahun lima puluhan. (Persatuan Olahraga Amatur Brunei ditubuhkan pada tahun 1953 dan Persatuan Bolasepak Amatur Brunei pada tahun 1956). Kini kira-kira 32 jenis sukan mempunyai Persatuan Sukan Kebangsaan dan lebih daripada 150 pertubuhan / kelab sukan dan belia menjalankan aktiviti sukan. Majlis Sukan Brunei yang telah ditubuhkan pada tahun 1975 dan dibubarkan pada tahun 1987 bertujuan menggabung dan menyelaraskan Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan. Peranannya diambil alih oleh Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ditubuhkan pada tahun 1984. Majlis ini menjadi anggota Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan mewakili Negara dalam temasya / kejohanan anjuran / naungannya. Aktiviti sukan di sekolah dan institusi pelajaran tinggi dirancang dan diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan, termasuk persediaan dan penyertaan di kejohanan peringkat ASEAN. Kementerian ini sedang merancang dan melaksanakan beberapa program pembangunan yang positif untuk melahirkan kumpulan atlit yang bermutu dan supaya dapat diselaraskan dengan program pembangunan sukan negara yang berasaskan kesinambungan.

Jabatan-jabatan Kerajaan, Gedung-gedung Perniagaan dan Kelab-kelab Belia dan Sukan mengadakan berbagai aktiviti sukan dan rekreasi untuk faedah pegawai dan kakitangan dan ahli kelab. Di pihak Kerajaan usaha memimpin dan menyelaras aktiviti sukan bermula secara rasmi pada tahun 1974
(4)

dengan penubuhan Jabatan

Kebajikan, Belia dan Sukan dengan tugas seperti berikut:1. Mengawasi, mengatur langkah-langkah mengelola, mentadbir dan melaksanakan rancangan-rancangan mengenai dengan kebajikan, belia dan sukan; 2. Merancang dan memajukan sukan secara terpimpin dan terkawal dengan tujuan supaya dapat membentuk masyarakat yang kukuh dan bersatu padu, kukuh bukan saja dari segi tubuh badan ahliahli masyarakat itu tetapi juga dari segi pendirian dan semangat mereka sesuai dengan kehendak-kehendak masyarakat dan Negara Brunei Darussalam. Pada tahun 1984 Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah ditubuhkan untuk memperkukuhkan lagi kepimpinan, pelaksanaan dasar penyelarasan program. Pada keseluruhannya penyertaan masyarakat dalam sukan dan rekreasi semakin bertambah melalui berbagai-bagai rancangan dan kemudahan sukan yang disediakan / dalam proses pembinaan / perancangan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Di sektor "Sukan Untuk Masyarakat" banyak lagi yang perlu diungkayahkan bagi memperluaskan penyertaan yang lebih aktif dan menghasilkan satu tapak atau landasan yang kukuh ke arah kecemerlangan. Di sektor "Sukan Prestasi Tinggi", walaupun beberapa kemajuan telah dicapai tetapi jika dibandingkan dengan negara-

negara di rantau ASEAN kemampuan atlit dan pasukan negara amat terhad dan jauh ketinggalan. Antara faktor-faktor yang dikaitkan dengan kelemahan sukan

keseluruhannya ialah:1. Ketiadaan tapak yang kukuh disebabkan masih kekurangan penyertaan /penglibatan yang aktif di kalangan masyarakat dan penaburan (distribution) kemudahan-kemudahan sukan, terutama bagi sektor "sukan untuk masyarakat; 2. Kurang keberkesanan kepimpinan dan kelemahan pengurusan terutama di kalangan pertubuhan / persatuan sukan kebangsaan yang disebabkan, antara lain, kurang jelas (bertindih) peranan dan tanggungjawab dan khidmat yang tidak sepenuh masa; 3.Kelemahan program kejurulatihan dari segi bilangan jurulatih, kelayakan / pengalaman dan bertugas secara sambilan. 4. Kekurangan perancangan pembangunan yang saintifik tanpa kesinambungan antara satu sektor program dengan yang lain, termasuk perancangan tiap-tiap jenis sukan, dan tanpa penyelarasan yang berkesan; dan 5. Kekurangan sumber kewangan di kalangan pertubuhan / persatuan sukan kebangsaan untuk pengurusan dan pelaksanaan program tanpa usaha mendapatkannya sendiri.

ISI KANDUNGAN
1. Pengenalan sukan dan rekreasi 2. Definisi dan konsep sukan dan rekreasi 3. Matlamat dan tujuan sukan dan rekreasi 4. Kepentingan sukan dan rekreasi 5. Jenis-jenis sukan dan rekreasi 6. Refleksi 7. Rujukan 8. Lampiran

RUJUKAN

1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan 2. http://www.jpa.gov.my/pelbagai/sukan-dan-rekreasi

3. http://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/ssukan/hsp sainsukan_f4n5.pdf