Anda di halaman 1dari 9

Sarjan Hassan Pengarah Lamberto Avellana P.

Ramlee Penerbit Malay Film Productions Ltd Pengarang Ralph Modder (cerita) P. Ramlee (lakon layar) Lakonan P. Ramlee Saadiah Salleh Kamil Pengedar Shaw Brothers Ltd Mula tayangan 28 Ogos 1958 http://ms.wikipedia.org/wiki/Sarjan_Hassan http://suaraguru.blogspot.com/2005/11/guru-asyik-kira-duit.html

Menurut kamus dewan edisi ketiga (2002) h 420 En Nordin Tahir (2010), 1.0 PENDAHULUANsyrah Faatir ayat 28

Menurut Kamus Dewan (1970), guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala keguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru. Guru memainkan peranan utama dalam memastikan kejayaan seseorang murid atau pelajar. Guru yang berkualiti akan sentiasa berusaha memenuhi semua keperluan yang bersangkut paut dengan pendidikan sama ada kecemerlangan pelajar, mematuhi etika perguruan, mencapai misi dan visi sekolah, memenuhi hasrat ibubapa seterusnya melaksanakan apa yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan sedaya upaya mungkin, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Namun demikian, ada pendapat mengatakan bahwa ada perbezaan antara guru dahulu dengan guru sekarang. Sejak akhir-akhir ini, dikatakan bahawa kononnya guru sekarang tidak sehebat, seikhlas, sekental guru-guru lama dalam pengorbanan dan perjuangan sebagai seorang guru. Benarkah sedemikian ? Tambahan pula, tiada kayu pengukur yang jelas untuk distigmakan sedemikian, bahkan guru sekarang juga ada guru yang bermula pada masa dulu ? Ini kerana tugas guru merupakan satu kelangsungan perjuangan yang sering bantu membantu diantara dulu dan hari ini. Walaubagaimana pun pada pendapat saya dulu dan sekarang mempunyai kelebihan dan kekerangan kerana kita hidup di zaman yang berbeza. Cabaran-cabaran yang dihadapi juga berbeza. Apatah lagi di zaman ledakan maklumat ini, banyak isu-isu yang tersebar lebih sudu daripada kuah.

Semua ini berkait rapat dengan sahsiah seorang guru. Individu yang tidak mempunyai sahsiah unggul sering menimbulkan masalah, tidak ada daya juang, tidak bersungguh dalam pekerjaannya walau pun mungkin individu tersebut berada pada zaman mana sekali pun. Oleh itu, pembentukan sahsiah guru perlu diberi perhatian dalam melahirkan guru-guru yang benarbenar dapat memenuhi aspirasi pihak kementerian pelajaran.

2.0 PEMBANGUNAN SAHSIAH

Pembangunan sahsiah merangkumi penampilan fizikal, sikap, tingkah laku, pemikiran, perasaan, sosial dan rohani individu. Berdasarkan kesemua aspek tersebut, seseorang individu boleh dinilai sahsiahnya. Selalunya individu yang mempunyai sahsiah yang baik menunjukkan penampilan fizikal yang kemas, sikap yang beramah mesra, tingkah laku yang boleh diterima oleh norma dan nilai masyarakat, dapat mengawal perasaan diri, boleh bergaul mesra dengan orang lain serta memegang kepada nilai agama sendiri. Manakala, individu yang dikatakan mempunyai sahsiah yang bermasalah lebih cenderung kepada masalah disiplin, tingkah laku devian, penyalahgunaan dadah dan memegang nilai-nilai atau budaya yang bercanggah dengan norma masyarakat. Sahsiah adalah perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud keperibadian atau peribadi (Kamus Dewan, 2011). Maksud peribadi pula ialah manusia sebagai diri sendiri, sifat-sifat (kelakuan, sikap) seseorang yang sudah sebati dengan diri sendiri untuk membentuk watak dirinya. Ia juga menggambarkan sifat personaliti unik individu yang membezakan dirinya dengan individu yang lain (Cloninger, 2008). Menurut Siti Fatimah (1993), sahsiah merujuk kepada sistem tingkah laku individu. Ini bererti setiap individu ada cara bertindak yang tersendiri dan cara bertindak itu adalah lebih kurang sama dari sehari ke sehari. Namun, Abdul Majid dan Rahil(1995) mendefinisikan sahsiah sebagai perkaitan antara penilaian, perasaan, emosi dan perlakuan manusia. Sahsiah atau personaliti adalah corak keseluruhan seseorang individu yang merangkumi cara seseorang berfikir, berasa, bertingkah laku dan berhubung dengan alam sekitarnya (Ee AhMeng, 1999). Selain itu, sahsiah juga merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secara keseluruhan. Ini merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan,cita-cita dan nilai-nilai. Allport (dalam Cloninger, 2008) menyatakan sahsiah adalah organisasi dinamik sistem psikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus. Sahsiah manusia boleh diperhati, dikenalpasti dan diperihalkan (Asmahdan Herman, 1995). Pembangunan sahsiah merujuk kepada aspek perubahan pada diri manusia itu sendiri sama ada perubahan itu ke arah positif atau negatif (Wan Azmi, 1992). Perubahan yang positif akan membentuk individu yang berdikari dengan segala nilai positif yang murni. Pembangunan sahsiah juga membawa makna membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun, intelek, murni dan berdaya maju (Mohd Nasir etal. 2006). Maka, fokus pembangunan tersebut merangkumi tingkah laku secara keseluruhan samaada dalaman atau luaran.

Berdasarkan pemerihalan konsep sahsiah sebagaimana di atas, jelaslah kepada kita bahawa sahsiah diri memainkan peranan utama dalam meningkatkan kualiti guru sama ada dalam aspek pengorbanan, daya juang, semangat keguruan dan apa jua aspek yang bersangkut paut dengan pendidikan. Ianya berlaku sama ada semalam, esok atau hari ini.

3.0 PENGALAMAN DULU DAN SEKARANG. Untuk memerihalkan persoalan ini, saya akan cuba melihat dari sudut pengalaman saya sendiri yang bermula sebagai guru pada tahun 1993. Saya telah diarahkan mengajar di salah sebuah sekolah luar Bandar yang terdiri daripada 18 kelas sahaja. Oleh kerana saya sebagai guru pendidikan Islam dengan kuorta 1: 6 ( 1 guru untuk 6 kelas ) maka pengagihan waktu bagi guru agama adalah sebanyak 36 waktu seminggu X 30 minit , berjumlah 1080 minit seminggu (18 jam) Masa untuk rehat amat terhad, ditambah pula dengan masa untuk mennda buku latihan pelajar untuk 6 kelas. Kadang-kadang bertimbun di atas meja. Tapi pada masa tersebut, saya tidak pula merasa terbeban dengan tugasan tersebut. Apatah lagi kebanyakan pelajar yang kita hadapi pada masa tersebut jauh berbeza dengan pelajar hari ini. Murid-murid pada masa tersebut lebih patuh kepada guru berbanding pelajar yang saya hadapi di alaf 21. Manakala guru-guru lain yang mengajar selain agama mempunyai agihan minit kurang daripada 1080 minit seminggu. Guru guru yang mengajar pada masa tersebut dilihat tidak menunjukkan sebarang ketidak puasan hati. Bahkan guru-guru yang menjadi guru kelas pula terutamanya bagi tahap 1 iaitu tahun 1, 2 dan 3 biasanya akan mengajar semua mata pelajaran kecuali bahasa Inggeris dan Agama sahaja. Oleh itu, secara sepintas lalu bo;leh dikatakan guru terbabit akan berada sepanjang masa dikelas tersebut sama ada kelas pandai, sederhana atau lemah. Komitmen guru pada masa tersebut harus dipuji kerana pengajaran pembelajaran yang berpusatkan murid dimana seorang guru untuk satu kelas menyebabkan guru lebih kenal personaliti pelajar dalam membantu pembelajaran di bilik darjah. Masalah murid yang tidak siap kerja rumah boleh dibantu kerana guru yang sama mengajar banyak mata pelajaran. Personaliti berasal daripada perkataan Latin, persona yang bermaksud topeng yang digunakan oleh penggiat seni semasa pementasan. Ia lebih dikaitkan sebagai watak yang ingin menonjolkan sifat baiknya di luaran dan menyembunyikan keburukannya melalui topeng. Allport (1961) menyatakn personaliti sebagai satu organisasi dinamik sistem psikofizik yang ada dalam diri individu. Ia menentukan ciri-ciri tingkah laku dan penyesuaian individu dengan

persekitarannya. Crow dan Crow (1983) berpendapat, personaliti biasanya digunakan untuk menghuraikan perwatakan fizikal seseorang, corak pertuturan atau daya penarik yang dimilikinya. Sigmund Freud mendefinisikan personaliti sebagai sifat-sifat yang mencerminkan diri individu yang bolah diperhatikan oleh orang lain atau merujuk kepada perasaan-perasaan yang dialami oleh seseorang dalam dirinya sendiri. Kesimpulannya, personaliti merupakan gabungan daripada berbagai sifat dan konsep kendiri seseorang. Menurut Carl Jung (1875-1961), manusia boleh diklasifikasikan kepada tiga kumpulan berdasarkan personaliti peribadi iaitu introvert, ekstrovert dan ambivert. Personaliti introvert iaitu seseorang yang mempunyai personaliti ini mempunyai minat dan keupayaan yang tinggi menerokai dunia dalaman seperti pemikiran, perasaan dan pengalaman seseorang. Ia sentiasa suka berseorangan, merenung, memfokus terhadap dirinya, sukakan aktiviti solo, tekun, tegas, malu dan mempunyai pandangan hidup yang pesimistik . Golongan ini sentiasa menyimpan perasaan dan emosinya dalam situasi nyata, tidak banyak bercakap dan banyak masanya ditumpukan untuk mendengar pertuturan orang lain. Personaliti ekstrovert ialah individu yang ekstrovert mempunyai minat yang tinggi terhadap dunia luar dan orang. Golongan ini merupakan individu yang out-going, suka bercakap, peramah, mudah bergaul, tidak boleh diharapkan, optimis dan sentiasa sukakan keceriaan. Mereka suka melibatkan diri dalam aktiviti sosial kerana ini membolehkannya bergaul dengan orang ramai. Personaliti ambivert ialah individu daripada kumpulan ini mempunyai trait daripada kedua-dua jenis personaliti. Mereka merupakan gabungan kedua-dua personaliti ini dan berkemungkinan bersifat seperti aktif, sensitif, optimistik dan suka kepada kehidupan teratur. Teori personaliti lain yang mengkaji perkembangan personaliti manusia yang melambangkan diri setiap individu yang wujud di muka bumi ini. Teori psikoanalisis diasaskan oleh Sigmund Freud juga mempercayai personaliti seseorang dipengaruhi oleh perkembangan psikososial seseorang. Teori yang bersifat biologi ini melibatkan perkembangan tenaga seksual (libido) dari satu peringkat ke peringkat yang lain. Perkembangan terencat apabila seseorang kanak-kanak mengalami trauma dan kesannya akan membuatkan mereka kurang berupaya berdepan dengan krisis dalam peringkat perkembangan seterusnya.

Dalam teori psikoanalitik, struktur kepribadian manusia itu terdiri dari id, ego dan superego. Id adalah komponen kepribadian yang berisi impuls agresif dan libinal, dimana sistem kerjanyadengan prinsip kesenangan pleasure principle. Ego adalah bahagian kepribadian yang bertugas sebagai pelaksana, dimana sistem kerjanya pada dunia luar untuk menilai realita dan berhubungan dengan dunia dalam untuk mengatur dorongan-dorongan id agar tidak melanggar nilai-nilai superego. Superego adalah bahagian moral dari kepribadian manusia, kerana ia merupakan filter dari sensor baik-buruk, salah-benar, boleh-tidak sesuatu yang dilakukan oleh dorongan ego. Gerald Corey menyatakan dalam perspektif aliran Freud ortodoks, manusia dilihat sebagai sistem energi, dimana dinamika kepribadian itu terdiri dari cara-cara untuk mendistribusikan energi psikis kepada id, ego dan super ego, tetapi energi tersebut terbatas, maka satu diantara tiga sistem itu memegang kontrol atas energi yang ada, dengan mengorbankan dua sistem lainnya, jadi kepribadian manusia itu sangat ditentukan oleh energi psikis yang menggerakkan. Mengenali personaliti sebagaimana di atas menjadi motivasi penggerak kepada guru untuk meningkatkan semangat juang dan sanggup berkorban demi kejayaan anak-anak didik mereka. Berbanding pada zaman muakhir ini, kita dapati amalan pengagihan waktu bagi guru kelas sebagaimana yang berlaku pada tahun 90 an semakin ditingggalkan. Sebagai bukti di sekolah saya sekarang ini, guru kelas tahun satu sahaja yang mengajar semua subjek kecuali agama dan bahasa Inggeris. Manakala tahun 2 hingga 6, guru kelas Cuma mengajar satu subjek utama sahaja. Bahkan guru agama juga ada memegang kelas. Sedangkan guru agama hanya mengajar 6 waktu seminggu sahaja. Dengan waktu yang agak sedikit pada saya akan menyukarkan guru kelas untuk memenangi dan mengenali anak muridnya dengan lebih dekat lagi. Akibatnya, terdapat guru kelas yang berfungsi sekadar menanda kedatangan dan mengutip yuran sahaja. Murid-murid sendiri pun akan rasa tidak dipedulikan. Lalu timbullah masalah disiplin setengan kalangan murid tersebut. Persoalan ini timbul kerana memang terdapat guru kelas yang tidak mahu mengajar banyak matapelajaran dikelas yang dipegangnya dengan alasan takut murid jemu melihat guru yang sama. Apatah lagi kalau guru tersebut berada di kelas-kelas hujung yang sentiasa didominasikan sebagai kelas bermasalah. Persoalan disini, benarkah murid di kelas hujung itu akan menimbulkan masalah. Pada saya hanya guru yang tidak ada nilai kasih sayang dan sanggup berkorban sahaja yang berfikir sedemikian. Maka kita sebagai guru perlulah sentiasa berusaha menjadikan pelajar

tersebut sebahagian daripada ahli keluarga kita. Dengan cara ini sekurang-kurangnya guru dapat mengurangkan rasa tension bila berada dalam kelas-kelas yang dianggap bermasalah. Dalam masa yang sama guru sepatutnya menggunakan pendekatan-pendekatan pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap perkembangan dan latarbelakang seseorang pelajar serta

mengenalpasti permasalahan pelajar supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Guru disarankan menggunakan teknik pengajaran yang lebih santai dan tidak menekan seperti teknik bercerita, inkuiri, dialog, perbincangan. Main peranan dan sebagainya. Kesemua teknik-teknik di atas adalah merupakan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid. Oleh itu, ia dapat disesuaikan mengikut perkembangan dan keupayaan murid. Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu para pelajar. Secara langsung masalah disiplin pelajar seperti suka menyampuk, bising dapat diatasi dengan member peluang mereka bercakap, berbincang dan sebagainya. Maka tidak ada sebab mengapa perlu ada rungutan apabila diarahkan untuk mengajar mana-mana kelas sekali pun.

Masyarakat sekolah terdiri daripada para pelajar, guru, serta kakitangan sekolah. Mereka berada di dalam satu institusi yang sama, saling berinteraksi dan saling bergantung di antara satu sama lain. Oleh itu, mereka tidak boleh menyisihkan para pelajar yang lemah dan ketinggalan dalam pembelajaran. Ini kerana, pelajar-pelajar ini berada pada tahap kekeliruan identiti mengikut teori psikososial Erik Erikson. Golongan remaja ini mencari identiti (pekerjaan, kemahiran, jantina dan bersosial) dalam usaha membina identiti sendiri. Mereka ingin memahami diri sendiri dan bagaimana mereka berbeza dengan orang lain. Pada masa yang sama mereka harus mengimbangi antara kehendak diri sendiri dengan kehendak orang di persekitaran (ibu bapa, diri , rakan). Mereka mencari dan meniru identiti individu lain di persekitaran. Oleh itu, sekiranya mereka disisihkan oleh masyarakat sekolah, mereka akan keliru seterusnya mencari dan meniru identiti negatif rakan mereka. Erikson percaya bahawa remaja yang berjaya melepasi krisis ini akan berjaya membina identiti diri. Sehubungan itu, guru seorang yang professional serta mendapat latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi serta ada kod etika yang tersendiri seharusnya mempunyai semangat juang yang lebih serta tidak mudah menyerah kalah kepada tekanan- tekanan yang wujud di sekolah sama ada disebabkan oleh murid, rakan setugas atau pihak pentadbir.

4.0 KESIMPULAN Pada pendapat saya, untuk mengatakan guru dulu lebih baik daripada hari ini, atau guru hari ini lebih baik daripada guru masa lalu adalah tidak adil kerana guru merupakan orang yang bertanggungjawab dalam memainkan peranan yang signifikan dalam pembangunan umat sejagat. Atas bimbingan guru, lahirlah golongan profesional seperti doktor, jurutera, saintis dan lain-lain lagi. Seperti kata mutiara Sasterawan Negara Usman Awang, Lahirnya seorang Perdana Menteri, Doktor, peguam, dan pensyarah adalah bermula daripada seorang guru biasa yang mengajarnya baca dan tulis. Dengan kata lain, tanpa guru, siapakah kita? Bahkan Zikr-ur Rahman mengatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan guru, pelajar, proses pembelajaran dan situasi pembelajaran. Oleh itu, keempat-empat elemen ini adalah amat penting dan harus memainkan peranan masing-masing dalam melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Jadi mengapakah guru yang harus dipersoalkan ?

RUJUKAN Abdullah Sani Yahya,Abdul Rashid Mohamed & Abdul Ghani Abdullah (2007) Guru Sebagai Pemimpin. Kuala Lumpur: PTS Publishing SDN.Bhd. Abdullah Sani Yahya (2005) Mengurus Sekolah .Pahang : PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Rahmatullah Khan Abdul Wahab Khan dan Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip (2011) Pembangunan Sahsiah : Modul Pendidikan Jarak Jauh. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim. Shahabudin Hashim,(2007) Strategi & Teknik Mengajar Dengan Berkesan.Kuala Lumpur:PTS Salhah Abdullah( 2008) Guru sebagai fasilitator : PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Yahya Don (2007) Kepimpinan Pendidikan di Malaysia , Selangor :PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd. Zulkifli Hamid,(2006) Aplikasi Psiokolinguistik Dalam Pengaran Pembelajaran Bahasa: Siri Pengajaran Pembelajaran Bahasa Melayu Prof. Emeritus Abdullah Hassan ,Kuala Lumpur:PTS Publishing Sdn. Bhd. Zikr-ur-Rahman, (2004). Modern Teaching Methods and Techniques. New Delhi: Anmal Publications.