Anda di halaman 1dari 16

PENDAHULUAN

Pengenalan Manusia adalah sejenis makhluk sosial. Mereka tidak dapat hidup bersendirian atau berseorangan. Ini kerana mereka memerlukan berbagai-bagai keperluan fizikal dan spiritual. Sebagai seorang insan, selain ibu bapa, pelajar memerlukan guru untuk mendapatkan ilmu, bimbingan, tunjuk ajar dan khidmat nasihat. Mereka juga memerlukan kawan-kawan untuk menjadi teman semasa belajar dan mengadakan pelbagai aktiviti pembelajaran. Daripada kawan-kawan mereka boleh mendapatkan pandangan, sokongan, simpati dan kasih sayang. Ini menjadikan aktiviti pembelajaran lebih menyeronokkan. Bagaimanapun melalui atau bersama kawan-kawan juga pelajar boleh terlibat dengan pelbagai masalah sosial dan disiplin contohnya masalah kebisingan dalam bilik darjah. Kamus Dewan (2005) mentakrifkan disiplin, 'sebagai latihan pemikiran dan kelakuan supaya dapat mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib, peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik, kepatuhan kepada peraturan yang ditetapkan, dan hukuman atau denda kerana melanggar sesuatu peraturan yang ditetapkan. Dalam Teori Disiplin Asertif yang dikemukakan oleh Canter, Canter menekankan tentang hak guru dan murid. Hak murid untuk belajar dalam persekitaran dan kondusif dan hak guru untuk mengajar tanpa gangguan. Oleh itu, terdapat beberapa cara yang dapat diaplikasikan oleh guru untuk mengatasi masalah disiplin murid melalui model disiplin asertif canter ini. Walaupun setiap pelanggaran peraturan perlu diambil tindakan tetapi tidak semua situasi pelanggaran peraturan adalah sama. Oleh yang demikian situasi yang berlainan memerlukan kaedah penguatkuasaan yang berlainan. I novasi yang telah

saya majukan di sini adalah disiplin asertif bagi guru untuk menangani isu kebisingan semasa pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani. Bagi melihat apa yang telah diperkatakan di atas, satu kajian tindakan akan dilakukan oleh pengkaji di SK Sentosa, Sibu bagi meninjau masalah kebisingan semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani sedang dijalankan. Turut dilaksanakan ialah pengenalan Model Disiplin Asertif Canter bagi mengekang masalah kebisingan ini daripada terus berlaku. Pengkaji akan melihat sejauh mana model tersebut dapat mengatasi masalah ini.

Refleksi pengajaran dan pembelajaran Masalah ini timbul sewaktu pengkaji menjalani sesi praktikum Fasa 3 di SK Sentosa Sibu. Pengkaji telah diberikan kelas Tahun Tiga Waja untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Semasa mengajar di kelas berkenaan, pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa orang murid yang nakal telah membuat bising dan ada kalanya pengkaji terpaksa berhenti mengajar kerana kebisingan murid-murid ini telah menganggu pengajaran sehingga mereka tidak dapat memberi perhatian kepada pengajaran yang disampaikan. Dalam pada itu, pengkaji percaya bahawa murid-murid ini masih kecil maka unsur kenakalan mesti wujud. Walau bagaimanapun sifat kenakalan ini tidak boleh dibenarkan kerana menjejas pengajaran pembelajaran. Pengkaji ingin membawa perubahan dalam keadaan kelas ini Tahun Tiga Waja ini. Pengkaji ingin murid-murid mendengar pengajarannya kerana percakapan dua hala boleh menjejaskan pembelajaran. Kebisingan yang disebabkan oleh pembelajaran tidaklah menjadi masalah tetapi kebisingan yang mengganggu pembelajaran perlu dielakkan. Murid-murid yang bising bukan sahaja tidak dapat

menguasai kemahiran yang diajar tetapi murid-murid lain juga terjejas dan ini berlaku tidak adil kepada semua murid-murid yang lain. Oleh itu, pengkaji telah terdorong untuk menjalankan kajian berhubung dengan masalah ini. Pengkaji telah merancang satu kajian dengan memfokuskan kepada cara mengatasi masalah kebisingan murid murid tahun tiga Waja ini dengan menggunakan kaedah Model Disiplin Assertif. Hasil kajian ini adalah bertujuan untuk membantu memastikan perjalanan sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan pelbagai masalah (kebisingan).

Refleksi nilai pendidikan. Kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji samada pengenalan Model Disiplin Asertif Canter berkesan dalam mengekang masalah kebisingan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani murid Tahun Tiga Waja, SK Sentosa Sibu. Bagi menjalankan kajian ini, pengkaji memulakan langkah kajian dengan memerhati sikap dan disiplin murid Tahun Tiga Waja terhadap matapelajaran Pendidikan Jasmani. Selepas itu, pengkaji akan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi sikap negatif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Rasional kajian ini dibuat adalah untuk mengetahui keberkesanan Model Disiplin Asertif bagi mengurangkan sikap negatif dan masalah kebisingan murid yang boleh mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Selain itu, kajian ini adalah untuk memberikan ruang kepada seseorang guru untuk membuat refleksi kendiri ke atas sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah mereka jalankan. Sekiranya kajian ini tidak dijalankan, maka kita tidak akan dapat

mengetahui betapa seriusnya masalah itu berlaku dan kemudiannya masalah itu akan melarat tanpa dapat dibendung lagi.

ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN YANG DIKAJI Tinjauan masalah Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid saya, saya hanya fokuskan kajian ini kepada masalah disiplin iaitu sikap yang suka membuat bising ketika sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani berlangsung. Hal ini telah menganggu pengajaran sehingga mereka tidak dapat memberi perhatian yang menyeluruh kepada pengajaran saya. Antara kesan lain yang boleh diakibatkan oleh masalah disiplin ini adalah: a) Murid tidak melibatkan diri dalam aktiviti Pendidikan Jasmani semasa P&P b) Murid bergurau dan mengganggu rakan yang lain c) Murid bercakap sesama rakan ketika guru mengajar

Melalui kaedah Disiplin Assertif diharapkan pengajaran dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan tanpa sebarang gangguan. Setidak-tidaknya, dengan teori yang sedia ada ini, guru akan bertambah yakin untuk mengajar manakala murid -murid dapat belajar dengan baik.

Analisis Tinjauan Masalah Kajian ini senang ditadbir kerana tidak memerlukan peralatan yang terlalu banyak. Kebolehtadbiran kajian membolehkan perlaksanaan kajian dijalankan dengan lancar. Kajian ini dapat membantu guru dalam mengawal disiplin murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani sedang dijalanka n. Muridmurid juga dapat mengikuti pembelajaran tanpa sebarang gangguan daripada murid yang sering menimbulkan masalah semasa guru sedang mengajar.

Kajian ini sesuai dijalankan di SK Sentosa, Sibu kerana murid Tahun Tiga Waja sekolah ini terkenal dengan masalah disiplin iaitu mengganggu rakan-rakan yang lain belajar.

OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN Selepas kajian ini dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut: 1. Objektif Umum Mengekang masalah disiplin (kebisingan) dikalangan murid-murid Tahun Tiga Waja SK Sentosa semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

2. Objektif Khusus i. Memerhati sikap dan disiplin murid-murid Tahun Tiga Waja terhadap matapelajaran Pendidikan Jasmani ii. Mengetahui kumpulan pelajar yang sering menimbulkan kebisingan semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. iii. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kebisingan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani iv. Memperkenalkan Model Disiplin Assertif bagi mengurangkan sikap yang negatif dan masalah kebisingan murid yang boleh mengganggu pnp Pendidikan Jasmani.

Kumpulan Sasaran Kajian ini akan melibatkan 30 orang murid Tahun Tiga Waja. Murid kelas ini terdiri daripada 16 orang lelaki dan 14 orang perempuan. Kelas Waja adalah merupakan kelas dari kategori terakhir mengikut grade keputusan peperiksaan.

TINDAKAN Prosedur Tindakan Tinjauan Masalah. Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. i. Tinjauan masalah dimulakan dengan merujuk guru yang terlibat mengajar kelas tersebut menerusi temubual. ii. Untuk langkah seterusnya, Borang Soal Selidik Sikap Murid Tahun Tiga Waja disediakan dan diberikan kepada guru untuk mengesahkan kewujudan masalah disiplin semasa sesi pnp dijalankan.

Cara mengumpul data Pemerhatian melalui temu bual dan soal selidik. Perlaksanaan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut: a) Memerhati kelakuan murid kelas Tahun Tiga Waja semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlansung. b) Membuat refleksi kendiri selepas selesai pengajaran dan pembelajaran. c) Membuat tinjauan melalui temu bual dan soal selidik serta pemerhatian ke atas murid-murid Tahun Tiga Waja Pemantauan akan diubah mengikut kesesuaian keperluan setelah saya melaksanakan tinjauan awal. Membuat tinjauan melalui temu bual dan soal selidik serta pemerhatian

Pelaksanaan Peringkat dalam Model Disiplin Assertif Perlaksanaan Peringkat Model Disiplin Assertif adalah apabila murid melakukan kesalahan mahupun kebisingan, satu tanda X akan ditandakan pada borang sahsiah yang telah disediakan. Setiap tanda X tersebut terdapat hukuman disebaliknya. PERINGKAT Peringkat pertama Peringkat kedua Peringkat ketiga Peringkat keempat Peringkat kelima X XX XXX XXXX XXXXX TANDA Amaran Time-out 5 minit tidak dibenarkan rehat panggilan ke rumah berjumpa dengan guru besar HUKUMAN

Ujian dijalankan dengan bantuan seorang pembantu. Setiap data yang diperoleh dicatatkan ke dalam borang data yang telah disediakan. Analisis kualitatif adalah melalui pemerhatian dan temu ramah (Lihat Lampiran 1 dan 2)

Perancangan ( Cara menganalisis data) Analisis dapatan adalah berpandukan kategori tahap yang dicadangkan oleh Hatton dan Smith (1995). Temu bual pula ditranskrip dan dianalisis menggunakan kaedah analisis dokumen. Selepas menganalisis data yang telah diambil, sesi rawatan akan diambil dengan menggunakan kaedah peringkat dalam Model Disiplin Assertif. Melalui aplikasi kaedah tersebut, pengkaji dapat mengetahui tahap disiplin murid semasa menyertai aktiviti Pendidikan Jasmani.

Kemudian pengkaji hendaklah melakukan pemerhatian terhadap pengelibatan murid semasa sesi pnp Pendidikan Jasmani sedang dijalankan. Sesi temubual akan diadakan bersama murid (murid yang tidak bermasalah) untuk mengetahui sejauh manakah mereka berpuas hati dengan tindakan yang dikenakan terhadap rakan yang sering melakukan masalah disiplin (kebisingan) dan adakah mereka dapat menumpukan perhatian selepas tindakan dikenakan.

Setelah selesai sesi rawatan dijalankan, ujian post akan digunakan untuk mendapatkan data perbezaan masalah kebisingan murid dalam aktiviti Pendidikan Jasmani. Data yang dikumpul daripada ujian post akan dianalisis bagi mengesan keberkesanan kaedah yang digunakan. Perbandingan masalah disiplin (kebisingan) murid tahun tiga Waja sebelum mendapat rawatan dan selepas rawatan dilakukan bagi mengetahui keberkesanan tersebut.

Perancangan Pelaksanaan Tindakan  Jadual Perlaksanaan Kajian  Carta Gantt Perlaksanaan Kajian Pelaksanaan Bil Perkara M1 1. Tinjauan masalah. (Mingguan) M2 M3 M4 Catatan

2.

Temu bual (murid & guru)

3.

Soal selidik

4.

Pemerhatian

5.

Menjalankan Peringkat Teori Assertif

6.

Mengumpul data

7.

Analisis data

8.

Menyediakan kajian.

laporan

9.

Menyemak laporan kajian.

10. Menghantar laporan akhir.

Kos Kajian Perkara: Alat dan bahan yang diperlukan serta Anggaran Bajet Harga Seunit No Alatan (RM) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Kertas A4 Air mineral Komputer riba Wisel Hadiah (jeli manisan) Ink printer Printer 13.00 15.00/kotak 2.50 1.20 10.00/sebotol Jumlah Keseluruhan (RM) 3 3 1 1 3 3 1 39.00 45.00 10.00 3.60 30.00 127.00 Bilangan Jumlah (RM)

Tingkah laku asertif atau sifat ketegasan diri bukanlah merupakan suatu sifat semulajadi yang sedia terdapat pada diri seseorang individu. Sebaliknya, sifat ini merupakan suatu keupayaan dan kemahiran yang boleh dipelajari serta dibina melalui latihan asertif. Perkataan asertif ialah asal dari perkataan Inggeris iaitu assertive yang bermaksud melahirkan pendapat dengan tegas. Menurut Bandura (1977), sifat ketegasan diri membolehkan seseorang berpuas hati dengan tingkah lakunya dan masyarakat akan menghormatinya. Manakala mengikut Martin dan Pear (1978), tingkah laku asertif merupakan sesuatu perlakuan bagi individu melahirkan perasaan serta keperluannya kepada orang lain dengan lebih jelas. Oleh yang demikian, penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji

keberkesanan Model Disiplin Assertif dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di kalangan murid Tahun Tiga Waja Sk Sentosa. Bagi mencapai tujuan tersebut, pola dan sikap murid dalam keadaan sebenar (semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan) diperhatikan. Seramai 30 murid-murid Tahun 3 Waja yang diperhatikan mempunyai disiplin yang menjadi punca masalah di dalam kelas dipilih secara rawak sebagai responden dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan adalah terdiri daripada ruangan refleksi kendiri dalam buku persediaan mengajar, jurnal refleksi dan soalan temu bual yang dilaksanakan ke atas responden. Menurut Harry K. Wong (1998) kebanyakan masalah tingkah laku disebabkan oleh guru sendiri. Most behavior problems in the classroom are caused by the teachers failure to teach students how to follow procedures. Model disiplin Marlene and Lee Canter pula adalah berasaskan ribuan jam penyelidikan dengan memerhati guru dalam bilik darjah. Model ini adalah suatu pendekatan yang positif yang membenarkan guru mengajar dan pelajar belajar. Ia berasaskan prinsip bahawa guru dan pelajar mempunyai hak untuk mengajar dan belajar.

Dalam situasi ini saya akan mengambil tindakan-tindakan seperti berikut. Antaranya adalah menyatakan jangkaan pengajaran seawal awalnya, menggunakan suara yang lantang, tenang dan tegas serta berlakunya kontak mata, menggunakan gesture bukan lisan untuk menyokong pernyataan lisan, mengubah tingkah laku pelajar tanpa ancaman atau jeritan, mengamalkn teknik broken record iaitu mengulangi mesej dgn tenang setiap kali pelajar cuba mencabar daripada menimbulkan konflik Dalam model Canter ini jangkaan tingkah laku adalah jelas. Selain peraturan yang ditetapkan, saya telah merancang satu sistem peneguhan. Jika pelajar telah menunjukkan tingkah laku positif yang dijangkakan, mereka akan diberi peneguhan seperti masa tambahan rehat dan lain-lain. Jika peraturan tidak dipatuhi, saya telah mencatatkan pelanggaran peraturan ini di atas jadual yang telah disediakan. Saya akan menanda tanda salah (X) pada jadual tersebut.

Tingkah laku negatif hasil daripada pelanggaran peraturan yang ditanda (X) akan menerima hukuman-hukuman berikut:

 Satu tanda X amaran  Dua tanda XX time-out 5 minit  Tiga tanda XXX tidak dibenarkan rehat  Empat tanda XXXX panggilan ke rumah  Lima tanda XXXXX - berjumpa dengan guru besar Canter (2002) menegaskan bahawa iklim sokongan positif hanya dapat dibawa oleh guru yang asertif. Dalam hal ini, ia telah menggantikan tingkah laku garang oleh guru dengan tingkah laku tegas yang positif . Kunci kawalan disiplin

pelajar adalah kekonsistenan penguatkuasaan peraturan dengan kesannya. Menurut Canter (2002) juga, seseorang guru tidak boleh berkompromi dengan penguasaan peraturan dalam apa jua.

Once you make a rule, you must enforce it-always. There are no exceptions to this requirement. It is mandatory. You cant enforce the rule with one student-and let it go with another. You cant call students on the rule one day and overlook it the next. Rules must be enforced with the consistency of the second hand one a clock.16

Walaupun setiap pelanggaran peraturan perlu diambil tindakan tetapi tidak semua situasi pelanggaran peraturan adalah sama. Oleh yang demikian situasi yang berlainan memerlukan kaedah penguatkuasaan yang berlainan. Inovasi yang telah saya majukan di sini adalah disiplin asertif bagi guru untuk menangani isu kebisingan semasa pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani.

Nilai tambah yang saya telah bawa kepada model ini adalah peneguhan dan hukuman untuk menguat kuasa peraturan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya percaya bahawa kebisingan kelas adalah satu isu pengurusan kelas dan bukan disebabkan oleh murid-murid yang tidak ingin belajar. Sekarang saya faham bahawa pengajaran bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi faktor-faktor lain juga penting dalam memantapkan tugas sebagai guru. Guru adalah seperti tukang masak dimana masakan sedap bukan sahaja bergantung kepada bahan -bahan masakan tetapi kawalan api dapur, peralatan di dapur, suasana di dapur dan lain -lain. Semua ini saling bergantung.