Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT GUNTONG, 21060 KUALA TERENGGANU.

KERTAS KERJA
Mural Prasekolah SK Bukit Guntong

Oleh : Nurul Izzah bt Khalil Nabilah bt Jumal Program Intership 2011 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail Batu Rakit, Kuala Terengganu.

1.0

Pendahuluan Internship ialah peringkat transisi professional yang bertujuan untuk mengaitkan pengalaman amalan profesional pelajar dengan tugas guru permulaan. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah serta aktiviti rutin sekolah yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah. Pada peringkat ini, pelajar perlu menunjukkan sifat kepemimpinan dalam pengurusan pelbagai aktiviti sekolah dengan bimbingan pensyarah pembimbing. Internship juga memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri, jati diri, ketahanan diri, membentuk sifat kepemimpinan dan memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru permulaan yang berkesan. Dalam menjayakan program internship ini, selain Projek Tanda Nama Sekolah dan Program Keceriaan Sekolah yang akan kami jayakan bersama dua orang lagi rakan praktikum iaitu Mohd Fidaiy b Hasan dan Mohd Fadzimee b Mohd Fatihi kami turut memikirkan satu projek yang berkait rapat dengan major yang kami ambil iaitu Prasekolah iaitu Projek Mural.

2.0

Objektif Melalui projek membuat mural ini, kami berharap agar :i.

Mural yang kami bina dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru prasekolah SKBG kerana murid-murid akan lebih cepat mengingati sesuatu yang menarik minat mereka. Murid-murid dapat belajar secara tidak langsung dan dapat melalui mural yang dibina. Mural yang dibina akan dapat meninggalkan tanda ingatan daripada guru pelatih.

ii.

iii.

3.0

Tarikh / Tempoh / Masa Tarikh Tempoh Masa : 17 30 Julai 2011 : 3 minggu : 8.00 pagi 5.00 petang

4.0

Pelaksanaan

Kami bercadang untuk membuat mural pada tiga blok dinding kecil yang berada di belakang kelas prasekolah. Kawasan belakang kelas prasekolah tersebut sebelum ini hanya menjadi tempat murid-murid prasekolah menggosok gigi selepas makan. Oleh kerana itu, kami telah memikirkan sesuatu yang bermanfaat yang mungkin akan mereka perolehi sambil mereka menggosok gigi. Ketiga-tiga blok dinding berkenaan akan kami penuhi dengan mural yang mengandungi tiga tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) iaitu Tunjang Sains dan Teknologi, Tunjang Bahasa dan Komunikasi yang terbahagi kepada Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Hal ini adalah supaya mereka dapat mengingati dengan lebih mudah apa yang mereka lihat dan sebut setiap hari.

5.0

Anggaran Perbelanjaan

Anggaran belanjawan projek kami adalah seperti dinyatakan di bawah: Bil. Perkara 1. Cat 2. Berus JUMLAH BESAR Kuantiti 4 tin x RM19 Jumlah RM 76 RM 50 RM 126

6.0

Penutup
Di harap melalui projek mural ini akan dapat meninggalkan sesuatu yang dapat memberi kesan positif dalam diri murid-murid prasekolah ini. Kami turut berharap dapat mempelajari sebanyak mungkin sumber ilmu yang ditemui sepanjang projek dan juga pengalaman yang amat berharga sebagai panduan menjadi guru sebenar suatu masa nanti. Kami juga memohon kerjasama dan tindakan dari pihak pengurusan sekolah supaya mempertimbangkan permohonan projek mural kami ini. Kami dahului dengan jutaan terima kasih. Sekian, wassalam.

Disediakan oleh,
.

( NURUL IZZAH BT KHALIL ) Setiausaha Projek Dekorasi Program Intership Institut Pendidikan Guru, Kampus Dato Razali Ismail.

Ulasan

Bahawasanya dengan sukacitanya saya meluluskan/ tidak meluluskan program dalam kertas kerja ini.

..

( ENCIK MOHD RANAI BIN ISMAIL ) GURU BESAR Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong.